funtasticko design

http://funtasticko.net

CADANGAN : Jom hapuskan RIBA dalam pembiayaan kenderaan anda!!!

15 Komen

Kerajaan perlu keluarkan akta mewajibkan semua jurujual/pengedar kenderaan menggunakan pembiayaan sewa beli kenderaan mereka mengikut cara Islam dan ini dikhaskan untuk orang Islam, namun jika ada yang bukan Islam berminat dengan cara ini amatlah digalakkan. Kita semua tahu pembiayaan secara konvensional mengamalkan sistem riba yang terang-terang diharamkan dan diwajibkan umat Islam untuk memeranginya habis-habisan.

Ini adalah langkah yang terbaik kerana sekarang banyak institusi kewangan yang menawarkan khidmat pembiayaan Islam untuk sewa beli kenderaan. Kita juga sebagai pengguna perlu bijak untuk memboikot atau pergi ke jurujual/pengedar lain jika  mereka masih berdegil menawarkan sistem konvensional. Ini adalah cadangan dari pihak Funtasticko Design dan diharap ia akan membuka mata dan direalisasikan dalam masa terdekat.

Pihak institusi kewangan pula mesti bekerjasama dengan pelanggan yang beragama Islam untuk memudahkan urusan penukaran pembiayaan (refinance) kenderaan mereka kepada pembiayaan Islam sepenuhnya atau melakukannya secara automatik walaupun ianya agak sukar dibuat kerana tertakluk kepada terma dan syarat. Dengan cara ini sahaja kita berupaya menghapuskan sistem riba sedikit demi sedikit dalam kehidupan kita.

Jika anda setuju dengan cadangan ini dan ada pandangan atau idea sila kongsikannya diruangan komen.🙂

Teringin nak jadi Tony Stark aka Iron Man? KLIK SINI https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/09/advertorial-tempahan-t-shirt-arc-reactor-edisi-khas-kini-dibuka/

15 thoughts on “CADANGAN : Jom hapuskan RIBA dalam pembiayaan kenderaan anda!!!

  1. Riba haram dlm Islam
    Setiap org Islam wajib menghindari Riba

  2. Riba memang haram. Tapi nanti pihak yang bagi pinjaman pusing kot lain pulak nak ambil untung hahaha

    • Islam tak larang utk ambil untung berniaga asalkan menepati syarat. Bagi perkhidmatan pinjaman wang juga adalah perniagaan. Yg menjadikan ia riba adalah apabila nilai keuntungan yg dikenakan adalah tidak jelas dan terselindung disamping ada unsur penindasan. Sbg contoh kiraan yg tidak dinyatakan dgn jelas utk kadar keuntungan dan terdapat denda sekiranya melangsaikan hutang sebelum tamat perjanjian. Ini yg dikatakan riba.

  3. atas individulah.pilihan di tangan anda

    • kewajipan menyebarkan kebenaran adalah amat dituntut dalam Islam..riba bukan suatu pilihan, perlu ditolak dan ditangani sebaik mungkin…..riba bukan setakat haram, malah berdosa besar…mereka-mereka yang bersubahat dengan amalan riba (pekerja bank sebagai contoh) juga berdosa besar…..masyaallah

  4. duhh. apa punya soalan dah.

  5. sokong. Bg aku, jadikan ia automatik,maksudnya,klu org islam apply loan, automatik@wajib kena loan islamik, tiada opsyen konvensional. Utk non muslim, mgkin bg option utk dia memilih. Ini memandangkan institusi kewangan yg 100% islamic hanya bank islam n muamalat. Unjurkan pelanggan ambil bank islamic dulu sebgai option, klu pelangganmuslim xnak, bleh pilih bank lain tp loan ttp diprocess secara islamik, tiada option konvensional. Tp utk non muslim, bg pilihan yg sama,tp dia bleh memilih mana yg dia hendak islamic@konvensional.

    Bukan itu sahaja, ramai yg terlepas pandang mengenai wang simpanan, simpanan emas n pendapatan. Setahu aku, common practice, klu muslim bukak akaun dimana2 bank, maka akaun automatik akaun islamik@alwadiah. Tp jdkan wajib, bukan pilihan. Pastuh zakat simpanan harus dipotong secara automatik mcm tabung haji. Klu yg simpan emas, harus ingat kena byr zakat. Yg simpan dibank, simpan diinstiusi yg menggunakan kaedah islamic n zakat dipotong secara automatik.

    Tp yg paling org terlepas pandang zakat pendapatan. Skrg nih secara suka rela. Adalah amat baik sekiranya kakitangan kerajaan n swasta yg muslim, dipotong zakatnya secara automatik mengikut kadar yg ditetapkan tanpa perlu apply.

    Klu x, jd mcm aku, tiap2 tahun kena ke pusat zakat buat perubahan utk kenaikan gaji tahunan. Itu kdg2 org xtau n malas nk buat.

    Itu pendapat aku jelah.

  6. satu lg kebaikan byr zakat pendapatan, ditolak dlm income tax, n biasaya mmg xperlu bayar income tax klu kita byr amaun yg betul. Sekurang2nya, wang zakat, yg haknya kita tau. Klu kerajaan sesuka ati guna wang zakat, taulah akibatnya nanti. Xdalah nanti ada sangat kerajaan slh guna duit cukai aka rakyat muslim sbb income tax xdikutip bg yg muslim krn byr zakat.

    Syarikat kepunyaan org islam automatik dikenakan zakat bg pendapatan syarikat@perniagaan. Skrg nih masih pilihan.

    Smoga sama2 kita bersihkan pendapatan n diri kita. Kan kwn2 semua.slm.

  7. sepatutnya memang diwajibkan. kalau tidak hanya yang ambil berat sahaja yang akan pilih sistem Islam.walaupun ada orang pertikai tak islamik pun…tapi dah kearah itu.kalau pilih konvensional memang sah2 pilih api n…(tidak ada dhorurat lagi skrag kerana dah ada pilihan.

  8. klau cust nk beli kete, sy mmg masukkn loan Islamic. At least sy dah usaha utk ke arah yg lebih halal.. Wallahu’alam..

  9. aku setuju diwajibkan..aku yakin kebanyakan orang tak tahu lagi2 yang pertama kali beli kereta..lepastu kalau nak refinance ke islamic, dah macam2 hal..

  10. lagi satu nak tambah, bukan pembiayaan kereta je kena islam, insuran pun patut diharamkan untuk orang islam. orang islam wajib guna takaful.

  11. hukum riba ni lebih teruk dari berzina… ader satu hadis nabi tp aku tak igt.

  12. Macam saya, saya buat Islamic personal loan untuk buat settlement loan kereta. walaupun rate mahal sket, tp rasa lebih lega dan tenang sbb tak menanggung loan riba lagi. Sekarang pun kalau buat loan kereta by default mmg dia syorkan islamic loan.

  13. salesman kt suka untung ats angin..he2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s