funtasticko design

http://funtasticko.net

Gambar Satria Neo R3

45 Komen

Inilah dia Satria Neo R3 yang bakal dilancarkan esok. Menurut proton-sales.blogspot.com model ini sebenarnya adalah Satria Neo CPS tetapi dengan tambahan aksesori R3 seperti spoiler Neo R3, R3 front bumper splitter, sport rim R3 16″x6, semi-bucket seat seperti Neo R3 (Nappa Leather), Head-Unit skrin sentuh, door lining/side protector diwarnakan dengan logo R3, logo R3 pada bonet belakang, bumper depan dan pada door lining.

Model ini tiada push-start button tetapi tombol gear dan balutan pada steering masih sama seperti model Satria Neo CPS yang asal. Pilihan warna bagi Satria Neo R3 ialah Hitam dan Fire Red. Enjin CPS masih dikekalkan dengan pilihan transmisi AT dan MT. Harganya pula masih belum diketahui sehingga setakat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

45 thoughts on “Gambar Satria Neo R3

  1. Sian plak kat geng2 ori neo R3 .. walaupun mmg enjin lain, tapi dah tak dapat nak bezakan dah sekarang..

    • hanya jauhari mengenal maknikam.

    • No… sekali pandang tau yang mana CPS, yang mana R3… dr belakang pon tau, muffler ekzos r3 bulat, yg ni lonjong mcm neo biasa.. dulu melambak2 org bikin satria gti jadi satria r3.. tp still skali pndang pon tau..

    • Ada yg warna Fire Red. Cuma bumbung aje x hitam. Aku tau ramai kawan-kawan bengang. Bagi aku sorang, ini meramaikan umat R3. Lagi besar bala tentera untuk menumpaskan kereta asing durjana!!!!

  2. Oh hanya penambahan eksesori luaran saja.

  3. Stok pemalas, dah menang rali pun tak nak menaikkan taraf Satria neo, nampak gaya memang Proton lepas ni jadi OEM je la lepas ni…

  4. Kesian yg beli r3 dulu, Lg senang org nak convert… Huhuhu

  5. org yg beli kete ni akan ckp dia pakai neo R3 padahal neo ni bkn R3

  6. serious… myvi extreme lg lawa…

    • yes myvi picking up speed in town sweetly. pushed hard on the B road you can see satria neo goes at higher limit with its superior handling.

      • yes… mmg pun. bergantung pd kehendak sama ada mahukan kelajuan ataupun penjimatan. btw aku dah ada accord ” higher limit with its superior handling” utk jalan jauh.. dan insyaAllah sok myvi 1.5 akan berada di sebelah accord ku for picking up speed in town sweetly . heee

      • tp gaye komen mcm xde pn accord kt rumah tu

      • mcm aku ckp td.. bergantung pada kehendak. klu minat proton pilih la proton. aku bukan nk down proton. accord mmg ada.. dan insyaAllah besok aku terima kunci myvi plak. tu pun nk butthurt ke.. adess

      • honda superior handling?? haha, NSX pun lotus yg tunned kan!!
        hopefully, Proton Honda collaboration jadi kenyataan.. dan kalu jadi mmg utk engine diesel and model executive.. hehe

      • remangjuntai,
        bukan butthurt. cuma terasa komen bro agak sengal.

        mula2 ckp psl myvi lawa..well itu hanya luaran..
        (which is pd aku myvi mkI lg lawa berbanding mkII)
        & aku agree dgn kenyataan bro setiap org ada pendapat masing2.

        then ckp psl ada accord with ”higher limit with its superior handling utk jln jauh”..
        mgkn takrif ”higher limit with its superior handling” pd bro agak berbeza berbanding pemahaman sy.
        nk jln jauh, pakai kete yg setup comfort.
        yes, accord mmg ”higher limit with its superior handling” compared to myvi.

    • Ape brg myvik…taik

    • nape ko x ckp ferrari lg lawa je?

    • Remangjuntai,hang salah lubuk ni.jangan puji brand lain kat sini,confirm kena shoot.ikhlas ckp.baca komen dalam entri paultan pasal keter ni.kat sana hang boleh cakap apa saja.

