funtasticko design

http://funtasticko.net

Kereta Proton bakal dijana oleh enjin Petronas

77 Komen

emblem proton

Ini adalah berita yang dinanti-nantikan oleh peminat indusri automotif tempatan. Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini telah mengambil alih teknologi, aset dan harta intelek daripada Petronas Technology Ventures Sdn. Bhd. (PTVSB) dengan nilai RM63 juta.

Ia melibatkan enjin beraspirasi semulajadi dan juga enjin turbo bersesaran 2.0 liter serta 2.2 liter yang telah dibangunkan Petronas sejak 1997. Pengambilalihan itu akan mempelbagaikan lagi varian model-model enjin yang dimiliki Proton pada waktu ini, selain keluarga enjin CamPro.

Selain ini Proton juga berjaya memperolehi 7 teknologi enjin dan 117 paten teknologi daripada Petronas. Proton juga akan mempertimbangkan untuk menggunakan enjin-enjin tersebut bagi model-model baharu Proton atau model-model sedia ada seperti Proton Exora, model gantian Perdana dan Proton Preve (kemungkinan besar versi hatchback P322-A).

Enjin-enjin tersebut akan mula dikomersilkan bagi keluaran model sedia ada atau baharu pada suku ketiga tahun depan. Teknologi enjin tersebut dikatakan lebih baik, lebih ringan jimat minyak dan mesra alam. Enjin tersebut juga boleh digunakan untuk kenderaan Lotus. Bekas Perdana Menteri yang juga penasihat Proton dan Petronas, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir untuk menyaksikan majlis tersebut.

sumber : www.bernama.com & www.utusan.com.my

* Adakah tak lama lagi akan ada spyshots kereta Proton sedang menguji enjin E01 menggunakan mule P3-22A? Kita nantikannya…🙂

77 thoughts on “Kereta Proton bakal dijana oleh enjin Petronas

  1. So far, kereta apa yang pernah guna enjin ni ya?

  2. yeahhh..ini berita paling gembira bagi saya..
    sebab dah lama tunggu proton pelbagaikan enjin dia..

  3. Prototype yg pakai kat waja tu masih ada dkt petronas research centre.

  4. Preve’ hatchback dengan enjin ini, fuuuh. mantop. lagi mantop klau gear box manual 6 kelajuan.

  5. apa spec engine E01 tu yer?

    • Technical Specifications

      Valve mechanism: Continuous Control VVT (Variable Valve Timing)
      Camshaft: Double OverHead Camshaft (DOHC)
      Displacement: 2 litres
      Induction: Natural Aspirated
      Cylinders: 4, In-line
      Valves per cylinder: 4
      Block: Aluminum
      Weight: 108.9kg
      Max Horsepower: 204.3 PS @ 7300rpm
      Max Torque: 203Nm @ 5300rpm
      Power Output per litre: 100 PS/litre
      Volumetric Efficiency: 107.8%
      Emission Standards: EURO 2

      • from my naked eye, the engine is dual vvt,

        and further improvement is to meet the euro 4 5 and 6
        anyway its look yummy

      • betul lak aku teka, enjin turbo. 2.0, ada lak 2.2 tu. agak2 kuasanya mcm mana, aku rasa 2.0 turbo mcm 2.4 biasa. 2.2 turbo dah mcm 2.6 biasa. 2.0 turbo mgkn letak kat neo replacement, p322a, 2.2 turbo mgkn letak kat exora, perdana replacement dan ‘kereta sport rakyat’.

        enjin sesaran besar, turbo, dual vvti. agak2 ada gdi tak? kuasa mmg tak dapat dinafikan, tapi mcm mana pulak dgn penggunaan petrol? mgkn boleh downsize jadi 1.7 / 1.8 turbo, pilihan kpd pengguna yg nk jimat petrol andai cfe dah eol, mcm audi yg ada 1.8 turbo. pun bole downsize jd1.4 turbo atau 1.2 turbo utk kereta segmen A atau city car mcm emas, huhu

      • Mana dapat VE > 100% kalau tak turbo? Cuba cerita sikit. Bagus betul enjin ni. Cuma E01 BMEP =12.3 bar. CFE punya BMEP = 15.8 bar.

      • boleh sumbat suv.

  6. Stage f01 utk preve hatchback

  7. NI bila dah ada enjin baru kena la cari gearbox yang sepadan, takkan nak guna vt3 lagi kot. Elok kalau proton padankan enjin ni dengan gearbox Aisin 6speed yang digunapakai lotus evora IPS.

