funtasticko design

http://funtasticko.net

DRB-HICOM pilih Honda jadi rakan strategik Proton

42 Komen

Minta maaf la semua sebab lambat update pasal berita terhangat ni. Baru balik dari Kuala Lumpur sebab ada presentation untuk Auto Anda. Akhirnya terjawab sudah segala persoalan mengenai siapa rakan strategik asing Proton. Setelah beberapa kali gagal, akhirnya Honda dipilih menjadi rakan strategik Proton. Saya mendapat info kerjasama ini bakal merealisasikan pengenalan model gantian Perdana. Menurut info itu lagi Proton mungkin menggunakan platform dan enjin Honda Accord sebagai model gantian Perdana. Sama ada Proton rebadged atau reskin balik Honda Accord tu masih belum dapat dipastikan. Apapun ini merupakan satu permulaan baru buat Proton dan diharapkan kerjasama ini membuahkan hasil secepat yang mungkin.

* Auto Anda bakal bersiaran tak lama lagi, ada beberapa perkara je lagi perlu diselesaikan sebelum slotnya ke udara nanti, kemungkinan awal 2013… Auto Anda bakal mendapat nama baru, nanti saya buka post mengenainya ye.. baru sampai ni, penat tak abis lagi.. 🙂

Advertisements

42 thoughts on “DRB-HICOM pilih Honda jadi rakan strategik Proton

  1. honda accord yang latest version perhaps for the perdana replacement..
    harap2 dapat reskin..nak tengok designer tempatan ni punya idea..
    good luck proton!

  2. Tradisi proton menukar logo dan mekap body kembali lagiiii…
    Toraaaa datang lagiiii…
    Selepas lancer, accord pulak…
    26 tahun, ini lah kerja proton.
    TUKAR LOGO….TRANSFORMASIIII…

    • ha…ha…aku suka btl baca komen ko :-). Proton buat kete sendiri, ko maki, proton rebadge pun ko maki. Erti kata lain, aperpun xboleh.

      Ada jugak org mcm nih. Malaysia nih patut tutup jek sume industri tempatan. Bwk jek masuk sume yg luar2. Barulah akupunya suka. Sume masuk tanpa cukai. Buat aper nak cukai2, abiskan duit rakyat jek. Hapuskan sume sistem cukai, senang, br rakyat happy, xda cukai dlm negara.

      Tp…negara nak dpt mane duit…ala,pulun jek duit petronas. Tp lupa plak, dgn syarat petronas xleh jual minyak kat malaysia sbb syarikat tempatan. Jual jek sume kat luar, dpt duit, guna utk pembangunan negara n subsidi.

      Tp…akhirnya negara lingkup…ha…ha…ha…xper,janji rakyat puas hati, br janji ditepati…:-).

      • nak buat kereta ka nak copy kereta ka buat la takda sapa marah kalau tak paksa org beli proton …naikkan harga kereta import sampai 2 kali ganda tak memaksa ka namanya tu… harga kereta import mahal = pilihan jadi sedikit so terpaksa beli proton… tak memaksa ka namanya tu…. memang bodo org malaysia yg masih sokong proton

      • Mmm… perodua ada, inokom ada, kenapa proton jer pilihannya? Oooo… nak gak kereta import ek? Ooo… cukai tu urusan proton gak yek? Oooo…. kereta proton pun x kena cukai gak la yek?… Mmm…. cam nie la… kerja rajin2 degn penuh keikhlasan, moga Allah buka pintu2 rezeki dan rezeki mencurah2 n diberkati… then bersyukur, jgn lupa bayar zakat dan nak beli kereta apa2 pun beli laa… jadi org yg bersyukur:)

        cheers!

    • maaf brader..tapi sedara memang bo*oh..apalah dosa ibubapa sedara. semoga Allah mengampunkan dosa2 ibubapa sedara sbb ada anak macam sedara.

      • haha..sentap nampak sampai keluar ibu bapa..
        hahaha..spesies proton kalau tak boleh nak buat, dia bebal…
        apa pun tak boleh,
        yang boleh, perabis duit proton pergi oversea aka UK konon2 nak buat kerja..bila balik, apa yang ada? buat kereta potong city+forte=preve.

        teruskan dgn kebebalan.. itu pun transformasi..
        sudahlah… asyik guna modal nasional, melayu..
        last2 apa pun tak boleh…
        sekejap plan macam tu, sekejap plan macam ini..
        output??? takat buat syarat ja…
        haha… kesian.

        teruskan hidup syok sendiri..

