funtasticko design

http://funtasticko.net

Satria Neo akan dikeluarkan semula?

57 Komen

Menurut proton-sales.blogspot.com model Satria Neo akan dikeluarkan semula bermula pada pertengahan bulan ini. Mengenai spesifikasi dan variasinya pula, Proton akan mengeluarkan variasi CPS MT & CPS AT sahaja. Kemungkinan akan ada varian LITE tetapi bukan dalam masa yang terdekat. Warna yang bakal dikeluarkan pula adalah Solid White & Fire Red sahaja. Spesifikasi dan harganya juga masih belum dapat dipastikan.

* Adakah ada perubahan kosmetik luaran & dalaman untuk model yang dah sampai ke penghujung kitaran hayatnya ni lagi? Ataupun masih kekal dengan bentuk yang ada cuma dengan harga yang lebih murah kita tunggu je la ye. Mana spyshots P3-22A ni? Hahaha… 🙂

Advertisements

57 thoughts on “Satria Neo akan dikeluarkan semula?

  1. yess..model paling lawa dalam semua model2 proton..
    tp masih releven ke dgn current design? kalu upgrade enjin cfe pastu re design balik lampu dpn & blkg ok la jgk..mesti berebut org muda nak..

  2. Honda Neo la pulak.. baru la market Neo meluas…

  3. Proton. Please la stop buat design hatchback utk neo. Kami nakkan satria neo versi sedan. Depan Belakang tak pyh tukar. tinggal panjangkan saja lg. preve masih belum sempurna designnya d bhgian belakang. Nmpak aneh d situ.

  4. satria neo sedan = putra

  5. i think seriously neo needs update on the engine part.
    imagine if CFE inside.

    i couldnt even think the best way in upgrading satria neo.
    just plonk in, update the ecu, update braking system, suspension and rubber. its possible.

    with cfe inside, id be one hot item.

  6. Neo versi 4 Pintu pun ok gak….cam VW Golf/polo…pasti laris…

  7. kalau dikeluarkan semula apa sebab stop production aritu??please la proton bgi la cfe kt neo..bru hot hatch..xkan cps agy..redesign la blik pe yg ptut..

  8. Sememangnya ia patut dikeluarkan setelah Proton menerajui berbagai bidang sukan permotoron dengan model ini. Ia patut memaksimakan peluang dan exposure yang ada.

    Satria Neo memang puas hati! Tapi auto tak payah ler. Siapa nak auto cari kereta lain. Hanya dengan transmisi manual anda dapat mendapat kepuasan maksimal dari kereta ini. Mintak-mintak dgn intake snorkel lama, bukan yang UMW punye. Pastu beli hose salur keluar mesin basuh (RM6-7), sumbat kat water trap/attenuator, hujung masuk bawah lampu kiri; terus jimat minyak dalam 10 – 15%. Terutamanya dalam kesesakan jalanraya. Kalau ada model LITE manual lagi bagus. Spoiler tak perlu besor. Karpet dalaman tak payah cantik sangat.

  9. NEO masih ada lagi follower… lagipun proton takde model compact selain NEO…

    oh ye… exora bold & prime dah launch kat indon harini… mungkin bro compro leh riki2 info…
    http://oto.detik.com/read/2012/11/04/111853/2080839/1207/di-indonesia-proton-exora-bold-prime-dijual-rp-220-jutaan

  10. Apesal ramai yg tak suka versi sedan utk satria neo? Proton mensia-siakan proton saga baru dgn mengeluarkan versi “kecil”. dgn design yg ada pada saga baharu, boleh bunuh smua model yg ada d proton kalau d kluarkan dlm versi saiz standard spt preve.

