funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton bakal guna enjin Petronas E01?

139 Komen

Menurut www.bharian.com.my hari ini, DRB-Hicom Bhd sedang berunding dengan Petronas untuk membeli enjin berkenaan berserta dengan hak inteleknya. Proton bercadang menggunakan enjin Petronas E01 yang memiliki teknologi VVT tersebut pada model Preve hatchback, Exora Facelift, model gantian Perdana serta model baru yang bakal diperkenalkan secara berperingkat.

Enjin E01 telah dibangunkan oleh sekumpulan jurutera tempatan yang bermula semasa pembabitan Petronas bersama pasukan F1 Sauber. Enjin berkapasiti 2.0 liter ini mempunyai keupayaan tinggi namun cadangan asal untuk menjadikannya sebagai enjin Proton pada mulanya tidak menjadi kenyataan kerana Proton telah membangunkan enjin sendiri iaitu Campro.

Selain itu Petronas juga telah membangunkan enjin motorsikal GP1 3 silinder 4 lejang yang kini digunakan sebagai enjin berprestasi tinggi untuk kenderaan rekreasi termasuklah kenderaan salji Austrian Ski-Doo dan jet ski. Persoalannya sekarang adakah benar berita ini dan adakah teknologi enjin Petronas E01 boleh dikembangkan kepada beberapa variant yang berkapasiti lebih kecil seperti 1.2 & 1.5 liter kerana trend pengeluar automotif pada masa ini akan mengecilkan kapasiti enjin dan dipasang dengan turbo untuk lebih efisien dan menjimatkan minyak. Apa pendapat anda?

Sedikit info untuk enjin Petronas E01 :

Valve mechanism: Continuous Control VVT (Variable Valve Timing)
Camshaft: Double OverHead Camshaft (DOHC)
Displacement: 2 litres
Induction: Natural Aspirated
Cylinders: 4, In-line
Valves per cylinder: 4
Block: Aluminum
Weight: 108.9kg
Max Horsepower: 204.3 PS @ 7300rpm
Max Torque: 203Nm @ 5300rpm
Power Output per litre: 100 PS/litre
Volumetric Efficiency: 107.8%
Emission Standards: EURO 2

Jom pilih calon hos Auto Anda! https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/13/jom-pilih-calon-hos-auto-anda/

Teringin nak jadi Tony Stark aka Iron Man? KLIK SINI https://funtastickodesign.wordpress.com/2012/10/09/advertorial-tempahan-t-shirt-arc-reactor-edisi-khas-kini-dibuka/

139 thoughts on “Proton bakal guna enjin Petronas E01?

  1. mungkin guna kat preve sapphire juga huhu

  2. hebat engine ni pada zamannya.
    tp euro 2
    kalau adjust utk cmply dgn euro 5 ada beza performance ke nnt?
    satu lg, bukan ke hak milik engine ni dh dijual dkt satu company china?

  3. dh lama enjin ni…waja karamjit ada pakai dulu..

  4. mana awk tau?awk engineer yg wat engine nie ker?

    • betol la kata discoveryturbo tu…. petronas test dekat kete waja yg di pandu oleh karamjit….. citer ni lama dah… awk je yg tak ikot perkembangan semasa…..

  5. 2.0 NA 204hp ? outrageous!

  6. Max Horsepower: 204.3 PS @ 7300rpm
    Max Torque: 203Nm @ 5300rpm

    pergh…bule cucuk golf

  7. hermmm…kalau enjin petronas nk dkcikkn cc nyer…jadi bnyk sngat crita nant…..kalau boleh la…for For standard model or mid range model proton gunakan campro iafm or mana2 yg latest….n 2.0 tu pkai model high range and mid range cam perdana replace,or LM T5…so kalau btol la kalau Proton/DRB nk ganto Campro dgn 2.0 ni….syg la Campro xde upgrade. . .=(

  8. ye lah…syarikat dari mana entah yg dulu beli engine nie…ntah apa cerita.
    tp akurasa mcm tak sesuai jer PROTON nak beli engine nie….satu dah lama n kedua engine base pada F1 environment tak sesuai utk mass production.

    • beli enjin dengan beli hak milik adalah sesuatu yang berbeza…. so kene paham istilah beb…. beli kereta honda tak semesti syarikat honda kita punya… mahun patent kereta tu pn kita tak dapat.. so jgn ler risau

  9. Kenapa ya tiba-tiba DRB Hicom nak guna enjin ni? Kos lebih murah berbanding R&D enjin CFE ke?

    Atau ada deal lain dengan Petronas?

    Any info?

    *Kalau dengan Petronas sama-sama develop enjin CFE?

  10. Bagi saya kalau protn beli pun jimat kos dari buat baru. sekurang2nyet proton dan ada new engine dan boleh RND untuk new engine. Maksud saya, proton dan ada cfe, so klau masuk e02 nh, mungkin proton leh jadikan ianya E01, E0.89, E1.6 and etc…(kalau boleh la).. Tapi saya prefer proton jv dlm buat engine dengan org lain. Untuk RND sendiri kos tinggi la.

    • proton ada deal rnd dgn team petronas la kot kan? kalau 10 taun lepas petronas dh leh buat engine seadvanced eo1 ni, dah tentu la skg ni kalo buat engine lg canggih.

