funtasticko design

http://funtasticko.net

Enjin 1.0 dan 1.2 turbo generasi baharu Hyundai

45 Komen

Semasa “International Powertrain Conference” ke-12 Hyundai-Kia yang berlangsung pada 23 dan 24 Oktober di hotel Rollins Hill berhampiran pusat R&D Hyundai di Korea Selatan, mereka telah mempamerkan enjin terkini dan enjin masa hadapan mereka termasuk dengan kotak gearnya.

Semasa persidangan tersebut, mereka juga mempertontonkan enjin petrol Kappa 1.0 TCI (Turbocharger Intercooler) dan 1.2 T-GDI generasi baharu. Enjin 1.0 TCI mampu menjana 105HP (106PS) aand tork tertinggi 137.3 Nm (101.2 lb-ft atau 14.0 kgm). Blok enjin tersebut diperbuat daripada aluminum dan dan mempunyai unit pengecas turbo bersepadu dan salur masuk (intake manifold) yang diperbuat daripada plastik bersama dengan penutupnya.

Selain 2 enjin tersebut, mereka juga mempamerkan enjin petrol Gamma 1.6 T-GDI, Nu 2.0 CVVL dan Theta 2.0 T-GDI, enjin 2.0-liter diesel U2 1.1 WGT yang mematuhi piawaian Euro 6 termasuk selain kotak gear continuously variable transmission (CVT) Kappa.

sumber : carscoop.blogspot.com

* tak silap saya enjin IAFM+ pun guna high thermal plastic untuk intake manifold dia, jadi advanced juga la Proton, hahaha…🙂

45 thoughts on “Enjin 1.0 dan 1.2 turbo generasi baharu Hyundai

  1. Nu 2.0 CVVL & Theta 2.0 T-GDI?? sapa bleh jelaskan??

    offtopic..ttg Proton/DRB nk amik engine 2.0 tu ok…Enjin Campro IAFM+ buat lagi upgrade cam buat turbo ker…Huhuhu =) jgn dh beli enjin e01 tu trus kill Campro family…

    • Nu 2.0 CVVL – 2L Naturally Aspirated Continuous Variable Valve Lift
      Theta 2.0 TGDI – 2L Turbo Gasoline Direct Injection

  2. Ford EcooBoost 1.0 tu guna 3 silinder dan tork dia lagi tinggi daripada enjin Hyundai ni..
    apa2 pun kena credit utk Hyundai ni🙂

  3. yang aku suka ayat enjin genrasi akan dtg termasuk kotak GEAR … Tgk kat bwh,sekali cvt dahhh…prtn pkai cvt org kata outdated tech. Tp nampak gaya kimchi n nippon duk tyg cvt latest tech diaorg…he…he…oh malaysiaku…tp tabik hyundai kia atas perkembangan yg pantas

    • Bro Mat, entah2 orang Malaysia tak tahu Proton dah pakai CVT. hahaha..

      • mmg byk org mesia tak tahu pon bro, proton pun bkn nk wat iklan pun…

      • bro.. kebanyakan T and H owner jer yg ckp CVT ni outdated haha.. sebab depa prefer 4speed

      • tapi i observe je dari sini dan paultan semua yang bash ialah supporter kereta korea…jepun guna semua complain dan cakap je korean 6 speed auto lebih baik….

      • Cuma sekarang nak salahkan Proton kerana kurang advert

        atau kerana orang Malaysia simply reluctant utk ambil tahu pencapaian Proton ???

    • actually cvt ni salah satu jenis gearbox yg ade dalam industri automotive, sama jugak mcm dual clutch or direct shift dan normal automatic gearbox, masing2 ade kelebihan dan kekurangan masing2. dan kebanyakkan pengeluar akan mengunakan jenis2 gearbox ini mengikut pade spec kereta dan engine tu sama ade untuk performance atau penjimatan minyak. takde isu gearbox ni technology lama ke baru. normally cvt gearbox ni pengeluar akan gunekan untuk kereta yg di direka lebih kepada penjimatan minyak atau cc yg kecil mcm hybrid. cume cvt yg proton pakai ni pade pendapat aku agak mengecewakan, sbb dia mcm tak match dengan engine, ade jerk dan bunyi bersiul. cvt dari pengeluar lain takde laa pulak mcm ni. harap proton boleh atasi masalah ini. just my 2 cent.

      • Boleh sebutkan ‘pengeluar CVT lain’ tu bro?

        Setahu saya, Punch CVT VT2 dan VT3 bukan dibuat khas utk Proton. Proton cuma shopping gb CVT tu..

        Ini macam kita beli kasut bola Nike dengan Nike buat kasut bola utk Lionel Messi.

