funtasticko design

http://funtasticko.net

LUAHKAN KASIH SAYANG ANDA DAN TERIMA GANJARAN DARIPADA NISSAN ALMERA

Tinggalkan komen

justmarriedcontest

Luahkan rasa kasih sayang anda kepada yang tersayang dan anda mungkin memenangi lebih daripada hatinya. Terima kasih kepada peraduan “Dedikasi Kahwini Aku Sayang” (Marry Me Love Dedication) anjuran Edaran Tan Chong Motor (ETCM) yang berlangsung mulai 6 Disember 2012 hingga 17 Januari 2013.

Peraduan ini merupakan sambungan kepada lamaran dalam iklan tevisyen Nissan ALMERA yang popular di mana hero menyatakan kasih sayang dan lamaran perkahwinan melalui cara unik dan memenangi hati si heroin. Menyertai peraduan ini cukup mudah – apa yang perlu anda lakukan adalah nyatakan dedikasi cinta anda di laman Facebook Nissan Malaysia dengan cara paling kreatif dan ekspresif menerusi sekeping gambar atau video.

Sepuluh penyertaan teratas dengan ‘Like’ paling banyak berpeluang memenangi hadiah bernilai RM80,000. Sementara pemenang hadiah utama akan meraikan dedikasi cinta mereka dengan penuh gaya. Pemenang hadiah utama akan dihadiahkan dengan iringan kereta perkahwinan mewah yang melibatkan sebuah Nissan Teana serta empat buah Nissan ALMERA, selain seorang jurugambar untuk merakamkan hari bersejarah tersebut.

Pemenang hadiah utama juga bakal menerima penginapan percuma selama tiga hari dua malam di Hotel Grand Lexis, Port Dickson, sepasang jam tangan Ellese, set penjagaan rambut profesional Shiseido, tilam Bio Magnetic, satu set Fujifilm Instax dan baucar servis bernilai RM500 daripada Tan Chong Express Auto Service (TCEAS).

Sebagai tambahan kepada hadiah tersebut, pemenang hadiah utama turut mendapat wang tunai sebanyak RM5,000 sekali gus menjadikan nilai Hadiah Utama berjumlah RM27,000!

Mengulas mengenai peraduan unik itu, Dato’ Dr. Ang menyatakan syarikat sentiasa mencari cara-cara yang kreatif untuk berhubung dengan para pelanggan. Dalam kes ini, golongan pasangan muda dan keluarga.

“Kenderaan-kenderaan Nissan sememangnya diterima baik oleh keluarga-keluarga di Malaysia. Nissan juga dikenali kerana kualiti reka bentuk, tahan lasak dan kecekapan penggunaan bahan api yang mengagumkan. Nissan ALMERA tidak terkecuali. Ia kini menerajui sedan segmen B dengan ruang kabin dan kargonya yang luas tanpa mengorbankan reka bentuk luaran yang kemas. Ini menjadikannya pilihan ideal buat mereka yang ingin membeli kereta keluarga pertama,” kata Dato’ Dr. Ang.

Rakan-rakan promosi bersama untuk peraduan ini termasuklah City Chain, Grand Lexis Hotel Port Dickson, Fujifilm, Shiseido, Tan Chong Trading dan Tan Chong Express Auto Service. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila “Like” atau layari laman Facebook Nissan Malaysia di alamat: www.facebook.com/NissanMalaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s