funtasticko design

http://funtasticko.net

Video korporat Perodua 2012

23 Komen

Sementara menunggu apa info atau perkembangan terkini automotif tempatan dan antarabangsa, boleh la layan video ni dulu. Tapi kalau tengok part R&D sikit sangat la pulak, ingat ada la preview benda-benda yang best, hehehe… layan!!!

Advertisements

23 thoughts on “Video korporat Perodua 2012

  1. Kalau boleh aku nak tumpang bangga dengan Perodua ni. Memang produknya berkualiti, berbanding Proton (walaupun aku pakai Proton tapi kena terima realiti).

    Tapi di permulaan video ini sudah menunjukkan kepincangan Perodua. TDM beraspirasi mewujudkan Perodua untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia membeli kereta mampu milik iaitu dengan harga yang berpatutan. Tapi Kalau Viva 660 basic spec pun dah cecah dekat 27k, apatah lagi model lain. MyVi Extreme dah 60k padahal mini saja. Perodua sudah menyimpang jauh dari matlamat asal iaitu kereta kecil yang murah (berpatutan) untuk rakyat. Sekarang, tampal sticker ‘extreme’, up harga 5k. Gila.

    • ya aku setuju…perodua memang berkualiti sebab di pantau oleh syarikat gergasi jepun, cuma harganya saja tidak berpatutan sebab perodua dibuat dan dipasang di sini, mungkin juga harga perodua telah di tetapkan oleh syarikat jepun..? apa apa pun pilihan tetap ada untuk rakyat malaysia…

    • BENAR.. ketika pelancaran model KANCIL, diwar-warkan model perodua mampu milik…
      bila dah bnyk terjual, NAH… tgkla sekarang.. BANDINGKAN mana-mana model perodua dan proton, harga model perodua lagi MAHAL..

      patut beri syarat kepada produa, kalau tak dapat bangunkan model sendiri by 2015, TARIK BALIK taraf kereta NASIONAL tu.. biar perodua bersaing dengan sengit dengan pengeluar lain…

      p/s: Skrg ni Daihatsu mana dah nampak model-model terbaru di M’sia… untung banyak melalui Perodua maaa…

  2. bagi saya la Proton punya lagi menarik.. huhu

  3. kan bagus kalo dgn harga dlm 40 ribu dah bleh dpt kete rakyt yg full spec..pnuh dgn ciri2 keselamatn,body yg kuat,dan brkualiti….kerajaan sepatutnye mgalak kan pengeluar sperti perodua dan proton..means sedikit cukai duti eksais dipindahkan utk ciri2 keselamatan…kami xmengharap kete murah smpai 20ribu kebawah smpai keselamatn pown diabaikan…

  4. Perodua????uuaaaarggggggggghhhhhh…….

    NEXT>>>>>>

  5. “today there are 2 ________________ Peroduas on the road in Malaysia and….”

    2 Billion or 2 Million???

  6. tapi tak dapat dinafikan, daihatsu xlokek ilmu.tulah yg menyumbang kpd kualiti yg ada kt perodua.klu nk dibandingkn dgn partnership mitsu-proton.

    • Mmm… mmg ar daihatsu x lokek ilmu sebab perodua tu dah jadi anak syarikatnya:)

      cheers!

    • hadoi.. nh mmg x tahu beza anak syarikat dengan jv nh….

    • tak juga. daihatsu juga ada lokek dalam ilmunya. jepun ni mana2 sama je. diorang x berapa nak sharing dengan bangsa lain. bagaimana saya tahu? sebab saya penah keja ngan perodua.

  7. Perodua… big BULLSHIT…
    Part RND ditunjuk tak sampai 3 saat dlm video tu.. takkat design bumper dpn belakang… tp berani nak tunjuk designer dia org tgh scratch drawing… hahaha…. buat malu jer!!

