funtasticko design

http://funtasticko.net

Jika ini Proton Prevé facelift, apa pendapat anda?

97 Komen

Saya sangat tertarik dengan hasil rekaan konsep Proton Prevé facelift dari www.fenoria.com ni. Nampak futuristik dan moden rekaan ini jika berjaya direalisasikan. Hebat hasil tangan anak tempatan rupanya, bakat seperti inilah yang perlu ditonjolkan dan diserapkan ke dalam industri automotif negara.

Sebenarnya kita tak ketandusan bakat dalam bidang rekabentuk, cuma mereka ini perlu digilap dan diberi peluang untuk berguru dengan mereka yang dah dikira otai dalam bidang ni contohnya Peter Schreyer, Giugiaro, Chris Bangle dan lain-lain. Barulah mereka akan menjadi lebih matang dan cepat memahami trend rekabentuk terkini yang cepat berubah seperti fesyen. Untuk melihat banyak lagi hasil karya yang menarik dari mereka, layari www.fenoria.com

* saya bercadang nak buat design contest secara online melalui blog ini, nak cuba tanya Proton kalau mereka berminat…🙂

97 thoughts on “Jika ini Proton Prevé facelift, apa pendapat anda?

  1. depan best ssgt2.kalau jadi family face baru.mesti ngam.tapi side profile takminat la.tailight pn sama.terlalu keSONATAan.

  2. masih mengekalkan identiti preve~ sebab sekali tengok, nampak preve.. tapi bila teliti pengubahsuaian ni, side profile tu nampak ke arah SONATA / ELANTRA.. walaubagaimanapun, ia usaha yang baik.. dan saya rasa, kalau preve facelift macam ni, saya akan jadikan ia sebagai kereta pertama saya.. hehe! (memang tengah plan nak angkat preve.. cuma tunggu, kot2 facelift cun macam ni, huahua!)

  3. setuju depan. dan kalau exora pun buat sama ok gak. Belakang dah ala elentra..x best..

  4. Fuhhhh….nice render…Bro Campro xde update u punye render ker?? sbb aritu ader render dari tepi kan?? front and rear?? x sbar nih…huhu

  5. Memang ganaz tapi byk sgt mcam Elantra kat belakang and Honda Insight kat bumper dia. Kena nampak unik skit baru cun

  6. satu masa dulu, proton dgn hyundai lebih kurang sama, kini hyundai telah jauh meniggalkan proton..reka bentuk hyundai banyak kepada rakaan global (fluid car body design) seperti sonata dan elentra yg mengunakan pereka bentuk bekas pereka bentuk mercedes..mungkin proton tidak perlu bergantung kepada tenaga tempatan sahaja jika ingin menjadi jenama global.

    • nk wat camne bro, dah vendor tempatan x mampu nk wat mould sefuturistik ni, diorg nk mould line yg senang2 je…

    • Sebenarnya tak berapa nak sama. Industri automotif Korea bermula lebih kurang dua dekad sebelum Proton. Hyundai Motors ditubuhkan pada tahun 1967. Hampir 20 tahun lebih lama dari Proton! Tetapi Hyundai baru betul-betul berkembang bermula awal 2000. Jadi mereka mengambil masa lebih 30 tahun untuk maju seperti sekarang.

      Kalau Proton ada plan yang baik, tidak mustahil Proton boleh jadi seperti Hyundai atau lebih baik lagi…

  7. front n side… aku beli kete ni (tapi nak manual n turbo la)
    But belakang tu mcm elantra je?

  8. sy rase idea tempatan ni memang banyak..
    semua nya smart bila siap di design..
    but when it comes into production..
    it turns to disappointment..
    kita bukan cakap pasal concept..kita cakap pasal design yg dah siap..

  9. proton styling designer has done much2 better than this… but tell that to the proton management & those old timer engineers there… then u’ll know where the problem is actually…

  10. so kia… not agree…

  11. kia design ok, comes k3 its so korean i dont like. hyundai a fluidic sculpture design so gooey lack of macho muscular stance tuned me off.

    for proton they don’t have to be over design, they need to carry on with German design philosophy,

  12. Accepted tapi saya insha allah tak beli, takut ooh proton no 2nd value. Yang nak beli silakan…….

    • 2nd value. . . .its not a problem…brand keta lain pun sama gak…Kia,Hyundai,Chevy,Honda,BMW. . . . smua kreta harga drop bai…contoh. . . .bli BMW 300k drop 250K…beli keta ni bukan cam beli rumah harga naik..ish3…huhuhu

      • Tak payah la semua komen ko nk huhuhu.. adoi.

        ko sembang btol2 ngn membe ko sebut huhuhu ke?

