funtasticko design

http://funtasticko.net


22 Komen

HONDA Malaysia taja model City baharu kepada MIROS untuk ujian ASEAN NCAP

HONDA Malaysia telah menaja model City baharu kepada Malaysian Institute of Road Safety Vehicles (MIROS) untuk menjalani ujian perlanggaran ASEAN NCAP di Malaysia. Ujian yang pertama telah dilakukan di makmal ujian perlanggaran NCAP yang dibina khas di Melaka, dimana pelbagai siri ujian perlanggaran model sedan dan kereta kecil akan dijalankan untuk ujian Fasa 1. Kelajuan untuk ujian tersebut telah direkodkan pada 63.6 km/h. Berikutan dengan ujian tersebut, sebuah lagi Honda City bakal menjalani ujian secara rasmi ASEAN NCAP pada bulan Disember, dimana keputusannya akan diumumkan kelak.

Honda secara proaktif menyokong pembangunan ASEAN NCAP dengan menyediakan kepakaran teknikal dan membantu membuat penilaian untuk mencapai piawaian ujian kemalangan antarabangsa. Semasa sesi ujian kemalangan, Encik Yoshiji Kadotani, Encik Tadashi Mashita, Ketua dan Penolong Ketua Jurutera Honda R & D berada di sana untuk membimbing pasukan MIROS dalam pelbagai aspek ujian kemalangan. Pada sesi tersebut juga, Pengurus Pembangunan NCAP MIROS, Encik Khairil Anwar mengucapkan terima kasih kepada Honda atas kesediaan untuk bekerjasama dengan MIROS untuk menetapkan standard keselamatan ASEAN.

Struktur badan kereta Honda dibina dengan G-force Control Technology (G-CON) yang membantu menyuraikan impak kemalangan dan menyerap tenaga kesan dengan mengurangkan kecederaan ketara sambil meningkatkan keselamatan bagi semua yang terlibat dalam perlanggaran.  Teknologi keselamatan pasif Honda juga merangkumi Beg Udara Berkembar SRS dan tali pinggang keledar dengan fungsi 3-point Emergency Locking (ELR) untuk meminimumkan kecederaan penumpang. Dari segi keselamatan aktif, Vehicle Stability Assist (VSA) Honda yang direka untuk membantu pemandu dalam situasi jalan licin dan menstabilkan kenderaan. Selain VSA, model City baharu turut dilengkapi dengan Anti-Lock Braking System (ABS), Emergency Brake Distribution (EBD) dan Brek Assist (BA).

Keselamatan adalah sebahagian daripada komitmen dan keutamaan Honda dengan mereka sentiasa pro-aktif mematuhi
peraturan-peraturan baharu. Standard keselamatan semua kereta Honda memenuhi piawaian Suruhanjaya Ekonomi Eropah PBB (UNECE) R94 dan R95 . Honda akan terus mengkaji situasi dunia sebenar dan membangunkan teknologi keselamatan baru kepada pelanggan untuk menjadikan jalan raya dunia tempat yang lebih selamat. Keputusan ujian kemalangan ASEAN NCAP untuk Honda City akan diumumkan oleh MIROS dan di laman web ASEAN NCAP.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