funtasticko design

http://funtasticko.net

Ferrari pamer model generasi baharu di Paris

Tinggalkan komen

Ferrari membawa 5 model ke Paris Auto Show pada kali ini yang menggunakan enjin 8 dan 12 silinder generasi baharu mereka. Antaranya F12berlinetta merupakan kereta berenjin V12 yang paling berkuasa  pernah dibina dengan 740 hp. Model 458 versi coupé dan Spider pula, dijana oleh enjin V8 yang telah memenangi Best Performance Engine Award untuk dua tahun berturut-turut, direka untuk pemilik yang mencari pengalaman pemanduan yang lebih sporty.

Model California 30 (nama ‘30’ merujuk kepada pengurangan berat dan penambahan kuasa kuda) yang diperkenalkan pada model tersebut pada awal tahun ini pula disasarkan kepada bakal pemilik yang mahukan kenderaan yang serba boleh. Sejajar dengan falsafah “Different Ferraris for different Ferraristi”, model-model ini telah direka untuk memenuhi peranan pelengkap tanpa menjejaskan DNA mereka yang unik dari segi prestasi, keseronokan memandu dan teknologi canggih. Semua tawaran reka bentuk eksklusif menggabungkan gaya moden dengan gaya tradisional yang tipikal bagi kereta jenama tersebut.

Ferrari sentiasa melabur jumlah wang yang besar dalam pelbagai produk dan ini telah membawa kepada penciptaan enjin 8 – dan 12-silinder dengan output kuasa tertentu , tahap tork dan pada masa yang sama menawarkan kecekapan bahan api yang lebih baik. Selain itu, Ferrari terus melabur dalam inovasi dan merancang untuk melancarkan model hibrid pertama dalam sejarah dalam masa terdekat. Ferrari juga telah memilih Paris untuk memperkenalkan casis komposit baru yang diperolehi secara langsung daripada teknologi Formula 1.

Bahan-bahan, kaedah reka bentuk, proses pembinaan, kakitangan dan instrumen yang digunakan semua dikongsi bersama Scuderia Ferrari, dengan pembentukan kumpulan kerja yang bergantung kepada sumbangan penting dari Rory Byrne, ketua pereka Ferrari F1  yang berada di belakang 11 gelaran Kejohanan pasukan. Casis tersebut menggunakan empat jenis gentian karbon dan berlamina tangan, proses kejuruteraan yang mengoptimumkan reka bentuk dengan mengintegrasikan komponen yang berbeza.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s