funtasticko design

http://funtasticko.net

Satria Neo R3 dilancarkan!

36 Komen

Proton melancarkan model Satria Neo R3 bertempat di PROTON Centre of Excellence sebentar tadi yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutifnya, YBhg. Dato’ Sri Hj. Mohd Khamil Jamil. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Karamjit Singh, Kenneth Koh, Syafiq Ali dan James Veerapan. Model ini sebenarnya sama dengan Satria Neo CPS dan masih mengekalkan enjin 1.6 Campro CPS yang mampu menjana 125 hp pada 6,500 rpm dan 150 Nm pada 4,500 rpm.

Satria Neo R3 tampil dengan aksesori R3 termasuk spoiler belakang , splitter hadapan, logo R3 hadapan dan belakang, pelindung sisi berwarna titanium dan rim aloi R3 16” untuk gaya yang lebih aggresif. Bahagian dalamannya pula lebih segar dan sporty dengan kerusi semi-bucket R3 kemasan kulit, R3 floor mat, pemain audio 2 DIN multimedia  yang diperbaharui dan sistem navigasi GPS.

Selain itu pembeli boleh menaik taraf kereta mereka dengan aksesori pilihan R3 pada harga promosi sehingga hujung tahun ini. Antara yang menarik adalah ECU R3 Satria Neo beserta sistem ekszos pada harga RM2,841, belt dan aluminium pulley R3 berharga RM315 dan set spring R3 berharga RM541. Pelekat sisi dan jalur jeriji hadapan pula dijual pada harga RM140.

Satria Neo R3 didatangkan dengan empat pilihan warna yang menarik iaitu Tranquility Black, Fire Red, GTi Silver dan Canary Yellow yang merupakan warna Satria Neo S2000. Hanya 2 versi ditawarkan iaitu versi Executive Line MT dijual pada RM61,250 dan versi Executive Line AT pula berharga RM64,250. Satria Neo R3 didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km (yang mana terlebih dahulu). Kini tempahannya sudah dibuka dan pembeli boleh membuat tempahan dengan bayaran cuma RM300.00.

Lagi gambar pelancaran Satria Neo R3 dari Facebook Proton Holdings Bhd

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Advertisements

36 thoughts on “Satria Neo R3 dilancarkan!

  1. Wah, jual sekali set R3 customize.. Lepas ni leh la customizekan untuk kereta2 Proton yg lain macam
    – tambahan 2-din
    – reverse camera
    – curtain airbag
    dan lain.. baru customer ada choice nak pilih..

    btw banyak2 gambar dah nampak dah beza ngan neo r3 ori.. banyak gak bezanya..

  2. engine standard..nak performance R3 kena tukar ECU R3…

  3. technically can anyone describe how R3 to up perform the engine?.

  4. Hmm..dulu DSSZ punya plan nak buat 5 years recycle life untuk setiap model..ape lah ade dlm minda DRB ni…saya penyokong kuat proton, 4 proton ade kt rumah, perdana v6 , exora, preve n flx SE..tapi bila kerja Proton update model diorang macam ni..rasa kecewa je..macam sengaja bagi peluang pengkritik bash gila2..xde update yang boleh dibanggakan..at least buat mcm la mcm exora punya transformasi ke exora bold..nampak perbezaan ketara..

    *muak baca komen basher kat blog PT..

  5. banyak yg komen kat sane semua yg mata sepek…. memang laaa mana suka benda org kita buat….

  6. kuning paling cntek huuh

  7. eh ada warna kuning ke?

  8. what a disappointments…I was hoping for an “evolution” from the previous r3 neo model with more improvement for handling,power and torque…even a little less weight …too bad they decide to fake their own r3 “conversion” …so what do you call this neo?
    r3 certified kitted conversion neo…
    huge DISAPPOINTMENTS!

  9. Satria Neo R3 celup…

    Kalau add on ECU R3, pulley dan spring, sama macam Neo R3 yg harga RM80k tu kah?

    • Tak kenal maka tak cinta.

      Tiada close ratio gear box. Itulah intipati Neo R3 2011. Itu sebenarnya membuat kereta ini memecut dari 0 ke 100km/h dalam 9 saat aje. Saya faham kalau ramai yang bukan dari jurusan teknikal di sini. Apatah lagi jurusan mekanikal. Gear tu asas sahaja dalam pembelajaran kami. Tapi apa kan daya, 60% dari kita pilih Seni dari Sains. Orang teknikal faham ini semua perubahan luaran. Mereka juga faham peluang untuk menaikkan taraf bila ada rezeki. Kemungkinan, dengan penambahan itu, nilai kereta itu meningkat setaraf dengan keseronokan memandu. Baik dari segi handling mahupun kuasa.

      Kereta lain tidak ada pilihan kecuali luaran sahaja, itupun semasa beli baru. Bila dah pakai, nak tambah- tambah susah. Nak kena cari pomen yang pandai. Tambah lagi duit. Dan belum tentu produk yang dibeli sesuai.

      Di US, Mopar merupakan sebahagian dari syarikat GM yang mengeluarkan produk aftermarket untuk kereta mereka dari model lama sampai sekarang. Sehinggakan seketul engin Hemi boleh dibeli, digelar ‘Crate Engine’. Saya nak tengok engin CPS ini dalam model sports yang lain. Kemungkinan Westfield? Kemungkinan Elise Malaysian Edition. Tentunya 1Z tu tak sampai 145bhp. Hanya kerana engin itu ia dipasang di UK, mereka nak tolong industri mereka sendiri.

  10. the car is so beautiful,

  11. x berbaloi harga dgn kete dua pintu nie mahal sangat….

