funtasticko design

http://funtasticko.net

Mitsubishi Mirage dilancarkan

7 Komen

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan di Malaysia, secara rasminya melancarkan model serba baru yang dinanti-nantikan Mitsubishi Mirage semalam. Dibangunkan berdasarkan konsepk kereta `kompak’, `mampu dimiliki’ dan `penjimatan tinggi petrol’, Mirage bakal menjadi paling laris di Malaysia. Dengan menumpukan kepada kecekapan petrol dan mesra alam sekitar, Mirage hanya menggunakan 21 km per liter minyak petrol disukat dalam Kitaran Pemanduan Baru Eropah (NEDC).

Turut hadir merasmikan majlis pelancaran itu ialah Osamu Masuko, Presiden Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Jepun, diiringi Tetsuya Oda, Ketua Pegawai Eksekutif MMM. Mirage tampil dalam tiga varian, iait manual lima kelajuan GL, CVT GL dan CVT GS, dengan harga di antara RM55,328 hingga RM63,120 (atas jalan tanpa insurans) dan dalam lima warna iaitu Lemonade Yellow Metallic, Eisen Grey Mica, Red Metallic, White Pearl dan Cool Silver Metallic.

Pembeli boleh memilih enjin MIVEC dengan transmisi lancar dan cekap INVECS-III Continuously Variable Transmission (CVT) atau gear manual lima kelajuan. Di samping waranti standard selama tiga tahun atau 100,000 km, Mirage didatangkan dengan pakej penyenggaraan percuma selama setahun (Penyenggaraan Alat-alat komponen, Minyak Hitam dan Kos Buruh sehingga setahun atau 20,000km).

Mirage memiliki kecekapan petrol dan pelepasan CO2 rendah yang merupakan terbaik dalam kelasnya, berikutan enjin 1.2 liter serba baru dengan teknologi MIVEC dan badan aerodinamik yang mengurangkan kekangan dan terbabas. Mengoptimumkan struktur badan dan penggunaan lebih luas panel yang ditegang kuat menjadikan kenderaan ini tujuh peratus* lebih ringan berbanding kenderaan biasa dalam kelasnya, yang menyumbang kepada penjimatan petrol yang lebih baik.

*Nisbah berat diukur dengan menggunakan nisbah besi ditegang kuat diduna dalam Colt berbanding Mirage

Enjin moden tiga silinder menghasilkan 78 PS dan 100 Nm kuasa kilas, menyajikan varian paling ringan dalam kelasnya iaitu 850 kg bagi CVT dan 825 kg bagi varian MT.

Mirage didatangkan dengan senarai peralatan yang pasti mengejutkan bagi sebuah kereta dalam segmen ini. Ciri-ciri uniknya merangkumi Kunci Pintar (masuk tanpa kunci), pendingin hawa automatik digital, sistem audio 2-DIN dengan pemain iPod, USB dan AUX, panel instrumen Pandangan Terang, dan kepala gear dan kemudi roda dibalut kulit.

Keselamatan adalah keutamaan di Mitsubishi, dan sebagai kereta global, model serba baru Mirage didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif bagi melindungi penumpangnya. ABS 4-Roda dengan EBD adalah standard, bersama dua beg udara SRS  dan penenggang tali pinggang keledar, Pengikat Kerusit Kanak-kanak ISO FIX, Kunci Pintu Bagi Kanak-kanak and Tingkap Kuasa Anti-Sentuh.

Mitsubishi Motors Malaysia juga menawarkan aksesori pilihan bagi Mirage. Pemilik boleh menambah cantik kereta mereka dengan Pakej Aero (RM1,999.90), Pakej Krom (RM750.00), sarung penutup minyak Ralliart (RM150.00) dan sarung kulit pasang pintar (RM1,500.00), atau gabungan mana-mana di atas.

Terima kasih kepada saudara Arish Qutb kerana sudi berkongsi info dan gambar ini.

Harga & varian Mitsubishi Mirage :

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Advertisements

7 thoughts on “Mitsubishi Mirage dilancarkan

  1. malaysia buleh bak kata tun madey

  2. myi yg kate cm lg best akn terjejas….

  3. kalau tgk gambar pelancaran kereta kat paultan, penutup minyak ralliart tu mmg buruk ah.

  4. segmen ni yg proton masih terlepas.. cepat2 la kuar GSC..

  5. Saya pernah tengok kat mana (tak ingat), enjin Mivec 3 pot dia guna Direct Injection. Tapi brochure tulis MPI. Minta kepastian..

    Mirage ini kereta global. RM55k pun boleh dapat ISOFIX, Dual Airbags, EBD..(Kat satu lagi model tu tak dapat pun. CVT pun xde..)

  6. iras2 macam proton savvy jer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s