funtasticko design

http://funtasticko.net

Ducati menjelajah ke Pantai Timur

Tinggalkan komen

Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) membawa model terkini dan paling popular dari Ducati termasuklah 1199 Panigale, untuk menemui peminatnya di Ducati Truck Roadshow yang bakal menjelajah ke Pantai Timur. “Ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan bakal menjadi perhatian semasa bergerak ke bandar-bandar terpilih sebagai bilik pameran bergerak Ducati,” kata Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA.

1199 Panigale bakal menjadi tarikan utama selain model ikonik Hypermotard 796, Monster 795 dan Diavel Chrome, yang juga dipamerkan bersama. Selain itu, Ducati Truck Roadshow, yang bermula pada 27hb hingga 30hb September, akan menawarkan pelanggan pelbagai pilihan barangan rasmi Ducati. Forum teknikal untuk pemilik Ducati juga akan diadakan pada 28hb September 2012 di Hotel Grand Riverview, Kelantan bermula jam 8.30 hingga 11.00 malam.

Diskaun 10% untuk barangan Ducati diberikan kepada sesiapa sahaja yang membeli minimum RM50 petrol Shell V-Power semasa acara tersebut berlangsung. Sebagai layanan kepada pemilik Ducati  di kawasan tersebut, mereka akan menunggang motorsikal Ducati mereka ke lokasi acara tersebut dengan mendapat isian semula petrol Shell V-Power dan pemeriksaan percuma kenderaan mereka dari juruteknik Ducati yang terlatih.

Sempena jelajah tersebut, Ducati Malaysia menganjurkan “Bikers Gathering” untuk semua motorsikal berkuasa tinggi di Pantai Timur, Malaysia di Kota Bharu. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :

Tarikh : 27hb September 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat : KelBikes Showroom, 387, Jalan Temenggong 15000, Kota Bharu

Ducati Truck Roadshow akan singgah di:

Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 27hb September 2012 (Khamis)
Masa : 11 pagi – 5 petang
Tempat : Syarikat Minyak Shell Chicha, Batu 5 Jalan Pasir Putih, Chicha, 16150, Kota Bharu.

Kemaman, Terengganu
Tarikh : 28hb September 2012 (Jumaat)
Masa : 4 petang – 6.00 petang
Tempat : Kemaman Filling Station, Jalan Kg Besut, 24000, Kemaman

Kuantan, Pahang
Tarikh : 29hb September – 30hb September 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa : 12 tengah hari – 5 petang & 11 pagi – 5 petang
Tempat : Mizani Trading, Lot 1897, Jalan Bukit Setongkol, 25200 Kuantan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s