funtasticko design

http://funtasticko.net

Kemenangan berganda Proton di Rali China

49 Komen

Proton berjaya muncul juara di Rali Longyou, China  yang merupakan pusingan keenam dan yang terakhir untuk siri perlumbaan FIA Asia Pacific Rally Championship. Ini merupakan kejayaan ketiga berturut-turut APRC di China untuk pasukan PROTON R3 Motorsports yang mempertaruhkan jentera rali Proton Satria Neo S2000.

Alister McRae muncul sebagai juara manakala rakan sepasukannya Juha Salo menamatkan saingan ditempat ketiga. Ini bermakna Proton menamatkan saingan APRC di tempat kedua keseluruhan kategori pengeluar di belakang juara Skoda, Mitsubishi di tempat ketiga dan Subaru di tempat keempat.

Proton juga mendominasi kategori 2WD APRC dengan kemenangan 1-2-3, di mana Karamjit Singh muncul sebagai juara 2WD APRC. Akira Bamba menduduki tempat kedua dan merupakan juara kategori Junior untuk dua tahun berturut-turut, manakala Kenneth Koh di tempat ketiga kategori 2WD dan kedua kategori Junior.

Pasukan Rali PROTON R3 Cusco juga muncul juara keseluruhan kategori  pengeluar APRC 2WD dan APRC Junior Championship, mengulangi kejayaan pada tahun lalu. Tahniah Proton!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

49 thoughts on “Kemenangan berganda Proton di Rali China

  1. tahniah, walupun xdpt kekal kejuaraan tahun lalu kerana ada saingan terbaru, namun, tetap berbangga. Harap tahun depan dapatkan semula kejuaraan. Sekarang, focus kat swrc plak.

  2. I’m proud of you proton

  3. bangga bila bendera malaysia berkibar~

  4. erm.. jap nk tanya, bendera tu ikut negara pemandu ke? ke ape?

  5. off topic: jap maner yang confirmed kawin ngan proton tuh.

  6. alhamdulillah. . . .spanjang bulan nih…bnyk rezeki dlm sukan permotoran buat negara Malaysia lbih2 menjelang Raya Haji…cam 2 penunggang Superbike tu…then this rally…=) Salam

    • Apa puny a komen..
      Dh event Japan waktu tu..tadak kena mengena…

      • bile masa plak kena mngena ngan even kat jepun lak, bukan ke rally nih kat china?

      • hahahaha….ko ni…lawak la..article ader baca x?? aduyai…ikut sedap jari typing jer ko tulis Japan…ish3..

  7. Proton to JV dgn Japanese Automaker…Suzuki or Honda?

    • entah,kita tggu jek. Klu ikutkan plan gsc, rasanya suzuki fits the bill, tp toyota xslh ada shm dlm suzuki gak,mgkin depa xstuju. Honda,stakat nih, mgkin ada possibility coz xterikat ngan mane2. Tp ini spekulasi, tggu official dulu. Nissan ada mlawat tnjung malim tahun nih, n prtn ada gak guna nissan march sblm nih, manaler tau kot2 plan sblm nih jln smula.

      • duh, honda once said running with rover is pain in the ass, then honda try to running with proton. hurm…whatever it is, harap terbaek untuk rakyat and future industries..

    • harap drb pandai memilih partner yang boleh memajukan proton, pada pendapat aku, mungkin honda sebab honda partnership dengan drb hicom, dan berharap sangat dapat berkongsi teknologi untuk enjin hybrid…

  8. Inquiry…Honda ada enjin GDI?

  9. Honda jadi Rakan strategik proton…
    Hahahahahaha

  10. akupunya, bertaubatlah………….sedih melihat bangsaku yang bernama akupunya…

  11. menarik, tp masih proposal lg. Tggu selanjutnya, hrp kali nih kekallah jv nih n lebih kpd rakan kongsi, bukan rebadge. Teringat plak masa sembang dgn head2 prtn dulu pasal inspira, knp rebadge mitsu lancer xbrp boom sales dia,aku ckp lancerpun sales dia xbrp strong kat sini, lainlah rebdge honda civicke, mesti sales akan boom…ha…ha…berseloroh jek masa tuh.
    Tp btl2 hrp jv dr segi tech transfer antara memasing. Honda engineering gabung ngan proton lotus engineering, cam best jek hasilnye nanti. Jgn jd cam mitsu dhler, apa pun xbleh.

    • tak silap, JV nih more for D segment. hurm with 75% of house hold income below RM5000, rakyat mesia didahulukan la kot. tapi kalo nak sedapkan hati, D segment have more engineering input la kot. good luck.

