funtasticko design

http://funtasticko.net


3 Komen

HINO perkenalkan model HINO 500 Series dan HINO 700 Series yang dipertingkatkan

Hino Motors(Malaysia) Sdn. Bhd (HINO), jenama No 1 dalam kenderaan komersial dalam semua segmen, hari ini memperkenalkan model HINO 500 Series yang merupakan pemenang anugerah kenderaan komersial kelas pertengahan dan kenderaan berat komersial HINO 700 Series yang dipertingkatkan untuk pasaran Malaysia.

Encik NobuyukiTanaka, Pengarah Urusan, Hino Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. berkata “HINO 500 Series Model GH dan HINO 700 Series Model SH yang telah dipertingkatkan ini adalah inovasi terbaru Hino Motors. Penawaran ini menunjukkan keazaman kami untuk menerajui industri dengan produk yang canggih.

HINO 500 Series Model GH yang telah dipertingkatkan terdiri daripada 3 model, iaitu HINO GH1JRPA, HINOGH1JLPD dan HINOGH1JMPA. Ketiga-tiga model tersebut dilengkapi dengan enjin EURO-2 untuk pengeluaran yang lebih berkuasa dan berprestasi, menyambung legasi trak ini sebagai trak 18-tan yang paling berkuasa serta cekap bahanapi. Ia juga merupakan kenderaan komersial yang sangat tahan lasak dan mampu mencapai satu juta kilometer tanpa menjalani pembaikpulih enjin. Model-model ini juga dilengkapi dengan brek angin sepenuhnya yang akan mengurangkan kos penyelenggaraan dan meningkatkan kecekapan. Model HINO GH1JRPA juga dilengkapi dengan Antilock BrakingSystems(ABS), iaitu ciri keselamatan yang meningkatkan kestabilan brek kenderaan.

Ciri-ciri terbaru model HINO 500 Series Model GH ialah :

  • Brek angin sepenuhnya – berbanding dengan “brek angin hidraulik” dalam model terdahulu.
  • Brek parkir pada roda belakang – berbanding dengan “brek parkir pada aci output penghantaran atau transmission output shaft  pada model terdahulu
  • ABS dilengkapi pada model jarak jauh (lebuh raya), HINO GH1JRPA

HINO 700 Series Model SH yang telah dipertingkatkan, iaitu HINO SH1EERG dan HINO SH1EERA yang mengutamakan keselesaan dan keselamatan memenuhi piawaian industri.  Model HINO SH1EERG yang dilengkapi dengan sistem gantungan udara belakang iaitu ciri penting untuk menyasar pengangkut kargo sensitif seperti trak tangki petroleum dan pengangkutan barangan elektronik. Keselesaan kabin merupakan salah satu ciri utama yang dititikberatkan di kalangan pemandu kenderaan berat komersial yang sering memandu jarak jauh. HINO SH1EERG dilengkapi dengan kabin terapung penuh di mana objektifnya adalah untuk mengurangkan keletihan dan membantu pemandu untuk sentiasa berjaga-jaga.

Ciri-ciri terbaru model HINO 700 Series Model SH ialah :

  • Beg udara SRS – mengurangkan kematian dan kecederaan semasa kemalangan
  • Cermin pandangan belakang auto – berbanding dengan model terdahulu yang memerlukan operasi manual
  • Sistem gantungan udara belakang – berbanding dengan sistem gantungan spring dalam model terdahulu
  • ABS – sistem untuk meningkatkan kecekapan brek di atas jalan raya geseran rendah
  • Brek parkir pada semua roda – untuk kuasa brek yang lebih baik di kawasan cerun

Di samping pelancaran HINO 500 Series Model GH dan HINO 700 Series Model SH yang dipertingkatkan, Hino Motors Ltd (Japan) baru-baru ini telah mengikat perjanjian usahasama dengan MBM Resources Berhad, rakan kongsi lamanya untuk merasmikan kilang pembuatan pertamanya di Malaysia. Ini akan membuka lembaran baru untuk Hino Motors Ltd membekalkan perkhidmatan menyeluruh daripada pembuatan kepada jualan penuh. Ia adalah bukti komitmen jangka panjang  HINO kepada pasaran tempatan.

HINO 500 Series dan HINO 700 Series yang telah dipertingkatkan boleh didapati melalui pengedar HINO yang sah di seluruh Malaysia. Untuk temujanji, pelanggan boleh menghubungi Hino Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. pada 603 – 7957 5199 untuk jualan dan perkhidmatan atau layari http://www.hino.com.my/ untuk maklumat lanjut.

* Buat julung kalinya buat artikel berkaitan dengan kenderaan komersil dan trak. Terima kasih kepada saudara Arish Qutb kerana sudi berkongsi info dan gambar ini.


