funtasticko design

http://funtasticko.net

MENANGI PELUANG MEMBELI-BELAH DENGAN PERADUAN “KELEBIHAN YANG MENGEJUTKAN” NISSAN ALMERA

1 Komen

KUALA LUMPUR (25 September 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memberi pengguna peluang untuk membeli-belah percuma di tiga buah gedung terkemuka di Malaysia bersama sedan global Nissan terlarisnya iaitu, Almera, yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Peraduan “Kelebihan Yang Mengejutkan” yang bermula dari 20September 2012 hingga 31 Oktober 2012 itu akan memberikan sembilan peserta bertuah yang terpilih satu peluang untuk membeli-belah barang-barang runcit, perabot rumah dan item fesyen bernilai RM10,000 setiap seorang. Tiga orang peserta teratas yang mampu mengisi barang-barang yang dibeli pada nilai tertinggi ke dalam but Almera seluas 490L dalam tempoh masa yang ditetapkan akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Almera merupakan tawaran terbaharu Nissan dalam sedan segmen B. Ia akan ditawarkan dalam tiga gred iaitu E, V & VL. Dibina di atas platform global versatil “V” yang menggunakan badan ringan dan tegar, Almera dikuasakan oleh enjin HRD15DE bersesaran 1.5 liter terkini Nissan yang menampilkan teknologi Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC), menawarkan pemandu pemanduan serta penjimatan bahan api mengagumkan.

Mengambil bahagian dalam peraduan “Kelebihan Yang Mengejutkan” adalah mudah. Para peserta perlu mencari dan mengumpul tiga karekter Almera yang boleh didapati dalam laman web termasuk Nissan.com.my, bilik-bilik pameran yang dipilih dan siri jelajah Nissan di seluruh Negara. Para peserta perlu mencari dan mengumpul tiga karekter Almera iaitu Cuddles si Beruang, Meera si Duyung dan Xander si Makhluk Asing. Setiap watak Almera mewakili ciri-cirinya yang sememangnya mengejutkan. Cuddles si Beruang, mewakili ruangan untuk kaki dan keluasan but, Meera si Ikan Duyung memancarkan garisan lengkungan Almera yang anggun serta Xander si Makhluk Asing, melambangkan ciri-ciri teknologi atasan Almera.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng nyata begitu teruja dengan peraduan “Kelebihan Yang Mengejutkan”. Menurutnya, peraduan itu akan memberi para pelanggan peluang untuk meneroka ciri-ciri Almera yang mengagumkan di mana ia lazimnya ditemui pada kenderaan-kenderaan lebih premium.

“Dengan ruang kabin terluas dalam kelasnya dan teknologi kemasukan tanpa kunci, Nissan Almera serba baharu benar-benar menunaikan janjinya untuk memberikan lebih lagi. Anda akan terkejut dan berpuas hati dengan reka bentuk mewah, ciri-ciri serta  keselesaan yang memberikan anda lebih gaya, teknologi dan ruang,” tambah Dato’ Dr Ang.

Anda juga boleh mengumpul lebih banyak mata jika anda dapat mengesan 3 karekter Almera  itu apabila mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah kami di lokasi-lokasi berikut :

Lot 10, Bukit Bintang, Selangor 5 – 30 September 2012
East Coast Mall, Kuantan, Pahang 28 – 30 September 2012
Setia City Mall, Shah Alam, Selangor 3 – 7 October 2012
KSL Mall, Johor Bharu, Johor 5 – 7 October 2012
KB Mall, Kota Bahru, Kelantan 11 -13 October 2012
Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor 12 – 14 October 2012
Ipoh Parade, Ipoh, Perak 24 – 28 October 2012
Leisure Mall, Cheras, Kuala Lumpur 2 – 4 November 2012
Tesco Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, Penang 9 – 11 November 2012
Tesco Mergong, Alor Setar, Kedah 12 – 18 November 2012
Ikarno Power Centre, Petaling Jaya, Selangor 21 – 25 November 2012

Para pelanggan juga boleh melayari laman web www.surprisinglymore.com.my untuk maklumat lanjut mengenai peraduan “Surprisingly More”.

Advertisements

One thought on “MENANGI PELUANG MEMBELI-BELAH DENGAN PERADUAN “KELEBIHAN YANG MENGEJUTKAN” NISSAN ALMERA

  1. Bro Campro,
    Ada cerita menarik ni. http://blog.autoworld.com.my/index.php/2012/09/24/pimp-my-ride-malaysia-to-debut-on-30-nov/

    Haha…jangan2 jadi Ah Beng My Ride. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s