  4. jepun guna cvt orang bash…proton guna cvt orang bash….tapi sekarang ni korea guna cvt pulak…mesti Korean fans akan bagi alasan…..tak bagi orang komplain….

  5. proton lepas ni tunjuk e01 ja…seketul….
    tu ja boleh.
    bila drb sendiri sanggup beli enjin tua e01, ini membuktikan bahawa enjin cfe aka campro turbo ni cap ayam. owner sendiri tak mau..hahahaha….

    tapi gua rasa drb beli sebab mungkin nk cepat produce range c and d segment…
    tapi tu la…26 tahun hidup, proton ni mcm sungai kelang….dari dulu sampai sekarang dok penuh sampah…
    hahahahaha….

    hidup segan, mati tak boleh..slogan baru proton.
    gua tak boleh hengat exora bold baru boleh luruh piping engine atas highway…
    apa punya QC daaa…….

    • kau ni kenapa? keta kau makan asap bold turbo ke? huhu

    • xpasti psl exora bold luruh enjin punya piping atas hway, mgkin akupunya bleh share cite tuh, yg aku ingatlah, masa awal2 exo kuar dulu, piping coolant tercabut, dh recall tkr, vendor yg buat dh kena sack sbb xikut spec. Yela, mmg xpatut qc terlepas pandang, tp yg abg toyota lupa letak griss kat power window bertahun2 sampai bleh terbakar, aper cer? Xkan qc xprasan bertahun2 n dr kilang toyota sendiri yg buat. Camne tuh? Qc org yg buat, walupun menda ini serious, tp xda yg sempurna. Toyota yg gile babas bgspun bleh wat silap besar.

  6. ayat akupunya bosan lah.tak gugur tahi lalat langsung.hahaha

  7. bro…mitsubishi juga guna high thermal plastic….nothing special

  8. enjin guna aluminium blok lg mahal ye kos pengeluarannya? apa kelebihan guna aluminium blok selain daripada pengurangan berat enjin? harap ada pakar yg boleh terangkan pd hamba yg tidak begitu mahir ttg enjin.

    off topik. sy pernah terbaca, membuat kotak
    gear lagi sukar dan kompleks berbanding buat enjin.

  9. enjin ford ecoboost 1.0 torque 170nm, mode overboost boleh ke 200nm

  10. (125hp)

  11. ini komen top gear pasal kereta proton, buka gua kata.
    tapi mat saleh mmg suka kondem, tapi jepun dia puji.
    hahaha…. proton oh proton
    top gear general opinion about proton cars:
    We’re not sure why Australians keep buying these Malaysian utility tools, unless you’re limited finacially, it’s strongly advised to look elsewhere. Anything European or Japanese is great. These countries rely on small hatchbacks, Malaysia relies on small motorbikes. Japan and Europe know a thing or two about quality and design.
    top gear on gen-2:
    A budget five-door hatchback intended to make you think twice about buying a Focus. Frankly, we think a medium-size cabbage makes a more sensible alternative.
    top gear on satria-neo:
    Not half-bad hatch with decent Lotus-aided chassis, but lack of space inside, awful badge and ridiculous name make it a must-not-have for the youth it’s aimed at.
    REally excited what they will say about proton preve. do proton even read reviews of their cars??

    • ngape baca top gear jek, bacalah yg lain jugak. tp honestly,klu banding ngan euro spec kete nippon,kimchi@conti, mmg prtn masih ketinggalan.

      Tp asia punya spec, xsama boh. Walupun ketinggalan dgn conti, tp klu asia spec nippon n kimchi,dh dekat skrg. Klu yg lame2,masih jauh. Yg br, xjauh dh, n ada dept yg prtn pawn diaorg. Tp kdg2 aku terpikir psl kete nippon n kimchi, yg europe spec, walauweh, lain byk, tp kat market sendiri, kureng ckit. Tgklah i series hyundai berbanding ngan asia punya, tgklah toyota europe, honda europe punya spec banding ngan asia mahupun jdm punya spec. Yg prtn bg lain ckit equipment n accecories, dh gado2 kat internet, klu buat lain terus, xtaulah camneh komen org kite. Tp kat nippon n kimchi, xda plak diaorg komen,mgkin aku xtau baca bhs nippon n kimchi, mgkin xtau klu ada pun🙂.
      Exora kat au kategori budget mpv, saingan rondo. Tp positive jek diaorg ckp. Tp kat sini,org duk banding ngan lg high end, mmg ler nampak lain reviewnya. Kat thailandpun,compare ngan seangkatannya. Cam freed, walupun popular kat indo n thai, tp bangkok post puji bold turbo berbanding freed, cume point yg paling penting dia ckp,klu badge bukan menjadi ukuran🙂. Klu tkr badge pkai logo toyota, confirm boom, terutama kat malaysia. Akupunya mesti puji abislah🙂.

