funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton bakal keluarkan “kereta sport rakyat” hujung tahun depan?

47 Komen

proton-lekir-two-seater-sportscar-coming-within-two-years_1

Gambar sekadar hiasan

Kalau ada antara kita yang tengok Buletin Utama segment Auto tadi semestinya akan terkejut dengan pengumuman Proton bakal melancarkan “kereta sport rakyat” hujung tahun depan. Berkemungkinan model ini akan dibangunkan menggunakan platform kereta sport Westfield, jenama yang dimiliki oleh Potenza Sports Cars Ltd yang sebelum ini telah memeterai perjanjian bersama DRB-HICOM.

Menurut Buletin Utama, model ini merupakan kereta sport 2 tempat duduk yang menggunakan enjin 1.6 liter turbo dan mungkin enjin tersebut adalah CFE dengan suspensi seperti kereta go-kart. Selain itu kereta sport tersebut juga akan mempunyai bumbung dan direka sepenuhnya oleh anak tempatan bersama tenaga kerja Westfield yang berpangkalan  di UK. Model ini juga akan memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh JPJ dan bakal dijual pada harga yang berpatutan. Difahamkan model ini akan dilancarkan penghujung tahun 2013.

* Nampaknya bertambah sebuah lagi model baru Proton tahun depan selain P3-22A. Bagaimana rupa kereta ini masih lagi menjadi misteri dan mungkin tahun depan akan ada spyshotnya kot, kita tunggu je la ye. Adakah perancangan DRB-HICOM ini bakal membuahkan hasil? Bagaimana pula dengan Lotus? Adakah mereka juga terlibat dalam pembangunan model ini, kemukakan pendapat anda.

Advertisements

47 thoughts on “Proton bakal keluarkan “kereta sport rakyat” hujung tahun depan?

  1. Klau design mcm rx8 mmg cun la..

    • bro. . .jgan la keta Mazda. . kan Proton ader Lotus. . hehe…maybe mcam Esprit or Elan…lagi cun =)

  2. 2 seater. . . 1.6 CFE. . .pengganti Neo??? hurmmm…membuat ku terfikir. . .

  3. Proton Lekir kot? With cfe engine. Siape sangke x? Hahaha

  4. uiks…bakal berentap dgn renault alpina jv dgn caterham ni

    • renault alpina tu cun bro design dia, kalau rupa macam tu memang ramai yang mengidam nanti

      • tp sya ckup respek pd semangat bisnes tony fernandez ni…caterham yg klu dlu xbrp org nk kenal tetibe bole dipilih utk jv dgn renault alpina…x mustahil klu caterham yg lbih dlu dpt untung berbnding lotus proton

  5. Dalam segmen Auto tu, ade jugak disebut yg model ni model RWD (rear-wheel drive). Memang menarik bunyinya. 😀

  6. takde ke nak kira-kira prestasi yang dihasilkan. 1.6cfe turbo, agak2 berapa saat diambil dari 0-100km/h? kalau preve seberat 1.3tan boleh dapat 9.6s, kereta ni agaknya ringan mcm mana ya. mgknkah bwh 7s?
    apa pun mmg ada beza antara sport dan sporty. harapnya tidak disalah ertikan

  7. if it something like this,i would say its just only a kit car and scarry to be on the road

    • ntah la makcikberuang. Tapi elok economic scale kan dulu cfe tu. Baru org percaya kebolehan engine tu.

      • i agree ,put the CFE engine into its full potential, its already in house.
        why go here and there. when we have our own chassis and engine (CFE). the ingredient is there. so ,,,

  8. this is not rakyats sport car, what i perceive a rakyats sport car is satria neo with CFE.
    2 dr but yet practicle for everyday use. rakyats sports car means a road worthy car. not a kit car like this.

    • setuju sgt dgn statement bro……….ape salahnya satria neo tu dihupgarde dgn cfe…….tau la market hothatch tu niche tp proton knela pandai2 la nk capture market…..

  9. Ada ke orang nak beli nanti?

  10. Kereta jenis Westfield dan Caterham yang berasaskan Lotus 7, sememangnya dijual di UK dalam bentuk Kit Car atau siap lengkap dipasang. Pilihan Kit Car memberi pengguna kos yang lebih rendah kerana pemasangannya dibuat sendiri. Ia memberi cabaran dan kepuasan pada mereka yang sukakan DIY.