    • Mmm… mamat sekor nie mmg suka kutuk2 proton nie, Satu kepuasan kot atau dendam atau apa2 la… Dia cuba nk provok org lain join the club utk sama2 kutuk. Alhamdulillah la sekarang org dah bijak dan x terikut2 mcm dia:) …huh.. bila la nak pupus spesis mcm nie..sorry.

      cheers!

      • ko bawak kereta apa? pernah bawak proton? ada kereta proton? pernah bawak kerata jenama lain? ko ada lesen kereta? selalunya org yg tak pernah bawak kereta jer selaluny yg sokong produk sampah macam protong tu… ko dlm kelompok tu ker

      • Mmm…. benarlah ko nie sebahagian drp kelompok kecewa pemilik proton zaman silam. Sampai ke cucu cicit dibawa dendam kesumatnya. Sudah2 la. Proton belum lagi company hebat. Tapi company anak watan yg semakin meningkat nie, seharusnya rakyat m’sia lah yg support. Cuba tengok rakyat korea n jepun diorg support produk dia.

        cheers!

  3. Dah kereta Honda yang rakyat Malaysia minat. baik jv dengan honda. Kalau Malaysia buat elok sendiri pun akupunya bukan nak beli. cuma risau lepas ni rakyat Malaysia pulaukan Honda pulak. pakat2 beli toyota semua pasal proton belum rebadge toyota. baru ada kelas katanya.

  4. stuju stuju, rebadge kete toyota,sure lakunya. Tgk myvi n alza, kat jepun, xbrp laku, kat malaysia mcm goreng pisang panas. Kete nak anto scrap yard kat jepun utk recyclepun org malaysia beli, half cut, janji jepun, klu toyota lg masyuk. Toyota anto jek menda2 kete, xyah hanto best seller@full spec, hanto yg dh stop production, spec kosongpun, cnfirm org beli,asalkan logo toyota. Jual kete recond pun laku, xyah jual kete baru. Eh,kete recond bukan kete yg xbrp nak bleh jual kat jepun sbb dh lebih 5 thn, roadtax n insurance mahal sbb policy kat sana? Anto jek kat malaysia, mesti bleh jual sbb rega murah dr baru. Penjual ketepun bleh untung byk. Xslh aku, dlm senarai kastam, kete toyota wish 1.8, 5 thn keatas, istihar kat kastam nilainya dlm rm 15k++ jek, kena cukaipun, gedebuk gedebak, dlm rm 30k++ jek, jual rm 120k++, ramai beli wor. Tokey byk untung, rakyat dpt pkai kete jdm, salesman dpt komisen 5k-10k satu kete, jual kete sebijik jek sbulan cukuplah. Bygkan klu kat malaysia jual kete recond jek, manyak untung, kurang2 10 unit sebulan, xyah susah2 bukak kilang.

    Sorry, merapu, tgh boring, tp itulah hakikatnya yg ramai xtau nilai sebuah kete recond…

    • Hang mmg merapu habis mat. Tapi tu la hakikat. Awal tahun aritu aku p jepun, mmg dkt port kansai tu berlambak estima dan wish tunggu utk shipment. Semua yg dah lebih 4 tahun. Kalau jual 2nd kat jepun xda org nk beli dh.

      Org malaysia la yg pakai. Estima tu, org amik untung rm30k senang senang je. Kalau altis baru pun declare kat kastam rm45k, wish recond tu agak2 berapa? Tapi harga kat kedai tahun 2005 pun rm100k.

      Aku nak proton belajar buat enjin gdi lak pasni

      • rega wish recond kat kastam dlm 15k klu 5 thn, dia ada tulis rega declaration ikut tahun penggunaan. Xtau ada lg x kat internet,kot2 dah kena block. Bukan wish ajek, sume nilai kenderaan terpakai import ada dlm senarai. Tryla google. Aku ada, tp xtau simpan kat mane coz laptop lame dh kong, br beli laptop br. Hrp2 masih ada aku simpan dlm backup. Xingat samada aku ada bg tuan tanah aritu masa post pasal tax tahun lepas.