  12. harap protn dapat i KEI car honda.. gerenti leh tapau viva and myvi.. So now boleh la mulakan peperangan MYJP(proton honda) vs Myjp(perodua toyota daihatsu)

  13. Harap lancer inspira adalah terakhir utk rebadge.lepas ni kalau nak juga buat,buat sama2 macam subaru buat dengan toyota tu.toyota buat design n subaru bahagian enjin.

    Tak heran pun honda jadi pilihan sbb tak silap yang honda kat malaysia ialah pemilik proton, drb hicom.

  14. Lihat komen2 di PT, ramai yg masih fikir JV ialah REBADGE…sentimen tidak percaya pada kebolehan diri masih tebal dalam kebanyakan kita…

  15. Kena tgk isi kandungan perjanjian tu, sbb masa dgn mitsu dia collaborate mmg kita amik lancer utk rebadge.

    Harap dgn honda ni mmg betul betul collaboration, sama sama develop platform dan enjin, bkn rebadge.

    Ada kemungkinan lepas ni honda pasang kereta kat tanjung malim kalau kilang pegoh dah penuh kapasiti. Boleh la share QC department utk improve QC proton. Dulu masa proton dgn mitsu, mmg org jepun yg buat QC sampai tahun 90an. Tapi bila org kita sambung budaya kerja tu tak diteruskan, jadi skrg la masa nak betulkan balik.

  16. saya hrp proton buat part2 kereta honda…. so part tu boleh share dgn kereta proton, jimat cost nk buat kereta….

  17. 1. mgkn proton akan amik platform/chassis kete2 besar (eg accord) & suv (eg crv)
    2. mgkn honda nk facility TgM sbb moden & selamat.
    3. mgkn proton&honda akan bekerjasama utk buat kete2 kecik.
    4. mgkn proton hanya buat saga/preve/exora-class slps ini.
    5. mgkn honda&proton akan share series/parallel hybrid.

    harapan aku, xde la lg khabar angin “curi” design etc.

    • hurm. for me honda is more honest la kot. compare nga mitsu.
      pikir balik, sukar jugak orang kaya nak ngam ngan orang miskin nih.
      aper bargain dier yang sebenarnyer ek.
      selain dari tg malim plant and handling ( yang nih honda lacking kot ) and lotus engineering chassis for sport car. aper lagih eh bargain dier. pening2.

      tapi aper aper pon. bak kater ustaz azdhar, harap kalo proton nih jenih bini yang tak pandai masak pon. kekurang proton dapat jadi bini yang rajin memasak la kot. baru melekat hati suami. nih asyik kena kawin cerai jer, biler nak beranak nyer..

      • Maybe untuk Honda recycle atau dispose technology sedia ada…
        Maybe juga Honda nak JV yg menjimatkan kos untuk RND kereta EV…
        Maybe Honda nak develop chasis dan teknologi enjin baru sama2…
        Maybe untuk cover sales segmen yg berkapasiti besar (atas 2.0)…
        Macam-macam maybe ada…

  18. Bro fd, bila nak buka tread proton honda jv, basher dan protonboy dah tak sabar ni…..kih kih

  19. Aku ade cadangan..?MV agusta..beli ballik…!,,,carik balik TM…hire balik TM…kua kn balik keta jwpn kpd BMW
    Wei sume org malaysia..beli la proton woi…klu x mcamana mau proton maju …
    Jgn la beli honda aka toyota..
    Ikut mcm aku..
    Pakai gen2 cps..
    Best woi..
    Murah
    ABS
    Kulit
    Koner best
    Exotic
    Vario cam
    Dohc
    Sport
    R3 kapet
    Jalur2 merah

    • Asik ibu jari bwh..macammana nk maju?…..

    • TMahaleel dah dapat PhD sudaaaa..

    • mase moto gp sepang..2012…aku memang sedih sgt2
      Sbb ape?.??.
      sbb aku tegok mv agusta
      Moto paling seksi
      Smart
      Cun
      Power
      Nice
      Dulu die milik proton
      Tp skg tidak lg
      sayang usaha TM sia2 saja..
      Da kena jual pada zaman pemerintahan DSSZ
      Dengan harga murah saja..
      Sedih2
      Tp bile zulfahmi menang 2nd place..
      ?…
      ?….
      ?…
      ?….

  20. Pada firasat akula..
    Ni mesti
    Honda nk curik harta intelek lotus espirit
    Lotus espirit pun tegah rancak rnd skg
    Kali x, x mau hondata JV with prton..
    Hati2 proton..
    Bukan leh caya honda..
    Tipu je.
    Engineer japanese bukan murah ilmu..
    Kedekut adela
    Kompom
    Pastu kompom JV x brjaya..
    Sbb proton dpt kesan honda x ikhlas..

  21. Jom pakat 2 sopot
    Dengan membeli
    Proton car
    Wat loan kt bank muamalat
    Beli buku kt MPH
    Makan roti gadenier
    Pakai moto modenas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s