funtasticko design

http://funtasticko.net

Zulfahmi dan Hafiz banggakan Malaysia!

36 Komen

Tahniah diucapkan kepada dua anak muda Malaysia, Zulfahmi Khairuddin kerana berjaya menduduki tempat kedua kategori Moto3 dan Hafizh Syahrin, pelumba wild card untuk menduduki tempat keempat kategori Moto2. Paling membanggakan Zulfahmi Khairuddin yang mewakili pasukan AirAsia-Sic-Ajo, bermula dari petak utama dan menyaksikan saingan hebat sehingga ke garisan penamat bersama Sandro Cortese dan Jonas Folger. Namun Sandro Cortese lebih bernasib baik kerana berjaya memintas Zulfahmi sebelum mencecah garisan penamat.

Hafizh Syahrin pelumba wild card yang mewakili pasukan Petronas Raceline Malaysia meneruskan kecemerlangan Zulfahmi dengan hampir mendapatkan kemenangan podium dalam kategori Moto2. Cuma ketinggalan +2.941 saat dibelakang pemenang tempat pertama Alex De Angelis untuk tempat keempat.

Memang hari yang amat bersejarah untuk sukan permotoran negara kerana belum pernah lagi pelumba negara mencapai kejayaan yang amat membanggakan seperti ini. Diharap mereka meneruskan kecemerlangan selepas ini, kita semua teringin nak dengar lagu Negaraku berkumandang di litar lumba nanti.

sumber : www.motogp.com

* kita ramai bakat pelumba motorsikal, daripada mati sia-sia lumba haram, baik ikut jejak langkah mereka berdua ni, tak gitu 😉

Jom pilih calon hos Auto Anda! https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/13/jom-pilih-calon-hos-auto-anda/

Teringin nak jadi Tony Stark aka Iron Man? KLIK SINI https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/09/advertorial-tempahan-t-shirt-arc-reactor-edisi-khas-kini-dibuka/

36 thoughts on “Zulfahmi dan Hafiz banggakan Malaysia!

  1. Tahniah! Harap pengalaman podium pertama ni menjadikan beliau seorang muslim yg lebih beriman dengan keberanian beliau utk menolak dari menyertai acara ‘tuang todi’ (tapi kena simbah sikit jugak last2).

    • Tertunggu jugak bila paultan nak buat coverage pasal kejayaan anak Malaysia menaiki podium…..bravo funtasticko

  2. respect! APB!

  3. Phuhhh…mmg sangat mendebarkan moto3 semalam..last lap Zulfahmi sedikit hilang tumpuan dan ambil selekoh sedikit kekanan. Cantik aje Cortese ambil peluang mencelah sebelah kiri. Apepun gaya tunggangan yang menarik dan meyakinkan dari Zulfahmi. Apepun tahniah, bukan senang nak mantain fokus hingga akhir perlumbaan.

  4. fuhhhh.. tak leh cakap.. memang superbbbb… mendebarkan.. sengit… tahniah zul dan syahrin… nama dia saja yang disebut oleh pengulas…

  5. tapi syahrin dari 27 ke tempat ke 4… “ride like devil..”

  6. Alhamdulillah. This shows that with the right push and motivation, we Malaysian can actually compete with the rest of the world!

    What we need is to cultivate and maintain is discipline and positive mindset.

    Congratulation to both of them!

  7. pertamanya: tahniah dan syabas
    kedua: semoga bila dah jadi racer international, solat jgn lupa, jgn kedarah arak, jgn main pompuan. tak guna naik podium, tapi perangai serupa mat saleh.

    itu sahaja. apa2pun tahniah.
    teruskan usaha untuk mendapat ilmu.

    • Bro xleh down macam tu…ni la sbb kite xkanmaju..ade org pikir sempit mcm ni..ljgn la pikir sempit sgt mcm makcik stail..nii bukan sapot…ni macam nk menjatuhkan je…

      • Kite ade x nampak xdie wat camtue..so xleh la buruk sangka macam tu

      • Mamat tu bukan kasik down la sedara, tak faham ayat ke? Itu NASIHAT! Dari sorang sedara Muslim kepada yg lain, SALAH KE?
        Islam bawak kemunduran ke bro? Urusan agama layak utk makcik pakcik ke bro? Kita dah mati nnti takde benda lain yg kita bawak kecuali amalan, tapi tak bermakna kita x leh maju, tapi biarlah maju dgn acuan sendiri, buatpe nak ikut sgt apa kapir buat..