      • ni satu lagi…dh nama blog…mmg tmpt org komen,bagi pndapat,tmpt mgulas,tmpat debat…kalau xde org komen x guna la org gelar blog…even Youtube pun ader tmpt comment…aduyai
        ttg “huhuhu” tu…it’s an quotes of impression…contoh cam “Lol” “rolf” “Lmfao”…baru 1st time on9 internet ka bro?? LOL

      • Huhuhu…

      • latif tu bodoh . dah takde topik , topik huhuhu pun jadi bahan debat . bangang punya latifff .

    • maybe at the same price you opt to light vios ,1,5 as an exchange over to a 1.6 turbo bigger preve.

      • huhuhu…tapi aku rasa la…mmg dier will stay with Vios…resale value high aper…Toyota tuu….x rugi beli janji bukan brand Malaysia…kekeke

    • you really miss the joy of driving .

    • 2nd value?hmmm proton pnya 2nd value better compared to koren cars. My fren accent thn 2008 cuma laku 17k je. Gen2 aku thn 2005 pn blh dpt 25k

  13. Saya suka design ni…. Sekiranya proton berjaya hasilkan produknya seprti ini, pasti jualan Honda Dan Toyota terus menurun di Malaysia.

    • terus menurun? Ni ingat business goreng pisang ke?

      proton dan perodua mmg pegang share market tbesar di Msia,

      Tak ganggu pn target market kereta luar tu pasal market diorang mmg kecil tapi masih mampu survive.

  14. Takat design melukis, satu malam proton boleh buat 100 set…pecah rekod dunia..
    tapi bila suruh design dlm production, Tukaq CEO 100 kali pun, masih tak boleh2…
    FAILED!
    seperti ketuk tin kosong, bising ja lebih….

    • Aihh bro.. Cakap depan cermin ke bro ?.. Aku tgok selama nie ko yg jd tin kosong kat blog nie.. Bergolek entah dr mana buat bising.. Komen mcm sampah.. Apa yg ko boleh buat ?.. Golek2 kat blog sini dan sebelah buat bising.. Patutnye tin kosong mcm kau nie patut kene pijak.. Campak kat kilang besi buruk.. aptb

      • Bro Ejal…aku sokong ckap kau…AkuPunya mmg “typical” Malaysian…contoh ader sesetengah “fan” bola sepak jugak…bila Harimau Malaya Menang sorak cam die hard fan giler. . . tapi bila kalah. . .kondem cam team xdpt nk improve langsung. . . Cam admin Harimau Malaya slalu quotes ” Jika tak mampu menyokong ketika Kalah, jangan bersorak ketika Menang!”.. renung2 kan la…

      • Saya sgt kesian dgn org mcm Ejal.. Tak nampak apa yang dia patut nampak… hingusan.
        Sbb komen anda sgt hebat, pastikan kereta proton shj anda pakai sampai mati..
        Jgn pakai brand lain.. Hahaha…
        Proton memerlukan org mcm anda untuk terus menjadi biawak hidup..
        Tahniah!

  15. kalau preve org kata tiru forte lah, klau proton ambik design ni, mesti org kata tiru sonata…dah ni proton buat lori ke, bas ke,,mseti org tak kisah curi design ke tak…hahahaha

  16. kenyataannya mmg begitu, proton stakat ini cuma jadi follower dlm automotive styling..

    • Smart fact!

    • kenyataan mana kau cedok ?.. kau ade belajar automotive styling ke ?.. atau kau pandai sebut je ?.. designing is something universal.. u can take others design as an IDEA to make urs where at the end u stylised and finalised all the things up to show ur personality and originality.. In other words, INFLUENCE and it is not copycat.. If u say that preve, city and forte similar to each other and claim that as copy job, u got ur fact wrong..

      • Haha…ejal, nak tanya Lu balik, Lu mmg ada belajar ka yg lu sebut automotive styling tu?

      • Yeah I’ve got my fact wrong. It’s INFLUENCE not COPY. And I didn’t mention anything about copying. The thing is, we always get INFLUENCED from other successful car brands and design maybe because we want keep following the trend. That’s why I called them a FOLLOWER. If they have a things like personality or originality or philosophy in their car design, maybe they should come out with a presentation so that everybody could understand. As far as I’m concern, there is not much explanation on that.

        I am a designer and I believe, you too. We can see there’s a lot of ‘macam’ in Proton cars. Macam Honda, macam Forte and I’m tired of hearing that. Someday I wish I could see a true Malaysian Design, which is not Japanese, Korean or European. I hope they are working on that..

