funtasticko design

http://funtasticko.net

Pembangunan Lotus Esprit diteruskan!

31 Komen

Menurut www.autoexpress.co.uk DRB-HICOM akan meneruskan pembangunan model Lotus Esprit, tetapi telah membatalkan model-model lain yang dipamerkan bersamanya semasa Paris Motor Show dua tahun yang lalu. Selain itu menurut Aslam Farikullah, Ketua Pegawai Operasi DRB-HICOM, Lotus juga tidak akan dijual atau dipindahkan operasinya ke tempat lain. Ini membawa berita gembira kepada 1,189 pekerjanya.

* Salam AidilAdha dan Selamat menjalani ibadah korban.🙂

31 thoughts on “Pembangunan Lotus Esprit diteruskan!

  1. “meneruskan pembangunan model Lotus Esprit, tetapi telah membatalkan model-model lain”..Jadi ape arah tuju Lotus lepas ni? Ape projek baru untuk 1,189 pekerjanya? Nak jadi Lotus evergreen balik?

    • mungkin diorg buat 1 per 1 dulu, kalau esprit ni berjaya, mungkin diorg buat u-turn dan teruskan model lain berperingkat2.. kira tengok nasib esprit dulu, kalau esprit gagal bermakna lotus pun bakal gagal juga la..🙂

      • yang lain bolehlah buat perlahan….tapi yang esprit dan lotus city car tu saya anggaplah akan membawa keuntungan kepada lotus….market untuk kereta kecil luxury memang besar

  2. aiseh, lotus eterne pun kne cancel ke??smart woo design die….buatla ape yg ptut proton lotus yg penting msti ade untung yg bole bagi benefit pd rakyat malaysia

  3. Bersetuju dgn tindakan drb hicom. Walaupun mungkin tercalar sedikit reputasi lotus dgn pembatalan model lain. Janji ada model baru dan di masa akan dtg dgn model yg lain. Manakala kepakaran lotus dalam talaan ride n handling terus dapat digunakan dan juga dapat sedikit sebanyak menjadi modal perniagaan untuk menggerakkan lotus.

  4. amat menyedihkan di hari raya ini….. walaupun begitu ada kegembiraan lotus tidak akan dijual! Alhamdulilah… rahmat tuhan.. dimana lah semua pekerjanya jika lotus dipindahkan.. rahmat kepada malaysia dan juga britain.. sedih juga lotus eterna tak jadi kenyataan.. skrg hanya dimonopoli oleh ferari, porsche dan juga lamborgini… nak juga tgk syrkt malaysia berjaya. apa pun jadikan esprit kereta yang berjaya!

  5. Gembira dengan berita ini tapi sedih sedikit disebabkan projek Elise baru tak diteruskan. Projek ini pada pendapat saya sangat relevan patut disambung RnD disebabkan umur Elise yg sedia ada yg sudah panjang. Bagi saya penghasilan model Elan adalah sangat membazir kerana lotus Evora yg masih baru berada pada segmen yang sama. Elite dan Eterne pula tiada perbezaan ketara jadi patut disatukan menjadi satu model baru jika projek esprit berjaya terlaksana dan mendapat sambutan. Saya percaya peminat Lotus ramai di pasaran luar sana seperti di US dan CHina hanya perlu kebijaksanaan DRB untuk menambat bakal pelanggan ini dengan produk sedia ada dan yang akan datang dari Lotus. Selesaikan masalah dealer dan manufacturing pasti Lotus akan berjaya bersaing dengan jenama mewah lain.

    • pasaran lotus di jepun juga besar….banyak evora yang telah dijual ke jepun….jepun memang gila akan kereta lotus….

  6. Mmm… so, plan 5 tahun pemulihan lotus sebelum nie telah ditamatkan dan DRB memilih jalan penghasilan 1 model sahaja dulu n lihat hasilnya, kalau respon baik, baru la ada yg lain, tapi bukan la 5 tahun nie. huhu.

    Apa2 pun, kalau itu la jln terbaik.

    cheers!

  7. Amat sukar untuk menambahbaikan pada sebuah kereta ikonik seperti Lotus kerana ramai yang mengenal kereta ini. Maaf, tapi kalau saya kata kebanyakkan antara tidak dapat menghargai sebenarnya kereta seperti Elise dan Exige. Danny Bahar ingin membawa Lotus ke tahap yang sama dengan Ferrari. Sedangkan kedua-duanya adalah berbeza dari segi business model dan nilai terpendam. Dengan modal lidah, dia telah menghabiskan 95% dari hutang bank tanpa menghasilkan satu pun dari 5 model konsep. Setidak-tidaknya DRB menggunakan apa yang telah pun dilakukan oleh Danny. Sambung ajelah kerja separuh siap tu.