      • dan klu ko baca elok2,dia bkn kutuk prtn ajek, tp perlekeh malaysia n org malaysia. Cer baca betul2 general opinion yg ko copy n paste tuh, kecuali ko mmg xpaham sgt, yg paham cume ayat2 ngutuk n keji jek. Try to learn reading between the lines bro. Patutlah ada org popular malaysia melayu islam kutuk negara n agama islam kat bbc, org kite buat xtau, siap sokong lg ada, mgkin xpaham aper yg dia ckp. Sorry, off topic.

    • “top gear on gen-2:
      A budget five-door hatchback intended to make you think twice about buying a Focus. Frankly, we think a medium-size cabbage makes a more sensible alternative.”

      “top gear on satria-neo:
      Not half-bad hatch with decent Lotus-aided chassis, but lack of space inside, awful badge and ridiculous name make it a must-not-have for the youth it’s aimed at.”

      Hermmm….kalau PROTON x bagus. . .buat aper la Top Gear tu pegi guna kereta Satria Neo waktu dier org lawan dgan Top Gear Aussie??? cam ludah jilat balikl…..then Naper x guna FOCUS cam yg dier org banding dgn PROTON Gen-2 tu??? FOCUS kan JUARA RALLY katakan. . .apela nk dibandingkn dgan Keta PROTON kan…So….bgus la sngat percaya kt Top Gear tu…mreka org tu riviewer jer….xkan la nk ikut aper smua yg dier ckap…ader otak pndai2 la pikir…caya sngat dgn omPuteh…haishhh

    • bole tengok / baca top gear pastu gelak kat diorg sebab diorg mmg pandai buat lawak entah hapa2. klu org australia nak pakai kereta proton apa salahnya, tak main la sentimen2 ni huhu

    • Bangang..tu maknanye,dia x nak org Malaysia berjaya..mat saleh ni mana suka ngan org malaysia..aku pernah pi UK, siap mat saleh sana ckp malaysia ni, “MALAY LAZY’…tambah plak Malaysia negara Islam..x kan diorg nak support…bukan nak soh ko beli PROTON tp at least berbangga la skit ada jugak NEGARA ISLAM yg boleh PRODUCE KERETA SENDIRI…ini salah satu dari FARDHU KIFAYAH…kalau org ISLAM x de pakar dalam sesuatu bidang yg org kafir pegang, ORG ISLAM SEMUA BERDOSA tau…ngerti???????

  12. Aku rasa kelakar la. Topik ni pasal enjin hyundai tapi melalut pasal review dari top gear utk proton.

    Benda paling asas, top gear review kete mostly dia kutuk kecuali kete europe. Jadi tgk boleh percaya suku je boleh.

    Pasal enjin, korg baca la dulu mcm mana hyundai dan kia maju. Mcm mana sebelum tu diorg pun byk pakai mitsu dan mazda punya part. Korg kena paham gk polisi negara. Bkn main hentam je komen.

    En akupunya ni agaknya tak mampu beli kete, jadi marahkan proton sbb kononnya proton penyebab harga keta kat malaysia mahal. Daripada kutuk2 proton kutuk2 kerajaan, baik kau pergi kerja cari modal sampai mampu dpt kete apa yg ko nak. Jenis semua nak kena suap pastu lg komplen nasi tak sedap.

  13. Hyundai dan Kia boleh gunakan enjin ini utk bnyk variant diorg, bg sy Proton CFE sepatutnya standard dlm semua variant Proton bukan hanya guna IAFM

  14. ramai org proton dlm funtasticko…hahahaha..
    kt paultan tgk ciput sgt2 sbb tk tahan baca komen kena bantai…terus pro proton tk baca dlm paultan..
    sebenarnya review top gear tu gua ambil dari komen dlm paultan…
    tdk pulak respon mcm dlm funtasticko…
    saja ja letak…nk tgk mcm mana..

    kt sini org proton suka sbb bnyk thumb up dari thumb down..hehe..
    mcm mana la majoriti rakyat nk bersama proton…kalau dulu2 kena kencing dgn proton…sekarang design n produce kereta pulak mcm budak baru keluar universiti… market value dlm negara pun tk lah berapa sgt..26 tahun apa org proton buat…

    rakyat pun sanggup bayar cukai mahal beli kereta import dari beli proton sbb kepercayaan tu tak ada…diorang beli kereta import pun sambil maki2 cukai yg tinggi sbb ada proton yg jadi bangkai bernyawa dlm negara sendiri…
    thn depan dh masuk 2013…. nanti org akan tanya lagi, proton ni reti buat kereta atau reti tukar logo?
    haha…

    • Cuba kau tunjuk apa sumbangan kau pada negara. Nak beli kereta import takde sape larang. Malah aku sendiri pakai toyota. Tapi bila proton buat benda yg bagus, maknanya bagus.

