funtasticko design

http://funtasticko.net

Tan Chong Group dan LEGOLAND® didik generasi akan datang mengenai keselamatan jalan raya

Tinggalkan komen

Tan Chong Group telah bekerjasama dengan LEGOLAND® untuk memperkenalkan Sekolah Memandu LEGOLAND® Malaysia pada 15 September 2012 sebagai usaha memberi kesedaran kepada generasi akan datang  tentang keselamatan jalan raya. Sekolah Memandu LEGOLAND Malaysia yang terletak di LEGO® City menawarkan pengalaman unik dan interaktif kepada kanak-kanak berusia di antara 6 hingga 13 tahun.

Mereka dapat belajar mengenai peraturan jalan raya dan diberi peluang untuk memandu untuk merasai pengalaman memandu di dunia sebenar. Mereka perlu memandu secara berhati-hati dengan para pemandu lain pada kelajuan maksima 6 kilometer sejam (km/j) untuk layak menerima Lesen Memandu LEGOLAND Malaysia.

Kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun pula boleh menyertai Sekolah Memandu Junior yang menawarkan kereta dengan pedal tunggal dan lebih perlahan. Ia akan memberikan kanak-kanak itu pengalaman serupa dengan Sekolah Memandu LEGO City.

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan LEGOLAND dalam menjangkau dan mendidik anak-anak mengenai keselamatan jalan raya. Anak-anak kita pada hari ini akan menjadi pemandu pada masa depan, memandu kenderaan masing-masing dan menempuh trafik. Melalui Sekolah Memandu LEGOLAND Malaysia, kami harap mampu menyediakan kanak-kanak dengan pengalaman pemanduan yang sebenar. Di samping mendidik mereka mengenai etika keselamatan jalan raya dan menjadi pemandu yang bertanggungjawab.” kata Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

Peminat Nissan yang mengunjungi LEGOLAND pada hujung minggu ini boleh melihat secara dekat Nissan ALMERA yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Mereka juga boleh memandu uji ALMERA di acara Pandu Uji ALMERA di Desa Tebrau. Pelbagai permainan dan aktiviti menarik menanti para peminat Nissan di siri jelajah minggu ini. Maklumat siri jelajah adalah seperti berikut :

Tarikh

Lokasi

Acara

5 – 7 Oktober

(Jumaat – Ahad)

KSL City Mall, Johor Bahru

Siri Jelajah Nissan Almera

6 & 7 Oktober

(Sabtu & Ahad)

Desa Tebrau, Johor Bahru

Pandu Uji Nissan Almera

 Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

IKLAN : Jom tempah t-shirt crew kahwin yang COOL & GEMPAK!!! Klik sini https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/05/jom-tempah-t-shirt-crew-kahwin-yang-cool-gempak/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s