funtasticko design

http://funtasticko.net

NISSAN NAVARA JADI KENDERAAN RASMI ACARA RAINFOREST CHALLENGE 2012

1 Komen

Edaran Tan Chong Motor (ETCM), bersama Nissan Navara bangga menjadi penaja kenderaan rasmi untuk acara Rainforest Challenge 2012. Cabaran yang turut mendapat kerjasama daripada Future Oracle, penganjur acara 4×4 yang cukup terkenal itu dan bakal diadakan bermula pada 1 hingga 10 Disember 2012 di Melaka.

Rainforest Challenge meraikan ulangtahunnya yang ke-15 tahun ini. Ia merupakan acara berprestij tempatan yang telah menerima banyak pengiktirafan global selaku acara 4×4 yang menerima paling banyak penyertaan antarabangsa di dunia. Seramai lebih 350 peserta dari 30 buah negara dijangka menyertai acara tersebut.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ Dr. Ang Bon Beng menyatakan bahawa ETCM sangat berbesar hati untuk menyokong acara antarabangsa ini kerana ia mampu menyerlahkan kemampuan Nissan Navara sebagai “Mother Trucker”, selain membantu Rainforest Challenge untuk terus berkembang.

Format acara ini telah diperluaskan ke seluruh dunia. Dari Eropah ke Asia, malah satu siri global juga dalam perancangan.Pengasas dan Pengarah Acara Rainforest Challenge, Luis J.A. Wee memberitahu acara yang mendapat kerjasama ETCM ini bertujuan membantu kerajaan mempromosikan industri pelancongan.Acara ini pasti akan membuktikan reputasi Navara sebagai “Mother Trucker”, di samping menyerlahkan elemen serta karekteristiknya.

Model terbaharu Navaraiaitu King Cab 4×4 menampilkan sistem 4WD yang dikawal secara elektronik iaitu  “Shift-on-the-Fly” yang membolehkan mode 2WD dan 4WD dibuat tanpa perlu memberhentikan kenderaan. Ia juga dilengkapi Transmisi Manual enam kelajuan. Nissan Navara terkenal dengan sifatnya yang tahan lasak, kemampuan di laluan off-road dan selesa di seluruh dunia. Trak pikap “Mother Trucker” ini telah menerima banyak anugerah berprestij di Malaysia sejak dilancarkan:

  • Best Value for Money Pickup Truck, Asian Auto – VCA Auto Industry Awards 2009 dan 2010.
  • Pemenang – Kategoritrakpikap, Autocar Asean Car of the Year Awards 2009.
  • The Best Speed Bump Killer – NewMan RPM Awards 2009.
  • Truck of the Year- Wheels Weekly / Live Life Drive Car of the Year 2011 & 2012
  • Pickup Truck of the Year – New Straits Times/Maybank COTY Awards 2011
Advertisements

One thought on “NISSAN NAVARA JADI KENDERAAN RASMI ACARA RAINFOREST CHALLENGE 2012

  1. Navara mmg best,laju,pick up,re chip balik ECU confirm 200hp dpt…cuma seat belakang tegak sangat,kena modified letak bracket bagi baring sikit,swicth on fly mmg best,pusing jer knob dkt instrument penal masa tgh drive(below 110km/j) terus tukar p 4wd…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s