    Lepas ni plak target nak dapatkan enjin diesel honda earth dream plak.

    • sayang oi.. vt3 getrag yg preve pakai nh baru la dari getreg. Kalau pakai aisan,, berapa sangat yg mampu nak pakai.

      • getrag pun dh ok sgt..jauh berbeza la dari gearbox mitsu dulu..

      • Gearbox ni ex getrag sekarang punch motive. Unless punch motive bangunkan versi vt4 nyg boleh support up to 350++nm torque, tu pasal saya cadang amik gearbox aisin yg lotus evora pakai. Boleh jimat kos bila dapat order lagi banyak berbanding ketika dipakai oleh lotus je. Saya dengar campro cfe senang2 boleh pegi 150++hp tapi terbatas sebab gearbox boleh support max 220nm jer. Untuk preve dan exora memang sesuai tapi in future kalau ada preve hb, SUV dan segmen D memang kena cari alternatif lain.

  8. Semoga prestasi Preve Hatchback dengan enjin Petronas ini setanding dengan prestasi Lancer Sportback.Go Proton Go

  9. Nice news..kalo dpt beli petronas fp1 best gak..

  10. dok fikir bahawa enjin ini berasal usul dari enjin Ferrari suatu ketika dahulu. DNA sudah gah, harap terus berjaya!

  11. Klau kite tngok enjin tu sje, sungguh indah. Bg sye mcm enjin yg pling cntik di dunia, haha. Nnti bler dh launch, msti ad colour option silver m with petronas green stripes. Just my guess la.

    Off topic, kpda siape2 videogamers kt luar sne, try la main WRC 3. Ada Jentera Satria Neo S2000 dlm tuh🙂

  12. yang terbaru rasanya dlm internet, engine eo1 nih dh lepas emisi euro3 n capable euro 4. tp hp dia rendah kit,dlm 197hp 7300 rpm, tp torque dia lebih dlm 210nm 6250rpm. berbeza dgn versi euro 2 yg 200hp 7300 rpm, 203nm 5300 rpm. ada 3 versi, 1.8,2.0 dan 2.2.

    xslh aku, walupun max torque dia lambat capai banding ngan euro 2, tp 90% @ 189nm torque terhasil pada 2500 rpm, nyam nyam. klu tubo charge,kasi lepas emisi euro 5 & 6, mmg walauweh.

    tapi klu banding ngan cfe, aku rasa eo1 nih power ckit walupun torque dia xsebesar cfe pada 205nm 2k-4k rpm sbb hp eo1 lebih beso byk dr cfe pada rpm yg sama. eo1 klu ikut internetlah, 2.5k-6k rpm,torque dia bermain2 diantara 180nm-200nm sblm capai peak kat 6250rpm 210nm.

    tp masih bleh masuk vt3 nampak gayenye.

    xslh aku,petronas juga ada hasilkan engine capacity kecik, bwh 1000 cc, mgkin juga bleh guna utk glc kot.

    kita tggu n lihat jelah. lame xdgr brite abg the king kite🙂

  13. dgr cite internet, sblm petronas seize development eo1 nih, dia dh capai euro 3 n euro 4 capable. tp versi nih punya hp n torque, lain dr versi euro 2 punya. yg aku baca, ygterakhir 197hp@7300 rpm, 210nm@6250 rpm, dan 90% torque dia generate pada 2500 rpm iaitu 189nm.

    rasanya, perlu tune ckit utk euro 5, cam iafm+, tp xdalah amik masa lama cam bikin cfe kcuali dia nak turbocharge engine nih, tp xtauler kot2 petronas dh prepare yg turbcharge punya.

    tp, eo1 bg akulah lg power dr cfe coz hp dia jauh tinggi pada rpm yg sama dan torque dia, walupun x flat n tinggi cam cfe, tp pd 2500rpm-6000rpm, torque dia main2 antara 180nm-200nm. sesuai sgt ngan preve hatch klu nak jadikan dia sport oriented. klu bleh maintain hp n toque dia lepasi emisi euro 5, mmg power. klu banding euro 3/4 ngan versi k20 ngan nih, sama jek lebih kurang.

    tp yg aku musykil, engine 2.2 v6 yg prtn tunjuk dulu, adakah engine tuh petronas punya@ lotus@co mana punya?dia punya power 200hp@7250rpm n torque 210nm@5000 rpm.

    petronas ada jugak engine kecik, mgkin bleh masuk dlm gsc kot. kite tggu jelah.

    lama xdengor brite the king, pekabo?