      • Mmm… bagi saya kalau kita ikut trend market, kita bukanlah totally folowers. Bila proton jer, sumer nak samakan dgn ‘MACAM’ itu ini. Bila kereta lain, forte/civic ;
        http://www.civic4g.com/index.php/forum/viewtopic.php?t=10952
        xde sapa pun bising… so, konklusinya adalah persepsi masing2, kalau org tu mmg suka under estimate atau anti-proton atau mmg suka merendah2kan keupayaan anak watan. cepat jer kata proton copy paste la apa la… diorg ada RnD banyak benda kena study dan buat research gak.

        cheers!

      • That’s right. They do carry the same figure in some way. But those automakers have their own reason to do it. It’s not only about being trendy, it’s about carrying the value of their brand. Diorang ade Design Director untuk tentukan hala tuju design kereta mereka dan engineers kena ikut cakap mereka. Kat Malaysia designer kena ikut cakap engineers, itu sebab la itu tak boleh ini tak boleh, kena ikut standard dan costing lagi. Problem is, we Malaysian don’t really appreciate those who works in arts and creative field. If designers and engineers working together trying to crack the problem, perhaps they could come out with a better one, there must be a way.

        I’m not really a Proton anti or basher, but everytime they come out with a new car, I said “Come on, you could’ve done better than this..” The reason is because I believe there have a lot of talents in Proton styling but it looks like they can’t even move ahead. Proton may not copy the design from other car brand, or they did. But I think they should copy on HOW OTHERS WORKS..

  17. Ni baru la cun.tak kisahlah ada rupa korean car sikit,dh itu selera sekarang.buat lain dari yg lain kang,keluar rupa kereta sorong cmana?

  18. sepatutnya preve yang sekarang nie keluar sebijik macam proton tuah kat auto show ari tu..baru nmpk hebat..aku kecewa sikit ngan preve ni bab lampu belakang..mcm tinggi sangat dan “tergantung” berbanding semua kereta… sebab bonet belakang dia besar…maybe kene pasang lining chorme balik kat bawah lampu belakang..mcm gamba awl2 preve spyshoot..

    dari design nie..aku sgt suka bahagian depan dia…xde pic dr belakang ke bro?

  19. hakikat, mmg cantik, tp agak susah nak direalisasikan, klu korang semua ada kat dlm br korang phm.. design mpv pun ada yg blh kalahkan estima but still xleh proceed sbb bnyk faktor antaranya management, vendor n customer, but xda apa yg ajaib, once rakyat kita mula celik mata, proton juga pasti merasa tempiasnya, maybe 2020 kot…sbb skrg ramai dah org pandai, cuma kurang yg patriatik

  20. lampu blkg civic baru cam persona elegance ade org bising? x de kan sbb civic tu keluaran HONDA!!!!

  21. ade aku tulis SAMA? ko reti baca?

  22. klu org kata design dpn preve cam forte la, city la..adakah ia b’mksud SAMA? mknanya iras2 la bro…pesal, ko trase sbb ko pkai civic baru MALU org kata lmpu blkg hmpir / iras2 lampu keta proton?

  23. salam. Atas kertas, sume org bebas berkarya. Tp bile time production, byk menda kena amik kira, faktor kos, faktor engineering(aero lah, safetylah), faktor vendor(prtn pun trikat ngan nap,kena cr local vendor, klu local vendor xmampu buat, kena wat yg diaorg mampu, nap, dlm masa sama dia protect, dlm masa sama dia bleh bwk kesan buruk gak), n mcm2 faktor, ada yg terikat dgn design rules, thatcham insurance, fmvcc, unece n sbgainya. Nampak senang, tp xsemudah yg disangka.

    Ada satu auto blog, yg tuan tanah dia adalah ex car engineer, dia ada terang secara ringkas,walupun penerangan ringkas, tp cukup komplikated process penghasilan design sesuatu kereta.

    Sbgai contoh mudah, design lampu blakang, bleh bg kau kau punya design, ikut rules, futuristik, tech canggih, tp bila tetiba eksiden kecik, lampu blakg pecah, time nk ganti, rega 2k sebelah. Lampu tuh plak, pada kete saga jek. Ko rasa owner saga xngamuk ke, lampu mahal nak mampus. Itu br lampu, blum part lain lg.

    Sbb tuh, jrg kete low end pkai canggih2 ngat kcuali tech tuh dh murah. Bkan xmampu nk buat, btk faktor kena consider. Cam kia, xkan xmampu buat design cam ferarri? Knp xwat design n pkai tech cam audi kat kete low end dia, kenapa xbuat mcm aston martin rapid? Xmampu buat design ke? Diaorg mampu, tp kena tgk gak faktor2.

