funtasticko design

http://funtasticko.net


6 Komen

DJ Hitz.FM pemilik ke 10,000 kenderaan hibrid Honda di Malaysia

Tengku Mohd Ean Nasrun (Ean), DJ Hitz.FM merupakan pemilik yang ke 10,000 kenderaan hibrid Honda. Beliau telah membeli Honda CR-Z dan secara tidak langsung menyertai lebih sejuta pemilik kenderaan hibrid Honda yang lain diseluruh dunia. Bukan setakat menjadi pemilik yang ke 10,000, beliau juga telah menerima pakej percutian 2 hari 1 malam sebagai hadiah istimewa daripada Honda Malaysia.

Penerimaan baik kenderaan hibrid di Malaysia menjadi pemangkin untuk Honda Malaysia menjadi pengeluar kereta pertama mengeluarkan kenderaan hibrid secara pemasangan tempatan. Ini juga selaras dengan hala tuju Honda Motor menyediakan produk yang baik dengan pantas, mampu milik dan rendah pelepasan CO2 untuk memaksimumkan kegembiraan kepada pelanggan. Bersempena dengan hala tuju global Honda, Honda Malaysia komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan ketara.

Sejak 2007, Honda telah menjual lebih daripada 10,000 kenderaan hibrid sehingga September 2012. Berikut adalah pecahan unit kenderaan hybrid Honda :

MODEL UNIT
Honda Insight 6,339
Honda Jazz Hybrid 1,786
Honda CR-Z 2,109
Honda Civic Hybrid 1,238

* sehingga bulan September 2012

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


24 Komen

Nissan ALMERA dilancarkan!

 

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dengan secara rasminya melancarkan model Nissan ALMERA, sebuah sedan segmen B yang amat ditunggu-tunggu kepada pasaran tempatan di One World Hotel, Petaling Jaya. Nissan ALMERA dijangka meneruskan rekod cemerlang dan tradisinya dalam segmen yang cukup kompetitif di Malaysia itu.

Sudah dibuka untuk tempahan, Nissan ALMERA serba baharu benar-benar menepati janjinya dengan ‘Surprisingly More’. Biarpun menampilkan ciri-ciri teknologi terkini dan keluasan ruang dalaman yang biasanya ditemui pada kenderaan lebih premium, Nissan ALMERA ditawarkan pada harga cukup kompetitif iaitu bermula dari RM66,800.00. Ini selari dengan komitmen Tan Chong untuk menawarkan kenderaan mampu milik kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

Gred Varian Harga (RM)
E 1.5 M/T 66,800.00
1.5 A/T 69,800.00
V 1.5 A/T 76,800.00
VL 1.5 A/T 79,800.00

ALMERA Nissan dibezakan oleh E spesifikasi standard, well equipped V & VL spesifikasi penuh. Untuk lebih peribadi, pelanggan boleh memilih untuk Aksesori ALMERA eksklusif Pilihan. Aksesori-aksesori premium termasuklah konsol navigasi multimedia (dilengkapi dengan kamera pandangan belakang, pemain DVD, sambungan iPod, USB dan keupayaan Bluetooth), LED menendang dan kerusi kulit saduran yang mewah. Nissan ALMERA turut hadir bersama penampilan lebih dinamik, signifikan dan tanda individu menerusi alat ganti sports IMPUL Motor Racing Development. Ia menampilkan komponen-komponen eksklusif yang telah direka khas untuk memenuhi keadaan jalan raya di Malaysia. Pakej Talaan IMPUL disediakan untuk semua gred ALMERA cuma dengan kos tambahan sebanyak RM9,500.00. Nissan ALMERA yang serba baharu itu datang sekali dengan jaminan 3 tahun atau perbatuan 100,000 km (yang mana datang terlebih dahulu).

Bagi menjadikan jentera itu lebih personal, para pelanggan boleh memilih Aksesori Pilihan ALMERA yang ditawarkan untuk varian Nissan ALMERA Talaan IMPUL dan Nissan Almera standard.

Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Tan Chong Motor Holdings Berhad, Dato’ Tan Heng Chew dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa pelancaran Nissan ALMERA adalah peristiwa penting bagi syarikat itu kerana ia menandakan kemasukan Tan Chong Motor dalam sedan segmen B. Tan Chong telah membina warisan dan nama yang kukuh buat semua rakyat Malaysia sejak tahun 1957 sebagai sebuah pengedar kereta yang amat dikenali untuk menawarkan sedan-sedan kompak pada harga yang berpatutan.

“Tan Chong sememangnya telah menjadi sebagian daripada pembinaan bangsa Malaysia sejak Merdeka lagi. Dari generasi Sunny, kemudian zaman Sentra dan kini kami meneruskan warisan ini melalui sebuah sedan segmen B yang baharu. ALMERA terbaharu ini membuktikan komitmen berterusan kami dalam menawarkan pemilikan kenderaan yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang,” jelas Dato’ Tan.

Nissan ALMERA ditawarkan dalam tiga gred berbeza iaitu E, V & VL serta versi lebih sporty, Nissan ALMERA Talaan IMPUL. Nissan ALMERA dibina di atas platform versatil “V” global baharu yang menggunakan kerangka ringan dan tegar. Kereta itu dikuasakan oleh enjin HR15DE terbaharu Nissan bersesaran 1.5 liter yang menampilkan sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) dengan kecekapan bahan api yang cemerlang iaitu 14.9km/l untuk transmisi automatik dan 15.9km/l untuk transmisi manual (kitaran gabungan berdasarkan ujian Nissan) serta pemanduan yang mantap.

Nissan ALMERA dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti front airbags, anti-lock braking system (ABS), electronic brake distribution (EBD), brake assist dan ISOFIX Child Seat System, tergantung pada gred masing-masing. Semua gred Nissan ALMERA ditawarkan dalam pilihan warna emas (Bronze Gold), hitam (Sapphire Black), kelabu (Twilight Grey), perak (Tungsten Silver) dan putih (Brilliant White).

Nissan ALMERA telah menerima pelbagai kejayaan sejak dilancarkan pada tahun 2010, terutamanya di Amerika Syarikat, Thailand dan China. Sedan itu telah terjual lebih 500,000 unit di seluruh dunia. Tan Chong yakin bahawa Sedan Global Terlaris Nissan itu mampu memberi impak dalam pasaran Malaysia. Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, sebagai tambahan kepada warisan hebat dan reputasi Nissan dalam aspek kualiti produk serta perkhidmatan yang tiada bandingan, para pelanggan pasti akan tertarik dengan harga Nissan ALMERA, di samping ciri-ciri yang ternyata lebih banyak (Surprisingly More). 

“Para pelanggan pasti akan terkejut dan gembira dengan reka bentuk mewah, ciri-ciri dan keselesaan yang memberikan lebih gaya, teknologi serta ruang. Nissan ALMERA bukan sekadar direka bentuk dengan penuh gaya, malah apa yang membezakannya dengan pesaing lain adalah ciri-ciri premium yang dimilikinya. Sebagai contoh, ruang kaki dan but yang terbaik dalam kelasnya serta teknologi-teknologi premium,” jelas Dato’ Dr Ang.

Beliau turut menjelaskan bahawa selain daripada harga Nissan ALMERA yang menarik, unsur-unsur lain seperti penggunaan bahan api yang ekonomi, selang servis pada setiap 10,000km dan kos alat ganti yang berpatutan adalah pendorong utama menjadikan jumlah kos pemilikan ALMERA menjadi amat memberangsangkan.

Dinobatkan oleh Interbrand’s Best 100 Global Brands sebagai jenama automotif paling pantas berkembang pada tahun 2012 baru-baru ini, Nissan telah mengembangkan nilai jenamanya sebanyak 30 peratus, jauh daripada purata industri automotif iaitu 11 peratus. Presiden Nissan Motor Asia Pacific Co. Ltd., Takayuki Kimura menyifatkan kejayaan Nissan adalah hasil daripada komitmen rakan-rakannya seperti Tan Chong.

“Tan Chong ialah rakan yang amat penting dan bernilai untuk perniagaan kami. Ia juga merupakan tulang belakang kepada pertumbuhan Nissan di rantau ini. Kami berbesar hati terhadap usaha berterusan mereka untuk menyediakan  perkhidmatan terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Pada tahun ini, terima kasih kepada komitmen mereka untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, Nissan telah berjaya menduduki tempat No. 1 dalam Kaji Selidik Indeks Kepuasan Jualan J.D. Power Asia Pacific 2012 Malaysia. Kami percaya bahawa Nissan ALMERA akan menandakan satu lagi detik pencapaian hebat dalam kerjasama rapat di antara Nissan dan Tan Chong selama 55 tahun,” ulas Kimura.

