funtasticko design

http://funtasticko.net

NISSAN MALAYSIA TERUS MENDEKATI PARA PELANGGAN MENERUSI PELBAGAI ACARA MENARIK

3 Komen

KUALA LUMPUR (27 Oktober 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) terus mengutamakan aspek pengalaman demi pemilikan pelanggan yang cemerlang melalui penganjuran acara-acara berorientasikan pelanggan di seluruh negara. Baru-baru ini, ETCM menyempurnakan dua acara Mencari Harta Karun untuk para pelanggannya di wilayah Tengah dan Sabah.

“Perhubungan pelanggan adalah prioriti buat ETCM dan aspek ini memang terserlah melalui dedikasi penuh kami terhadap perkhidmatan pelanggan. Nissan menduduki tempat No. 1 dalam Kaji Selidik Kepuasan Jualan J.D. Power Asia Pacific 2012 Malaysia pada tahun ini. Kami beritizam untuk terus mengutamakan para pelanggan dan syarikat sememangnya berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang untuk tahun-tahun akan datang,” jelas Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Wilayah Tengah

Sebanyak 81 buah pasukan mengambil bahagian dalam acara mencari harta karun yang berlangsung selama enam jam bersama kenderaan Nissan masing-masing yang meliputi model-model seperti Teana, Sylphy, Grand Livina, Navara dan Livina X-Gear. Para peserta ditugaskan untuk menyempurnakan tugasan dan cabaran, selain bersaing demi memperoleh markah tertinggi.

Kenderaan-kenderaan Nissan memulakan perjalanan dari bilik pameran 3S Nissan ETCM di Petaling Jaya. Pencarian harta karun itu membawa mereka ke beberapa lokasi menarik seperti pusat membeli-belah 1 Utama, bilik pameran Nissan ETCM Southgate dan Rumah Sejahtera Seri Kembangan sebelum menamatkan acara di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Salah satu tugasan termasuklah mencari Sedan Global Nissan Paling Laris dengan melakukan ‘daftar masuk’ di pameran Nissan Almera di pusat membeli-belah 1 Utama. Pencarian harta karun itu turut melibatkan elemen Tanggungjawab Korporat Sosial apabila beg-beg hadiah yang diisi dengan makanan dan keperluan rumah diserahkan kepada Rumah Sejahtera Seri Kembangan.

Kemuncak acara berlangsung di Cyberview Resort & Spa. Pasukan ‘Paradigm Runners’ dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Tempat kedua diisi oleh pasukan ‘Hunters R Us’, manakala pasukan ‘Family 4 Tune’ berada di tempat ketiga.

Wilayah Sabah

Satu lagi acara Mencari Harta Karun Nissan dianjurkan buat para pelanggan Nissan di Sabah dengan 32 buah pasukan mengambil bahagian.

Para peserta berkumpul di bilik pameran 3S Nissan ETCM Kota Kinabalu sebelum bergerak ke Cabaran Komando di pantai Likas. Setiap pasukan perlu menyempurnakan cabaran yang turut  meliputi aktiviti melontar Frisbee. Tugasan akhir membawa semua peserta ke Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa di mana mereka perlu menyiapkan susun suai gambar Almera.

Clark Adrian Lanjuat, Jessie Jinn, Dynneta Dimeh Koyupo dan Zeno Paulus daripada Pasukan 6 dinobatkan sebagai juara keseluruhan, diikuti oleh Salleh Bin Tating, Jessica Jokumil, Syaqille Zuhair Bin Salleh dan Syaffin Zuhair Bin Salleh daripada Pasukan 35 yang berada di tempat kedua. Tempat ketiga menjadi milik Carolyn Kubuk Tawai, Charles L. Janil dan Mohd. Azizul Bin Zainih daripada Pasukan 33. Jangan lupa saksikan gambar-gambar acara terkini di laman web Facebook Nissan.

ETCM akan terus menganjurkan lebih banyak acara di seluruh negara untuk pelanggan mereka. Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar (City Survival Workshop) akan diadakan pada Disember untuk para pelanggan di wilayah Utara dan Selatan. Untuk mengetahui lebih lanjut atau mahu mengambil bahagian dalam mana-mana acara anjuran ETCM, sila hubungi 03-4047 8788 atau layari laman web: www.nissan.com.my .

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

3 thoughts on “NISSAN MALAYSIA TERUS MENDEKATI PARA PELANGGAN MENERUSI PELBAGAI ACARA MENARIK

  1. Tan chong company kerata paling racist, meraka antara yg awal memomokan tin milo pada proton, staff dia hampir semua mata sepet, kita tgk bagaimana business comunity meraka menyokong vanette c22 puluhan tahun since 1988-2012. Harga vanette 50-60k org beli tanpa komplain walaupun mahal sedangkan exora selalu kena bad mouth . Kwn2 produk nissan yg diedar oleh tan chong seharusnya pilihan terakhir kita.

  2. Malaysian is too much in Honda right now,
    I think ford should be more aggressive now with their product, ford focus 4dr hatch is very appealing with good ride quality,

    And for proton keep it up, remember preve lackluster, just revise the throttle response it will stop people from mounting about that,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s