    • Berat. Bila berat; lambat. Mereka yang hendak pintu banyak ada bermacam-macam model. Mereka yang lebih mengutamakan ruang untuk kawan-kawan, nak bawak barang shopping berkoyan-koyan, nak ruang luas;beli lah model lain. Neo kereta untuk pemandu. Sasaran berbeza. Kenapa ada produk berbeza adalah untuk citarasa berbeza. Neo untuk mereka yang masih teruja dengan panduan berkarisma, boleh merasakan setiap gerakan chassis, menikmati setiap selekoh, cengkaman jalan dan puas mengalahkan kereta yang jauh mahalnya… hehehe 🙂

      • Jadi kesimpulannya di sini, Satria Neo lebih laju daripada Audi A4 hanya kerana Audi A4 ialah sedan. Sedan juga untuk yg baik hati bagi tumpang kawan. Sedan lambat berat, etc… Sungguh cerdik pemikiran. Bila berat, ianya akan diimbangi dgn menambah baik faktor lain. 🙂 . Tapi dlm banyak2 model proton, Satria Neo lah yg paling sempurna.

      • agree,
        if 4 dr its gonna be heavier
        if 4 dr its the wheel base will ask for more.
        if 4 dr the roof line could be higher

        thus the supreme satria neo’s handling characteristic will then be gone.
        so the satria neo is made to meet its own purpose. care less about cargo space, care less about rear passanger’s claustrophobic, its a drivers’ car who seeks for the excitement of driving where the 4dr cant offer.

        so let neo be a neo, because a true neo is nothing but neo.

      • Well said…penambahbaikan patut dilakukan pada bahagian interior terutamanya dashboard (dashboard neo skrang kelihatan kosong dan murah)

      • paul T this the senario,
        satria vs wira at the same engine spec. when wira can easily be as a 4 dr satria in this case.
        which one is more fun if tossed on a winding road.

      • Saya tidak mahu bandingkan dengan jenama lain. Tapi tengok sendirilah, buat perbandingan model-model Proton terkini. Walaupun dengan yang berkuasa CFE. Kalau nak bandingkan jenama lain, kita buat perbandingan Life Cycle Cost atau lebih dikenali Total Cost of Ownership. Mata kail saya bukan panjang sejengkal Tuan. Namun dalamnya lautan belum habis saya menduga.

        Macam ni lah. Hukum Newton pertama: F=m*a di mana F= force, m = mass, a= acceleration/pecutan. Kau tambah jisim, kena lah tambah tuas untuk memecut sama dengan jisim yang kurang. Tuas atau Force yang lebih memerlukan tenaga yang lebih dan memakan minyak lebih, sambil mengeluarkan CO2 lebih hasil dari pembakaran minyak yang lebih.

      • yup..neo khas utk driver..aku ada sbijik neo cps .. keje aku plak travel ulang alik ke kl.. lyn drive sorg2 kat higway + on auto cruise & lyn selekoh di karak… fuhh…tiada nikmat yg setanding neo cps standard aku, kalu part handling honda EK aku smoke je

        tp bila masuk part speed, yg tu neo cps mmg x dpt nk lawan even latest model CRV..kudrat enjin cps agak terbatas..so bg aku, kalu neo di upgrade ke enjin yg lbh power , CFE turbo misalnya + lg dgn handling & sistem brek yg di pertingkatkan, aku percaya, satria neo will be among the best hatchback car sbb design nya dh cun

  11. recycle rubbish…
    Kesian…proton yg terdesak…
    Lelong ja proton ni.

  12. saya sokong satria neo di perbaharukan.. my dream car dulu2.. hahaha

  13. ni yg pakai Supercharge Proreka tu ke…

  14. oh ye bro
    dngo citer Exora CFE Standard akan kluo next month
    70k je…

  15. model proton yg design lampu blkg paling cun…i like.

  16. based dari servey saya, samada supercharge/cfe ataupun another version.

  17. redesign je apa2 yg patut especially bahagian interior (dashboard).. sbab bagi saya (myb pndapat orang lain brbeza2) dashboard tu nmpak mcam kereta murah.. tak lawa langsung.. hehe.. *i’m just giving suggestion..

  18. it needs CFE, perod, was it so hard?

  19. i do agree lot of work, but but proton have to go for what to date, from saga iafm withn f4a gearbox to iafm+ with cvt is a great improvement interm of the feel and power delivery in saga, not to mention the exora cfe, same goes to neo if they want to.

    we understand why no persona cfe because it will kill preve. but in neo, the choice of purchasing neo is never to be mistakened with other model, because buying a neo because they want a neo, and the best part is they actually expectng neo to be a true sport car with loads of muscle, therefore many have transplanted the engine, so we kinda understand what people are looking in neo,- handling and athletic power,

    putting the CFE, proton will hit the target accurately.
    if neo cfe sold at 67k rm. this offering will no be mistaken with preve cfe, because choosing neo wit its own justification like batter power to weight and B road excitement especially. and they simply want it 3 dr.