Maklumat lanjut, sila hubungi  Hotline Perkhidmatan Pelanggan kami di talian BEBAS TOL: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my Pandu uji boleh diatur di bilik pameran Nissan berhampiran anda!


24 Komen

Auto Anda bakal mempunyai nama baharu, apa cadangan anda?

* Gambar sekadar hiasan

Program tv automotif Auto Anda bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Auto Anda bakal mempunyai nama baharu dengan hos yang bakal dipilih nanti. Jika anda mempunyai cadangan nama bagi menggantikan Auto Anda, sila kemukakan cadangan anda dibahagian komen. Nama yang bakal dipilih nanti bakal menjadi nama program tersebut secara rasmi dan hadiah misteri menanti anda sekiranya nama cadangan anda dipilih.

Program ini dijangka menarik minat penonton dalam lingkungan usia 18 ke 25 tahun. Jadi tajuk mestilah hip dan nama dalam Bahasa Malaysia ye.. 🙂


42 Komen

DRB-HICOM pilih Honda jadi rakan strategik Proton

Minta maaf la semua sebab lambat update pasal berita terhangat ni. Baru balik dari Kuala Lumpur sebab ada presentation untuk Auto Anda. Akhirnya terjawab sudah segala persoalan mengenai siapa rakan strategik asing Proton. Setelah beberapa kali gagal, akhirnya Honda dipilih menjadi rakan strategik Proton. Saya mendapat info kerjasama ini bakal merealisasikan pengenalan model gantian Perdana. Menurut info itu lagi Proton mungkin menggunakan platform dan enjin Honda Accord sebagai model gantian Perdana. Sama ada Proton rebadged atau reskin balik Honda Accord tu masih belum dapat dipastikan. Apapun ini merupakan satu permulaan baru buat Proton dan diharapkan kerjasama ini membuahkan hasil secepat yang mungkin.

* Auto Anda bakal bersiaran tak lama lagi, ada beberapa perkara je lagi perlu diselesaikan sebelum slotnya ke udara nanti, kemungkinan awal 2013… Auto Anda bakal mendapat nama baru, nanti saya buka post mengenainya ye.. baru sampai ni, penat tak abis lagi.. 🙂


49 Komen

Kemenangan berganda Proton di Rali China

Proton berjaya muncul juara di Rali Longyou, China  yang merupakan pusingan keenam dan yang terakhir untuk siri perlumbaan FIA Asia Pacific Rally Championship. Ini merupakan kejayaan ketiga berturut-turut APRC di China untuk pasukan PROTON R3 Motorsports yang mempertaruhkan jentera rali Proton Satria Neo S2000.

Alister McRae muncul sebagai juara manakala rakan sepasukannya Juha Salo menamatkan saingan ditempat ketiga. Ini bermakna Proton menamatkan saingan APRC di tempat kedua keseluruhan kategori pengeluar di belakang juara Skoda, Mitsubishi di tempat ketiga dan Subaru di tempat keempat.

Proton juga mendominasi kategori 2WD APRC dengan kemenangan 1-2-3, di mana Karamjit Singh muncul sebagai juara 2WD APRC. Akira Bamba menduduki tempat kedua dan merupakan juara kategori Junior untuk dua tahun berturut-turut, manakala Kenneth Koh di tempat ketiga kategori 2WD dan kedua kategori Junior.

Pasukan Rali PROTON R3 Cusco juga muncul juara keseluruhan kategori  pengeluar APRC 2WD dan APRC Junior Championship, mengulangi kejayaan pada tahun lalu. Tahniah Proton!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


3 Komen

NISSAN MALAYSIA TERUS MENDEKATI PARA PELANGGAN MENERUSI PELBAGAI ACARA MENARIK

KUALA LUMPUR (27 Oktober 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) terus mengutamakan aspek pengalaman demi pemilikan pelanggan yang cemerlang melalui penganjuran acara-acara berorientasikan pelanggan di seluruh negara. Baru-baru ini, ETCM menyempurnakan dua acara Mencari Harta Karun untuk para pelanggannya di wilayah Tengah dan Sabah.