    Tp stuju klu buat pertandingan design online, utk menonjolkan kreativiti org malaysia. Tp sekadar buat pertandingan designlah. Tp klu buat pertandingan, bg rules dr segi engineering camne diaorg kena buat sampai kete tuh bleh jd production car, klu suh buat design saga jek, rasa klu kira dr segi kos, ada yg jd lebih rm100k kos dia dan memakan masa berbulan2, mgkin bertahun2 br siap.

    Suh buat design production steering shj dh cukup, brp skru nk kena pkai, brp mould nk kena buat, camne fitting dia, camne material dia, camne plak dr segi safety dia klu kpl terlanggo kat steering,adakah membawa maut@kecederaan parah, camne plak klu ada airbags, projection airbags camne plak, hok buh button byk2, camne plak circuit dlm steering, camne plak nk intergrate steering dgn rack, nk masukkan reach n rake punya mechanical, pastuh pemilihan kaler camne, masuk x dgn the whole ip panel, n mcm2 lg.

    Last sekali, brp kos sebuah steering klu jd production, klu jumlah penghasilan 100k unit. Pastuh brp plak kos klu dijual pada customer. Adakah kos itu agak mahal, memadai@murah bg sebuah target kete cntohnya, prtn saga. Adalah mudah steering itu utk diubah, cntoh, utk base spec, xda button audio, xda krom@aper2 insert, xda paddle shift, n sekira high spec, ada sume menda tuh termasuk paddle shift.

    Simplekan. Sume org bleh buat kat bwh pokok mendesign sebuah production steering.

    • Suka dgn komen Mat. Berilmu & Berhemah

    • setuju dgn en Mat. Baca Majalah Autocar bulan ni, even Takeri concept pun tidak dapat direalisasikan sepenuhnya pada Mazda 6 terbaru.

    • tak beraper setuju,
      -design problem mesti ader cara dier nak solve, 1001 cara, cuma masa, cost dan kebolehan jer yang limitkan dier. Yang rasa masalah kat proton sekrang is market ciput and orang tak beraper ramai yang pakar nal solve design problem kot. ( sampai bila nak upah LG design kot).
      -kalo part lampu saga jek, 2k tapi boleh nampakkan saga tuh macam forte, why not upgrade sket design dier. orang sanggup belanja 3-4k untuk tukar sport rim what.
      -creativity berkarya patut disuburkan walaupon nampak bodoh

      • xslh, lg cns utk consultancy, bkn design sepenuhnya, design masih lg prtn design,preve guna magna styer sbgai consultant klu xslh, design, italdesign n prtn design. Syarikat lain ada gak guna consultancy dgn syarikat luar, bkn design jek, engine, ride n handlingpun ada pkai consultant service. Tp bkn bermaksud xleh buat sendiri, depa buat sendiri, tp guna gak nasihat co lain. Klu bleh tgk, bleh tgk client portfolio bg syarikat consultant kat atas.

        Mmg bleh buat, stuju mcm bro ckp, ada masalah dr mcm2 aspek.

        Xkan vw xleh buat design cam hyundai kot, begitu futuristik? Walter dasilva xslh, buat gak utk audi. Vw juga owner lambo n bugatti, tp xda nampak design tuh diimplement kat vw sendiri. Amik camry n lexus dah lah, tgk camry, tgk lexus, ada beza x dr segi design? Platform masih sama, tp design, luar n dalam, rega, segmen walupun dua2 segmen d, lexus utk luxury, camry utk mid. Tgk accura, acord euro, accord jdm, accord asean, ada beza x?

        Byk fakto kena amik kira. Mcm bro ckp, org bleh tkr sport rim ribu2, xkan tkr lampu 2k kat saga xmampu. Itu mentaliti, tkr sportrim sampai saiz 17, 18, abis ribu2, tp cer tgk tyr, pkai tyr 2nd@tyr murah. Dh mampu pkai rim ribu2, xkan xmampu pkai tyr ribu2?

        Dan bukan sume yg beli saga mampu@suka tkr rim ribu2 rega.

        Mcm aku, aku xnak beli saga tp rega part mahal pada waja lama aku coz klu beli kete rega rendah, aku nk part rega yg lebih rendah. Menda tuh common sense.

        Tp aku beli saga utk org umah, pertama aku tkr tyr, bukan rim, rim biolah yg standard. Tp tyr, michelin ps3. Sampai org kdai ckp, aku org pertama dia kenal tkr tyr jek,pastuh tkr tyr mahal plak tuh. Biasa tkr rim, tp pkai tyr murah, byk pilihan. Aku ckp, rim xbrp penting, yg penting tyr. Xguna pkai rim beso tp tyr x ok.