  11. sbnr nya enjin ni masih relevan dgn teknologi enjin sekarang.. lagipun nak bangunkan enijn baru makan masa bertahun2.. kalau betul berita ni, mmg bagus sgt sbb dulu pun petronas mmg bercadang nak bg proton guna enjin ni

    cuma skrg stended global dah masuk euro 4 ke euro 6.. so mmg akan ada perubahan dari segi kuasa utk bantu penjimatan minyak dan kawalan emisi.. mmg kena tune balik

    design enjin ni pun dengarnya bersifat modular, so nak kecikkan cc mmg takde masalah.. rasanya la

    yg pasal hak intelek tu sy tak pasti, tp pasal sykt china beli enjin ni mmg sy ada dgr, cuma yg sy tahu, diorang beli enjin je, bukan beli paten dgn hak intelek skali.. takkan petronas senang2 nak jual paten kot.. susah2 dah rnd

    • pasal euro 2 jangan risau. Ada cara nak jadi euro 5.. Senang jer..

      • mcm mana tu? leh share cara dia jadi euro 5/6?
        hm.. tp mmg best kalau betul2 jadi.

        persoalan yg sdg bermain di minda,

        engine petronas e01 ni sesuai ke taruk turbo? atau supercharger?
        dan secara kasarnya mcm mana nk tau ia sesuai ke tidak?
        ada sesapa buleh share?
        tq.

      • tukar ecu.. tambah catylic converter.. walla.. siap jadi euro 5

      • Yg ni no prob..cume nk produce je..pasal cost..

      • Tukar ECU nampak senang. Mapping nya? Mesti perlu kurangkan penggunaan bahanapi dalam keadaan pecutan, brek, idle dan coasting. Pengurangan CO2 secara terus menerus adalah dari penggunaan bahanapi. Lebih banyak dibakar, lebih banyak hasil CO2. Sudah tentu performance dikompromi kecuali effisiensi ditambahkan.

        Kalau senang untuk dapat Euro 5 kenapa pengilang menggunakan cara lain; turbo (satu atau dua), saiz enjin kecil diturbokan, direct injection, dari DOHC ke SOHC, chassis aluminium, lampu kaca jadi plastik, CVT…? Terus terang cakap; Valve Timing sahaja tidak mampu untuk mencapai tahap yang dikehendaki untuk membuat enjin effisien.

  12. Elokla proton pakai enjin ni pastu modified and tune supaya lebih reliable, lebih mudah utk manufacture dan dpt emision standard euro 6. Lagi jimat dr develope sendiri dr kosong. Pastu plak proton boleh la JV ngan petronas dan FELDA utk buat enjin diesel yg biodiesel frenly plak. Harap gabungan ni akan dpt memeriahkan lg aktiviti RnD di malaysia dan seterusnya meningkatkan lagi jumlah IP yg dimiliki negara ini.

    Nak tanya enjin ni ada direct injection tak ? Satu lagi persoalan dgn gearbox auto apa proton nak pair dgn enjin ni ?

  13. klu btl, bgslah. Dulu dengo2 xviable sbb prtn xda byk kete sumbat enjin nih(bkn xmuat,cume kos xmemadai)sbb masa tuh, enjin nih dh kira advanced. Nk letak perdana, dh agreement ngan mitsu. Skang, enjin tuh masih relevant, cume kena jugak rnd tang emmision cntrl sbb enjin tuh br euro 3(itu latest masa petronas buat aper tah event dia bgtau, ada dlm petronas punya website).

    Skang dh ada preve, yg merupakan generasi br prtn, exora n preve kongsi platform, xslh exora n preve bleh masuk sampai 2.4l enjin v6.

    Mgkin nk jdkan preve hatch hothatch kot, kasi isi turbo, bleh bersaing dgn golf n seangkatan. 2.0na, masih byk demand sbb tgk segmen c midsize sedan, byk pkai 2.0, exora replacement, mgkin bleh target up ckit, bersaing ngan wish,stream, 3008 n sbgainya.

    Tp sbb masih blum ada laporan rasmi, tunggu jelah pengumuman drb nanti tentang halatuju prtn, mesti bgtau punya klu jd amik enjin tuh.

  14. Pada pendapat saya, enjin EO1 ni macam agak ketinggalan sedikit. Tak inline dengan trend masakini yg rata-rata menggunakan/menghasilkan enjin bersaiz kecil. Ciri block aluminium, ini bagus. Tetapi dgn emission std Euro 2, Petronas kena buat sesuatu supaya enjin ni relevan pada masa sekarang.

    Sebesar2 Ford Focus pun sekarang dah pakai 999cc 3 cylinder…2000cc kurang desired dah…

    • Ini pekarabmudah..

    • …dan baru tahu, enjin Ford 1.0 Ecoboost guna iron cast dan timing belt…(orang malaysia kalau beli kereta, diorang nak timing chain..ahaks)

    • mmg betul… tapi mana2 engineer pn akan kata small engine produce kuasa tinggi tak berapa tahan dengan engine besar hasil kuasa yang sama… so engine yang kecik akan sama mahal coz component dia kene tahan dengan kuasa yg di janakan.. so ada pros and cons

  15. X tau nanjing auto da guna lum engine ni..

  16. ni pendapat aku je la:

    1. amat bagus kalu sumber negara (intelektual/komoditi) diurus secara teratur.
    jimat kos R&D, pengurusan.

