funtasticko design

http://funtasticko.net

NAZA taja hadiah Hole-In-One pertandingan golf sambutan 750 tahun Melaka

3 Komen

Bersempena dengan sambutan 750 tahun Melaka dan hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka ke-74, perlawanan golf khas
akan diadakan oleh negeri Melaka pada 11 November 2012. Melibatkan 750 pemain, kejohanan itu akan diadakan serentak pada 4 padang golf terkenal di Melaka iaitu Ayer Keroh Country Club, Tiara Golf Club & Country Club, Orna Golf & Country Club dan A’Famosa Golf & Resort. Setiap pemain akan tee-off pada jam 12.30 tengahari dan akan bermain 27 lubang.

12 par 3 lubang telah ditetapkan sebagai Hole-In-One. Setiap pemain akan mempunyai tiga peluang pada setiap 3 par   untuk memenangi hadiah utama Chevrolet Colorado untuk hadiah Hole-In-One. Hadiah tersebut telah ditaja oleh NAZA Quest, pengedar rasmi Chevrolet di Malaysia. Mewakili NAZA untuk menyerahkan kunci replika kepada pihak penganjur adalah Datuk Maruan Mohd Said, Naib Presiden Kanan, 4 Wheels Motor Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi
Pegawai NAZA Quest Sdn Bhd.

Colorado dikatakan antara kenderaan yang paling selamat dalam kelasnya telah dibangunkan untuk memenuhi standard keselamatan yang tertinggi. Antara ciri-cirinya adalah seperti Electronic Stability Control, Anti-lock Braking System dengan Electronic Brake-Force Distribution, Traction Control, Hydraulic Brake Assist, Cornering Brake Control dan juga beg udara untuk pemandu dan penumpang.

Hanya dua hari lalu, NAZA menyerahkan kunci Chevrolet Colorado kepada ibu bapa pemenang pingat wanita Olimpik Malaysia, Pandelela Rinong sebagai penghargaan kepada wira sukan kebangsaan dan keluarganya yang telah banyak berkorban untuk menjadikannya atlit kebanggaan negara.

3 thoughts on “NAZA taja hadiah Hole-In-One pertandingan golf sambutan 750 tahun Melaka

  1. Other than perodua bring lamp and bumper to malaysia, aper lagi Naza group contribute to malaysia automotive actually sampai boleh dapat status kereta nasional. AP kot

  2. off topic, br sembang ngan 2 org member, tetiba dia bukak tajuk vios, dua2 dh tgk, dua2 takjub, siap ckp cantik giler, mmg sporty, mcm kete mewah…kan dh ckp, design subjektif, walupun kite ckp xcantik, mcm mata aku, design dia ok, tp xdalah cantik giler n sporty. Tp mata memasing, lain2. Bab dalaman, mmg oklah, tp nk kata mewah, entahlah. Klu vios mewah giler, corolla agak2 hyper mewah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s