  20. now i remember where goes 500 unit sprintex superchargers they ordered them ?

  21. god damm it….just drop the cfe inside the neo+6 speed manual trans

    forget practicallity….last good bye….a rather nice one…

    proton do need halo cars anyway.

  22. Aku rasa proton da study macam2 tp ngaper masih x dpt memikat hati pembeli..??

  23. elok keluarkan je R3 team nyer R4. supercharge with campro cps. Then jual la kat luar negara, gerenti jeremy senyum…

  24. this blog is a direct consumer or consumer to be feedback.
    so proton should respond in a right way.

    i did put the money on this car last time, giving an A for handling, but due to the engine lackluster ,i take back the money and willing to wait that one day they revise the engine, it seemed that today the news wakes me up,

    but if it still with 1.6 CPS . ,,,my wait will be way down the drain. (huge frustration)

  25. Rasenye klu proton bole gunekn lotus utk buat projek khas…spt yg lotus pnh buat lotus carlton http://en.m.wikipedia.org/wiki/Lotus_Carlton ….ditune dan hupgrade luar dan dalam jd lotus satria..special tuned

    • Sememangnya Lotus yang develop enjin ni. Ia sebenarnya salah satu hasrat utuk membeli Rover dan MG. Kalau tengok model Rover 200 atau MG ZR ada kesamaannya, Kalau awak tengok dalaman Lotus. Sememangnya ia bare.

      Pada model R3, ada penambah baikan yang dilakukan hasil titik peluh orang Malaysia. Ia keluar hasil menimba pengalaman di litar kompetitif. Bukan sahaja kosmetik, tapi ia termasuk pemilihan ratio giar, camshaft dan program ECU.

      Enjin CFE mahupun supercharger akan mengubahkan berat ke hadapan kereta. Ia akan memerlukan perubahan dari kereta standard untuk memastikan ciri handling tidak terjejas. Akan berlaku kecenderungan untuk understeer pada kereta yang berat depan. Di mana pula nak sumbat intercooler? Untuk mengelakkan ini modifikasi banyak yang perlu dibuat. Bandingkan perubahan ini dengan potensi jumlah yang boleh dijual?

      Kalau kita bandingkan model R3 2011. 150 biji dijual dalam masa Setahun. Berapa yang nak beli Neo CFE? Dan pastinya tak akan dijual bawah RM 80k. Ramai ke yang sanggup?

      • agree with u, but at least they have come up witrh satria neo supercharged prototype , r3 lotus renault.
        probally a few things just need to be retuned maybe.

        intercooler , they dont need the massive one,
        supercharger weignt has been a trade off with VIM manifold, so not much additional weight added.

        just that my question are, internal of the engine and gearbox. mmm brake as well. and spring rate (integral with hotbits)?

        ok put that at 78k, and make sure the cars is really good, acceleration 7 or 8 sec (modest) , respectable g on skidpad testing.

        satria GTI do make sales at 73k.
        with honest power and handling with the name SATRIA NEO R3 SC. the flamboyant image of lotus as well as super s 2000,
        this car has a good rapport for itsef to make a sale.

        that my thinking bob,

  26. ehh silver gti takde yer

  27. offtopic..
    rindu dengan suara Datuk Seri Syed Zainal Abidin, dia skrg pengerusi bersama dengan salah 1 syarikat produk amalan dan pemakanan Sunnah. td dengar interview di IKIMfm 12/11/2012 boleh cek utube.. http://www.youtube.com/watch?v=Q6UAkrT-SKE&feature=youtu.be

  28. Hanya terdapat warna hitam n fire red je…

  29. kan best… mivec inside… hehehehe

  30. Warna merah mcm R3 aku. Splitter pun ada. Sejibik lah. Body stripe pun ade. Cuma bumbung masih body color kot?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s