        Apa pemikiran org kite, pertama, cr rim cantik, yg mahalpun xper, janji bling2, tyr, soal no 2, janji bleh masuk dgn rim, udahler.

        Klu saga,part sama mahal dgn camry, xker org kata mahal giler?🙂, baik pkai camry. Nak part mahal ckit utk prtn, pkai preve. Spark plugpun 400 satu set. Klu pkai sparplug tuh kat saga, xkeharu namanya. Tp yg pkai honda city, steady jek tkr sparkplug 400 satu set. Dh pkai kete dkt 90k, xkan xmampukan.

        Tggulah, sampai masa tech tuh jd murah, nanti adala. Almera nk tambah led pun kena tambah duit, klu x, pkai basic ajek. Tintedpun kena tambah duit.

        Itu pendapat aku jek🙂. Makcik beruang jgn mrh plak. Sama2 bg pendapat. Peace bro n sis.

      • thank mat.

      • no prob makcikbaruang, memasing ada pendapat memasing. Yang penting, kite hormat menghormati.

        Aku mmg stuju pertandingan ini diadakan utk public, sekurang2, daya kreativiti dpt ditonjolkan. Dan pada pemenang, bukan sahaja hadiah, tp bg dia peluang utk mendalami macammana design kete production plak, kira touring dlm rnd n blajo ckit2 selok belok. Lg bgs klu bleh gak bg pemenang g hethel, tgk plak camne lotus design n engineering beroperasi, n camne plak dr segi design. Dpt jumpe donato coco, best woo.

  24. tahukah anda, hatta door panelpun, ada undang2 tentang material, ketebalan, fitting n sbgainya.

    Kite bleh ckp, cheap@plastik n sbgainya, mgkin sbb terlalu byk baca mgazine auto, xslh terpengaruh ngan menda tuh, tp kena gak ingat, auto journo nih, xslh aku, xdapun yg terlibat secara langsung dgn rnd sesebuah kete, mereka menilai mengikut apa yg nampak, aper yg rasa, mengikut pengalaman memasing, tp xda satu pun yg pernah terlibat dgn pembangunan sesuatu kenderaan.

    Tersalah isi minyak griss pun xbleh sbb ada undang2 minyak griss mana perlu guna. Itulah yg terjadi kat toyota br2 nih. Bkn sng. Ckp sng, nk buat tuh xsenang mcm ckp.

    Xcaya, suh jeremy clarkson bina sebuah kete, yg engine dia powerful, jimat minyak, mesra alam, suh dia tune kete tuh, riden handling paling power, n kete tuh mesti score full marks 5 star mana2 crash test, tp kos dia hanya dgn rega tata nano jek.

    Suh dia design lampu pun belum tentu dia tau.

  25. hahahahahahahahhahahaahha terbaiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk saya tabik spring pada mat

  26. making car within our capacity and policy. well,,everybody can dream something way beyond reality. but, even with the fullest this is what we have, but things has to go on, every policy, expertise, business all should be in balance and equilibrium. and constantly returned according to global atmosphere, so akupunya if you care to put all the above mention right on your shoulder for the betterment of product now and next, as a highly responsible citizen, go and stand up ,putting up hand for the nation ,,,i think, then you are eligible to talk.

    • i will accept that if you asked me 26 years ago.
      and im regret to tell you that proton now is bangkai bernyawa.

      too late..

  27. Off topic…Tahniah Raikonen 1st…F1 Abu Dhabi… Lotus Team a.k.a Proton….

    • btul tu.. tp nsib baik la alonso lmbat nk push, die gemar simpan tayar, push last minit.. kalo mlm td ade lg 5 lap, mgkn alonso dpt potong.. ape2 pn tahniah lotus.. last win pun 1987..

  28. tang suruh clarkson buat lampu tu yg tak tahan tu huhu

    • aku nyampah tgok clarkson. die ingat ape kete die pkai semuanye bgus, kete hammond dgn capt.slow teruk . tp aku setuju kate hammond, die gelar clarkson tu big ape. muahahaha!

  29. Kalau design macam ni pendapatan berkurangan la jawabnya sebab menarik untuk dibeli. Tapi bila perhati lama2, nampak macam Proton JV dengan Hyundai plak gamaknya, bukan dengan Honda.🙂 Tapi head designer VW pun dah cakap, design fluidic2 ni tak tahan lama, dia tak evergreen & long lasting. Tengok aje design Golf baru.

    • Hyundai takpe..kitaran hidup sesebuah model dorang tak lama. Modal besar, pasaran luas..apa ada kisah.