    2. rasanye proton mmg dh lama hand-in-hand ngn petronas.

    3. utk pembaca2 baru di FDesign ni, mgkn boleh tgk artikel lama psl Mahallel ulas psl enjin E01 ni.

  17. Tak boleh, tak boleh. EURO 2? Sekurang-kurangnya harus dibangunkan semula untuk melepasi piawaian EURO 5 atau EURO 6.

    Engine itu diperkenalkan pada tahun 2005. Sudah 7 tahun. Saya rasa banyak yang perlu dilakukan, seperti bahan-bahan pembuatan, suntikan bahan api yang lebih canggih dan kesemua aspek harus diperhalusi.

    • ni bukan plug and play abg oii…. yang penting platform dah ada

      • Mesti diingatkan, platform ada tapi EURO 2 tidak dapat digunakan lagi. Teknologi sudah berubah banyak dan penggunaan bahan dan sistem yang canggih juga. Enjin itu 2005 dikeluarkan, sekarang sudah 2012.

    • Alahai..mcm awk tau semua lee….

  18. pendapat saya, tak perlu kecilkan kapasiti enjin, cuma perlu tingkatkan ke euro 5. dan cuma tambahkan forced induction seperti turbo atau supercharger.. baru lagi power.. dan DRB juga perlu menambah baik enjin CFE supaya output enjin lebih tinggi kerana enjin CFE sekarang kurang memuaskan.. dan juga Proton perlu menggunakan gearbox yg lebih sesuai bukan saja CVT malah menggunakan 6 speed auto dan 6 speed manual supaya pemanduan lebih memuaskan..

    • CVT pada saya bagus, jimat minyak & pemanduan pun sekarang smooth. Cuma mungkin Proton boleh guna CVT yang lebih baru. Dah ada banyak improvement dah kat CVT yang digunakan Honda, etc.

      Just my two cents.

  19. kat artikel BH kata, enjin ni akan mngantikan campro.. klau betul, sayang la sbb campro dah dikira matang smpai ade turbocharged. lgpun enjin CFE ni taraf euro 5. klau nk gune enjin eo1 ni boleh tp kene gune kat kete yg lbh besar la mcm perdana replacement n MPV. tp enjin campro tolong jgn di scrap.

    • enjin campro dah sampai limit dia, cfe la yg terakhir dan tak boleh diupgrade lagi dah, tak boleh nak comply emission.. cuma iafm+ sahaja yang boleh diupgrade lagi, kalau tambah direct injection lagi efisien kot

      • supercharged neo apa jadi?
        dah scrap ke plan tu?

      • yg pakai supercharger tu r3 punya version, tapi xtau lagi bila keluar, tak silap boleh beli benda ni kat proreka, diorang yang bawak masuk

      • Macam mana bila kata enjin Campro dah sampai limit & hanya pada Campro IAFM+ je yang boleh upgrade? Boleh share? Ni bagus ni kalau share dengan kami yang tak brape nak ade knowledge pasal enjin ni =)

      • Kitaorang dah tanya orang dalam Proreka. Maklum balas mengatakan kena downgrade ke Non CPS (buang VIM/CPS, ECU kita). Tapi yg lawak tu dia suruh tukar gear ratio ke std. Kita harus ingat dah kena tambah 5kg (tak termasuk intercooler) kat depan, jadi lebih berat depan. Kalau nak balancekan balik kena pergi jumpa En. FA, dah duit lagi… R3 ni cantiknya pada balance, bukan pada kuasa muktamad.

        Tapi ada kemungkinan anggapan dibuat dari Proreka untuk downgrade, tidak berapa menasabah. Mungkin lebih elok untuk yang perlu straight line speed. Juga, tidak disuruh pasang gasket tebal untuk kurangkan compression ratio ataupun upgrade klac plate. Bagi kami bila buat forced induction, compression yang tinggi mengharuskan penggunaan RON 97 kalau tidak timing selalu retard untuk mengelak detonation atau knocking. Manakala tork yang lebih tinggi menyebabkan klac biasa senang haus.

        Pendek cerita, kosnya tinggi, dan penjagaannya juga tinggi.

  20. tengok kat gmbar tu cam ad dua sistem vvt…….maybe dual vvt=i kot heheheh

  21. tahniah drb! tak sia2kan hasil anak2 tempatan. Buat enjin tak guna knp? tak kisah euro brp pun, nak tambahbaik tak susah mcm baru nak buat…. nak upgraded pun tak susah.. petronas ada keupayaan krn ada kewangan yang cukup utk r&d. sehingga skrg keta proton lum dpt atasi enjin keta luar sbb? kewangan proton terhad. jika ada blh beli dpd petronas baik beli dpd local company dpd buang duit beli dpd company luar.. kan blh elak pengaliran keluar duit rakyat..
    kami rakyat malaysia nak tahu berita yang baik dpd drb khususnya tentang proton.

  22. berdesup ler satria neo enjin eo1 turbo bila kuar nnt
    100m wheel spin.. ahaha😀
    tercirit2 juga golf gti dan yg sewaktu dgnnya.