    Sekiranya apa yang telah dipertontonkan oleh Danny itu menjadi kenyataan, ramai yang akan terkilan. Walaupun engine 3.0 liter dari GM itu bunyinya power, namum berat yang bertambah akan meletakkan ia jauh dari model sebelumnya. Tambahan lagi keperluan untuk menepati keperluan EU dan NCAP sekarang. Danny lebih tertumpu pada pasaran orang kaya sedangkan selama ini Lotus fokus pada para enthusiast.

    Sambil itu, saya berharap, Lotus dapat menggunakan S4PH pada model termurahnya; Elise CR. Kenapa ia harus menggunakan Toyota selama ini pun saya tidak paham. Mungkin untuk Elise S lebih sesuai menggunakan engin Altis ini, tapi sudah lama Lotus tidak menggunakan enginnya sendiri. Walaupun enjin itu tidak dibina di UK. Ia patut berbangga ia dipenakan oleh Lotus Engineering sendiri.

  8. yawning….

    • kalo stakat nk komen ‘yawn’ baik ko pegi buat benda faedah skit. diam itu lebih baik dr reaksi mcm ko ni. xde faedah dan menyemakkan blog org. senang org kata ko ni mcm lalat

  9. xsalah aku, dh dijawab sblm nih knp lotus pkai enjin toyota, dlm proactive rasanyelah. Antara sbb yg aku ingat, masa tuh enjin rover dh xlepas emisi, so,klu upgrade,kos lg tinggi. Klu buat br,lg tinggi, enjin br kurang2 nk 1 billion buat. Pastu, lotus perlukan enjin ringan n kos rendah supaya match ngan kete ringan dia n senang nak tuning sbb kos rendah, bleh cover rnd tuning dia. Satu lg sbb spare part, mudah diperolehi di us. Sbb utama krn lotus agak popular di us, so, sume faktor tuh diamik berdasarkan market di us. Sp4h@campro berat sbb pkai die cast iron, so,ratio weight dia xsesuai n masa lotus nk tkr engine tuh, masih xavailable,dlm pembikinan. Pastuh,lotus perlukan enjin 1.8 yg campro hanya limited pada 1.6 ajek. Part availability, payah, sbb kena angkut dr malaysia. Campro masih kososng ketika kuar, klu lotus tambah gadjet pada enjin,kos akan jd tinggi.
    Tp toyota bg syarat,bukan bg kosong jek. Ada antaranya pnc, so,xtau. Cume yg lotus tulis yg bkn pnc, lotus akan tune enjin yg toyota bg ke optimum dgn masih melepasi emmision yg toyota sendiri xmampu buat,tanpa usik original part.(mgkin secara xlangsung, bkn sahaja toyota dpt nama dgn buktikan enjin dia bleh diimprovekan lg n digunakan oleh sport car, tp mgkin juga tuning@talaan lotus tuh dpt toyota amik sbgai part of rnd dia utk future engine,jimat kos).

    Enjin lotus espirit br dh jalan,dh hampir siap, so, mmg rugilah klu batal. Dahlah meletup dyno kat lotus dikerjakan oleh aper name mamat tuh, zimmerman, xingat doh mamat amg tuh, so, enjin punya projek di sambung di bosch, guna dyno diaorg. Ada dlm top gear masa dia org interview dia.

    Rasanya projek 5 kete tuh xdiscrap sepenuhnya. Cume xslh aku,drb ckp, buat satu2, berjaya, br buat satu lg. Yg discrap,jln projek itu ikut plan asal, lebih kurang hampir serentak. Sama gak ngan proton.

    Dr segi business, mmg make sense lah, dr segi competitive edge, mmg agak lembablah coz org lain dh agressive. So, drb owner br, so, pandai2 dialah. Kite tgk perkembangan 5 thn nih camne.

    • eh baru prasan lak ada update psl enjen lotus baru tu.
      ada video masa engine ni tgh running tak?
      nk dgr bunyi dia.
      kalau ada boleh la share.
      tq.

      • dlm majalah top gear bro, xda video,sorry🙂. Tp xtaula klu kuar dlm website top gear coz yg interview tuh top gear uk. Stakat yg aku baca, enjin v8 dh berjalan n sdg berjalan n secara xrasmi, zimmerman ckp samada buh turbo, hybrid mahupun lotus akan guna gbox sendiri@aper, bialah rahsia katanya, tp mmg dh ada dlm kpl dia klu bina gbox sendiri sbb idea enjin tu pun dh ada dlm plan dia masa dia di amg mercedes, tp sbb dia xbebas berkarya, maka,xdpt hasilkan. Dia kata dia join lotus sbb bg dia kebebasan berkarya. Itu kata dia, xtaulah betul@x. Tp dlm mjalah top gear, ada tunjuk enjin tuh dlm enjin chamber,tgh testing.

