funtasticko design

http://funtasticko.net

NISSAN LEAF TERIMA ANUGERAH ECO INNOVATION OF THE YEAR

2 Komen

DSC_8349

Nissan Leaf telah dianugerahkan Eco Innovation Award of the Year 2012 semasa New Straits Times-Maybank Car of the Year Awards 2012 (COTY) baru-baru ini yang diadakan di The Saujana Kuala Lumpur, Glenmarie.

Walaupun Nissan Leaf belum dijual di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah menjalankan Program Duta Leaf (Leaf Ambassador Programme) sejak enam bulan lalu di Malaysia bagi meningkatkan kesedaran terhadap kenderaan elektrik. Di samping memberi peluang kepada rakyat Malaysia menggunakan Leaf dalam kehidupan seharian mereka selama enam minggu.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, “Kami kini sedang menjalankan Program Perintis Leaf (Leaf Pilot Programme) yang bertujuan untuk mempromosikan mobiliti hijau dan eco-hijau. Kami yakin program ini mampu mencipta kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai pentingnya mobiliti hijau dan eco-hijau. Kami baru sahaja menamatkan dua kumpulan pertama Duta Leaf dan maklum balas mereka terhadap kereta ini sangat menggalakkan.”

Nissan Leaf bukan satu-satunya kenderaan Nissan yang menerima pengiktirafan, malah kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Elgrand telah dianugerahkan Premium MPV of the Year 2012. MPV premium yang diimport sepenuhnya itu dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri premium seperti sistem teater hiburan peribadi dan kamera parkir Advanced Around View Monitor yang nyata mengkagumkan panel juri.

DSCF6825

Mengulas mengenai Leaf, Editor sisipan akhbar Cars, Bikes & Trucks dan pengerusi penganjuran COTY2U, Yamin Vong menyatakan walaupun kita tahu bahawa lambat laun kenderaan elektrik akan diperkenalkan di pasaran tempatan, kita tidak pernah menjangka dua kenderaan elektrik muncul di pasaran.

“Kedua-dua model ini tidak dijual secara rasmi di Malaysia. Namun begitu, panel juri COTY mengambil keputusan untuk menyediakan satu anugerah khas iaitu Special Mention Award untuk menyerlahkan dan memberi penghargaan kepada kereta paling cekap tenaga yang dilancarkan pada tahun ini. Anugerah ini kemudian diberikan kepada kenderaan elektrik bersaiz penuh yang pertama di Malaysia, Nissan LEAF,” katanya.

Disifatkan sebagai salah satu anugerah pemotoran paling berprestij di Malaysia, majlis anugerah itu dihoskan oleh Cars, Bikes and Trucks di bawah naungan New Straits Times bersama penaja utamanya, Malayan Banking Berhad.

Untuk makluman, kriteria penjurian untuk anugerah Eco Innovation Car of the Year mensyaratkan bahawa kenderaan itu mestilah model baharu atau model cekap tenaga yang dijuruterakan semula secara ekstensif dan dilancarkan di antara Oktober 2011 hingga Oktober 2012.

2 thoughts on “NISSAN LEAF TERIMA ANUGERAH ECO INNOVATION OF THE YEAR

  1. taniah proton… malaysia boleh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s