  8. Mohon pihak SIC memansuhkan penggunaan Champagne(arak) dalam perayaan kemenangan di podium. Alternatif lain boleh digunakan ialah air buah bergas seperti yg digunakan di negara asia barat.

    Bersama wujudkan suasana yg lebih Syari’a Compliance,

  9. BANGGA SEBAGAI ANAK MALAYSIA DENGAN KEJAYAAN KAMU. TAHNIAH

    setuju dengan savvy88. SIC yang diurus oleh sykt milik anak bekas PM patutnya menggantikan arak dgn benda lain. rasa lagi bagus kalau ada kelainan. baru orang pandang sikit negara kita

  10. thun dpan ganti cortese lak.. syabas dan tahniah! tp thun depan cube la tukar gaya riding sbb skrg ni setiap kali corner, asyik kena potong je. itu la punca kekalahan kat sepang aritu.. tp FIM, thun dpan tlg la guna blik mtor 250cc 2silinder mcm zaman2 lorenzo, bautista, simoncelli.. body besar, bunyi pn sdap, kelajuan pn lbih.. mtor thun ni 1silinder, body mcm zman 125 je walopn enjin 250cc..

    • informalnya mmg fahmi akan ke team red bull ktm ganti cortese yang naik pangkat ke moto2. pada selekoh mmg nampak kurang sket compared jln straight..tapi masih ada masa untuk perbaiki keadaan,lagipun setting moto dlm team redbull ktm lagi mantapp.harap lagi byk naik podium next season,syok sket nak layan moto.

    • mmg kategori moto 3 ni utk ganti kategori 125cc zaman 2lejang dulu,sbb tu moto kecik..power engine 4lejang 250 xjauh beza dgn 125cc 2lejang..
      Kalu kategori moto3 guna moto 2lejang 250cc mcm zaman lorenzo dulu2,dah xlayak utk bertanding kategori moto3..kena naik ke moto 2..
      power moto ni ibarat..
      250cc 4lejang=125cc 2lejang
      400cc 4lejang=250cc 2lejang
      800cc 4lejang=500cc 2lejang..

      lagi satu FIM xmau guna 2lejang dah sbb pencemaran..

  11. Yes la..proton pakai enjin petronas..dasat engine n7..sauber petronas,,ade hubungangan ferrari..

  12. Dulu masih igat lg komponi china ade minat nk pakai engine nie..jd ke tidak xtau..spec racing..harga engine mahal..proton pum ade engine 2.2 v6 pakai supercharge..dulu nk letak dekat suv protn..ala yg youngman tgh rnd skg..

  13. Terbaikkk DRB..

  14. No 86 beraksi sgt cemerlang…

  15. Akhirnye engine yg ade kt kotak minyak pelincir syntium berada dlm bay preve…

  16. Taun depan xjadi beli panagele..

  17. meriah lagi website fd lepas ni…layanzzz..

  18. preve hatchback guna e01? pairing ngan cvt ke?

  19. tak ingat tahun berapa enjin tu tapi rasa dah lama.. persoalannya.. relevan lagi ke dengan teknologi sekarang?

  20. tak sia2 beli tiket motoGP…tahniah org banting

  21. Untuk taun depan motogp aku da beli tiket

  22. Tahniah kerana menolak upacara tuang todi, tapi dalam masa yang sama tahniah kerana naik podium.
    Moga Allah ganjarkan kamu habuan akhirat dan dunia. Amiin…..

    Tanam rumput tumbuhlah rumput, tanam padi , padi tumbuh ,rumput pun tumbuh.
    Ambil dunia dapatlah dunia , ambil akhirat, dunia pun dapat akhirat pun dapat.

    Org Islam boleh…..Terbaek lah bro.

Tinggalkan Jawapan kepada TheInsider Batal balasan