funtasticko design

http://funtasticko.net


1 Komen

Lakaran digital KIA Pro_Cee’d GT

Inilah model yang bakal mencabar VW Golf GTI dan Ford Focus ST dari KIA, yang dikenali sebagai Pro_Cee’d GT. Menurut carscoop.blogspot.com model ini bakal dijana oleh enjin 1.6 liter turbocharged GDI dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan manual, pacuan roda hadapan.

Lakaran model ini jelas memperlihatkan rekaan agresif dan sporty. Menurut KIA model ini bakal diperkenalkan di Eropah pertengahan 2013. Kemungkinan besar KIA Pro_Cee’d GT bakal membuat penampilan sulung di Geneva Auto Salon bulan Mac tahun hadapan.


Tinggalkan komen

Ferrari sambut ulangtahun ke-20nya di China

Ratusan ribu peminat kereta Ferrari sanggup berbaris disepanjang jalan di Guangzhou, China sempena upacara penutup ulangtahun ke-20 Ferrari di negara tembok besar itu. Turut hadir memeriahkan upacara tersebut Pengerusi Ferrari, Luca di Montezemolo yang pada masa juga berada di Guangzhou Auto Show. China merupakan pasaran kedua terpenting bagi Ferrari selain Jerman, dengan jualan yang mencecah lebih 700 unit dan mempunyai rangkaian kukuh 25 pengedar.

Pada sebelah petang jalan-jalan di Guangzhou dimeriahkan dengan perarakan lebih 130 Ferrari, yang terbesar pernah dilihat di China. Buat kali pertama muncul di khalayak ramai, versi baru 458 Italia yang dihasilkan sebagai siri terhad dengan elemen Cina dan kemasan khas Rosso Marco Polo.

Kereta berarak dari bilik pameran Ferrari dan berarak sehingga ke stadium Haixinsha. Sambutan diteruskan dengan pencahayaan Menara Canton, mercu tanda utama di bandar ini dengan warna merah untuk majlis itu manakala 500 pelanggan berada di dalam untuk majlis malam gala.