    • Campro setahu saya memang dari dulu pakai Alu Alloy block. Kalau kita perhati CPS pun dihasilkan oleh Lotus Engineering. Ia adalah perubahan dari sistem yang direka untuk pelanggan lain. Teras kemajuan sebenarnya pada unit Lotus Engineering ini yang mejadi consultant bagi banyak syarikat pengeluar kereta. Mereka bukan sahaja setakat pakar dalam R+H dan design luaran. Mereka juga membuat kaji selidik pasaran, proses pembikinan selain dari pembangunan enjin. Di sinilah letaknya mutiara kecemerlangan Lotus sebagai sesebuah syarikat teknologi tinggi. Lotus Cars adalah entiti tersediri. Kerana kebanyakkan kerja dilakukan untuk clien yang juga beli hak milik design, ia tidak dapat diterapkan pada kereta Lotus sendiri. Nanti kena saman, nama Lotus Engineering akan terjejas dan ramai yang tidak akan mengambil LE sebagai consultant.

      Saya rasa lebih ramai peminat di UK dari US. Kelonggaran undang-undang dapat menyaksikan Lotus S1 telah diubahsuai untuk menggunakan enjin BMW, Audi 1.8TSI serta K20A. Malah ada yang menukar ke Hayabusa. Mereka didorongi oleh kesenangan membawa kereta mereka ke Track Day yang berselerak diseluruh UK. Kelonggaran ini yang menyebabkan Lotus diminati oleh golongan ‘Enthusiast’ dan bukannya Bankers.

      • bobdbilder
        Sp4h@campro still pkai cast iron,sebab kos nk buat tak mahal,enjin EO1 pulak alluminium alloy(forged pakai CNC),sebab tu mahal

  10. off topic, apa daa, aku ajak wajib amik loan islamik bg yg muslimpun kena thumbdown daa…
    Bile pk smula, klu prtn jd beli enjin petronas n enjin tuh modular, bleh di downgrade dia punya cubic capacity, mgkinlah drb nampak lotus bleh share enjin ngan prtn. Lgpun enjin tuh alluminium, ringan, dan xslh multi configuration. pada hemah akulah. Tp kite tggu brite yg official

    • kene thumbsdown or up tu lumrah dalam online discussion. jangan nak amik serious sangat la bro.

      • mungkin dia budak baru belajar …..so layan kan jer la ….zzzZZZ

      • psl lain, xda kisahpun🙂, tp aku suh muslim wajib amik loan islamik, itu perkara serious bg aku lah sekurang2nya.

  11. bagi aku, baik jual je lotus ni. invest banyak2 buat esprit ni lepastu jual mahal2 kat malaysia. orang kat oversea je yang dapat guna.orang malaysia tak mampu pun beli esprit ni. baik duit tu guna untuk buat proper global car untuk proton.

    • Mmm… jual lotus? Bleh cakap mcm tu, kalau jenama proton dah segah dgn toyota paling kurang kiah/hyundai:) Sy x begitu faham setelah susah2 menguasai syarikat ikonic british n lagenda automotof dunia nie, x semudah itu la keputusannya hanya utk dijual. Isunya, kita dpt pulihkan company nie atau tidak atau kita berjaya membentuk strategi baru utk keluar dari kerugian silam lotus. Kadang2 bila kita sendiri yg gagal manage apa yg dah jadi milik kita, degn mudah mencari salah org lain dan keputusannya jual saja. Kalau kita angap lotus tu dah jadi milik kita, sepatutnya pertahankanlah dgn apa cara sekali pun, lain la kita tak anggap begitu, tentu mudah bibir nie mengungkapkan istilah ‘jual’ je..

      cheers!

    • lotus pny rnd dept ni rsnya agak power gak kot.
      kira mcm aset.
      tak tau lah betoi ke idak.
      sesape leh kompomkan?

    • bubu,
      lotus nyer engineering expert power doh,ko tau tak kete elektrik tesla motors? pakai body lotus tau

  12. perkembangan yg bagus.
    bagus bagus pun gua tadak duit nk belinye pun kan.. haha..

    dlm byk2 design tu, eterne plg menawan.

    ape citer dgn enjin lotus V8 yg dlm proses pembikinan/ujian tu?
    senyap aje.

  13. Dari awal lagi pembelian lotus lebih rugi dari untung, logiknya, bodohnya kita terpaksa mensubsidi bangsa penjajah. Hanya dapat teknologi road and handling tapi jumlah jualan saban tahun menurun atau stagnent.
    Syed zainal yang dipuja puji, keluar pasal dia tahu dany bahar kencing dia, ketawa besar tony fernandes tengok lotus sedang nazak.
    Engineer dan bos2 proton yang naik turun uk lah yang untung, dapat free pergi tgk london olympic. Hasilnya kpd company ‘poci’ rugi adalah……

    # koreksi bukan ‘bangsa penjajah’ kita tak pernah kena jajah ‘kita negari naungan british’ kih kih…

    • tak beraper setuju, maybe mismanagement yang buatkan niat murni nak improve engineering nampak lemau.

  14. malaysia bole…..

  15. lotus esprit body+dual pet E01 engine=V8 4.0 hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s