funtasticko design

http://funtasticko.net


15 Komen

VIDEO : Teaser Toyota RAV4 2013

Toyota RAV4 2013 bakal diperkenalkan semasa Los Angeles Auto Show 2012 yang bakal berlangsung pada 28hb November sehingga 9hb Disember 2012. Sementara menunggu pengenalan rasminya jom kita layan video teasernya dulu. Layan!

* PENGUMUMAN : Artikel & gambar mengenai unit pandu uji Nissan Almera terbabit dalam kemalangan terpaksa diturunkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Terima kasih.


Tinggalkan komen

Subaru XV bakal dilancarkan bulan hadapan

Semakin meriah industri automotif negara dengan Subaru pula bakal melancarkan model crossovernya XV pada bulan hadapan. Dijangka pelancaran rasminya akan dibuat pada 19hb Disember 2012. Subaru XV dijana oleh enjin 2.0 liter empat silinder boxer yang boleh menjana 150 PS pada 6,200 rpm dan 196 Nm tork pada 4,200 rpm. Model ini juga turut dilengkapi dengan transmisi Lineartronic CVT dan sistem Active Torque Split AWD. Harga yang ditawarkan untuk Subaru XV bermula dari RM139,800 menurut laman web www.motorimage.net


Tinggalkan komen

Chevrolet Sonic akan dilancarkan tak lama lagi

Chevrolet Malaysia bakal melancarkan model Sonic versi hatchback & sedan tidak lama lagi. Harga jualan model ini juga belum diumumkan secara rasmi. Sonic hatchback & sedan telah dipertontonkankepada umum semasa COTY2U Autoshow 2012 baru-baru ini. Kemungkinan model ini bakal menggantikan Aveo yang telah lama berada dipasaran.

Model ini telah diperkenalkan di Thailand dengan harga antara 548,000-687,000 Baht (RM54,500-68,400). Ia dijana oleh enjin 1.4L Ecotec yang mampu menjana 100hp dengan 130Nm tork dan dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 6-kelajuan DSC (Driver Shift Control). Nantikan pelancaran model ini nanti!