  23. masa di pesta konvo UKM 2001 or tak igt dah tahun bila.. ada booth Petronas.. pernah tanya budak2 petronas kat situ.. nape tak keluarkan enjin produksi dalam proton masa tu.. katanya masatu lah… susah dah develop dan upgrade enjin.. kos tinggi lah kot…

    • yep..
      Kalau bace post2 lama x silap tahun 09 dlm FD, petronas nyer engin kos ldm 15k time tu. Campro lak 4.5k jer.. so, semestinya campro jadi pilihan..

  24. Mmm. Yg org faham. Enjin nie yg proton bagunkn kalau betul berita tu. Ini sudah bagus. Dpt jimatkos rnd. Lagi pun xde maslah petronas nk jv dgn proton nie sebab petronas pun ada sikit sahamnya dlm proton kn?

  25. Admin campromania | mohon post pasai engine proton 2.2 v6 supercharge..yg nie pom mcm best juga untuk dibincangkan

  26. Proton dh ada pengalaman mmbngnkan enjin sendiri. Mngkin pmbelian hak interlek enjin petronas ni menjadi asas kpd pmbgnan enjin proton untuk model2 akan dtg. Proton masih lg ketinggalan dlm bab2 teknologi enjin berbanding syarikat automotif lain. Sudah tiba masanya proton menghasilkan enjin generasi baru yg selari dgn trend teknologi terkini?

  27. berfikiran positif lah sikit.. even yang honda sendiri pun masih kekalkan teknologi vtec + single cam nye kt keta2 dia.. dah bertahun2 guna vtec tu.. x outdated ke? dengan sedikit (or bnyk) fine tune enjin tu leh comply dengan segala law yg ada dlm dunia otomotif ni.. so, apa ada hal ngn enjin yg dah umur 7 tahun.. dunia dh canggih.. teknoloji pembuatan dh maju.. tentu takde masalah utk proton/drb re-develope enjin ni supaya sesuai dengan kegunaan masa kini..

  28. look at the engine’s the cam spockets cover, it indicates a dual vvt

    if the engine was designed performance in mind, this engine had already resolved some issue on strength, lubrication and the efficiency of cooling system,

  29. nak tgk graf hp dan torque enijn ni kalau ada

  30. Bro Campro
    “diorg kan dah test enjin ni kat satria gti & waja..memang power, siap jadi safety car lagi kat sepang”
    Correction:
    Keta tu jadi FIV-Fast Intervention Vehicle kat Sepang. Semua legally registered kat under no. Plat GP. Ada GP1 sampai GP30 kalau saya tak silap.
    Pasal engine ada 2 jenis EO. satu e n w….yg indicate orientation east-west and west east..atau transverse and non-transverse.
    Tapi now Petronas tgh develop 1 lagi engine family yg meet euro 5 and higher emission level. Maybe DRB interested dlm project ni.
    Wait n see.

  31. ape jadi dgn projek enjin family-Y? tp sy yakin proton akan upgrade enjin tu utk sesuaikan dgn teknologi moden, sebab tu proton nk beli hak intelek paten sekali, bukan semata2 enjin shj.

    info trbaru yg sy dengar: Proton Preve Premium CFE akan ditala semula ECU supaya tiada lagi throttle lag. ini termasuk pemilik Preve sedia ada yg akan dipanggil semula utk ECU retune. namun kemungkinan pnggunaan minyak akan sedikit tinggi berikutan kegatalan kaki pemandu yg syok dgn pickup kereta.

  32. rasa dulu dkt website petronas/motorsport ada cita pasal engine ni. (beberapa taun dulu la)

    ni ada satu blog cite pasal engine ni. (2006)
    seigt sy semua 3 grafik tu adalah dari web asal petronas.

    http://automechanica.blogspot.com/2006_10_01_archive.html

  33. adala tu sebab dier nak beli…yg penting potensi engine n layout design engine tu…boxer dah 40 thn takder sapa bising….Al cast – mcm nissan la…yg tahu eo1 nie petronas develop dgn yamaha jugak kan?
    good for proton…dlm satu/dua tahun nanti bila nak tukar keter hopefully everything would be ready…dah malas aku melayan Campro CPS yg mentekedarah minyak nie

  34. tetiba aku jd excited plak psl citer engine nie nak replace Campro untuk Exora..x jd la beli Grand Livina…tgg setahun pun stahun la

    • grand Livina tak perlu tunggu utk beli Exora dgn Engine EO1 ni.. yg sekarang punya Exora Bolf CFE pun sudaah der… Outclass Nissan Grand Livina ni… haha

    • Bro omanjedi,

      Nissan Grand Livina bukan taraf Exora Bold CFE.

      Bold CFE is no longer a Campro engine.

      • dulu semua orang sangka enjin turbo adalah aupgrade dari campro CPS + IAFM. tapi sebenarnya enjin CFE adalah digubah semula dari enjin campro asal (sebelum CPS) sebab tu tak de CPS dan CCnya lebih kecil 1561 (kalau tak silap) CPS 1593cc..

      • okla…habis bini pantang pi la test drive sat…

  35. Tak faham kenapa awal2 proton tak develop enjin ni, pergi uk develop enjin campro hasilnya kuat makan minyak.
    Macam nak muntah dengar drb bercadang menjadi pengeluar enjin bebas dunia, apa dia orang ini merepek. Skrg trend hybrid , new generation diesel, drb nak beli enjin lama dan bercita-cita nak tambah income dgn menjadi pengeluar enjin bebas dunia.
    Hutang lotus pun tak boleh bayar…….