“Perhubungan pelanggan adalah prioriti buat ETCM dan aspek ini memang terserlah melalui dedikasi penuh kami terhadap perkhidmatan pelanggan. Nissan menduduki tempat No. 1 dalam Kaji Selidik Kepuasan Jualan J.D. Power Asia Pacific 2012 Malaysia pada tahun ini. Kami beritizam untuk terus mengutamakan para pelanggan dan syarikat sememangnya berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang untuk tahun-tahun akan datang,” jelas Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Wilayah Tengah

Sebanyak 81 buah pasukan mengambil bahagian dalam acara mencari harta karun yang berlangsung selama enam jam bersama kenderaan Nissan masing-masing yang meliputi model-model seperti Teana, Sylphy, Grand Livina, Navara dan Livina X-Gear. Para peserta ditugaskan untuk menyempurnakan tugasan dan cabaran, selain bersaing demi memperoleh markah tertinggi.

Kenderaan-kenderaan Nissan memulakan perjalanan dari bilik pameran 3S Nissan ETCM di Petaling Jaya. Pencarian harta karun itu membawa mereka ke beberapa lokasi menarik seperti pusat membeli-belah 1 Utama, bilik pameran Nissan ETCM Southgate dan Rumah Sejahtera Seri Kembangan sebelum menamatkan acara di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Salah satu tugasan termasuklah mencari Sedan Global Nissan Paling Laris dengan melakukan ‘daftar masuk’ di pameran Nissan Almera di pusat membeli-belah 1 Utama. Pencarian harta karun itu turut melibatkan elemen Tanggungjawab Korporat Sosial apabila beg-beg hadiah yang diisi dengan makanan dan keperluan rumah diserahkan kepada Rumah Sejahtera Seri Kembangan.

Kemuncak acara berlangsung di Cyberview Resort & Spa. Pasukan ‘Paradigm Runners’ dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Tempat kedua diisi oleh pasukan ‘Hunters R Us’, manakala pasukan ‘Family 4 Tune’ berada di tempat ketiga.

Wilayah Sabah

Satu lagi acara Mencari Harta Karun Nissan dianjurkan buat para pelanggan Nissan di Sabah dengan 32 buah pasukan mengambil bahagian.

Para peserta berkumpul di bilik pameran 3S Nissan ETCM Kota Kinabalu sebelum bergerak ke Cabaran Komando di pantai Likas. Setiap pasukan perlu menyempurnakan cabaran yang turut  meliputi aktiviti melontar Frisbee. Tugasan akhir membawa semua peserta ke Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa di mana mereka perlu menyiapkan susun suai gambar Almera.

Clark Adrian Lanjuat, Jessie Jinn, Dynneta Dimeh Koyupo dan Zeno Paulus daripada Pasukan 6 dinobatkan sebagai juara keseluruhan, diikuti oleh Salleh Bin Tating, Jessica Jokumil, Syaqille Zuhair Bin Salleh dan Syaffin Zuhair Bin Salleh daripada Pasukan 35 yang berada di tempat kedua. Tempat ketiga menjadi milik Carolyn Kubuk Tawai, Charles L. Janil dan Mohd. Azizul Bin Zainih daripada Pasukan 33. Jangan lupa saksikan gambar-gambar acara terkini di laman web Facebook Nissan.

ETCM akan terus menganjurkan lebih banyak acara di seluruh negara untuk pelanggan mereka. Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar (City Survival Workshop) akan diadakan pada Disember untuk para pelanggan di wilayah Utara dan Selatan. Untuk mengetahui lebih lanjut atau mahu mengambil bahagian dalam mana-mana acara anjuran ETCM, sila hubungi 03-4047 8788 atau layari laman web: www.nissan.com.my .

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


13 Komen

Adakah ini Honda Brio sedan?

Laman sesawang Honda Thailand telah mengeluarkan gambar usikan (teaser) untuk Honda Brio sedan. Enjin yang bakal digunakan juga sama seperti model hatchbacknya, 1.2 liter. Model ini bakal bersaing dengan Nissan Almera yang bakal dilancarkan mingu hadapan. Sekali imbas rekaan belakangnya seakan-akan Honda Civic generasi baharu. Apa pendapat anda?


