funtasticko design

http://funtasticko.net

Toyota panggil balik 7.43 juta kenderaannya seluruh dunia!

25 Komen

Toyota mengumumkan akan memanggil balik hampir 7.43 juta kenderaannya seluruh dunia kerana kemungkinan kerosakan pada suis tingkap kuasa pada 14 model yang berbeza. Ini menyebabkan tingkap kuasa akan terlekat semasa digunakan. Penggunaan pelincir komersial, bukannya gris fluorin khas yang digunakan oleh kilang, mungkin akan mengakibatkan dalam suis lebur dan mengeluarkan asap.

Menurut jurucakap Toyota Joichi Tachikawa, pemulangan sukarela 2.47 juta kenderaan di Amerika Syarikat  termasuk model Camry, RAV4 dan Corolla (lihat senarai di bawah untuk maklumat lanjut), 1.4 juta unit dijual di China dan 1.39 juta di Eropah, termasuk Yaris dan Auris. Setakat ini tiada laporan kecederaan atau kemalangan yang disebabkan oleh kerosakan ini.

Pemeriksaan, pemasangan suis dan menggantikan gris fluorin khas akan dibuat untuk mengatasi masalah tersebut. Pemeriksaan suis dan pembaikan akan dilakukan secara percuma. Pemilik kenderaan terlibat dengan pemulangan ini akan menerima surat pemberitahuan bermula pada akhir Oktober. Pembaikan akan mengambil masa kira-kira satu jam bergantung pada jadual kerja.

Model pasaran Amerika Syarikat yang dipanggil balik:

• Yaris 2007-2008 (lebih kurang 110, 300)
• RAV4 2007-2009 (lebih kurang 336, 400)
• Tundra (2007-2009 lebih kurang 337, 100)
• Camry 2007-2009  (lebih kurang 938, 100)
• Camry Hibrid 2007-2009 (lebih kurang 116, 800)
• Scion xD 2008 hingga 2009  (lebih kurang 34, 400)
• Scion xA 2008 hingga 2009 (lebih kurang 77, 500)
• Sequoia 2008-2009 (lebih kurang 38, 500)
• Highlander 2008 (lebih kurang 135, 400)
• Highlander Hybrid 2008 (lebih kurang 23, 200)
• Corolla 2009 (lebih kurang 270, 900)
• Matrix 2009 (lebih kurang 53, 800)

Setakat ini belum ada pengumuman rasmi dari Toyota Malaysia mengenai isu terbaru ini. Tidak dapat dipastikan ada atau tidak model Toyota di sini yang turut terlibat. Info diambil dari carscoop.blogspot.com

* bayangkan kalau Proton yang berada disituasi macam ni sebab masalah tingkap kuasa, heboh seluruh Malaya nanti, hahaha…😛

Teringin nak jadi Tony Stark aka Iron Man? KLIK SINI https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/09/advertorial-tempahan-t-shirt-arc-reactor-edisi-khas-kini-dibuka/

25 thoughts on “Toyota panggil balik 7.43 juta kenderaannya seluruh dunia!

  1. WOW!! hermmm….power window jugak problem?? Toyota??? Camry?? Yaris?? RAV4?? seriously??

    P.s bak kata brocampro….”bayangkan kalau Proton. . . . .heboh seluruh Malaya nanti, hahaha… :P”

    • Assalamualaikum En. Akupunya
      Eh eh … hilang pulak dia!

      • waalaikummussalam…
        senang ja en mohsin…
        toyota dh jual kereta satu dunia….
        proton satu malaysia pun belum lagi..

        layak ka proton dibanding dgn toyota?
        nk kasi menang proton ek..ambik..ambiklah…. haha…

        toyota berpuluh model…proton model baru berapa?
        26 tahun wujud, masih dok terkial kial…itulah proton….

        kia, hyundai, skoda yg nk bankrup pun dpt design kereta yg cantik dgn specs yg bagus…
        proton? letak lampu led kt depan pun mcm gajah pakai spek mata…
        opss…… proton kan top1 model dlm dunia….
        haha….

        proton oh proton…hidup segan, mati tak reti reti..

      • mata en. akupunya je kata mcm tu
        org lain duk tenung preve lintas jalan kat simpang, siap pusing kepala tu ikut arah keta, cam tgk perempuan. bukan sekali aku tengok org duk tengok preve mcm tu..dengan kata lain preve mmg cantik. keta lain ada ke org tgk sampai mcm tu sekali, aku x ingat lah, mgkn sport car ada lah tp klu segmen yang sama dgn preve aku rasa takde huhu

      • Mmm… kadang2 meragukan plak akupunya nie. Dia nie Malaysian ker? Org korea n jepun proud dengan company kereta diorg, walau dulu ada masalah kualiti, teknologi n design, diorg tetap support n memberi kritikan membina dengan harapan dpt membantu company negara tu menjadi lebih baik. Dan hasilnya? Lihat la apa yg diorg ada pada hari ini.