    • dah kereta dkt jepun murah… lagi nak layan myvi alza? bodo namanya tu…

      • Mmm… betul ker murah?… alza kat jepun dari brand daihatsu boon luminas. Kalau betul pengeluaran di sana dihentikan tentu la sebab x mendapat sambutan di Jepun. Kalau terus gak tentu la daihatsu bertambah2 rugi. Camne nak cover kos RND sebelum tu?

        Ironinya di Malaysia Pengarah Urusannya ada bagitau kos develop Alza sahaja RM600 juta; downgrade n tukar sikit2 bumper. Mmm… exora dari sketch dgn platform baru pun RM480 juta within 17 months pembangunannya. So rakyat malaysia, rasa2 RM600 juta tu utk cover RND boon luminas yg rugi tu ker atau develop RnD alza sebenarnya…. u tel me. Masih ramai org m’sia yg pandai2 kat dunia nie, jgn simply bodo2 kn org ye…

        cheers!

  5. aku petik komen kt paultan……..mmg ade logik jugak teori kosnpirasi beliau nie….hehehe

    Honda Tsubasa is very cute on Oct 30, 2012 at 3:34 pm

    apsal ntah komen kat sini semuanya hahaha je aku baca

    komen tokmoh ni dari dulu asyik nak tergelak je aku baca…

    tokmoh, sekarang aku citer apa yang aku nampak.. aku rasa dia punya mastermind ni, Dr Mahathir ni.. sebab tetiba je nama Honda ni naik.. ada kaitan dengan projek PETRONAS dengan HONDA dulu ni.

    untuk sokong kenyataan aku, aku kepilkan sekali rujukan aku (kalau tak bubuh rujukan memang mampus kena bakar beratus kali kat dalam internet ni, troll banyak yang amat).. disebabkan agak panjang jadi aku letak sekali nombor, supaya senang tokmoh nak komen

    tarikh paultan tempek berita ni “Proton and Honda ink collaboration agreement” ialah pada 29 October 2012 7:00 pm… dan dia tulis “No details of the collaboration were announced, but expect more details to emerge when DRB-Hicom reveals its business plan for Proton next month.”

    untuk tahu apa dia kerjasama susulan kerjasama PROTON-HONDA ni, kita cuba flashback tarikh artikel paultan ni kebelakang sikit bagi nampak gambaran masa depan kerjasama PROTON-HONDA ni.

    1) kerjasama pembikinan enjin baru bersama PROTON-HONDA (yang aku rasa macam ada harapan besar)

    kerjasama Malaysia-Jepun ni bukan suatu benda baru lagi-lagi apabila ada nama Honda ni tetiba je timbul, dulu masa PETRONAS MALAYSIA nak mengorak langkah ke arah perniagaan antarabangsa, tak nak bergantung 100% kepada reserve minyak dalam Malaysia je.. idea Dr Mahathir juga la ni.. PETRONAS MALAYSIA guna platform F1 sebagai strategi penjenamaan antarabangsa… masa tu memang Dr Mahathir nasihatkan ambil jurutera utama projek F1 Honda iaitu Osamu Goto, dia ni juga yang reka kereta juara F1 kepada lagenda F1 Ayrton Senna, juga ketua jurutera Honda untuk projek Honda NSX.. sekarang tahun 2012, dia dah balik semula ke Honda untuk jadi jurutera utama projek enjin motosikal MotoGP Honda yang dah menang kejuaraan MotoGP 2012.. projek F1 Honda pula, sampai sekarang top speed dia tiada siapa boleh lawan lagi.

    Masa Malaysia dibawah syarikat Petronas buat kerjasama dengan jurutera utama F1 Honda iaitu Osamu Goto, dia diberi tugasan untuk jadi ketua jurutera Sauber Petronas Engineering AG (yang fokus utama dia ialah buat enjin F1 sendiri), masa tu buat kerjasama dengan Red Bull.. sebab tu pasukan dia nama Red Bull Sauber Petronas F1 Team, share syarikat tu, 60% Red Bull pegang, 40% pula Sauber Petronas Engineering AG pegang.. Malaysia hantar paling kurang 50 orang jurutera tempatan (kalau tak silap aku) untuk timba ilmu pembikinan enjin dari jurutera utama projek F1 Honda, Osamu Goto tu.

