funtasticko design

http://funtasticko.net

Tempahan untuk Nissan Almera talaan IMPUL kini dibuka!

5 Komen

KUALA LUMPUR (15 Oktober 2012) – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dengan bangganya mengumumkan bahawa Nissan ALMERA yang bakal dilancarkan tidak lama lagi turut hadir bersama penampilan lebih dinamik, signifikan dan tanda individu menerusi alat ganti sports IMPUL. Bagi menjadikan jentera itu lebih personal, para pelanggan boleh memilih Aksesori Pilihan ALMERA yang ditawarkan untuk varian Nissan ALMERA Talaan IMPUL dan Nissan Almera standard.

 Sporty elegan merupakan lambang penting kepada Nissan ALMERA Talaan IMPUL. Ia menampilkan komponen-komponen eksklusif yang telah direka khas untuk memenuhi citarasa peminat kereta di Malaysia. Tempahan bermula pada 15 Oktober 2012.

 “ALMERA serba baharu ialah kereta yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ini termasuklah mereka yang mahukan elemen lebih sporty kepada kereta yang dipandu atau dimilikinya. Kami berbesar hati kerana mampu menawarkan pilihan itu menerusi Nissan ALMERA Talaan IMPUL kepada pasaran tempatan,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

 Dato’ Dr. Ang juga menyatakan bahawa varian IMPUL semakin popular di pasaran tempatan, terutama dalam kalangan pemandu muda kerana IMPUL terkenal dengan komponennya yang eksklusif ke atas jentera-jentera Nissan.

Nissan ALMERA Talaan IMPUL

Peredam Ekzos IMPUL Blast 2 – Bunyi yang sedap dan mengagumkan dikeluarkan daripada peredam ekzos sports IMPUL. Bahagian belakang peredam yang diperbuat daripada besi tahan karat ini ditempa dengan logo IMPUL. Ia juga diintegrasikan dengan bahagian belakang dengan sempurna.

Rim Aloi IMPUL HS-06 (16”) – Merupakan penambahan terbaharu dengan warna perak dan hitam bersama kemasan matte. Rim aloi 16 ‘’ ini menambah penekanan dinamik kepada kenderaan. Material aloi dan proses Super Cast yang digunakan oleh IMPUL mengurangkan berat rim sehingga 20% – 30%, sekali gus meningkatkan prestasi pemanduan tanpa berkompromi dengan aspek kualiti dan keselamatan.

Para pelanggan juga boleh memilih untuk menaik taraf dengan rim aloi 17” IMPUL Aura SX-10 secara tambahan nilai.

Sistem Suspensi IMPUL Super – Sistem ini terdiri daripada penyerap hentak dan pegas gegelung yang telah ditala khas oleh para jurutera IMPUL untuk keseronokan pemanduan. Ketinggian pemanduan telah direndahkan sebanyak 30mm, ini sekali gus meningkatkan sokongan daya pada bahagian sisi bagi menawarkan pengendalian yang lebih lincah dan cengkaman lebih baik dengan permukaan jalan.

Aerokit IMPUL – Bampar spoiler hadapan dan gril radiator baharu yang bergaya menjadikan wajah Nissan ALMERA Talaan IMPUL sebagai pusat perhatian. Penampilan dinamik itu disempurnakan dengan skirt sisi, bampar spoiler belakang dan spoiler but belakang.

AKSESORI PILIHAN

Lampu Isyarat Membelok LED pada Cermin Sisi – Merupakan aksesori tulen Nissan, lampu isyarat membelok LED pada cermin sisi sesuai untuk pemandu yang ingin menambah kelas kepada kereta mereka, selain membuatkan mereka lebih mudah dilihat oleh kereta lain ketika menukar laluan.

LED Stainless Steel Kicking Plate – Tambahkan  sentuhan kemewahan kepada kereta anda melalui kit yang kemas ini. Plat tahan karat ini melindungi bahagian dalaman kereta dan dinyalakan oleh lampu LED.

Visor Pintu – Tidak suka cahaya matahari menyilaukan mata anda? Pasang pelindung (visor) pada pintu untuk memberikan anda perlindungan daripada panahan cahaya matahari.

Bekas But – Pastikan but anda selalu dalam keadaan terurus dan bersih dengan bekas but Nissan yang tulen.

Pedal Sport (varian A/T sahaja) – Berikan kenderaan rasa sporty, ini merupakan aksesori yang mesti dimiliki untuk melengkapkan penampilan sporty sebuah kereta.

Navigasi Multimedia – Konsol navigasi multimedia ini lengkap dengan kamera pandang belakang, pemain DVD serta sambungan iPod, USB dan Bluetooth.

Kombinasi Tempat Duduk dan Kemasan Panel Pintu Kulit – Bawa aspek kemewahan ke tahap seterusnya dengan menyalut bahagian dalaman kereta ini menggunakan material kulit.

Rim Aloi 7-jejari 15” – Hadir dalam kemasan besi berkilat, pilihan rim aloi ini menambah sentuhan mewah kepada kenderaan dan pada masa yang sama mampu dimiliki.

Tinting – Kekal nyaman ketika memandu menerusi tiga pilihan pakej tinted daripada jenama-jenama terkenal V-Kool Elite, Solar Gard Armorcoat dan Solar Gard.

Maklumat lanjut mengenai Nissan ALMERA Talaan IMPUL, sila layari laman web: www.impul.com.myatau www.facebook.com/NissanMalaysia

Jom pilih calon hos Auto Anda! https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/13/jom-pilih-calon-hos-auto-anda/

Teringin nak jadi Tony Stark aka Iron Man? KLIK SINI https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/09/advertorial-tempahan-t-shirt-arc-reactor-edisi-khas-kini-dibuka/

5 thoughts on “Tempahan untuk Nissan Almera talaan IMPUL kini dibuka!

  1. Nampak smart juge..

    • smart jer, tapi boleh pulak 1 airbag jer untuk highline.. Tsk.. integriti body kuat konon. mcm tu baik xyah volvo pakai airbag jer sebab sah2 deorg tu crash engineering.

  2. wlpn mendpt sentuhan dr impul…nisan nie ttp mcm sabun mandi..

  3. somart…asal baru lmbt sangat..aku da pakai trd sportivo lak..demmm…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s