    Walaupun begitu, pemanduannya berbeza dari kereta yag biasa orang biasa pakai. Air con/Radio munkin tidak ada. Tempat duduk yang sempit. Posisi pemandu yang betul rapat pada jalanraya. Front Engine – Rear Wheel drive tanpa ABS atau LSD mungkin mencabar pada orang biasa. Lebih pada Oversteer dari Understeer. Berat sekitar 500-700kg. Engin 125hp sudah cukup untuk permulaan. Ia cukup memberi Power to Weight ratio yang ramai tidak sedia menerima. Apatah lagi sekiranya kuasa melebihi 150hp. Persoalan mungkin timbul adakah orang biasa sedia? Sekiranya ia berteraskan space frame ini, ia akan menarik minat segelintir sahaja dari rakyat.

    • betul tu bro, adakah model ini nanti diterima oleh rakyat dan orang lain? cuma sedikit sahaja yang sukakan kenderaan sebegini dan sebenarnya kereta rakyat (pengganti saga/small hatchback) & proton patut keluarkan dengan harga dibawah rm30k

      • bro i would think of a station wagon, hard to accept by public but if it stylish, it could become a cult car. like ad resort, volvo, mercedes and bmw station wagon are highly regarded.

        and also a savy sized retro style proton. easliy to be worked on a savy chassis. renault engine with cvt 19km/l rm3

        sports car easily i would say neo cfe. rm65k

      • Kalau hrg bwh rm30 baik beli jer kancil.x pn viva 850.

  11. Bro, xde ke berta pasal kemenangan Team R3 dlm perlumbaan 1000km sepang mlm tadi? diorg menang 1-2 kan, neo dgn preve R3. mantap!

  12. for now malaysian sports car is satria neo,
    its has been my third time my visit to neo r3 display car.
    i really fall in love instantly when sitting in the car, the seat snugs comfortably. it supports nicely in every way. the shoulder side support is not just sponge by its look but it has steel frame construction inside. i give an A for the seat, no other car can provide this perfect seat ,not preve not exora nor saga, not even toyota or honda. believe me you have to see one.

    soft dark interior gives a good ambiance inside.

    exterior , its a mouth water.

    engine i cant tell, as much as i can remember is the firstly released neo CPS manual test drrive, and i run it twice to feel how the car deliver. by looking at the preve next to i immediately say preve will excel on the highway compared to this neo.

    comes to the engine it gives me a love and hate relation. others might agree with me i guess,
    therefore i pray one day CFE neo will come true.

  13. ya saya yakin dgn cerita ini… saya juga sgt yakin dgn kewibawaan perotTun, tengok saja lah proton city car… dah pun ada di pasaran sekarang… perotTun memang boleh!

  14. kalau bentuk cm kete lotus 7 tu la ada smbutan ke nanti??ngarut bebenor drb ni..npe x bgnkan neo je…susah sgt ke?..

  15. elise cfe?

  16. Dari ape yg aku paham bile baca kat paper bharian hari nie..keta nie bukan bwh jenama proton..tapi under Hicom-Potenza Sport Cars… Cuma pembangunan bwh Proton…(mungkin pinjam R & D proton)..so mungkin xde logo rimau kat keta nie…atau sebaliknya…sama-sama kite nnti kan

    • Betul, kalau dengar balik berita pun dia bagitau benda yg sama pada awalnya..

      “Selain jenama Proton dan Lotus, pengeluar kenderaan nasional PROTON Holdings Berhad, mungkin menambah satu lagi jenama ke atas barisan produknya….”

      Jenama baru yang diwar-warkan dulu bakal jadi kenyataan.. Produk kereta yang akan duduk di antara Proton dan Lotus..

  17. kalo 2seat je langsung aku xberminat.
    mazda rx8 pn 4seat, inikn 2seat lak.
    baik beli ninja 250 yg baru.

  18. Westfield dan Caterham yang berasaskan Lotus 7… mmg xle blah dooww… kalu di UK boleh la.. ini BolehLand ma.. aduuuh DRB, nak politikkan keta ni jadi Kereta Sport Rakyat pertama… selain bringing in new brands to lineup.. focus la PROTON.. hidupkan RnD Proton!! cakap xjatuh langsung!!

  19. Mungkin harga lagi murah dari viva kot..:), kereta untuk pergi masjid, pergi kolej..dll

  20. Hrp2 protn buat ler model yg lebih menarik dgn hrg mmpu mlk.kalau bntk cm nissan GTR atau cm honda nsx yg bru,tentu lebh gmpk.

  21. Mungkin dia nak gantikan proton putra kot sbb kan putra 2dr coupe?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s