    antara jurutera Malaysia yang terlibat dalam pembikinan enjin F1 sendiri bersama jurutera utama F1 Honda, Osamu Goto, ada dalam video iklan rasmi rasmi Petronas yang ditayang di TV Malaysia masa tu

    ini video dia..

    mula-mula dulu Dr Mahathir dan pengurusan Petronas cuba bincang dengan Jepun untuk dapatkan patent enjin YAMAHA V10 untuk projek enjin F1 pertama Malaysia iaitu dalam projek Red Bull Sauber Petronas.. tapi tetiba masa tu, tahun 1998,seluruh Asia dilanda krisis ekonomi.. jadi hasrat nak bina enjin F1 sendiri guna patent YAMAHA V10 tu terpaksa dibatalkan sebab nak buat pembangunan dia ambil banyak masa dan mesti banyak duit, terus tukar strategi ambil enjin Ferrari tahun sebelum dia, buat balik re-engineering bersama ketua jurutera Honda, Osamu Goto tu pastu namakan enjin dia Petronas 05A 3.0 V10.. benda ajaib yang berlaku masa ni ialah Kimi Raikkonen yang masa tu banyak orang ragui kebolehan dia sebab terlalu muda dapat catat masa #1 terpantas di litar Australia guna enjin petronas yang dibina bersama jurutera utama projek F1 Honda sebelum tu, Osamu Goto.

    dari projek F1 enjin tu, buat lagi projek motosikal berkuasa besar PETRONAS FP1 yang pada asalnya dirancang untuk bertanding dalam MotoGP, semuanya bersama jurutera utama F1 Honda sebelum tu bernama Osamu Goto.

    bila baca artikel dari btimes bertarikh Tuesday, October 30, 2012, 01.46 PM
    “As part of the agreement, the Japanese company will help Proton build its own engine.” ~
    http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20121028233224/Article/index_html#ixzz2AlRgmX9Z

    dan artikel dari Berita Harian bertarikh 2012/10/23 – 08:22:08 AM

    “Proton Holdings Bhd akan menggunakan enjin E01 yang dimajukan PETRONAS untuk model baru serta model gantian keluarannya bermula tahun depan. (tahun 2013)”
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PROTONgunaenjinPETRONAS/m/mArticle

    maka memang itu la tujuan utama DRB-Hicom dan PROTON buat kerjasama dengan HONDA ni, majukan semula projek enjin berasaskan teknologi F1 yang sebelum ni dibina bersama jurutera utama F1 Honda, Osamu Gotu.

    tapi di bursa saham Malaysia tulis, bertarikh 29 October 2012,
    “The Collaboration Agreement shall continue to be in force until the execution of the final agreements to establish the Proposed Collaboration unless the parties mutually agreed not to proceed with the Collaboration Agreement.” ~ http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1102929

    maknanya benda ni semua masih di tahap MoU baru, belum final lagi.. ada susulan lagi lepas ni.. tapi memang sah la aku ingat memang PROTON akan bina enjin bersama HONDA lepas ni.

    2) Model gantian PROTON PERDANA untuk kerajaan ada kebarangkalian besar adalah berasaskan Honda Accord 2.4 Liter.

    Honda Accord 2013

    citer ni dah lama, berita dia sejak dari tahun 2010 lagi, ikut laporan akhbar berita harian bertarikh 2010/07/19 – 05:29:53 AM

    “Proton dijangka naik taraf model premium guna enjin 2.4 liter” – http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProgramgantiPerdanadilaksanaawal2011/Article

    tengok-tengok tahun 2012, kerajaan negeri Melaka sekarang dah pakai 17 buah kereta Honda Accord 2.4 Liter, rasanya Honda Malaysia dan DRB-Hicom yang sponsor tu sempena Honda nak buat kilang terbesar dia di Melaka dan juga nak semua orang kerajaan pakai kereta Honda Accord nanti, bawah nama PROTON PERDANA.