    • jawapannyer this car not for u la.. Habis tu ferrari, lamboghini murah ker untuk kereta 2 pintu.

      • dia cakap tak berbaloi… neo r3 ni memang pun tak berbaloi …model tahun 2006, enjin cps jual harga 60k …apa akal takda ka …tak rela aku nak bayar 60k untuk model lapuk ni… baik aku ingat ford fiesta lagi baik… 69k saja ,69k tu pun setelah umno baik bagi cukai untuk rakyat bayar… kalau tak mau 39k jer kut harganya

      • jauh sangat compare dengan ferrari tu.makna tersirat aretick tu neo ni sempit,susah nak keluar masuk.ruang seat belakang sempit,realiti.Bujang2 boleh la pakai,atau neo ni buat 2nd car utk dilenjan.Hutang 9 tahun nak kena bayar,anak2 pun dah besar mana nak selit.Ada pro n con la.Seronok memandu vs praktikaliti.

      • Saya sendiri menghantar budak sekolah 3 orang tiap-tiap hari naik kereta ni. Lepas hantar budak terus pergi kerja. Sempat sampai ofis 8.30pg. Kereta senang nak parking tempat sempit. Kawan-kawan pun sama jugak, bawak daily driver. Apa yang tak praktikalnya pun tak tahu lah. Mungkin pemikiran orang. Kalau anak lebih dari 3 mungkin lah. Sedangkan kebanyakkan masa bawak kereta ni saya seorang sahaja. Terpulang pada masing-masing. Tapi alasan am mengatakan tidak praktikal saya tidak boleh terima.

      • Bobbilder,itu yang kena difahami betul2.Praktikal utk bobbilder x semestinya praktikal utk org lain.taste org berbagai2.saya pun pernah sumbat sampai 4 dewasa kat seat blakang satria,tp mslhnya xsesuailah.maaf ckp la,belajar terima pendapat org lain.kenderaan ada byk variasi,dari kereta 2 seat sampai la van 14 seat.pasal apa banyak jenis?sebab keperluan orang tak sama.kalau satria ni praktikal,dh tentu paling kurang 3/10 kenderaan kat jalanraya adalah satria.malangnya tak ada satu model pun yang capai nisbah mcm tu walaupun dr jenama terkenal.realiti wahai encik bobbilder…

  12. R3 Satria Neo ECU upgrade and full exhaust system (RM2,841)

  13. nk murah buat sendiri la…nyampah pulak tgk mamat2 yg berdiri depan kete tu…Mcm depa yg bersengkang mata buat kete..pelingkup rete DRB-Hicom

    • negara luar boleh buat murah kenapa negara kita tak boleh? ooo… kita masih baby… dah 26 tahun jer… tunggu la seratus tahun lagi baru boleh buat murah

      • Mmm… negara kita bleh buat kereta murah. tapi nanti benda2 lain naik melambung bising la plak… mmg la org m’sia kalau bleh sumer benda nak murah.

        cheers!

      • apa benda yg akan naik melambung tu, kalau buat kereta murah benda lain naik melambung… teori apa kau pakai ni?

      • Mmm… kalau rasa nak lagi murah, ko buat sendiri ar kereta pakai kertas. mmg murah:P .. haha.. gurau. Nk kereta murah gie duk india sana. Sana ada tata nano, murah pun murah, kos hidup sana pun murah, nyawa kat sana pun murah gak kot:) … hehe gurau2 lagi.

        Harga kereta jadi murah bila tax dilupuskan. Even kalau tax eksais dilupuskan, gov akan kehilangan pendapatan melalui tax tu sebanyak lebih kurang RM7 bilion. Ko ingat buta2 diorg redha hilang cam tu jer? Dah tentu gov cover dgn kenaikan harga barang ker, petrol ker, tax lain meningkat ker, subsidi2 dilupuskan dll.

        cheers!

      • awak ingat india saja yg hasilkan kereta murah? apa daaa…

        semua pengeluar kereta di dunia hasilkan kereta pada harga yg murah & berpatutan dgn kualitinya… vios harga sebanar hanya dlm lingkuan RM50k, harga sebenar forte juga hanya dlm lingkugan RM50k, tapi proton hanya dpt hasilkan persona dlm lingkuan harga tersebut? haha hebat kan…

        itu belum lagi chery QQ… harga Chery QQ hanyalah 12ribu ringgit malaysia….

        soalnya kenapa syarikat lain boleh hasilkan produk (kereta) dgn harga yg murah & berpatutan dgn kualitinya tapi proton hanya dpt hasilkan produk dgn harga yg mahal, itulah isu pokok disini
        kualiti? bunyi angin macam naik motor itulah kualiti proton haha

        nak buat kereta boleh, buat la tapi biar la jual pada harga yg berpatutan dgn kualiti yg ditawarkan… takkan ada yg akan marah … itu sahaja

      • apo kau melalut ni jang?
        pernah dgr istilah economic of scale?

      • apo

        rasenyer soalan kamu dah dijawab dah tahun lepas ker aper ntah. Kalau nak cari jawapannyer bukak la satu2 page and komen dlm FD nh. Kami mmg sah sedia maklum dengan jawapannye. Tapi x dapat nak menerangkannya pasal x berapa pandai nak menerang dlm bidang business and marketing jer.

        BTW, kalau vios harga sebenarnya 50k, Persona harga sebenar 30k jer.

      • fakta mana ko ambik ni persona harga sebenar 30k… lawk2

  14. ok jgk sambung production.. kereta dah menang rally tapi tak kat pasaran.. kan pelik tu… eh pelik lah…

  15. smart nampak HU nye..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s