      • btl2,kat pt bleh komen aper sajer, walupun xmasuk akal🙂, ha..ha..

        Erm, tp aku tgk yg reply tuh bukan nick yg regular kat sini, samaada silent reader sblm nih@ ada yg saje jek bergurau, nk kasi panas🙂.

        Bg aku, myvi extreme, cantik n cute gitu. Mmg lawo, dr segi luaran. Form over function rasanya coz xda bodykit tuh ditest@dibawa racing. Tp utk marketing purpose, mmg baik.

        Satria neo r3, bukan r3 satria neo yek, nampak garang, tp cam name dia, satria neo r3, bukan r3 satria neo. So, ni prtn drb try buat cam livina impul, almera impul, vios trd n etc, yg lebih pada appearance ajek, cume skang nampak dia bg ckit option utk upgrade performance walupun xbyk mane. Klu x, jadi plak sama cam r3 satria neo.

        Tp bodykit satria neo r3 nih rasanya dh r3 test kat litar. Bab bontot, dh prtn sendiri test. So, function over form. Okler tuh, dgn berat hampir 300kg dr myvi extreme, lambat 0.5 saat jor beh kurang,so,okler jugak.

        Tp xpasti plak klu ada mana2 myvi masuk racing pkai bodykit myvi se@myvi extreme? Mgkin terlepas pandang kot.

        Rega, nampak cam tambah dlm 5k dr cps kot@aku tersilap. Tp okler, dpt gps, seat dia nampak lg masyuk dr cps punya version, kalerpun lg ok, bodykit bg lg mantap dr cps.

        Tp yg impul n trd, rasenye cam byk jek kena tambahkan. Tp ader jek org beli sedangkan tambah duit lebih dr 5k nk dpt nama impul n trd🙂.

        Cume aku masih lg mengharap prtn mmg ada bwk kuar versi superchargem klu x sia2 jek r3 wat rnd arituh, buang duit ajek. Walupun xlaku byk, tp rasa klu rega sama cam lotus edition, tp powdeful(klu bleh bug gbox getrag, bkn mitsu), bleh jual. Anggaplah sumbangan kepada public walupun rugi ckit2🙂

  7. Satrio neo punya interior yakni dashboard kene tukar, plastik murah, design pun ntahpape contohnye nak kawal air cond..aku tgk top gear pun perli dashboard satria neo sbg satu kelemahan design dan ergonomic….bnde basic pun hampeh, cuba bayangkan interior mcm ford fiesta mahupun semudah dashbord vios dugong, baru rase umpphhhh naik satria neo..luar bg saya dah mantap.

    • kalu nak ikut top gear, semuanya diaorg kutuk.. lantak lah Top gear nak kata apa!!

      But aku agree dgn kau.. naik taraf material kepada soft plastics dr yg sekarang.. tp dr segi design.. its more to Lotus Style… i love it!!

    • setuju tang material/impression tu kena revise la.

      but, aku xde masalah ngn ergonomic kete proton.
      antara vios, fiesta & neo:
      1. butang fiesta paling berserabut, vios & neo ok.
      2. plg simple ialah vios
      3. xmessy neo.

      yg penting bg kete ialah ergonomic.

      dh tgk myvi mkII?
      kt panel pintu dlm sblh depan, ada inner door handle.
      tgk location pw switches. agak2 senang x nk tekan suis tu kalu tgh driving?

    • Kau cuba tengok design dashboard Elise/Exige. Minimalist. Sememangnya mereka yg menumpu pada pemanduan tak ada masa nak tengok dashboard. Speedo tak penting tapi Tachometer teramat penting. R3 memang bukan untuk semua orang.

      It separates the men from the boys.

  8. Proton mena sedar golongan 20an dr tahun 80an tgh masuk kerja, taste depa mmg dah tinggi dan memilih, faktor design, ekonomi, accessory dan teknologi hybrid akan menjadi peranan…..saya tgk kawan2 says beli myvi extreme, ford fiesta, vios dan honda hybrid, ini beli tahun ini, mereka takde yg pilih proton, dan lg lelek depa ni melayu, yg menjadi target demografi pelanggsn proton, kalau proton kalau setakat bg kit R3 dalam 2-3 tahun lg atau specisl edition in disguise ala zaman mahaleel, close shop je proton, DRB bust honda hybrid di tg malim lg elok.