Tinggalkan komen

TAWARAN HEBAT NISSAN SEMPENA MUSIM MEMBELI-BELAH

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah memulakan kempen jualan terkininya yang dikenali sebagai SUPER ZERO CAMPAIGN sempena musim membeli-belah hujung tahun. Kempen yang berlanjutan sehingga 31 Disember 2012 itu menawarkan kepada para pelanggan promosi kadar tanpa faedah selama selama 12 bulan untuk model-model premium terpilih seperti Nissan Navara (Double cab), Nissan Sylphy 2.0L serta Nissan Teana 2.0L dan 2.5L.

Ketika melancarkan kempen tersebut, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ Dr. Ang Bon Beng menyatakan bahawa ETCM sentiasa mencari peluang menyokong rakyat Malaysia dari aspek kewangan untuk membolehkan mereka memiliki kenderaan yang menarik dan mampu milik seperti kenderaan Nissan.

“SUPER ZERO CAMPAIGN ini membolehkan para pelanggan menikmati kadar tanpa faedah untuk tahun pertama pemilikan kenderaan. Ini sememangnya memberikan mereka lebih penjimatan apabila membeli model Nissan yang baru.”

Semua pelanggan Nissan juga akan menikmati pelbagai faedah selepas jualan bagi memastikan mereka mengalami pengalaman yang menyeronokkan dan menyenangkan sepanjang pemilikan sebuah kenderaan Nissan. Ini termasuklah jaminan komprehensif dan talian perkhidmatan pelanggan 24 jam.

Maklumat lanjut mengenai SUPER ZERO CAMPAIGN, para pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran Nissan yang terdekat atau hubungi talian: 1-800-88-8368. Maklumat lanjut mengenai Nissan Navara, Sylphy, Teana serta model-model lain yang dijual oleh ETCM boleh didapati di laman web: www.nissan.com.my.


13 Komen

Pembangunan Lotus Esprit hampir selesai

Sementara menunggu pengumuman mengenai hala tuju masa depan Proton dan Lotus yang dikhabarkan akan diumumkan pada bulan ini oleh DRB-HICOM, ada perkembangan yang menarik mengenai Lotus Esprit. Menurut www.autocar.co.uk pembangunan model Lotus Esprit hampir selesai, cuma mereka memerlukan sedikit penambaikan sebelum ianya masuk ke fasa seterusnya.

Model ini bakal menggunakan enjin 5.0 liter twin-turbo V8 dengan sistem KERS seperti kereta lumba Formula 1, digabungkan dengan transmisi tujuh kelajuan yang dilengkapi paddle-shift. Enjin tersebut boleh menjana sekitar 650bhp selain penggunaan carbonfibre/aluminium sebagai struktur utama model tersebut. Esprit dijangka dijual lebih murah daripada versi premium Porsche 911, iaitu sekitar £100,000.

Kini semuanya bergantung kepada DRB-HICOM untuk memberi lampu hijau sama ada untuk memperkenalkannya dalam masa yang terdekat ataupun sebaliknya.  Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya. 🙂


Tinggalkan komen

Suzuki perkenalkan Grand Vitara facelift

Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd hari ini telah memperkenalkan model naik taraf Grand Vitara dengan penampilan yang lebih sporty dan menarik. Antara ciri-ciri tambahan untuk model terbaru ini termasuklah bumper beserta gril hadapan rekaan baru, rim aloi 17 inci, warna baru Gaia Bronze Pearl Metallic, fabrik untuk tempat duduk baru dan sistem brake override yang membolehkan pemandu untuk menghentikan kenderaan jika pedal pemecut tersekat. Teknologi ini berkesan menghentikan kenderaan apabila pedal brek dan pemecut tertekan pada masa yang sama. Harga di atas jalan bagi model ini yang merupakan unit CBU dari Jepun ialah RM121,100.

* Terima kasih kepada saudara Arish Qutb kerana sudi berkongsi info dan gambar ini.

Harga Suzuki Grand Vitara 

Model Harga diatas jalan untuk Smenenanjung Malaysia (Termasuk Insurans) Pilihan Warna
Suzuki Grand Vitara  2.0L AT RM 121,100.00 
  • Bluish Black 3
  • Metallic Quasar Grey
  • Pearl White
  • Silky Silver
  • Gaia Bronze Pearl Metallic

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


12 Komen

Adakah ini Honda Brio Amaze?

Adakah ini rupa sebenar model Honda Brio Amaze versi sedan model Brio yang bakal dilancarkan di Thailand tak lagi? Gambar ini telah diperolehi dari facebook Honda Brio Amaze Club Thailand

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