funtasticko design

http://funtasticko.net

Memperkenalkan Duta Nissan LEAF ‘Journey To Zero Emission’ Fasa II

1 Komen

Sejak Mei 2012, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memulakan inisiatif ‘Journey To Zero Emission’ termasuk Program Perintis Nissan LEAF, program pertama seumpamanya di Malaysia. Selain mengadakan pameran bergerak dan menawarkan uji pandu kepada orang ramai, ETCM juga memiliki sekumpulan Duta LEAF untuk berkongsi pengalaman mereka hidup bersama EV selama enam minggu. Empat Duta LEAF yang pertama ialah Daniel Yap, Jason Goh, Yoong Huey Yee dan Rizman Harith Merican.

Setiap daripada mereka berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan, teman setugas dan anggota masyarakat yang bertanyakan mengenai Nissan EV yang senyap dan bebas pelepasan asap ketika mereka bergerak melakukan kehidupan seharian. Sebagai tambahan, mereka juga menulis pengalaman mereka di dalam blog dan media sosial yang lain, bagi memberikan pandangan jelas mengenai manfaat menggunakan EV.

Tanpa perlu membelanjakan wang untuk petrol adalah satu aspek yang paling dihargai. “Secara purata saya akan mengisi kira-kira RM200 untuk kereta saya setiap minggu, maka untuk sebulan perbelanjaan saya ialah kira-kira RM800. Dengan LEAF, saya telah mengira ia hanya kira-kira RM4 bagi setiap pengecasan penuh bateri. Maka untuk rutin saya, saya hanya mengecas kereta sekali dalam dua hari, yang bermakna perbelanjaan elektrik saya hanya RM60 sebulan,’’ kata Duta LEAF Rizman Merican.

Bagi Cik Yoong Huey Yee, pengalaman menggunakan LEAF membuka matanya terhadap masa depan pemotoran. “Saya kagum pada teknologi ini dan bagaimana ia memberi inspirasi untuk melakukan anjakan paradigma dari segi kita melihat pemotoran. Sebagai contoh, LEAF sebenarnya menjana semula bateri menerusi pembrekan yang kerap kita lakukan semasa kesesakan lalu lintas! Menggunakan Eco-mode, tiada ada keperluan untuk kelajuan tinggi kerana kereta itu akan menyesuaikan output kuasa sewajarnya, dan hasilnya ia menambahkan jarak pemanduan,’’ jelas beliau.

 “Masalah utama ialah persepsi terhadap jarak pemanduan yang terhad,’’ kata Daniel Yap. “Memang benar mana-mana EV tidak akan dapat melakukan pemanduan mengelilingi negara tetapi apabila ia berkaitan pemanduan dalam bandar, maka EV pastinya 99.9% setiap masa akan membawa anda pergi dan balik.”

“Dengan Nissan LEAF, saya tidak takut pada kesesakan lalu lintas. Pada penghujung hari, saya tiba di rumah berasa gembira saya tidak menyumbang kepada sebarang pencemaran kepada udara dan tidak membazir wang semasa kesesakan lalu lintas,’’ kata Jason Goh dalam blognya.

Dalam tempoh enam minggu itu, LEAF telah memberikan pengalaman sedemikian positif sehinggakan para Duta keberatan untuk memulakan EV mereka! Mereka juga telah bersedia untuk membeli jenis kenderaan di masa hadapan dan sebagaimana diakui oleh Cik Yoong: “Ayah saya menggunakannya untuk ke pejabat dan kini menaruh sepenuh keyakinan… dia berhasrat untuk membelinya sebaik sahaja ia dilancarkan di Malaysia kelak!’’

“Kami gembira membaca pengalaman positif Duta LEAF kami,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng. Sejurus pemulangan EV LEAF, Bahagian Servis ETCM melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap setiap kenderaan dan mendapati EV tersebut menyesuaikan diri dengan baik kepada iklim tropika kita. Ini adalah seperti yang dijangkakan kerana LEAF telah diuji secara teliti oleh Nissan dalam semua jenis iklim dan keadaan pemanduan sebelum ia dilancarkan untuk dijual di negara-negara tertentu,

Pasukan kedua Duta LEAF adalah seperti berikut:

Dato Dr. Norbik Bashah Bin Idris 53 tahun, Profesor UTM

Cik Hanis Azarea Binti Mohammad Azman 24 tahun, juruvideo

En. Suresh Thirugnanam 47 tahun, COO Jobstreet

En. & Pn. Tan 32 tahun, pasangan suami isteri

‘Journey To Zero Emission’ adalah inisiatif yang berterusan dan ETCM mempelawa rakyat Malaysia untuk mengemukakan permohonan untuk menjadi Duta LEAF. Untuk butir-butiran mengenai kriteria pemilihan dan mendapatkan borang permohonan, sila lawat www.nissan.com.my/ambassador.

IKLAN : Jom tempah t-shirt crew kahwin yang COOL & GEMPAK!!! Klik sini https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/05/jom-tempah-t-shirt-crew-kahwin-yang-cool-gempak/

One thought on “Memperkenalkan Duta Nissan LEAF ‘Journey To Zero Emission’ Fasa II

  1. Cik Hanis Azarea Binti Mohammad Azman 24 tahun, juruvideo

    tgk dalam paultan.org….comel sgt orgnye…… ;P

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s