funtasticko design

http://funtasticko.net

PANAS : Design 1st stage T-shirt Harimau Malaya telah “diciplak” oleh lanun!!!

39 Komen

Amat mengejutkan saya setelah mendapat info http://www.lelong.com.my/harimau-malaya-t-shirt-special-edition-003-xxs-xs-s-m-l-xl-2xl-76430359-2012-01-Sale-P.htm ini dari bro Murai. Ada lanun telah menciplak rekaan 1st stage saya yang kat bawah ini & buat jualan secara online juga. Terima kasih pada bro Murai yang alertkan saya perkara ini.

(Klik untuk imej yang lebih besar)

Adakah orang yang buat perkara ini tak baca apa yg saya tulis kat bawah artwork tu? Dah la ambil design orang tanpa kebenaran, lepas tu jual dengan harga yang lebih mahal RM40. Ini adalah perbuatan yang tidak beretika kerana mencuri harta intelek orang lain. Anda boleh membuat perbandingan baju yang ori dengan yang “ciplak” ini :-

T-shirt Ori dari Funtasticko Design : (Klik untuk imej yang lebih besar)

T-shirt “ciplak” : (Klik untuk imej yang lebih besar)

Belilah yang ori kerana harganya lebih murah iaitu RM30 selain mendapat percuma sticker cermin kereta dengan setiap pembelian 2 helai t-shirt ini, teruskan menyokong FUNTASTICKO DESIGN.. Apa pendapat rakan2 blog semua & pembeli t-shirt ini? Jom kita hentikan kegiatan “tidak beretika” ini!!!

39 thoughts on “PANAS : Design 1st stage T-shirt Harimau Malaya telah “diciplak” oleh lanun!!!

  1. Masa terjumpa iklan ni teruk belek2 post lama kat sini, nk cr design yg 1st2 dr bro campro, sekali sama rupanya… xgune betol orang yg buat kerja macam ni..

  2. ko da call ke number die tu? kite bakor je! sape2 setuju dengan cadangan sy, sila angkat tangan mcm sayer ~~~

  3. apa lagi menyamar nk beli bj dr org yg wat ciplak tu.

  4. jom2.. kita pkat2 menyamar…

  5. penciplak tu suka sgt mengambil untung atas angin.. dah la tak de idea… menipu lak tu..

  6. Dahsyat bro, kena daftar harta intelek lepas ni..main sodap je dia ciplak..

  7. dah pura2 tanya pasal baju kat penciplak, still xde respon.

  8. bro campro,tak rasa ke gambar baju ciplak tu sebenarnya di edit,mungkin asalnya gambar baju hitam kosong,pastu di ambik design bro pastu paste kat gambar baju hitam tu.
    Sebab nampak macam ada renyuk kat baju tu tapi bahagian ada imej macam tak terjejas dengan renyuk tu.

    • ada kemungkinan..sebab imej tu x sharp..xpe, dia xkan dapat sama macam yg asal..xkan la desperate kot nak cari duit smpai design orang pun dia cilok..baik dia gi rompak bank, sama je dengan pe yg dia buat sekarang ni..

  9. Hi, bro Campromania.😀

    Suggestions:
    1. Gambar/iklan t-shirt tak perlu upload yg high-resolution. Lagi high, lagi kurang pixelation bila dibesarkan utk printing, jadi senang utk org ciplak design. So, lebar 600 pixels dah mencukupi setakat nak iklankan di blog.
    2. Letak watermark across the design dlm iklan2 akan datang, mcm notis “contoh” kat gambar duit kertas.
    3. Avoid guna design straight dr illustator/photoshop. Kalau leh, pakaikan tshirt tu kat model, ambik photo. Susah skit nak ciplak, sebab design tu tak flat, atas badan org.

    All the best, bro.😀

    • tq bro, cadangan yang bijak..sy sebenarnya telah buat kesilapan selama ni..memudahkan orang mencuri idea dengan mudah…lepas ni saya kena lebih berhati2..saya akan praktikkan tips2 yang bro bagi ni lepas ni..harap tak berlaku lagi perkara seumpama ni lagi..orang yg mencuri tu untung atas angin tanpa bersusah payah buat design

  10. perghhh..gua cukup sakit hati klu bnda ni jadi kt aku…bengang beb tgk design yg kita buat kena ciplak;<

  11. pergh! saman je org yg ciplak tu.. huh~!