    • long-term plan bro.. DRB pun not stupid enough utk membaca trend market semasa dan akan datang.. ade la tu plan diorang…

      Tp honestly aku rase berita ni masih terlalu awal sbnrnye, cume digembar-gemburkan di media supaya dapat menaikkan harga saham Proton.. Bile saham naik, modal meningkat.. Well..business is business..

    • Nadz,ape yg kau merepek actualy?kalau nk argue pon biarlah educated skit
      ko tahu ke ape maksud kete hybrid?hybrid ni laymen term maksudnya combination of 2 different tech
      unutk kete hybrid,enjin petrol+bateri lithium ion,
      dgn tknologi skrang,kalau nk totally depend kt bateri lithium ion tuh,setakat KL-putrajaya jela,kalau tkde langsung enjin petrol dlm tuh, & travel KL-kedah atau kelantan,sory la memang ko kena tolak kete tu sebab bateri tuh hanya untuk jarak dekat jer

  36. apa2 kita tggu kenyataan rasmi dari pihak drb dulu…..
    harap bkn spekulasi semata2…
    ada sesiapa tahu tak akronim penuh eo1 ni?….atau mmg namanya just eo1…

    btw,ptg semalam terjumpa dgn exora trde plate b2160a lebih kurang mcmtu nmbrnya

  37. best sgt ke enjin ni…lama sgt dh…ketinggalan zaman nanti proton

  38. …. lepas tu bocor… hantar kat service center, pomen cakap, biasa lah bang, proton (padahal pomen tak tahu macam mane nak solve)

  39. China Carmaker And Partner To Manufacture Petronas Engine

    KUALA LUMPUR, Oct 30 (Bernama) — China’s carmaker Nanjing Automobile Corporation (NAC) and Brilliant Culture Group Limited (BCG) have reached an agreement to jointly manufacture PETRONAS’ EO1 engine for commercial use.

    The project is scheduled to take off in December 2006 and production is expected to commence in 2009 with an annual capacity of 100,000 units, the national oil corporation said in a statement, here Monday.

    The E01 engine, a result of PETRONAS’ involvement in Formula One, is an aluminium gasoline engine family with a very compact design.

    It has two bores, two strokes and three displacements (1.8L, 2.0L to 2.2L). It is an in-line 4 cylinder engine with 16 valves, DOHC, VVT and EMS, and emission standard designed for Euro V.

    — BERNAMA

    http://web10.bernama.com/auto/newsDetail.php?id=226944&vo=26

    Dah lama Petronas licensedkan nak keluarkan enjin ni. Proton dulu bukan tak nak enjin ni, tapi kos dia terlalu tinggi. Tak balik modal. Company China ni ada ‘scale of economic’. Kalau betul DRB-HICOm nak guna enjin ni, boleh la beli aje dengan company China tu. lagi jimat. Tapi setting and tuning by LOTUS and PETRONAS engineer. Sure best. Tapi kapasiti enjin tu boleh variant kecil kot. 1.2l, 1.5l, 1.6l dan yang disebut di atas tu 1.8, 2.0, 2.2. Tambah Turbo plak. ok apa.

  40. xslh aku, proton penah tunjuk enjin 2.2l v6 masa tahun 2008, agak canggih gak enjin tuh. Tp xtau ada co develop antra proton n lotus@lotus jek yg buat. Tp lotus join indycar race tahun nih dgn enjin 2.2l v6 turbo, tp xpasti samada enjin yg sama@x, mgkin same cume yg prtn tunjuk versi na, yg lotus tuh pkai turbo. Tp agak mlg sbb ada masalah boost pada enjin tuh yg menyebabkan team lotus gagal pada race thn nih.

    Tp vicp utk 2.2l v6 tuh aper yek? Variable inertia charge port/variable intake charge port/variable induction charge port/variable intake camshaft profile@ aper menda yek. Ada sesapa bleh bg pencerahan?

  41. Mintak maaf kalau saya tidak setuju dengan penggunaan enjin 2 liter NA ni tidak lagi relevan memandangkan perkembangan masa kini. Cuba kita bandingkan BMEP untuk CFE (15bar) dgn E01e (12bar) CPS R3(11.8bar). Kita bandingkan pula di mana engin mengeluarkan kuasa maksima; CFE (500rpm), E01e(7300rpm) CPS R3 (7000). Tidak ramai yg selalu memandu kereta pada rpm tinggi. Pada kelajuan tinggi, engin akan hilang effisiensinya sambil mengeluarkan CO2 dan Nox yang tinggi. Susah untuk mendapatkan sijil Euro 5 kecuali digunakan pada chassis yang kurang dari 1000kg.

    Pastinya kalau dibandingkan, E01e adalah enjin yang paling berat antara kesemuanya. Enjin berat memerlukan sokongan yang lebih kukuh supaya tidak masuk ke dalam cockpit bila ada kemalangan.Di merata dunia pengilang bertukar pada engin turbo untuk menghasilkan enjin effisien, ringan sambil mengeluarkan emisi yang rendah. Kebanyakkan teknologi sekarang berkitar pada mengimbang kuasa, pencemaran serta penggurangan bahanapi. Buat masa sekarang pengilang perlu juga mengambil kira ciri keselamatan yang diperlukan. Spesifikasi keselamatan menambah perlunya tambahan peralatan yang menambahkan berat badan kereta. Berat yg bertambah pula menambahkan penggunaan bahanapi dan secara terus; pencemaran gas.

