funtasticko design

http://funtasticko.net

Kenali Nissan ALMERA dengan lebih dekat

1 Komen

KUALA LUMPUR (9 Oktober 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan siri pameran bergerak dan sesi uji pandu ke seluruh negara untuk mempamerkan sedan global paling laris Nissan, Nissan ALMERA serba baru.

Nissan ALMERA kini menjadi bualan hangat di kalangan pengguna dan industri automotif kerana ciri-cirinya yang banyak. Pengguna dan peminat Nissan pasti akan teruja mendapati reka bentuknya yang kontemporari, ruang dalaman yang luas dan teknologi premium bagi kelasnya. Para pemandu juga boleh menjangkakan keselesaan, kualiti dan prestasi yang menerajui kelasnya dari ruang kaki dan ruang but ALMERA, teknologi tanpa kunci serta reka bentuk aerodinamik bergaya.

ALMERA ditawarkan dalam 3 gred berbeza iaitu E, V & VL dan dibina atas platform “V” global versatil serba baru yang menggunakan badan ringan tetapi teguh. Selain itu, ALMERA dijana oleh enjin terbaru Nissan 1.5-liter HRD15DE yang merangkumi Kawalan Pemasaan Pelbagai-injap Berterusan (CVTC), bagi memberikan pemandu kecekapan bahan api dan pemanduan yang cemerlang.

Sila kunjungi lokasi pameran bergerak berikut untuk meninjau lebih dekat Nissan Almera serba baru.

The Spring, Kuching, Sarawak 8hb – 14hb Oktober 2012
KB Mall, Kota Bahru, Kelantan 11hb – 13hb  Oktober 2012
Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor 12hb – 14hb  Oktober 2012
The Boulevard, Kuching, Sarawak 19hb – 21hb Oktober 2012
Ipoh Parade, Ipoh, Perak 24hb – 28hb Oktober 2012
Suria Sabah, Kota Kinabalu, Sabah 26hb – 28hb Oktober 2012
Leisure Mall, Cheras, Kuala Lumpur 2hb  – 4hb  November 2012
Tesco Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, Pulau Pinang 9hb  – 11hb  November 2012
Tesco Mergong, Alor Setar, Kedah 12hb  – 18hb  November 2012
Ikano Power Centre, Petaling Jaya, Selangor 21hb  – 25hb  November 2012

Selain itu, jadilah orang pertama memandu uji ALMERA di lokasi berikut:

KSL City Mall, Johor Bahru, Johor 5hb – 7hb Oktober 2012
Desa Tebrau, Johor Bahru, Johor 6hb – 7hb Oktober 2012
Penang Golf Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang 13hb Oktober 2012
D’Piazza Mall, Bayan Baru, Pulau Pinang 14hb Oktober 2012
Bukit Jalil Family Park, Bukit Jalil, Kuala Lumpur 20hb – 21hb Oktober 2012

Nissan juga menyediakan aktiviti menyeronokkan yang sesuai untuk semua. Kunjungi pameran bergerak kami untuk berjumpa watak “Cuddles si Beruang” ALMERA. Para pengguna juga boleh menyertai permainan “Teka Nombor” dan merebut meluang memenangi baucar tunai jika mereka meneka dengan tepat bilangan barang dalam but ALMERA yang luas.

Bagi anda yang berhasrat menyertai peraduan “Surprisingly More”, pameran bergerak itu juga bakal menjadi peluang anda untuk menambah markah kerana watak-watak ALMERA yang berwarna-warni boleh didapati di sana. Pastikan anda mengimbas kod QR setiap watak dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi barangan untuk perabot rumah, barangan harian atau barangan fesyen bernilai sehingga RM10,000 dan wang tunai RM1,000.

Untuk membuat tempahan ALMERA, kunjungi bilik pameran Nissan atau layari www.nissan.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Teringin nak jadi Tony Stark aka Iron Man? KLIK SINI https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/09/advertorial-tempahan-t-shirt-arc-reactor-edisi-khas-kini-dibuka/

One thought on “Kenali Nissan ALMERA dengan lebih dekat

  1. dh try masuk duduk henjut daa…
    Kalu ikut B-Segment (City, Vios, Saga FLX ngn Fiesta) Almera ni rear legroom die aku puas hati…sbb dgn ktinggian ak 180cm still lg selesa la diblakangnye.. “sokongan peha” bgi aku kurg selesa.lbh baik City dgn Saga FLX…headroom reasonable mcm Saga FLX….Plastic material bgi aku biase je la..lg pon B segment kan…nk guna soft texture tu x perlu…texture dash almera nmpk lbh premium bebanding model Vios….Dari segi ergonomik utk driver…Almera kurg ciri ergonomik..butang kawalan mcm teragak2 utk digunakan…reka bentuk dashbord terlalu funky….nmpk mcm x msuk dengan rekaan sedan…lbh ke arah hatchback interiornya..

    sekian pendapat peribadi aku shj……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s