      Blog sebelah tu org dah naik menyampah sbb ada sentimen perkauman. Kau cedok komen top gear part yg tak elok je, yg kena dgn kehendak kau. Dlm islam org camni namanya munafik.

      Jgn ckp je proton bangkai bernyawa, buktikan kau tu aset negara bkn liabiliti nak subsidi je.

      • bro jgn layan sgt mangkuk akupunya ni, kalau xde sape2 jwb dia punya komen, mesti diam mangkuk ni..

      • sini lagi menyampah… aku masuk pun sebab sesuka nak gelak2 baca komen org yg belum matang… yg menulis kat sini kebanyakkan macam org takda lesen memandu… tulis pakai ikut kesedapan mata bukannya ikut kesedapan apabila pedal minyak dipijak

    • Mmm… dah meroyan plak mamat seko nie. Dia mmg begitu, kat sini mmg tak heran dgn mamat seko akupunya nie. Sekali sekala x de badut mcm dia nie, x berseri dunia blog nie:P haha.. jgn mare ek, nanti kena jual. Apa2 pun tahniah ler kat akupunya dgn telatah kurang ceredik tu. Mghiburkan bagi kanak2 yg blum akil baligh.

      Org tak tau bersyukur mmg mcm tu. selfish. Tak tau di mana bumi dipijak. Sorry la raya2 nie agak sinis sket komen utk ko nie. Tapi ko no hal kn? telinga n muka dah tebal. Tak pe,

      Proton tu company negara yg dah menunjukkan peningkatan dlm aspek tenologi n pengetahuan dlm bidang auto pembuatan. Majoriti rakyat patut berbangga dgn pencapaian nie dan patut memberi sokongan sekurang2nya sokongan moral. Ko nie komplen psl x reti tukar2 logo tu… gie la cakap kat perodua tu, bukannya proton.

      salam n cheers!

  15. Daripada pemerhatian saya kebanyakan pembeli proton persona 2007 sekarang nak jual tak lepas pasal harga pasaran jatuh merudum. Proton Gen2 belas ribu je ,Proton Savvy no taker dan bagi proton juara dan proton arena kata used car “tengok pun tak mau” , semua berakar dari kualiti substandard proton diburukan dengan enjin campro yang tak reliable fc tinggi,enjin kasar bising,+ ekzos tanggal,+ horn jamed. Kesian owner Gen2 bila nak jual nak kena top up, pernah ke proton kisah benda benda ni?
    Inilah risiko yang kebanyakan rakyat ambil apabila membeli produk dari syarikat tak berpengalaman kira masih mentah dalam dunia automotif. Bagi saya selagi ada dalam minda masyarakat “ala keta proton aje” dan diskriminasi faedah pinjaman, saya takutlah nak invest beli proton. Saya tak nafi Proton Preve spesifikasi lebih baik dari pesaing japanese+korean.

    Proton dare to change………

    # macam takde sapa kisah enjin IAFM+ guna high thermal plastic, sebab minyak nagos + value merudum jugak.

  16. Masih ramai yg dlm “denial syndrome” pasal prestasi Proton dan kedudukan standard kereta Proton dibandingkan dgn kereta jenama Eropah, Korea dan Jepun

  17. stuju bab2 kete prtn yg lama yg ko maksudkan, xda org berminat n sebagainya.

    Tp resale value@scnd hand value rasanya xda kaitan dgn kualiti. Tp jgn slh phm plak aku xsokong kualiti bgs. Resale value@2nd hand bergantung dgn demand n supply. Kete sebagus bmw, merc, vw, mahupun hyundai n kia, walupun produce kete lg bgs dr nippon, tp resale value dia kat malaysia, mmg teruk jatuh.

    Pasal top up, klu byr muka 10% jek, n amik loan 9 thn, rasanye skang nih, aper2 kete kena top up klu jual. Tp biasa aku tgk, yg byr muka tinggi n loan singkat yg biasa xyah top up. Klu kete nippon hybrid, resale value rendah buat setakat ini sbb xda org demand ngat, tp xbermakna kete tuh xda quality.