        Malu rasanya bila ada rakyat kita yg tk tau di mana bumi dia berpijak dan langit yg dia junjung. Menjadi bahan jenaka jer bila org luar baca komentar rakyat Malaysia yg kelihatan b*d*h terhadap company kereta sendiri. Setakat itu jer ker mentaliti rakyat kita?:p

        Nasib baik suara2 langau nie sekor dua jer, Majoriti masih kekal degan aspirasi n semangat Malaysia boleh; From zero to hero n from no where to now here:)

        Akupunya, moga hidup ko diberkati di bumi Malaysia bertuah nie:)

        cheers!

  2. hahahahahahahahaha…… mana org yang sokong sgt kete jepun nih… komen la ckit…

  3. Kat luar negara, sistem pelindungan kpd pengguna bagus, boleh saman jika barang x ikut macam yg diiklankan
    Kat Malaysia tribunal pengguna hanya utk kes yg kecil shj
    Lagipun kat Malaysia purata rakyat berpendapatan sederhana, paling kurang RM400 bayar ansuran bulanan kereta baru, itu x masuk kos minyak, 30% gaji diperlukan utk maintain sebuah kereta sebulan

  4. hm encik toyota lifetime waranty please hahahaha

  5. Pemilik baru Proton: Power Windows problem? ape tu??

  6. nanti ada ckp toyota bgs,berani recall,prtn x. Biasalah tu,org malaysia. Klu xda masalah sampai berasap(bleh nyebab kebakaran),xdanya nk recall.

    Masalahnya, kete dh kuar 2009, br sedar. Tp xda org malaysia nk bashpun. Klu masa prtn buat recall dulu, xingat org bash ckp xreti rnd, kilang bodoh n sbgainya, lama2 br recall. Haishhh.

  7. Kita tunggu sama ada UMW @ toyota Malaysia akan memanggil balik kereta toyota tempatan atau tidak.

  8. UMW toyota mesti wat statement yg toyota dijual kat malaysia x terlibat dgn recall,kebyanyakan model yg dijual tiada dlm list,LOL…

  9. herm, xtaulah klu toyota malaysia recall@x, tp klu tgk sejarah sblm nih, mmg payah diaorg nk recall. Unit kat malaysia xterjejas katanya. Mgkin qc@sop di asean lebih baik dr sana kot🙂.

    Tp kbanyakan recall klu baca cite sebenar samada toyota ke@ honda, kebanyakan kerana terpaksa coz ada badan yg govern kselamatan kat sana suh recall sbb merbahaya mengikut kajian mereka. Tp xtaulah klu ada voluntary recall worldwide yg dibuat tnpa arahan dr pihak2 tertentu. Mgkin juga tidak coz kalu x, mesti dh lama diaorg recall, knp skrg coz klu ikut cite, ianya berlaku dlm process pengeluaran dlm kilang dgn menggunakan pelincir yg xsepatut digunakan. Entahlah.

    Tp secara peribadi, paksa@secara rela, recall nih practice yg baik krn ia memberi customer kebaikan. Drpd dpt bahaya yg xtau, baiklah direcall supaya semua selamat.

    Salam.

    • baca kat paultan akan buat buat recall, tp nama dia special ape benda ntah…..

      • “service campaign” ye bang?

      • actually, PROTON use the same term…rasanya semua manufacture pon guna term yg sama gak…better than recall yg nmpak agak teruk bunyinya…

      • betul, ada juga guna nama technical service buletin, campaign n sebagainya. Tp biasanya service campaign nih digunakan jika tidak melibatkan aspek keselamatan. Biasanya klu melibatkan aspek keselamatan dipanggil recall sbb mereka perlu memanggil balik dgn segera krn faktor keselamatan.

        Klu aper2 nama cam campaign nih, kdg2 dibuat internally, ada juga org kat silent recall, tp xmelibatkan aspek keselamatan. Contoh cam part2 enjin yg xmelibatkan aspek keselamatan dan sbgainya. Klu keselamatan biasanya diumum secara public dan surat kpd owner,kdg2 melalui telefon juga.

        Proton ada juga recall secara public mcm cntoh terdekat wheel hub bearing savvy sbb melibatkan faktor keselamatan.

        Cume rasa xsesuai guna perkataan service campaign sbb ia melibatkan aspek keselamatan yg bleh menyebabkan kebakaran@asap yg merbahaya.

        Tp xkisahlah, asal depa umum kat public n ambil tindakan segera, kira oklah.

        Cume xsuka mentaliti org kita, klu toyota recall = bertanggungjwb. Prtn recall =xbertanggungjwb.

        Klu dlm prtn ada ramai org berfikiran camnih, xheranlah klu prtn masih ditakuk yg lama.

  10. Toyota Malaysia nak cover line.. hahaha… malu tu..

  11. off topic
    just a paint application

  12. toyota (toyol ta)….kuikukui

  13. aku still tunggu proton recall perdana v6 dan savvy punya gearbox..

    • wear n tear part jrg org recall. Perdana v6 oe mitsu, savvy amt oe renault. Klu mitsu n renault x recall, camne prtn nk recall? Sbb tuh prtn pkai oe lain iaitu punch n getrag skrg kcuali yg masih pkai oe mitsu cam inspira n mitsu 4at n 5mt.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s