31 Komen

Pembangunan Lotus Esprit diteruskan!

Menurut www.autoexpress.co.uk DRB-HICOM akan meneruskan pembangunan model Lotus Esprit, tetapi telah membatalkan model-model lain yang dipamerkan bersamanya semasa Paris Motor Show dua tahun yang lalu. Selain itu menurut Aslam Farikullah, Ketua Pegawai Operasi DRB-HICOM, Lotus juga tidak akan dijual atau dipindahkan operasinya ke tempat lain. Ini membawa berita gembira kepada 1,189 pekerjanya.

* Salam AidilAdha dan Selamat menjalani ibadah korban. 🙂


45 Komen

Enjin 1.0 dan 1.2 turbo generasi baharu Hyundai

Semasa “International Powertrain Conference” ke-12 Hyundai-Kia yang berlangsung pada 23 dan 24 Oktober di hotel Rollins Hill berhampiran pusat R&D Hyundai di Korea Selatan, mereka telah mempamerkan enjin terkini dan enjin masa hadapan mereka termasuk dengan kotak gearnya.

Semasa persidangan tersebut, mereka juga mempertontonkan enjin petrol Kappa 1.0 TCI (Turbocharger Intercooler) dan 1.2 T-GDI generasi baharu. Enjin 1.0 TCI mampu menjana 105HP (106PS) aand tork tertinggi 137.3 Nm (101.2 lb-ft atau 14.0 kgm). Blok enjin tersebut diperbuat daripada aluminum dan dan mempunyai unit pengecas turbo bersepadu dan salur masuk (intake manifold) yang diperbuat daripada plastik bersama dengan penutupnya.

Selain 2 enjin tersebut, mereka juga mempamerkan enjin petrol Gamma 1.6 T-GDI, Nu 2.0 CVVL dan Theta 2.0 T-GDI, enjin 2.0-liter diesel U2 1.1 WGT yang mematuhi piawaian Euro 6 termasuk selain kotak gear continuously variable transmission (CVT) Kappa.

sumber : carscoop.blogspot.com

* tak silap saya enjin IAFM+ pun guna high thermal plastic untuk intake manifold dia, jadi advanced juga la Proton, hahaha… 🙂


Tinggalkan komen

GIVI lancar kotak motorsikal dan topi keledar Edisi Terhad!

Baru-baru ini GIVI Asia telah melancarkan kotak motorsikal B27 Clack Box dan topi keledar M50.0 Malaysia Boleh Edisi Terhad di Ibu Pejabat GIVI Asia di Bukit Beruntung.

Kotak motorsikal B27 Clack Box mempunyai rekaan bergaya dan aerodinamik serta merupakan edisi tambahan bagi keluarga kotak GIVI. Dibina daripada bahan PP yang lasak, tahan lama dan menggabungkan teknologi terkini yang dipatenkan daripada GIVI Itali. Mekanisme “satu klik pembukaan / mengunci”  telah direka dengan penutup kecil untuk membuka kotak dengan lebih mudah. Kotak terbaru ini lebih selesa serta boleh memuatkan satu topi keledar dan membawa beban maksimum 3kg.

Topi keledar M50.0 Malaysia Boleh Edisi Terhad merupakan topi keledar full face yang dibina menggunakan teknologi polimer shell dengan pelekat khas yang memaparkan imej grafik dan warna bendera Malaysia dan perkataan ‘Malaysia Boleh’ menjadikannya amat sesuai untuk menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia .

Keselesaan amat dititikberatkan dengan sistem pengudaraan udara dwi hadapan yang menjamin aliran udara yang berterusan di dalam topi keledar. Selai intu lapisan dalamnya diperbuat daripada bahan anti-alergi yang boleh ditanggal dan dibasuh selain penutup hidung yang membantu penyingkiran kabut disebabkan oleh pernafasan. Visornya boleh ditanggalkan dan diperbuat daripada bahan anti-calar. Kotak motorsikal B27 Clack Box dijual pada harga RM135.00 manakala harga untuk topi keledar Edisi Terhad M50.0 Malaysia Boleh adalah RM280.00.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