Posted by: campromania | November 24, 2009

Proton akan menggantikan Waja tahun depan

SHAH ALAM 23 Nov. – Proton Holdings Bhd. (Proton) merancang bekerjasama dengan pengeluar automotif Jepun, Mitsubishi untuk menggantikan kereta Waja lama, pada tahun depan. Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (gambar) berkata, semua kereta lama akan digantikan dengan variasi dan wajah baru untuk meletakkan Proton di tahap lebih tinggi.

Menurutnya, Proton sedang bekerjasama dengan syarikat kejuruteraan besar dan syarikat lain di luar kumpulan dari segi reka bentuk. “Kami mahu berkembang secara global dan pada masa yang sama, kami juga bekerjasama dengan pembekal pengeluar peralatan asal (OEM) global. “Teknologi yang digunakan akan lebih baik berbanding apa yang digunakan untuk Exora sekarang,” katanya selepas mengumumkan keputusan prestasi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

Syed Zainal Abidin berkata, bagaimanapun, Proton tidak hanya menunggu untuk menggantikan kereta lama.
Malah katanya, pihaknya telah memulakan program kereta baru iaitu memperkenalkan sekurang-kurangnya sebuah model baru setiap tahun. “Bergerak ke depan, kami berhasrat untuk melancarkan dua buah kereta seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakan pengeluar automotif. “Kami mempunyai infrastruktur yang betul menerusi Pengurusan Program Perusahaan (EPM), oleh itu, kami tidak seharusnya ketinggalan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, pihaknya akan melabur dalam kakitangan supaya dapat memperkenalkan dua model baru setiap tahun. Mengenai prestasi kewangan pula, Syed Zainal Abidin berkata, Proton merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM101 juta, meningkat 58 peratus pada suku kedua berbanding RM64 juta, tempoh sebelumnya. Katanya, peningkatan itu berikutan jualan yang memberangsangkan daripada model-model Exora, Persona dan Saga yang merangkumi 86 peratus daripada jumlah jualan pada suku kedua.

“Aliran tunai juga meningkat melebihi RM1.5 bilion dan kami berharap dapat mengekalkannya dengan adanya jualan semasa yang amat menggalakkan,” jelasnya. Tambahnya, Proton menyasar jualan eksport meningkat sebanyak 30,000 buah atau kurang untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2010 tetapi yakin dapat melepasi 25,000 buah. “Kami akan terus melabur dalam pembangunan produk yang memberi nilai wang baru, dan mengembang ke dalam pasaran utama tertentu untuk mendapatkan pulangan. “Pada masa yang sama, kami juga akan meningkatkan operasi menerusi kaedah termasuk rasionalisasi pengedar, pembekal selain mengoptimumkan kapasiti,” katanya.

Posted by: campromania | November 23, 2009

Perodua ALZA dilancarkan


video tv commercial Perodua ALZA

Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Solid – RM55,490
Metallic – RM55,990

S. Metallic – RM56,190 Perodua Alza 1.5L Standard A/T
Solid – RM58,490
Metallic – RM58,990
S. Metallic – RM59,190

Perodua Alza 1.5L Premium M/T
Solid – RM60,490
Metallic – RM60,990
S. Metallic – RM61,190

Perodua Alza 1.5L Premium A/T

Solid – RM63,490
Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM64,190

*S. Metallic – Pearl White

Baru je dilancarkan tadi, sy pun xsempat lagi gi tengok..esok pagi kot..info, gambar & video diambil dari Paultan.org

Posted by: campromania | November 22, 2009

TERKINI : Brochure ALZA yg sebenarnya

sumber : www.peroduaalza.co.cc

ni yang versi advance nye : alza advanced version

Posted by: campromania | November 22, 2009

UPDATE : Brochure ALZA lagi


Fan photos from Car One Moment, MPV The Next Facebook

thanks mr n@z sbab kasi link ni, kredit to www.peroduapromosi.com

ni link ke : http://www.peroduapromosi.com/index.php?p=1_76

Posted by: campromania | November 22, 2009

LATEST : Persona Enhancement spyshots from drexchan.fotopic.net


gambar dari paultan.org


gambar dari paultan.org

Thanks to joliloli sebab kasi tau link ni, kredit to drexchan.fotopic.net

klik link ni untuk ke : http://drexchan.fotopic.net/

Posted by: campromania | November 21, 2009

Panas : Artwork bro Chaku diplagiat oleh RTM/TV2!!!


artwork yg diplagiat oleh RTM/TV2


artwork bro Chaku yg ori

video dia :

Bro Chaku bengang je lepas tengok video ni.. Apa pendapat anda???

Posted by: campromania | November 21, 2009

Video R&D Proton


clay model kereta misteri, apakah kereta ini?

link ni diambil dari : http://www.youtube.com/user/TheCarFetish#g/u

thanks to ansys sebab kasi tau link ni.. :)

Posted by: campromania | November 20, 2009

TERKINI : Spyshots Persona Enhancement dari bro Chor!!!

Yang ditunggu2 telah tiba..buat pertama kalinya spyshots Persona Enhancement telah diambil oleh bro Chor..katanya dia amik kat hentian rehat dengkil..terima kasih banyak2 bro Chor atas spyshots ni..kalau sape2 dapat spyshots bahagian depan lak pasni email la kat sy ye, campro_mania@yahoo.com ;)

Posted by: campromania | November 20, 2009

TERKINI : Brochure ALZA!! Thanks to bro Vtec

price list ALZA dari blog bro prodas : http://prodas.wordpress.com/2009/11/20/perodua-alza-new-pic/091118224721-2/

gambar terkini brochure ALZA dari bro Vtec, pricelist sumber dari prodas.wordpress.com..layan..

Posted by: campromania | November 19, 2009

Video : Kia Forte spotted in Port Klang

Sehari selepas pelancaran Perodua Alza, Kia Forte pula akan dilancarkan..kita tunggu pelancarannya 24hb November ni..

Older Posts »

Categories