funtasticko design

http://funtasticko.net

Tan Chong terima anugerah tertinggi dalam kaji selidik SSI J.D. Power 2012

Tinggalkan komen

Janji khidmat pelanggan ‘You Can Count On Us’ memberikan kepuasan kepada para pelanggan baharu Nissan di Malaysia.

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2012 – Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini menerima anugerah atas pencapaian terbaharunya menduduki tempat pertama dalam Kaji Selidik Indeks Kepuasan Jualan Malaysia J.D. Power Asia Pacific 2012 pada satu majlis yang diadakan di bilik pameran ETCM Raja Laut. Anugerah itu disampaikan oleh Naib President J.D. Power Asia Pacific, Gerrit Kuyntjes kepada Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Tan Chong Motor Holdings Berhad, Dato’ Tan Heng Chew.

Berucap pada majlis penyampaian anugerah Kaji Selidik SSI, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng memberi kredit pencapaian itu terhadap kejayaan aktiviti penambahbaikan khidmat pelanggan melalui pengenalan program “You Can Count On Us”. “Kami berasa amat berbesar hati dan bangga kerana Nisaan menduduki ranking No. 1 dalam Kaji Selidik Indeks Kepuasan Jualan Malaysia J.D. Power Asia Pacific 2012.

Pengiktirafan ini mungkin tidak dapat dicapai tanpa semangat kerja berpasukan dan dedikasi yang bersungguh-sungguh daripada semua individu dalam Tan Chong Motor, terutama sokongan tidak berbelah bahagi daripada para pelanggan Nissan. Maka, kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah menyokong kami selama ini.”

“You Can Count on Us” merupakan janji dan komimen Nissan dalam memberikan khidmat pelanggan cemerlang yang dipacu oleh tiga nilai iaitu Peramah (being Friendly), Dedikasi (Dedicated) dan Amanah (Trustworthy). Para pelanggan dijamin diberi pengalaman yang memuaskan hati, berbaloi dan positif apabila mereka melangkah masuk ke dalam bilik-bilik pameran Nissan.

Sepanjang tahun, ETCM telah melabur sumber dan masa demi meningkatkan kemahiran Penasihat Jualan. Pelbagai aktiviti termasuklah latihan untuk menambah pengetahuan mengenai produk, kemahiran komunikasi dan perkhidmatan pelanggan dijalankan untuk meningkatkan prestasi serta komitmen mereka.

“Menduduki tempat pertama dalam Kaji Selidik SSI telah mendorong kami untuk terus mengukuhkan komitmen terhadap para pelanggan. Selari dengan matlamat Nissan mencipta perkhidmatan standard dunia yang akan membantu kami membina hubungan berkekalan dengan setiap pelanggan Nissan, kami komited untuk terus menawarkan perkhidmatan yang menawan hati serta memperkayakan kehidupan menerusi produk-produk dan perkhidmatan kami,” tambah Dato’ Dr. Ang.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Teringin nak jadi Tony Stark aka Iron Man? KLIK SINI https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/09/advertorial-tempahan-t-shirt-arc-reactor-edisi-khas-kini-dibuka/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s