  14. aik, td komen aku xmasuk, ni pas penat taip smula,kuar dua kali, mintak tuan tanah delete satu post. tqvm🙂

  15. Mudah-mudahan ia menjadi titik mula kepada kebangkitan PROTON dalam sektor automotif dunia . 😀

  16. Ehemmmm… Engine Hybrid ? EV? senyappppppp je… beli teknologi lama?

  17. ni deal untuk engine NE01 laa, bukan E01
    E01 kan dah jual kat China, Nanjing kalau tak silap.
    http://paultan.org/2005/09/04/petronas-e01-sold-to-chinas-nanjing-automobile/

    kalau tgk spec yg tulis kat komen atas tu pon Euro 2 je bole meet, nak jual kat mane engine Euro 2 bang oi.
    ni engine family baru.

  18. sebagai org yg berpendapatan rendah..harap proton still ade enjin bawah 1.6l…bukan ape…2.0 keatas bawak mmg sedap..laju..tapi bile time nak renew roadtax tu yg sakit..klu 1.6..90 hengget je…

    • itu lah pasal… 1.6 untuk rakyat sedehana.. jangan dilupakan.. rakyat sederhana ramai beli proton…

  19. TAHNIAH PROTON .GO PROTON GO

  20. Aku harap dengan pembelian ini halatuju PROTON lebih jelas.Pembelian ini bukan sahaja menguntungkan PROTON dan LOTUS malah menguntungkan MODENAS kerana PETRONAS juga pernah mengeluarkan superbike PETRONAS FPI kalau tak silap.

  21. Proton beli enjin dengan blueprintnya sekali…ini berita menarik..

    Tapi saya masih menunggu enjin cc kecil, direct injection beserta turbo (inline dengan trend enjin zaman sekarang).

  22. makna nyer proton dah ader beraper enjin dalam design derang sekarang.
    Keluarga Campro:
    -campro
    -campro AIFM
    -CPS
    -CFE

    Plus yang baru beli dari petronas:
    -7 jenis eh?

    Yang keluarga kereta letrik lak.
    -yang fraser nash develop eh.
    -yang lotus hybrid eh.

    Yang Keluarga Lotus lak:
    -Yang develop baru for elise by wolf zimmer.

    tuh jer la aku tahu. kekurang ader lapan, maybe lepas nih, body dah mantop, engine mantop, total built and part quality jek yang kena improve, ( plus design pon kena improve gak kot)

  23. “PETRONAS E01 engine, developed by ex-Honda F1 chief Osamu Goto with at least 50 Malaysian engineers .. the man who made F1 champion car for Honda and Ayrton Senna, also the man behind the Honda NSX development … ”
    [copy paste from http://forum.lowyat.net/topic/2560376/all%5D

  24. Kak lijah sblah umah aku layan citer ni..suka kak lijah proton beli engine petronas…

  25. mantap dari PROTON, guna enjin lebih berkuasa. Lepas ni boleh la buat banyak pilihan enjin untuk sesebuah model seperti Proton Wira yg ada banyak pilihan enjin (1.3,1.5,1.6.1.8 DOHC,2.0 Diesel)…

    bila pilihan ada banyak, boleh la customer pilih ikut kesesuaian kegunaan mereka. Cam baru2 ni di Australia, saya baca dari blogger automotive mereka, Proton memerlukan enjin lebih besar dan power utk bersaing…

    Ini permualaan bagi PROTON

    kualiti dan keselsaan harus diutamakan

  26. dua berita gempak..patut ble meletop2..bum bam bum bam..
    -join dgn HONDA
    -guna enjin petronas
    feedback suam2 suku jek…
    kalo zaman2 proton tgh mluap2 sblum ni(sblum drb)..berita gini mmg panaskan blog2 pmotoran..
    ———————————
    harap dpt balik zaman tu..bkn zaman la..suasana tu.

  27. off topic yea.. grill proton dulu2 nampak kemas berbanding model2 sekarang.. starting saga grillnye nampak murah..

    so da ade enjin nih bole la plak buat segment D.. baru la x ilang customer untuk segment nih

  28. satria neo eo1 petronas.

  29. KAK LIJAH dulu student mechanical kt stanford university..

  30. Off topic: preve h/back hampir sama dengan Lexus C200h

  31. http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20121212005602/Article/index_html baca kt artikel ni Proton dapt hak teknologi GDI petronas pnye…..wah,bhrap sgt ad Satria Neo GDI…..

