funtasticko design

http://funtasticko.net

PANDU UJI KENDERAAN NISSAN DI LEGOLAND

1 Komen

DSC_1710

Sempena musim cuti sekolah, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mempamerkan model-model terlaris Nissan semasa siri jelajahnya di LEGOLAND® Malaysia. Siri jelajah ini yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 14 Disember 2012 hingga 16 Disember 2012 untuk mempamerkan ALMERA, TEANA, NAVARA dan SYLPHY.

Tan Chong Group mengumumkan kerjasama bersama peneraju taman tema yang pertama di Asia dengan penuh gaya menerusi satu siri jelajah di taman tema tersebut. Tan Chong ialah rakan automotif rasmi LEGOLAND®Malaysia dan merupakan penaja Sekolah Memandu dan Sekolah Memandu Junior.

Model yang menjadi bualan ramai dan merupakan penambahan terbaharu dalam keluarga Nissan, Nissan ALMERA pastinya akan mendapat perhatian ramai di siri jelajah ini. Ini kerana sedan segmen B itu benar-benar mendefinisikan semula aspek keluasan menerusi ruang kaki dan kabin yang mendahului kelasnya. Selain ruang but yang besar untuk lebih keselesaan dan pemanduan menyeronokkan yang disempurnakan oleh rekaan luarannya.

Pengunjung taman tema juga boleh melihat model-model premium Nissan. Bersedia untuk belajar, memandu uji dan menikmati Power of the V6’dengan model Nissan TEANA 2.5L; penjimatan bahan api transmisi Xtronic Continuously Variable Transmission (X-CVT) pada model Nissan SYLPHY 2012 dan sistem pacuan empat roda yang dikawal secara elektronik (Electronically Controlled 4WD System) yang ada pada model ‘ibu segala trak’, Nissan NAVARA.

“ETCM ingin menjadi sebahagian daripada memori indah yang pelanggan nikmati sepanjang musim cuti ini memandangkan mereka menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak kecil masing-masing di LEGOLAND® Malaysia,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

DSC_1721

“Keluarga-keluarga yang mengunjungi taman tema ini pasti akan tertarik untuk pergi ke sekolah memandu di mana anak-anak mereka dididik mengenai etika keselamatan jalan raya dalam persekitaran yang menyeronokkan. Di ETCM, kami memberi penekanan terhadap pentingnya keselamatan. Justeru, kami teruja untuk bekerjasama dengan LEGOLAND® Malaysia yang memiliki nilai-nilai ‘keselamatan’ yang sama seperti kami,” tambah Dato’ Dr Ang.

Siegfried Boerst, Pengurus BesarLEGOLAND® Malaysia juga berkata kerjasama ini memberikan pengunjung nilai tambahan. “Melalui kerjasama ini, kami dapat meningkatkan pengalaman pengunjung ke taman tema ini. Sekolah Memandu ini menyediakan persekitaran yang menyeronokan untuk kanak-kanak sambil memberi tunjuk-ajar tentang keselamatan di jalan raya. ETCM juga mengambil berat tentang nilai-nilai ini dan kami percaya kerjasama ini memberikan pengalaman yang lebih mendalam kepada keluarga di taman tema ini.”

LEGOLAND®Malaysia Driving School terletak di LEGO®City. Ia menawarkan pengalaman pemanduan sebenar dalam cara yang unik dan interaktif. Di sekolah memandu ini, kanak-kanak berusia di antara 6 hingga 13 tahun diberi peluang untuk belajar tentang peraturan jalan raya, selain memandu di atas jalan trafik yang sebenar bagi melayakkan mereka menerima Lesen Memandu LEGOLAND® Malaysia Tan Chong Nissan di penghujung kursus tersebut. Sementara kanak-kanak berusia di antara 2 hingga 5 tahun pula dapat merasai keseronokan memandu di Sekolah Memandu Junior.

Para peminat Nissan yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga pada hujung minggu ini patut mengunjungi LEGOLAND® Malaysia. Mereka bukan sahaja menikmati hiburan di taman tema itu, malah berpeluang untuk mendekati model-model terlaris Nissan.

Selain melihat dan memandu uji empat model terbabit, ETCM juga telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Badut Belon dan bengkel Bingkai Gambar untuk semua pelanggannya. Maklumat lanjut siri jelajah itu adalah seperti berikut:

Tarikh 14 – 16 Disember 2012
Lokasi Legoland Malaysia Driving School
Masa 10am-8pm

Anda boleh mengunjungi siri jelajah kami di seluruh negara untuk merasai keterujaan model-model terlaris Nissan di lokasi-lokasi berikut:

Tarikh Wilayah Lokasi
26 Disember 2012 –  1 Januari 2013 Tengah One Utama
31 Disember 2012 – 6 Januari 2013 Utara TescoIpohGarden
31 Disember 2012 – 6 Januari 2013 Utara Tesco Tanjung Pinang
3-5 Januari 2013 Timur KB Mall
4-6 Januari 2013 Tengah Sunway Pyramid
4-6 Januari 2013 Sarawak The Spring Mall
10-13 Januari 2013 Utara Queensbay Mall
11-13 Januari 2013 Tengah Paradigm Mall
18-20 Januari 2013 Sarawak Delta Mall
28 Januari – 3 Februari 2013 Utara Tesco Mergong

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan di talian Tol PERCUMA: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my .Pandu uji juga boleh diatur di bilik pameran Nissan berhampiran anda!

Advertisements

One thought on “PANDU UJI KENDERAAN NISSAN DI LEGOLAND

  1. try this then try preve cfe.
    then ask them how do they justify 70k of money.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s