PROTON telah melancarkan Prevé dan Exora Prime di Thailand International Motor Expo 2012 yang berlangsung di Bangkok. Pelancaran kedua-dua model ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Lukman Ibrahim. Turut hadir Pengarah Urusan Phranakorn Auto Sales, En. Thawatchai Jungsanguanpornsuk, Phranakorn Auto Sales merupakan pengedar tunggal kereta Proton di Thailand.
Dengan pelancaran Prevé dan Exora Prime, tempahan kedua-dua model ini telah dibuka untuk secara rasminya untuk pasaran Thailand yang merupakan pasaran istimewa buat PROTON. Selepas empat tahun bermula dari pelancaran model pertamanya, sambutan yang begitu menggalakkan dari pelanggan di sana menyaksikan PROTON berjaya menduduki 10 tempat teratas pasaran kereta penumpang di Thailand.
Prevé ditawarkan pada harga atas jalan (dengan insurans) THB625,000 (MT) dan THB655,000 (CVT) untuk varian Standard , THB665,000 (MT) dan THB695,00 (CVT) untuk varian Executive dan THB759,000 untuk varian Premium . Empat pilihan warna boleh dipilih iaitu Blue Lagoon, Tranquility Black, Solid White dan Genetic Silver. PROTON juga memberikan lima tahun jaminan atau 150,000km (yang mana terlebih dahulu).
Exora Prime pula berharga pada THB899, 000 di atas jalan (dengan insurans) dan pilihan warna yang ditawarkan adalah Solid White dan Tranquility Black. Pemilik juga akan menikmati tiga-tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu) jaminan, akses kepada PROTON 24 Hour We Care Roadside Assistance, bantuan perubatan dan Perkhidmatan Concierge untuk kedua-dua model tersebut.