  32. Off topic,

    Berita harian melaporkan jualan kenderaan di indonesia telah melepasi 1juta unit pada november,
    Harapan saya bila kerajaan baru mengambilalih , malaysia juga mampu mencapai jualan sejuta unit.
    Saya berharap enjin baru proton ini bakal lebih baik dari campro, secara peribadi kalau proton diberi enjin bmw pun tak mana…. DRB semua perniagaanya melalui pintu belakang apalah yang mampu DRB lakukan pada proton yang berpenyakit kronik dan kompleks.

    • Mmm… jualan sejuta unit di m’sia? Boleh sahaja bila umat manusia di m’sia hampir sama banyak seperti di indonesia dan kuasa membelinya tinggi:)

      Yakin dan optimis dgn masa depan… sudah tentu DRB n Proton bleh memacu gemilang!

      cheers!

    • Indonesia kat Jakarta saja dekat nak sama jumlah penduduk MY. Sebab tu la TDM dulu buat kempen 70 juta penduduk… Bukan sebab nak suruh main saja…

    • Saya mintak doa pd Allah jangan berlaku perubahan kerajaan, kerana kerajaan sekaranglah yg melahirkan dan memajukan PROTON. PROTON akan rosak jika kerajaan berubah, apatah lagi oleh mereka yg tidka tahu mentadbir negara. DRB ambil alih GLC yg bermasalah untuk dimajukan bukan ambil angsa emas. Usah cantas pokok yg sudah keluarkan hasilkan buah berbanding menanam pokok belum pasti keluarkan buah, ditakuti hasilkan DAMAR RACUN..

      • sy minta Allah selamatkan kita dunia akhirat.

      • saya pulak mintak allah beri kekuatan kepada pemimpin2 yang berani menegakkan agama nya dan mendoakan semoga pemimpin2 yang bongkak, sombong dan makan hasil rakyatnya tanpa kebenaran diberi hadayah dan kekuatan untuk menerima agamanya. Menjadi pemimpin bukan dilihat dari kuasa besarnya, hanya perlu lihat keluarganya. Cara ia memimpin keluarganya. Kalau keluarganya itu sedap dipandang dengan penuh amal ibadat, maka sedap lagi mata memandang kalau ia memimpin sesuatu organisasi yang besar. Insyaallah. ALLAHHUAKBAR !!!!

        p/s: proton dah swasta. So x d masalah klau berubah atau tidak. Dan berubah bukannya kerajaan. Kerajaan still kerajaan. Yg berubah hanya parti politik yang menjaga kerajaan.

      • Perubahan untuk kebaikan.. mungkin lebih baik In Sha Allah..

      • Saya minta juga Tun M hidup lagi seratus tahun agar saga facelift yang kelapan ader horsepower macam ferari.
        Dan saya minta juga lantik raja/sultan jadi board macam FAM agar orang takut nak condem kereta kita.

        Come on boh, it’s science, yang terbaik akan produce yang terbaik, tak kira sapa sapa pon, yang penting, kita hidup akan disoal kalo tak menjalankan tugas kita dengan baik.

        Tapi aku suka ayat ni” Dipalingkan hatinya daripada kebenaran apabila dia mengunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri” kira khinati amanah la nih.

        -Terima Kasih Pendidikan-

  33. Oleh kerana ada enjin 2.0l dan 2.2l, sudah tiba masanya proton membangunkan kereta D segmen bagi menggantikan perdana yang telah usang.

  34. Off topic
    Proton minat nak dapatkan balik kepentingan dalam MV Agusta. Untuk bantuan bina engine kapasiti 1.2 1.4 turbo.

  35. Bagaimana pula dengan perkembangan P3-22A? Ada sesiapa ada berita terkini? Dah lama senyap saja.

  36. Sy cadangkan kpd admin:
    Kite pakat ramai geng 2 funtasricko buat satu lawatan ke proton Shah Alam & dan petronas bangi untuk mendapat maklumat dengan dekat mengenai engine family petronas baru..

  37. So xpayah la kite asik buat teka2 je..

  38. Engine nie guna timing belt ke timing chain? Aku dah muak ngan basher proton asyik ckp proton pakai tech lama.. harap engine dalam sumbat (tutup) mulut mereka yg sesedap je mengata..

  39. Berita proton mana boleh caya. Tengok apa jadi dengan kereta hybrid. Habuk pun tak da. Proton good at nato.

  40. tapi aku heran skit….dlm banyak2 ayat yg dikupas diorang terlupa kupas ayat ni `ataauwanu ala birri wa takwa………..` sbb org yg amar makruf nahi mungkar dipecat dlm masa yg sama dok cover gerakan dakyah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s