funtasticko design

http://funtasticko.net

DJ Hitz.FM pemilik ke 10,000 kenderaan hibrid Honda di Malaysia

6 Komen

Tengku Mohd Ean Nasrun (Ean), DJ Hitz.FM merupakan pemilik yang ke 10,000 kenderaan hibrid Honda. Beliau telah membeli Honda CR-Z dan secara tidak langsung menyertai lebih sejuta pemilik kenderaan hibrid Honda yang lain diseluruh dunia. Bukan setakat menjadi pemilik yang ke 10,000, beliau juga telah menerima pakej percutian 2 hari 1 malam sebagai hadiah istimewa daripada Honda Malaysia.

Penerimaan baik kenderaan hibrid di Malaysia menjadi pemangkin untuk Honda Malaysia menjadi pengeluar kereta pertama mengeluarkan kenderaan hibrid secara pemasangan tempatan. Ini juga selaras dengan hala tuju Honda Motor menyediakan produk yang baik dengan pantas, mampu milik dan rendah pelepasan CO2 untuk memaksimumkan kegembiraan kepada pelanggan. Bersempena dengan hala tuju global Honda, Honda Malaysia komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan ketara.

Sejak 2007, Honda telah menjual lebih daripada 10,000 kenderaan hibrid sehingga September 2012. Berikut adalah pecahan unit kenderaan hybrid Honda :

MODEL UNIT
Honda Insight 6,339
Honda Jazz Hybrid 1,786
Honda CR-Z 2,109
Honda Civic Hybrid 1,238

* sehingga bulan September 2012

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

6 thoughts on “DJ Hitz.FM pemilik ke 10,000 kenderaan hibrid Honda di Malaysia

  1. Kesian orang yang tak faham kan? 100V motor + 5.75Ah battery untuk menghasilkan 13hp (9.6kW). Arus= 9600/100 = 96A. Tarik dari bateri, 0.05h; 3.5minit. Lepas 3 minit punya pecut, jadi mcm City lak. Itu kalau 100% effisien dan bateri baru yg tak susut lagi holding chargenya. Mahal pulak tu.

    • cepatnya bateri susut.. macam ni kena letak 17 bateri baru boleh tahan dalam sejam..

      • Itu kalau Max power (seperti dlm brochure Honda US). Maksudnya bila pakai Sports mode. Tapi kalau ECO memang ler dia control amp supaya keluar sikit-sikit. Kalau tengok pun, maksimum tork motor letrik ni kat 1000 rpm. Biasanya kalau sistem tak kacau, tork akan tetap tak kisah laju berapa. Ia menambahkan tork hasil dari enjin.

        Mana-mana bateri rechargeable akan hilang kapasiti untuk simpan cas menyusut setiap kali ia discas. Beza antara jenis bateri ini dengan bateri lain mungkin dia tahan lama sikit. Tetapi memang tidak boleh elak dia akan susut.

  2. Reblogged this on Neo R3 DIY and commented:
    Some people are lost in this whole concept

  3. honda N ONE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s