    itu pasal la aku ingat kat dalam artikel bursa saham Malaysia, dia sebut

    “This Agreement signifies the potential of a long-term strategic collaboration with HONDA MOTOR. Having a strong and renowned global automotive player like HONDA MOTOR as the foreign strategic partner to PROTON will provide PROTON and the DRB-HICOM Group with the opportunity to grow as an Original Equipment Manufacturer (“OEM”), as the opportunities are endless. This collaboration will provide positive impact to PROTON and the DRB-HICOM Group in the long run.” ~ http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1102929

    maknanya.. yang betul jadi lepas ni, yang Honda setuju sangat ialah penggantian semua kereta PROTON PERDANA 2013 adalah semuanya nak bagi pakai berasaskan Honda Accord, tu pasal DRB-Hicom kata ada peluang besar jadi Original Equipment Manufacturer (“OEM”) untuk jangka masa panjang.. maknanya benda tu memang diaorang dah setuju lama dah.. akan ada susulan lagi lepas ni terutamanya untuk pembikinan enjin bersama PROTON-HONDA lepas ni, diaorang nak revive balik projek enjin petronas berasaskan teknologi F1 yang dibina bersama jurutera utama F1 Honda dulu.

    itu la yang aku nampak sekarang ni tokmoh.. apapun kena tunggu susulan perjanjian dia, yang mungkin akan ada pengumuman rasmi dia di Malaysia pula.

    • rasanyer dah betul tuh, JV more on D segment, tapi still tak paham, kenapa proton nak sangat D segmen nih or terus jump to penambah baikkan kereta D segment.:

      -profit margin ker,
      macam honda mesia,
      -city, 1000 unit sebulan, untung margin 20k = 20000k
      -accord 300 unit sebulan , untung margin 80k = 24000k, off course lah lagih banyak.

      -ker nak sangat utilize enjin petronas,
      -pasal enjin tuh dah rugi banyak, pasal invest tapi takder return, ( jual kat china tak tahu beraper dapat cover). tak pon katerkan lah nak bayar gaji jurutera petronas 50 orang tuh yang der jobs ( ker derang dah kena resign semua?)
      -nak honda rev up engine tuh jadi dapat guna kat lotus?

      -Ker gomen nak sangat ganti perdana derang. MB cakap cost maintenance perdana mahal giler.

      -ker high tech at D segment will help overall mesia automotive.

      still pening gak.

      pasal pada gue, proton is established to help mesia venture to high end tech and provide better car for rakyat;

      better tech: not really la kot, pasal jap very kedekut ilmu and they only want your cheap labour, tanyer aper honda alor gajah boleh kasik decision to change any design in honda cars. tak der.

      better car: 75% of rakyat still hidup cukup cukup jek, C cegment pon jauh panggang dari api kot.

      bleh bagi pencerahan ker idak?

  6. Reskin, rebadge atau tukar logo skli pun..saya tetap beli kalau ia nya proton..

  7. Macam terkejut gak bila dengar yg Honda jadi partner proton. Ingat suzuki yg dipilih. Tapi bagus la harap projek usahasama antara proton dan honda mendatang akan menguntungkan dua2 pihak, bukannya mcm dgn mitsu dulu atau apa yg dipropose dgn VW. Pasal Perdana baru kalau dpt platform accord lama pon dah kira cun dah tapi Proton mesti modified platform tu bukan hanya buat keje rebadge je mcm Inspira. Satu lg bidang kerjasama yg patut diteroka adalah enjin diesel yg kompatibel dgn biodiesel B10 dan juga projek diesel hybrid yg lebih efisien dr petrol hybrid.

    Walaupon projek kerjasama Honda berjalan, di masa akan datang, saya juga berharap Proton akan mengekalkan beberapa produk volume tinggi spt Saga R dan Preve R dibangunkan dengan keupayaan teknologi tempatan sepenuhnya tanpa perlu menggunakan Honda supaya Malaysia dpt mengekalkan hak milik IP produk terbabit.

  8. saya pun sama! asalkan keta tu nama proton! aku syg sgt apa yg proton dah ada. apa org nak kata aku tak kisah. tp apa pun kualiti keta proton harus ditingkatkan.

  9. Walaupun ramai yg kata JV dgn mitsu tidak begitu menguntungkan proton, namun hakikatnya proton banyak belajar daripada syarikat tersebut. Saya percaya bukan mudah untuk sesebuah syarikat automotif mengadakan perjanjian tanpa ada apa2 kepentingan. Begitu juga dengan Honda. Ia tidak ada beza dgn syarikat Mitsu. Masalah utama proton adalah pasaran. Ia sangat sukar untuk menembusi pasaran negara2 lain. Persaingan terlalu kuat bagi segmen yg proton ada. Jika sesebuah syarikat tidak mampu menjual kenderaannya dalam kuantiti yg banyak, agak sukar untuk menjana keuntungan dan modal bagi pembangunan kenderaan generasi seterusnya.