  12. Bro Campro,

    Dah report ke admin lelong ke? patutnya dia boleh remove sebab barang pirate tu…

  13. Bro, off topic jap.. Ada dengar ape2 cerita tentang naza nak kuar SE punye Citra, Picanto and Forte.. Saya tengok kat showroom dah ada dah..

  14. bro mintak la royalti.. nk saman pn tak guna, each t-shirt dia jual paw design rm5 each.. so brg dia abis jual, tshirt bro pn abis jual.. win-win situation.. huhu..

    btw baju dah smpai jumaat tadi, ada sikit melekat kt dye muke harimau tu.. pelan2 aku tarik dan berjaya gak akhirnya tanpa mencacatkan baju.. huhu

    • bro sy punya pun ada melekat sikit kat muka rimau tu tp bila tarik pelan2 alhamdullilah ok.

    • dia melekat sebab rubber dye tu bile bertindih time lipat tu…lepas tu pulak lama dok dlm sampul pos ekspress..sy sebenarnya repacking semula baju tu siap dengan tag masuk dlm plastik lain..plastik yg asal teruk sgt, hehehe…ni baru la sedap hati nak anta ke customer..syukurlah baju tu xde apa2…kena tarik slow2 la..biasalah getah bila dia bertemu mesti lekatnya.. tq bro semua sebab support produk saya🙂

  15. Hmm…biasa bro mende2 cam ni..Baju Double Trouble (gua crew merchandise) pun kene ciplak design..Jual baju berdepan je bro. Official lawan ngan piracy….siap ikut pusing satu Malaya lagi..
    Member gua maleh nak layan jerr…

  16. assalamualaikum…kerana kelantangan pihak fantasticko menyindir kami di website tanpa usul periksa dan tidak hubungi kami terlebih dahulu,disini kami ingin membuat pengakuan… kami adalah kilang printing t-shirt,
    kami juga org islam yang taknak makan hasil haram utk tanggung keluarga.

    bukankah pihak anda yang telah menempah tshirt harimau malaya ini daripada kami dengan harga printing
    (60sen satu warna)

    kerana kami hanya akan buat baju yang ditempah sahaja!!!
    bukankah pihak anda juga yang telah memberi kebenaran untuk menjual baju harimau malaya ini…!!!

    sepatutnye sebagai org islam yang soleh anda tidak menjatuhkan maruah org lain tanpa usul periksa.
    sebagai profesional pihak anda sepatutnye hubungi kami terlebih dahulu sebelum mengata.!!!

    info: kami menjahit,menjual dan mencetak t-shirt.

    HARGA PRINTING KAMI: 30sen satu warna utk 2000pcs ke atas
    60sen satu warna utk 200pcs keatas
    RM1.50 satu warna utk 100pcs keatas
    RM2.00 satu warna utk 50pcs keatas
    UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI: fadzil 019-2430156

  17. yahoo:ko da call ke number die tu? kite bakor je! sape2 setuju dengan cadangan sy, sila angkat tangan mcm sayer ~~~

    fadzil:yahoo,maaf cakap baik2 sikit,siasat dulu sebelum bagi cadangan bodoh…

  18. proliver: mcm macam cara org nak menipu… sian bro campro..

    fadzil: maaf proliver, saya takde niat pun nak tipu org..saya dah buat busnes dekat 12 tahun buat apa nak tipu2 org.malaysia ni kecik je..

  19. am: apa lagi menyamar nk beli bj dr org yg wat ciplak tu.

    fadzil: maaf am, takyah nak menyamar saya yang terima tempahan tu dan saya yang print design tu sebab yang tempah tu kata tu design dia dan bagi saya jual,dan dia ada bagitau masa tu dah byk org tiru design dia.