  8. kui kui..setakat R&D design bumper..baik x payah…kui kui

  9. Dalam masa 4 tahun, Perodua akan menjadi sekadar pemasang kereta Daihatsu berlambangkan Perodua. Tiada lagi pemindahan teknologi R&D…kenapa ini berlaku? Kerana pihak Daihatsu, mengatakan kualiti keluaran Perodua teruk, tenaga kerja pemalas dan tidak proaktif dan berbagai lagi alasan digunakan. Ini hanya muslihat licik untuk menguasai aktiviti pengeluaran disamping untuk memasarkan produk Daihatsu. Tahukah anda, produk Daihatsu tidak mempunyai pasaran di negara asalnya. Pengeluaran Alza (Boon Luminas) di Jepun tidak sampai 10 biji sebulan sebelum pengeluarannya dihentikan Mac lalu….sekiranya ‘invasion’ Daihatsu ini berlaku, Perodua tidak wajar lagi digelar kereta nasional….

  10. Tahukah anda juga, pembinaan kilang transmisi Aiichi Kikai di Nilai hasil kerjasama Perodua n Daihatsu adalah satu lagi strategi Daihatsu mempergunakan Perodua untuk membenarkan pemilikan tanah sekaligus memungkinkan Daihatsu memiliki kilang kereta sendiri sekiranya tiada lagi kerjasama Daihatsu-Perodua pada masa hadapan…adakah ini satu rekaan, kita tunggu dan lihat…

  11. penat dengar retorik yg x abis2. kereta mampu milik kunun. why the heck was nautica in your lineup?

  12. Tak payah la nak gebang lebih. Daihatsu pun dah buka R&D kat Indonesia tu. Jadi fungsi Perodua kat ASEAn ni macam redundant dah. Cum aToyota/Daihatsu ambik kesempatan status kereta nasional je gunakan Perodua di Malaysia tu. Perodua lebih jaguh kampung rupanya. Di Indonesia pun Perodua tak boleh nak yakinkan dia boleh develop produk sendiri untuk market ASEAN.

  13. setuju, atleast proton cube juga kluarkan saga flx(walupun xfull spec, tp sedan dgn 2 airbags n abs + ebd n htss) pada rega 45 k. Tp perodua, city car ngan rega lebih kurang atau lebih mahal dr flx pada spec yg sama. Hrp2, perodua dpt reduce price, tp mgkin juga daihatsu n toyota nk untung juga coz sedara dia jualan kat world wide n japan sendiri x dpt mengalahkan jualan kat malaysia sampai sirion pun dh di stop jual kat europe. So, mmg hrpkan perodua ngabiskan stok kat malaysia. Klu sampai satu tahap, xtau perodua nak kuar kete aper, alza dh stop production kat japan, tinggal kat malaysia ajek, entah2, xda dh pengganti alza.

    Unless perodua buat kejutan beruk kuarkan bezza 🙂

    • Bezza hanya ilusi ketika ini…akibat rombakan dalaman yang dilakukan oleh Daihatsu atau lebih tepat lagi petualang Mr Morita menyebabkan R&D tiada lagi kapasiti untuk melaksanakan rekaan sendiri kecuali melaksanakan rekaan kosmetik sahaja….inilah akibatnya kalau terlalu bergantung pada bantuan asing, dan akhirnya sendiri tergadai dan dipergunakan….

      Ambillah iktibar apa yang telah terjadi pada Perodua ini dan janganlah kita sewenang-wenangnya terima bantuan asing kerana mereka pastinya ada agenda tersirat tersendiri..

      • setuju. untuk model bezza tersebut, bagaimana mahu membuat concept car tersebut menjadi mass prod? gear knob style pusing? no b-pillar? glass roof? rear brake disc?

  14. Pusing ikut mana pun, Perodua tetap pemasang kenderaan. Bukan pembuat kenderaan..

    Off topic:

    Saya perasan sejak kebelakangan ini, banyak model Myvi 2006 dan keatas lampu brek ketiganya tidak menyala. Dan saya telah beberapa kali hampir nak melanggar Myvi terutama sekali pada waktu malam. Saya tunggu komen kawan2 yg lain. Ia terlalu obvious terhadap diri saya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s