    Proton tidak berkeupayaan dalam hal ini. Oleh itu, dgn posisi DRB sbg peneraju automotif negara, diharapkan kerjasama ini mampu memberikan suntikan teknologi kpd kedua2 pihak.Mungkin ramai yg berpendapat, proton tidak mampu memberi apa2 dalam teknologi pembuatannya, namun saya percaya proton juga mempunyai kekuatan teknologi yg mungkin ingin dikongsi oleh syarikat automotif lain.

    Rebadge? Jika ia salah satu strategi proton dalam JV ini, bagi saya ia sesuatu yg agak mengecewakan.

    • memang kalau nak fight engine petrol & diesel agak susah sebab kompeni lain berpengalaman sangat luas sampai ada yang dah lebih 100 tahun buat kereta… tapi jangan lupa bahawa segment EV dan hybrid agak baru, boleh dikatakan semua kompeni bermula sekitar masa yang sama, so cara proton nak fight dan naikkan nama mereka ialah melaui EV dan hybrid… aku dok tunggu Exora REEV ni…

  10. next proton for segment D
    body honda accord+pet EO1 engine hehehe

  11. harap2 la accord euro r punya body huhu

  12. takpun satu lg pendapat aku,lotus esprit pakai dual-enjin pet E01 engine=V8 4.0
    maybe honda pon berminat nk letak E01 kt model NSX terbaru diorang hehe

    tapi body honda accord 2013 dgn pet E01 engine+turbocharged+supercharged pon menarik jgk,blh la nk sayur Audi A6 or even S6 kot hehe

  13. salam bro insider, marah ke aku ke org lain? Klu ditujukan kepada aku, aku hanya guna sacarsm@sindiran sosial ajek, omputih ckp read between the line,tp maaflah klu bukan utk aku,mgkin aku terslh phm,ianya utk org lain. Abaikan jek. Slm.

    • bro salah tgk tu, kalau bro insider marah kat bro, dah tentu dia akan bls bwh nama bro mat…cam yg saya bls skrg.

      • sorry,pkai hp baca td, nampak sebaris jek,n mmg komen bwh nama aku. Tp bile baca kat pc,lain plak. Tq bro panadol. Haish, teknologi2, kdg2 pelik gak 🙂

  14. haduh.. enjin petronas x jadi pakai la nih..?

  15. offtopic:

    korang tau x diesel dah kene restrict sekarang nh. sampai ada pam gantung bena “tiada diesel buat masa sekarang”.
    Sapa tahu tentang perkara nh..

    • restricted?
      yg aku perasan demand cm tinggi.

      last saturday, kt banting shell kata xde diesel.
      nasib petronas ada sket.
      sian sepupu aku bawak merc lama cari diesel..

  16. Nampaknya berita pasal proton dah makin suram, mungkin meraka tak suka drb , tak suka dsz pergi or maybe org dah nyampah proton, asyik la sign mou tapi hasilnya preve dan reskin inspira. Rasanya makin terkebelakang proton. Compare design proton dengan hyundai kia jauh tinggal. Playsafelah byk2. Teknologi hybrid gergasi honda toyota jualan sudah ratusan ribu, proton reev entah bila muncul ,

    • aik…ya ka?
      bukan dok puji proton ka?
      tiba2 condemn proton..
      apa hal ni?
      hahaha….
      layann…. flip flop…

    • Why need to playsafe? They are not Toyota. Playsave but can sell millions. They need to follow Hyundai/kia footstep. If you dont have reliability atleast you have a look.

  17. Nadz,
    kalau nk ikutkan,build-quality hyundai/kia tklah hebat mana,ada tak hyundai/kia 2.0 NA yg blh beat preve CFE enjin 1.6 turbo dari segi FC ,pikap & topspeed?hahaha

  18. Off topic…Proton Gabungkan EON & Proton Edar…. moga2 sale dan servis bertambah mantap….

  19. ala wajib lah tu gabung..dah pn kene guna pos malaysia jer nie hantar surat…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s