  9. ala dah muak la tgk satria neo ni.. nak dkt 6 ke 7 tahun lebih dah kan.. pi mai pi mai tang tu jugak. saga blm upgrade jadi saga flx tu nampak besar perubahan dia, satria ni same jugak, terutamanya lampu depan belakang dia.

  10. Aku nk beli 1..tapi duit x cukup…

  11. Ni pun da cukup cantik..nk keta seksi..beli je lotus esprit..

  12. Tahniah H.malaya..

  13. ini i rasa saja nak clean their inventory..mesti nak clear stock and leave more space for them…DRB-Hicom cuba nak jual apa yang ada…

  14. luar R3, enjin hampeh.. kasi CFE satu kali la ahahaha

  15. Jangan gaduh2lah wei….cantik apa neo ni….lawa oooo…utk pengetahuan saya pemilik proton dan perodua…saga blm SE dan Alza Premium…dua2 pun ok…Bro campro mania…nak ambil exora bold…x jadi sbb abg saya dah rembat dulu exora bold…isteri x nak keta sama satu garage…ambil alza akhirnya…nak ambil nissan GL tapi byk kwn sekerja dah jual balik…Kesmipulannya proton dan perodua ada tarikannya…jgn mudah percaya ckp org kereta buatan Malaysia X baik…Saga saya dah 3 tahun lebih…x ada masalah…dan Saya ORG Labuan…Tax Free…T dan H memang murah tapi part Tuhan saja yang tahu…apa2 pun Satria ni perghhhhhhhh lawa siot…RIM 2 ada jual ke?

  16. sian proton masih 90an…

  17. Kalau saya pemilik myvi so what, keluarga saya dah beli saga, wira, persana, tiara, iswara, saga malah Juara, perodua cuma dua kelisa yg datuk dan adik saya guna. saya tidak ada kereta sbb saya rasa kena rugi dari segi nilai, masa dan wang beli dari dua dua proton dan perodua, saya lebih rela beli kereta second hand. Sekarang ni saya bawa kereta waja(kereta lama ibu saya) dan kadang kala Honda Accord ayah saya dr tahun 2000, kat office selalu je naik kereta vios member ofis dan bmw 3 series manager yg selalu bawa kami lunch. Saya rasa cukup dah naik mcm2 kereta saya boleh beri pendapat bahawa proton masih ketinggalan, walaupun preve adalah pakej menarik, bg saya yg lahir 80an dan baru sahaja bekerja, saya lagi tertaik dengan ford fiesta, toyota vios dan honda city malah perodua myvi extreme juga lebih menarik kerana sekurang2nya memberi keyalinan dengan enjin DVVT nya yg terbukti.proton preve ni bagi saya masih underdeveloped, saya menanti faceliftnya untuk lihat apa proton boleh improve.

    Saya rasa proton penting dr segi menyokong ‘industrial base’ negara, tapi dengan opsyen menjadi assembler Honda mahupun VW, DRB mau mengekalkan industrial base sektor automotif negara,ketepikan ego nasionalisme, beri keutamaan kepada produktiviti dan keupyaaan kompetitif eksport malaysia, sekarang proton punya eksportt maseih merangkak, sampai bila bak jadi begini walhal brand China dah mengatasi teknologi dan kualiti Proton? jadi pendapat saya, sekiranyan proton tidak mampu memberi pulangan kepada DRB, jadikan tg malim sbg assembler brand lain adalah win win stuation. Kalau ada yang tak bersetuju, hujahkanlah, dengan keadaan proton sekarang, mampukah ia memberi pulangan lebih baik di pasaran eksport?

  18. memang dari dulu sy cukup berkenan dengan neo ni, tapi dah beranak pinak ni susah pulak rasanya, tetap tunggu neo 4 pintu aka 5 pintu. takde jgk myvi la jwpnye.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s