      Kalau proton pula, kena pastikan rekabentuknya long lasting. Sebabnya nak keluarkan pengganti model tu silap2 ambil masa 6-7 tahun.

  30. off topic jugak, flx s16 dh ada review kat caradvise.au. Mmg menarik, ada pros n cons. Cume bg aku silap ckit tang perbandingan 3 star yg s16 lama sbb dia ckp hanya beza esp jek, lupe nk letak abs n ebd. Hrp ancap retest smula utk justify markah tu. Kete chery dpt gak 3 star, tp tgk markah pelanggaran, jauh mak oii. Tp ttp 3 star sbb equipment lebih dr s16 masa di test. Sekian.

    • FLX kt aussie complete dgn aircond kaki, headlamp adjuster, esp, enjin 1.6 all for $16990 lbih kurang RM 43000. Malaysia dpt yg 1.3 RM 45000.

      • psl rega n spec, pyh nk compare sbb tax strucutre, regulation berbeza. Honda city pun spec lain n rega lain kat sana.

        Suh gomen tkr tax strucuture n undang2 kete cam kat sana, dptlah kite rega sana n spec sana. Klu x, tkr gomen jek pada yg sanggup, ha…ha…

        Sbb tuh, aku amat menyuruh prtn samakan spec malaysia ngan yg luar. Biolah rega up ckit, xper, coz xleh nk wat per psl cukai. Yg beli tetap beli, yg xbeli tetap xbeli. Cume mgkin after research, klu jual mahal dr rega skang, org kite xnak beli. Lainlah myvi, mahal n underspec pun org beli sbb toyota dibelakang depa. Prtn xda, kcuali inspira. Itupun sbb buh logo proton. Klu buh logo perodua, sure lakunya. Klu buh logo mitsu, lg meletop, buh logo handa lg masyuk, buh logo toyota, pasti jadi no 1 dimalaysia🙂.

  31. Design fluidic kia tu mmg recycle design Seat (own by VW), aku dh tgk keta seat ibenza dari tahun 2002, so apa yg kia buat skrg bkn la baru sgt.

    Proton mmg byk buat design. Tapi nak buat production byk rule. Tau tak korg lampu signal blkg tu pun ada syarat kat mana boleh letak, berapa jarak dari side fender, berapa jarak dari bonet atas bonet dan hujung bumper.

    Mmg senang nak ckp kenapa tak mcm tu, kenapa tak mcm ni, tapi syarat syarat yg dibuat tu adalah utk faktor keselamatan. Kpd yg byk sgt komen ckp proton meniru la, takde idea la, design cantik tp production failed la, cuba kaji dulu kenapa org buat mcm tu.

    Bab harga luar murah harga kat malaysia mahal, wayang ni dok main dari zaman 90an dah. Aku bkn la sokong sgt dasar ni, tapi pikirkan apa yg kita boleh buat kalau bising2 pun? Nak undi opposition pun kita takut, sbb kononnya nanti kita susah, negara rosak. Sedangkan tu la masanya kita bersuara, bkn bising2 dlm blog je.

  32. koreanish at back.. no proton DNA. Should add more proton

  33. lawa nihhhh.. tp nk ke proton wat camni.. tail lampya pun LED pn nk jimat

  34. kena pndg utara selatan timur barat, mcm india buat keta murah cam tata nano 1 lakh / RM5.000. kia/hyundai pun bole buat kereta dgn kos jauh lg murah dr pesaing dan macam mana nak capai hampir zero inventory cam toyota dan dell. itu br prod blm msk marketing. apa pun aku percaya proton sedang ke arah itu huhu

  35. Jualan proton hanya sekitar bawah 200k unit setahun, agak sukar proton untuk mengeluarkan kerata berkualti dan bersaing dgn gergasi jepun korea. Proton tiada Skala ekonomi . Peringkat dunia drb tiada pengalaman meniaga kerana semua urus niaga hasil runding terus dan monopoli. Kesimpulanya 5 tahun kedepan bakal pembeli akan disajikan kerata try n error proton, majoriti pembeli tegar proton adalah kaki full loan, dokument sakit, first car dan cheap 2nd car. Mostly org kitalah byk kena.

  36. oleh itu rumusan yg boleh dibuat adalah:
    1) kekangan kos dan modal menyebabkan proton tidak mampu menterjemahkan sesetengah design yg cantik kpd keluaran sebenar.
    2) lanjutan daripada itu juga, RnD yg lebih mendalam juga tidak dpt dilakukan bg memenuhi keperluan keselamatan & kejuruteraan sekiranya design tersebut tidak mencapai standard yg dikehendaki.

    ada tambahan lain?