    Fokus sekarang sepatutnya pada penggunaan bahan dan cara pembikinan chassis yang ringan.

  42. takde ke komen pasal penggunaan minyak kete preve & exora bold? aku masih tertanya2 mcm mana FC enjin CFE turbo ni…somebody bule bg the exactly data?

    • mgkn bro kaskas ble masuk forum lowyat, thread preve & eb.
      di situ lg tepat, sbb forumers yg selalu masuk.
      kt sini kita xtau, ntah betul ntah salah.

      fot the same amount of pulling power (pikap) aku rasa cfe mmg cukup bagus utk mpv.

  43. beli je la.. bole pakai untuk SUV MPV ngan perdana replacement.. asyik kuar sedan ja..

  44. Saya hormati pandangan kawan2 semua..Maaflah, saya tidak setuju jika Proton guna EO1 utk model2 keluaran akan datang. Ini enjin lama, 7 tahun dulu mungkin ia sebuah enjin yg sangat baik. Tapi sekarang? Dengan feature block aluminium dan VVT semata-mata, dan nak perkenalkan dalam model baru tahun 2014 dgn enjin ini, amat2lah jauh ketinggalan.

    Pada saya enjin CFE lagi bagus daripada enjin ini. Konsep turbo kini lebih relevan disaat kita nak kurangkan penggunaan bahan api fosil. Displacement 2000cc pula, disaat kebanyakan negara mula familiar dgn enjin bersaiz kecil, Emission Std yang saban tahun meningkat, bagaimana Proton hendak mendapat pasaran luar? Ia sangat2 undesired.

    Ada yang kata Honda masih setia dengan jenama Vtec kebanggaannya sehingga kini, Tahukah anda semua, Honda sudah pun mula membangunkan enjin turbo 1.6 suntikan terus (direct injection) yg akhirnya utk disasarkan kepada model akan datang.

    Apa yg istimewanya Enjin EO1 ni? Ada sesiapa yg boleh explain supaya saya boleh mengubah pendirian saya? Jangan disebabkan 2000cc dan VVT sudah cukup utk merasakan ia sudah cukup moden.

    • Saya pun tidak bersetuju jika DRB dan proton benar2 menggunakan enjin ini. mereka hendaklah mengambil kira trend automotif sekarang. Jika proton benar2 serius dalam pembangunan enjinnya, bangunkan enjin diesel turbocharge, enjin direct injection, enjin bersesaran (cc) yg kecil tp mampu mengeluarkan kuasa yg tinggi, atau fokus terus kepada hybrid/electric.

      Dan jika proton bercadang mengeluarkan kereta segmen D yg umumnya 2000CC ke atas, mereka seharusnya mencari alternatif enjin yg lebih sesuai.

    • fridzmax,
      kete jepun segmen D macam toyota CAMRY & honda accord ada ke yg pakai 1.6?yg ada kete french & german,cuma pug 5008(1.6T),merc E-class??kalau ada pon E-class yg pakai 1.8turbo & PAssat CC yg juga 1.8turbo/supercharged
      BMW 5series ada yg pakai 2.0 kebawah?

      so aku tk nampak ape salahnya dgn acquisition enjin 2.0 nih,maybe future engine for segmen D proton-maybe chassis Accord,who knows
      good job DRB!!!

    • satu lg walaupun merc E-class ada enjin 1.8turbo(basic),tapi mid-range model sampaikan 4.0 pon ada
      then bmw 3series 335?itu 3.0 with twin-turbo

      so whats wrong?hybrid?yeah try to task hybrid stuff to merc & BMW,btw kita pon dh ade EV tech,so future combination of bateri lithium ion+enjin EO1 nih is awesome!!!

  45. tudiaaaa….
    ingatkan drb ni lagi pandai..
    rupanya makin mangkok berayon ayon..
    mari kita lingkupkan proton…
    yg penting, masyuk perut yg buat deal ni..
    yeah!!!!
    malaysia mmg kaya, tapi kayanya tidak diguna untuk perkara yg cerdik..

    cfe baru ja buat, ko pegi la upgrade cfe tu…
    kata ada unit RnD, tido ke unit tu?
    engine petronas tu kan dah lama..
    org sekarng nk jimat minyak dan alam sekitar..
    performance pun aspek palig penting…

    ke drb nk beli engine ni untuk diupgrade? tapi gua baca dalam paper mcm nk pakai seketul..

    gua pohon proton buat la engine range 1.2 turbo, 1.6 iafam/cfe, 2.0/2.0 turbo..2.5/2/5 turbo paling tinggi pun 3.0 liter..tu pun dah bleh pecah kepada petrol or diesel or hybrid…

    perdana replacement drb nk tukar logo company mana pulak?
    adakah vw passat akan dicop proton?
    akakakakaak..kalau dicop, mmg proton perlu duduk di bawah bumbung NAZA..akakakakaak

    26 tahun wujud, apa pun tarak…yg ada, hanya LOGO…
    LOGO harimau elok tukar/facelift letak muka TokDet..
    kalau susah sgt, letak muka Rosmah..
    hehe…
    1 Malaysia…2020 Malaysia negara berpendapatan tinggi.

