funtasticko design

http://funtasticko.net

PARA PEMENANG PERADUAN BELI-BELAH UJI KELUASAN RUANG KARGO NISSAN ALMERA

Tinggalkan komen

Top 3 winners- Dato' Dr Ang Bon  Beng (right) shares his joy with the top 3 winners (from left) Teoh Choong  Siang, Lee Kok weng and Mohd Azami bin Yasin for space, style and  technology respectively

Nissan ALMERA baharu yang menjadi taruhan terkini Nissan dalam segmen B sedan di Malaysia telah diuji oleh sembilan finalis bertuah  dalam peringkat akhir pertandingan membeli-belah “Surprisingly More” yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara.

Para penonton nyata merasai debaran apabila semua sembilan peserta bertuah itu memungguh dan memenuhkan troli masing-masing dengan barang-barang daripada  Debenhams, Metrojaya dan IT Hyperstore. Lee Kok Weng, muncul sebagai pemenang dalam kategori Gaya dan membawa pulang barangan bernilai RM10,000 daripada Debenhams.

Beliau sangat kagum dengan keluasan ruang kargo atau but ALMERA. “Saya tahu ia besar. Tetapi saya tidak pernah tahu bahawa ia sebegini luas sehinggalah cabaran ini dilaksanakan. Jelas sekali ALMERA merupakan pemenang pada hari ini kerana kami semua gagal untuk memenuhkan butnya! Nissan telah melakukan tugas dengan baik menerusi pertandingan ini untuk menunjukkan ciri-ciri terbaik kereta ini,” kata Lee Kok Weng.

Kegembiraan Lee Kok Weng dikongsi oleh Teoh Choong Siang, pemenang bagi kategori Ruang dan Mohd Azami Bin Yasin untuk kategori Teknologi. Kedua-dua mereka membawa pulang barangan bernilai RM10,000 daripada Metrojaya dan IT Hyperstore.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Dato’ Dr. Ang Bon Beng menyatakan pertandingan tersebut membuktikan keluasan kabin dan but ALMERA yang merupakan salah satu daripada banyak ciri menarik yang ada pada sedan segmen B popular ini.

Ruang but Nissan ALMERA seluas 490L itu boleh menempatkan empat beg golf yang besar tanpa sebarang masalah. Malah, masih menyediakan ruang untuk meletak barang-barang lain. “Saya tidak dapat fikir ada sebuah kereta lain yang lebih baik untuk rakyat Malaysia yang suka pulang ke kampung atau membeli-belah,” jelas Dato’ Dr Ang.

Competitive approach- Mohd Azami  bin Yasin (third from right) races ahead of Ahmad  Adlyn bin Othman (second  from left) towards the finishing line with items from the IT  Hyperstore.

Peraduan “Surprisingly More” Nissan yang bermula pada 20 September 2012 hingga  31 Oktober 2012, memberi peluang kepada sembilan peserta bertuah yang telah disenarai pendek untuk membeli barangan yang menyerlahkan gaya, ruang serta teknologi bernilai RM10,000 daripada Debenhams, Metrojaya dan IT Hyperstore. Tiga orang peserta teratas yang berjaya memenuhkan barangan beli-belah sebagaimana dikendaki dengan nilai paling tinggi ke dalam but ALMERA seluas 490L dalam tempoh yang telah ditetapkan akan dinobatkan sebagai pemenang.

Nissan ALMERA menerima maklum balas yang positif sejak pelancaran rasminya beberapa munggu lalu apabila menerima lebih 7,000 tempahan setakat ini. Para pelanggan begitu teruja dengan ciri-ciri, teknologi canggih dan ruang yang biasanya hanya ada pada kenderaan lebih premium. Nissan ALMERA nyata menyerlah dengan harganya yang kompetitif, sekali gus menyokong komitmen Tan Chong untuk menawarkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Peserta paling muda, Diana Devi, 25 tahun, berasa sangat gembira walaupun tidak memenangi peraduan beli-belah pada hari ini. Dia berkata” saya berasa syukur kerana dapat menyertai peraduan ini walaupun tidak disenaraikan sebagai pemenang tiga teratas.

Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

Gred Varian Harga (RM)
E 1.5 A/T 66,800.00
1.5 M/T 69,800.00
V 1.5 A/T 76,800.00
VL 1.5 A/T 79,800.00

Nissan ALMERA serba baharu hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km (mana-mana tiba dahulu). Maklumat lanjut, sila hubungi Hotline Perkhidmatan Pelanggan di talian Tol Percuma: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my Pandu uji boleh diatur di bilik pameran Nissan berhampiran anda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s