    • stuju stuju. Ckp psl kekangan kos n standard keselamatan, camtuh juga tata nano, walupun tata mencapai economies of scale coz india punya pasaran beso, diaorng pun company dr india, tp bile nk masuk pasaran europe, byk perubahan perlu dilakukan utk menepati standard cam tata nano europe concept, tp akhirnya, xdpt rega 1 lakh. Gitu gak kete lain, masuk europe jek, mcm2 perubahan dibuat. Klu tgk kat ancap pun, i30 vs hyundai elantra md, walupun nampak sama, rating sama, tp markah pelanggaran berbeza. I30 yg lama,walupun atas platform lebih krg elantra x20, tp i30 ttp score 5 bintang, tp elantra x20, x. Sama gak forte dgn ceed. Tp depa byk wang, bleh kuar versi lain2.xpasti plak i30@ceed ada jual di korea@x, sama gak ngan honda versi euro, ada jual dijapan @ x, mgkin ada sesapa bleh share?

  37. Hot news: Tony Fernandes salam ngan Carlon Goshn tuh, maybe everybody can have a sport car la gituh.

  38. off topic, br baca autoworld n pt psl test drive almera. Br phm nape dpt fc mmg bgs giler. Xnafi, fc almera mmg baik, tp yg test drive tuh, walupun ac on, ada load, tp bwk sejauh 90km ajek, pastuh speed 80-110kmh, xda traffic yg yg sesak,bwk dgn pelan2@gentle acceleration driving, pastuh fill tank. Maksudnya sblm bwk, minyak dah full, tp xtau full tuh brp full coz xjelas, mgkin nissan yg buh dulu. Tp after refil, mmg masyuk fc dia. Tp walupun nampak cam xcontrol, tp sbenarnya masih dlm control environment.

    Tp kat autoworld xnyatakan dgn jelas. Pt ada nyata ckit, tp masih xjelas tang byk mana minyak asal dlm tank, so, masih ada margin of error kat situ.

    Tp klu tgk average sume kete, dpt 16.6km@ lebih kurang 6L/100km, yg bleh katakan hebatlah sebenarnya. Tp klu kondisi yg sama, aku rasa kete competitor lainpun rasa xjauh beza. Klu aku bwk flx se 1.6(rasa xdalah direct competitor kot, tp blehlah dibandingkan), rm 50+- bleh g average 400km++, rasa kondisi lebih kurang, speed antar 90-120kmh. hway lpt, load satu family, klu kira liter, dlm 6.6l/100km average. Waja aku dulu tinggi ckit, dlm 7.5 ke 8 l/100km gentle driving, same speed, same load, same road.

    Jd klu buat perbandingan direct, xjauh,klu ngan flx se aku, dlm 0.4L jek beza utk 100km@ 76 sen bg 100km jimat@utk 1000km jimat dlm 7.60. Maksudnya, klu jln dlm 5000 km 3 bln sblm servis stiap 5k, jimat dlm rm38, dlm sebulan jimat lebih kurang rm12.70. Klu ikut byaran bulanan, aku byr dlm 535, klu almera vspec(sbb nk 2 airbags) dlm 700, beza dlm rm 165 sebulan. Downpayment, 5k flx se, almera dlm 7k++, beza rm 2k. Klu kira beza byrn bln, aku bleh isi minyak dlm rm 152 lg, dlm 80 kiter minyak, n bleh gerak lg dlm 1200km+-, hampir sebulan@3 kali full tank lg.

    Itu akulah kira dr segi penjimatan fc lah coz aku average driver. Tp klu yg drive lebih 10k km 3 bln, mgkin akan benefitlah ckit segi fc nih. So,konklusi aku, klu sealu jln jauh, kakikanan ringan, nk kete boot luas n space dlm, pada rega tuh, almera mmg sesuai. Tp bg average person, terpulang.

    Tp mmg suka cara nissan control environment, tp nampak cam x kontrol. Tp mmg xnafikan, fc almera atas highway, gentle driving, mmg antara terbaik dlm kelas dia stakat nih dlm malaysia.

  39. sorry, ada pembetulan, 0.6 l beza/100km = rm 1.14. So, dlm 5000km, dpt jimat dlm rm 54, maksudnya, klu drive 15000 km keatas sebulan, akan dpt penjimatan. Aku tersilap faktor 3 bln,so jd mess up ckit coz lupe nk kira nilai ansuran 3 bln, sebulan senang kira. So, klu bwk kete jauh2, almera mmg best fc dia. Tp klu average driver, tgk pada rega kete dibeli n ansuran, klu mcm aku, saga flx 1.6 lebih ekonomi sbb aku drive xjauh. 3 bln br achieve 5k km.tp bg yg lain,almera lg jimat. Tp faktor fc lah. Faktor lain, krn platform almera lg better, aku rasa, almera lg better safety dr saga flx aku, tp margin xbeso. Tp klu rega 70k, aku amik preve cfe,sbb bg aku lebih ok coz ada side airbags. Tp sbb target aku xlebih 50k utk bini aku, jd flx se dh cukup berbaloi.