    Tp aku stuju, klu gen2(byk prob bhagian kualiti), arena(kete mitsu yg di ubahsuai) n juara(mitsu townbox yg amat popular dijepun satu masa dulu, tp bad decission bwk kemalaysia sbb org malaysia, lain pemikiran dia, alza n myvi xbrp laku kat jepun, tp boom kat malaysia) ada masalah dr segi resale value.

    Iafm+ xda kat persona, yg ada iafm lama bro. Tp klu prtn xcare 100%, xdalah bwk kuar iafm, cps, iafm+ n cfe. Pkai jelah enjin campro kosong sampai bile2, atau guna enjin mitsu lama, klu auto, 3at jek. Lg bleh jual, tgk wira, sure lakunya, buat aper ssh2 nk buat kete br, pkai hpflah n sbgainya? Iafm+ minyak mmg bkn yg terbaik, tp dgn enjin 1.6 cvt, dlm bando rm50, bleh lah dlm 350km+-,tgk kaki kanan n traffic camneh, hway, klu bwk ikut undang2, mmg lebih 400km ++. Stakat nih,pernah cecah 450km utk rm 50 hway. Yg 1.3 iafm+ cvt dengo2 lebih krg jek. Oklah,body gabak,tinggi plak. Lebih kurang vios akak aku jek yg duk dkt umah aku.

    Denial syndrome, mcm bro thom ckp, klu dihalusi, siapa yg denial siapa? Rasanya xpernah kami disini ckp prtn the best n sbgainya, cume bg kredit yg mana sepatutnya bg kredit. Dlm masa sama, kena paham apa limitation n sbgainya. Kete china pun aku puji klu kena tempatnya, cam geely.

    Ramai guna 26 thn sbgai ayat, tp cer cite, dlm masa 26thn, kat mana syarikat auto lain masa seusia prtn? Klu dikaji lebih mendalam, prtn buat kete sendiri sjk 2000 waja, skang 2012 preve, dlm masa 12 thn, prtn dpt hasilkan preve. Hyundai kia sbagai contoh, buat kete sendiri thn 1972, pony, klu kira 12 thn umur, tahun 1984, camne kete kia n hyundai pada masa tuh? Adakah sebaris dgn kete europe@jepun?

    Mmg ada yg jwb, ala, dulu tek xmaju n sbgainya, tp tanya blk, cam vvt, vvtl, cvt, dct, esp,abs n sbgainya, bile mula2 diperkenalkan didunia?

    N klu baca betul2, xda disini banding dgn kete nippon versi europe@dgn kete europe psl standard proton, tp banding dgn kete nippon n kimchi versi asean, europe pun xda lg, klu ada banding ngan europe, bhagian ride n handling.

    Psl iafm,mmg cikai,tp klu cikai sgt,knp toyota latest ada gak guna,hyudai gdi pun ada guna n mcm2lah kete guna. Cume prtn xda modal tinggi nk buh tek lain.
    K,slamat ari rya,nk g smayang plak.

  18. slm, satu lagi pasal diskriminasi faedah pinjaman, bkn slh prtn, prtn dh fight byk kali n byk kali kuar paper psl prtn mrh knp local car faedah tinggi. Itu bank punya pasal. So, mari pakat mrh bank n klu yg muslim, suh wajibkan amik secara islamik, xgitu kwn2. Slm aidil adha.

  19. Ahhh…ape hal cerita barang proton plak nih?Takdelah canggih mana pun intake plastik tu.K3-VE dah berkurun pakai intake plastik,takde yang nampak pun.Aku tau ramai fan Proton kat sini,tapi boleh korang bagitau aku apa pencapaian proton yang paling berjaya dalam dunia automotif?

    • pencapaian berjaya itu ikut taraf penilaian masing2 la.

      pd aku berjaya dlm bg org keje.
      pd aku berjaya hasilkan kete (fardhu kifayah).
      pd aku berjaya dlm rally.

      psl plastik tu mmgla sume org yg celik psl kete xamik layan cte tuh.

  20. Solid Snake,
    ko penah tgk preve CFE race dgn bmw e90 kt hiway?myvi(even yg salin enjin daihatsu) ponmakan asap heheheh

    • Aku pcaya Proton boleh buat kereta laju,cuma comparison tu xkena.Ada plak banding dgn myvi.for surelah mkn asap.aku ni bukanlah xsuka proton,cuma kalau kita minat sesuatu jenama,jgn la tutup mata kat jenama lain.msg2 ada kelebihan/kekurangan.cara korang respon tu mcm takde jenama lain yg boleh compete dgn proton.
      Btw,aku lagi minat model proton yg lama2.maaf ckp,rupa preve sgt aneh wlupun featurenya bagus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s