  46. Pasaran Malaysia x membolehkan Proton dapat economics of scale, Pasaran export Proton pula x memberangsangkan, pendek kata dua2 market x boleh nak tingkatkan jualan, x nampak mcm mana Proton boleh nak berkembang selagi masih x buat joint venture dgn syarikat automotif besar, Mungkin Proton terpaksa buat kereta spec yg mcm Vios atau City shj sbb kalau nak teroka market lain memang susah

    • ada cara dia.. kena JV @ jual jer Proton ke VW..settle.. but aku rasa, tu plan jangka panjang DRB Hicom ni.. lagipun dia org kan partner VW di Malaysia… so ini mungkin salah satu cara…

  47. Saya rasa kalau betul Proton bakal gunakan enjin ni pada production car, kemungkinan besar final tune utk HP and torque akan berbeza dari config asal demi mencapai piawaian Euro yang terkini. Akan tetapi, saya nak tanya. Aluminium block utk production enjin tak menelan kos yang amat tinggi ker?

  48. yang penting, GSC pakai CAMPRO 1.3…

  49. ilmu kalau kurang tentang teknikal secara ilmiah dan praktikal jgn komen yg menjatuhkan wahai kwn2 yg dihormati.. ini bukan forum politik. tolong belajar hormati org dlm forum sebegini.

  50. bgslah,kurang2 dpt kurangkan kos. Klu gsc nih berat mcm mirage pun ok. Satu lg yuri, br tgk mirage td. Ok jek,tp satu menda prasan, walupun pkai cheap hard plastik, kete2 jepun nih, color@texture plastic dia lebih kurang same, so, nampak cam solid,walupun pada hakikat sama jek. Yela, bleh jd marketing strategi bg prtn. Warna tempest grey dah ok, tp klu lg gelap cam piano black,lg ok. Monotone@multitone xda msalah,cume biasa org komen boring ajek klu monotone. Ko kan terlibat gak, why not x unjurkan menda nih.

    Satu lg,klu preve hatch, handbrake n water bottle punya holes tuh kat centre between drive n passenger seats upgrade ckit walupun kos akan up ckit. Handbrake tuh balut kulit cam preve saphire, water bottle holes tuh buhlah krom ckit kasi uplift. Syg coz nampak xsempurna bahagian cockpit depan. Klu x, mesti lg elegan.

    Pastuh, klu blehlah, walupun aku tau kos agak tinggi, rear door panel, wat same cam front door panel, cam saphire, mmg complete nampak mewah. Why notkan, alang2 nak sumbat enjin petronaske, nk bg manual trans ke utk preve hatch, sekurang2nye, duk sebelah golf, walupun xler setaraf, tp xnampak cam jauh ngat beza interior dia dr segi keelegan finishing.

    Mana tm guy, nak tanya pasal engine, duk snyp, bz rnd enjin ke bro?

    • apa bro mat ckp tu betul bab plastic tu…. bende yg sama tp kete jepun nye nmpk lain….

    • Betul tu setuju dgn Mat, lame dh dlm hati duk pikir, kenapa tone color keta2 Proton xnk kasi ceria sikit mcm keta Japan. Zaman Saga/Wire dulu menarik lg. Mcm Exora Bold CFE, sudahle door besar..so of course door trim interior pn besar..tp ‘kosong’ n flat tone, trim kaler brownish leather tu cm kurang effect. xde bangkit suasana sbb tona dark lebih2 sgt. pdhl exterior dh cun. Dashboard center pn sama.. sikit je kosmetik upgrade boleh ubah tarik minat pembeli. kn.. Livina interior rase cm nk tido je..comfort.. hehe..

  51. rasanyalah, yg bro campro ckp psl iafm+ n cfe xrelevan coz antara sbbnye,pwr akan berkurangan, kedua,kos xmemadai klu semata2 nak euro 6 n tambah gadjet br kat enjin,nk bg up power@maintain power,mgkin kos lebih kurang buat enjin br kot,atau amik enjin yg kos dh rendah utk upgrade emmision n power.
    Mcm cps, prtn xpenah ckp cps xleh euro 5(petik kata2 engineer prtn masa lepak ngan diaorg dulu), cume kos n power berkurangan xmemadai, sbb cfe n cps, lain. Baik derive na dr cfe, sbb cfe pkai iafm base dia n upgrade. Ecu32pun ditest pada iafm terlebih dulu. Lgpun, cps lg mahal dr iafm, cfe lg mahal dr cps, so, dgn budget ciput, amik aper yg terbaik.

    Iafm+ nih, walupun xpower mana dr segi spec power n torque, tp lg better dr campro n cps dr segi range dia coz aku dh test, walupun xbrp tepat, tp aku test guna sat utk perbandingan. Power dia mari mmg dpt rasa masa rev cecah 2k rpm, xmcm campro@iafm(waja campro n persona iafm)cume iafm xda torque deep jek, 3krpm, cps dlm 2.5krpm(gen2 cps). Lupe plak, iafm+ 1.6(flx se aku, preve iafm member punya)

    preve iafm+,mmg klu tekan enjin ngaum, tp klu rempit, jgn main2 walu body gabak, cume klu bwk relaks2, mmg trase berat, tp lebih kurang persona iafm auto jek aku rasa. Tp wot, mmg lg power, pkai s mode, he..he.., mmg trase beza, tp klu flx se aku,mgkin aku ckp nih mcm terover, klu guna L, cam rasa ada low pressure turbo plak tetiba🙂, he..he..

