Tahniah kepada pelumba sensasi Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin kerana sekali lagi menaiki podium dengan menduduki tempat ke-3 di Grand Prix Valencia, Sepanyol tadi. Dengan kejayaan ini, sememangnya beliau memang layak dianugerahkan Pelumba Paling Meningkat Moto3 baru-baru ini. Pada tahun hadapan beliau akan berlumba untuk pasukan baharu Red Bull KTM Racing dengan menggantikan pelumba utama pasukan tersebut yang bakal berlumba dalam kategori Moto2.
Cayalah bro! Semoga jadi “champion” pula tahun depan, teruskan usaha!!!