    • if 70 the choice is preve cfe because the syoik factor is batter than vios , almera or even the city.
      at 140 or 160 would we want a car like amera.
      safety factor, would we want an almera
      ride comfort, would we want an amera

      yes a bit on fuel, safe fuel but no feel, no joy. no confifent.
      good resale value, but for 5 years stuck with the car which is just a car known as a 1.5 lower segment a taxi in our neighbor.

      hard to tell, although the cost of maintenance is cheaper with proton.

      perhaps proton should go one step further in establishing its resale value which maybe there are a few list that rnd team should look into, pain in the ass of course, but no choice. small problem of rattling to translated into a huge elephant sized failure in automotive engineering.

  40. kalau ada review kereta dalam segmen b, sepatutnya ada ujian penggunaan petrol dalam bandar, sebab biasanya target kereta macam ni ialah lebih untuk kegunaan memandu dalam bandar. untuk dalam bandar, buat dalam keadaan sesak atau antara 0 – 40km/h sepanjang masa pastu ada beberapa kali berhenti pastu jalan balik (start-stop condition). isi dalam kereta tak perlu ramai pun seorg dua je. pastu utk jarak jauh, mmg la average 90km/h nak capai fc yang ok, tapi full load 4 orang, ada barang sekali kat bonet belakang hehe.

  41. off topic, br sembang ngan 2 org member, tetiba dia bukak tajuk almera, dua2 dh tgk, dua2 takjub, siap ckp cantik giler, mmg sporty, mcm kete mewah…kan dh ckp, design subjektif, walupun kite ckp xcantik, mcm mata aku, design dia ok, tp xdalah cantik giler n sporty. Tp mata memasing, lain2. Bab dalaman, mmg oklah, tp nk kata mewah, entahlah. Klu almera mewah giler, teana agak2 hyper mewah🙂.

  42. Eh betul ke ni facelift? Kenapa tak awal2 buat design macam nie???

    Proton sekarang patut design yg best2 saja dulu untuk tambah volume sales…isu kualiti dalaman kereta boleh settle kemudian…Hyundai, Kia pun sama juga design je best tapi kualiti masih meragukan tak caya pi jengok Naza dan pemilik Kia…

    Design macam nie baru world class…jika masih guna platform sedia ada rasakan tak lah begitu besar kos extra dibelanjakan…alasan Kroni Vendor yang malas buat parts baru moulding baru kontrak supply lama masih valid itu kena thrash semua lah…

    Lihat sales Altis sekarang dah kena rompak oleh Elantra dan Forte…mana ada Altis sales 1,000-2,000 unit sebulan lagi…ini buktinya design modern gerenti curi banyak sales….

    Hah, kalau Preve Facelift kelak sales meletup jgn pulak Proton besar kepala lagi macam sales Wira, Waja dulu sambil lewa tak peduli customer…

    • Bro, ini imej rendering, bkn betul2, cobaan…
      Bab kontrak ni mmg senang nak ckp, tapi nak buat susah. Nak terminate dan appoint vendor baru makan masa 5-6 bulan kalau takde masalah. Kena pulak ada kepentingan dari pihak tertentu, lagi panjang masa ambil.

      Kalau terminate nanti production terganggu. Mungkin skrg lepas DRB ambil alih boleh improve sikit proses tu. Kalau dgn agensi kerajaan atau GLC, byk proses kena lalu.

    • design yg ade skrg dh ok…global Face…cuma bhgn blakang jer rasanya perlu Facelift…
      kalau rupa blakang camni ok gak…simple & clean design..

  43. This is another phase for proton but not quitely for final touch for proton to stop thinking for futher product ’bout car version. Maybe, in final touch could make better name for proton. Better judgement comes from excellent experienced.

  44. facelift??? TAK PERLU kot…baik tingkatkan KUALITI produk, KUALITI servis kat semua Servis center, dan KUALITI mekanik kat Servis Center..

  45. side mirror x tukar…kasi update skit

  46. rasa nak suruh proton buat program change for free. ha3. nak tukar preve skrg jd preve ni. cantik giler. yg skrg ni so simple. tak pe kita tunggu bodykit kasi cun

  47. Macam elantra bodynya ,
    Depan dia saya minat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s