    • pakai saga je? mesti hutang kan? haha….

      • salah ke hutang utk beli kereta?… kita hidup di bumi tuhan ni pun hutang gak… esok lusa kena bayar masa kat akhirat nanti…

    • Salam, bro Mat. Saya pakai Persona IAFM auto. Kalau bawak 4 full-size adults mmg terasa berat. Tp, saya dah pandu uji ringkas Saga FLX SE 1.6 beberapa bulan yang lalu. Masa tu bawak 4 full-size adults. Berdasarkan pengalaman ringkas saya memandu kereta tu, mmg sangat berbeza dari Persona IAFM auto saya. Walaupun membawa 4 penumpang, tak terasa load nya. Saya boleh maintain rpm bwh 2K tapi kereta masih terasa ringan. Mmg bagus IAFM+ nih. Tambahan pulak, gearbox CVT amat membantu.

  52. Apa pun pun enjin yg proton nak guna, semuanya berbalik pada kos dan pasaran. Dgn majoriti pembeli malaysia yg ada persepsi 2.0L atau turbo kuat mkn minyak, maka market proton utk variant enjin ni masih kecik. Ramai yg aku tanya knp tak amik preve cfe, majoriti ckp nanti minyak kuat sbb kete turbo disamping faktor harga gak.

    Kalau proton nak pakai enjin e01 ni, org pasti akan relate dgn perdana yg mmg dh tau sejarah FC mcm mana.

    Org biasa tak ambil peduli pun aluminium blok ke, vvt ke, short stroke ke. Yg penting kete tu berfungsi mcm yg dia nak.

    • callenish,
      orang biasa skrang semua refer internet dulu,apeapehal kena ada FC chart untuk both urban & highway consumption,bukan highway je

  53. tu la.. nama campro dah sinonim dgn kuat minyak, padahal iafm+ mmg save, mcm kt saga flx.. minyak mmg jimat lbh kurang cm myvi je. tp kdg2 bile kite kata minyak flx lbh kurg sama dgn myvi, ade org ketawakan.

    • tak taulah jimat ke tak saya pakai gen2 campro.. sekitar 7.1l/100 jalan dekat2.. kalau jalan jauh kat hiway dgn kelajuan standard kadang2 6.9l/100km

    • IAFM mmg menjimatkan. Cuma adat CAMPRO ni kena tekan pedal minyak tanpa ‘belas kasihan’ bru trase powernye..hahaha..

  54. kalo boleh mintak admin bersihkan la komen2 berbaur politik ni.
    tak bes baca nanti blog ni woo.
    kita bukan nk baca cerita politik.
    penat tgn je nk scroll down satu persatu carik yg takde unsur politik sampah.
    cuma cadangan aje.

  55. takkan enjin E01 nih pet bayar duit plus hantar bebudak gih meeting concept jer ke. yang lain osamu goto yang buat.

  56. Aku pernah terbaca masa mula mula PETRONAS planing nak buat EO1,PETRONAS ambil Ketua Power Train HONDA joint PETRONAS,si Polan ni pulak bawa sekali geng2 Shushi joint untuk bangunkan engine EO1 dan pada masa itu juga satu group RND dari PROTON turut diambil.
    Bagi saya yang cetek Ilmu ini,engine EO1 mmg canggih tapi masa zaman dulu,klau sekarang kena tgok dulu,saya tkut “Kos Selenggara yang tinggi” menjadi satu titik kegagalan dalam projek ini.

    Salam AidulAdha dan Selamat Pengantin Baru untuk tuan CAMPROMANIA…Assalamualaikum.

  57. So CAMPRO CFE tu dh habis expand dh ke performance? DRB sure ke nk terminate CAMPRO? aduh sedey gak le PERSONA aku nnt.. part2 cmne ek..

    • Prolever,
      bukan habis expand performance,tp nk meet euro5 standard,setakat ni yg termampu,bab performance macam2 lg blh sumbat

  58. tekaan saya
    next honda accord platform(reabdged as proton) ,tapi pakai enjin pet EO1 nih…hehehhe

  59. Dear guys the petronas engine that will supply to china will be a turbo producing 250 nm .

  60. Confirm proton beli hak paten e01.sama sama kita nantikan kemunculannya.R3 bersiap sedia untuk melakar sekarang bersama enjin baru ini.harap pengurusan baru drb dapat membawa proton ke persada kegemilangan.harapan rakyat yang mahukan proton maju.

  61. Inilah peluang kereta hot hatch proton macam neo akan dapat bersaing dengan honda civic/integra k20a,b20b, b18c,b16b dan seangkatannya.. Dah bosan dengar asyik vtec jer kuat lam dunia n/a. Bila lagi nk baca org bercerita dlm blog pasal kereta proton yg hebat dari honda.. Harap2 neo akan guna jentera ini nanti..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s