funtasticko design

http://funtasticko.net


39 Komen

Satria Neo R3 akan dilancar semula tidak lama lagi

Menurut info dan gambar yang diambil dari forum.lowyat.net melalui pembacanya EhWhatNowLah?, Satria Neo R3 akan dilancar semula dalam masa terdekat. Dijangka pelancaran semula model ini akan dibuat pada hari Khamis dan tiada maklumat terperinci mengenai model ini kecuali terdapat tiga pilihan warna Putih, Hitam dan Fire Red. Selain itu sumber tersebut berkata, model ini akan dipasang dengan rim MME 16 inci R3 namun tiada perubahan dibuat pada enjinnya yang masih kekal dengan CPS.

* adakah DRB-HICOM akan umumkan halatuju Proton pada masa yang sama? kita tunggu dan lihat… 🙂

KILK UNTUK BESARKAN IMEJ