  20. stroller: penciplak tu suka sgt mengambil untung atas angin.. dah la tak de idea… menipu lak tu..

    fadzil: maaf, saya bukan saje2 ciplak tapi saya tanye dulu org yg tempah design tu kat kilang saya sebab tengok design tu lawa.kalau bukan design dia saya takde nak print lebih.byk lagi design saya ada.

  21. fridzmax: Dahsyat bro, kena daftar harta intelek lepas ni..main sodap je dia ciplak..

    fadzil: betul kata fridz..kalau betul apsal tak daftar kan selalu kuar dlm iklan..bila jadi macam ni mulalah nak melenting…saya pun masih pening tak tau siapa yang betul..

    murai: dah pura2 tanya pasal baju kat penciplak, still xde respon.

    fadzil: maaf saya pun tak tau sape ciplak siapa tapi saya mengaku saya yang print baju tu.ape2 boleh call saya atau masej kat facebook fadzilfauzi.

    unknown: bro campro,tak rasa ke gambar baju ciplak tu sebenarnya di edit,mungkin asalnya gambar baju hitam kosong,pastu di ambik design bro pastu paste kat gambar baju hitam tu.
    Sebab nampak macam ada renyuk kat baju tu tapi bahagian ada imej macam tak terjejas dengan renyuk tu.

    fadzil: memang saya yang edit gbr tu dan dah tanye kepada org yang tempah baju tu terlebih dahulu.saya edit sebab design tu saya ubah sikit dan design tu bersambung dari depan ke belakang.kain yg kami guna dari gred microfiber sebab tu harga dia mahal sikit.

    camproman: ada kemungkinan..sebab imej tu x sharp..xpe, dia xkan dapat sama macam yg asal..xkan la desperate kot nak cari duit smpai design orang pun dia cilok..baik dia gi rompak bank, sama je dengan pe yg dia buat sekarang ni.

    fadzil: maaf,memang saya copy dari internet design utk web kami.saya buat lain sikit sebab taknak terlalu sama.sebenarnye walaupun design tu tak sharp kami masih boleh buat sama malah lebih baik dari tu.kami buat blok dari filem yg org tu bagi.maaf saya belum terdesak lagi sampai nak rompak bank.

    camproman: tq bro, cadangan yang bijak..sy sebenarnya telah buat kesilapan selama ni..memudahkan orang mencuri idea dengan mudah…lepas ni saya kena lebih berhati2..saya akan praktikkan tips2 yang bro bagi ni lepas ni..harap tak berlaku lagi perkara seumpama ni lagi..orang yg mencuri tu untung atas angin tanpa bersusah payah buat design.

    fadzil: betul tu,kalau betulpun awak yang buat design ni.awak tak patut buat silap mcm ni.hanya org yg baru dlm bidang ni je akan buat kesilapan ni.

    lelouch: perghhh..gua cukup sakit hati klu bnda ni jadi kt aku…bengang beb tgk design yg kita buat kena ciplak;<

    fadzil: bukan lu je beb..kalau gua kena pun bengang jugak tapi gua buat sebab dapat green ligt dari designer asal.gua pernah tengok artwork file adopphotoshop dia sebelum buat filem dulu.tapi masalahnye gua tak dapat call dia sbb nombor hp dia hilang.

    camproman: tu la pasal, saya yang design penat2 ada pulak “kutu” cilok buat barang dia..hantu betul orang macam ni..harap dia insaflah cepat..

    fadzil: maaf, saya tak pernah ada niat nak cilok sape2 design tampa mintak izin.

    g-mie: pergh! saman je org yg ciplak tu.. huh~

    fadzil: saman pun tak guna kalau takde paternt.macam lagu jugak.setakat artwork dari Ai tak kukuh utk buat bukti.

    SD: Dah report ke admin lelong ke? patutnya dia boleh remove sebab barang pirate tu…

    fadzil: kalau betul dan ada bukti kukuh yang design ni camproman yg punya dan bukan tiru idea org lain jugak, saya sendiri akan suruh ajen2 saya seluruh malaysia hentikan jualan serta merta.

    nazri: bro mintak la royalti.. nk saman pn tak guna, each t-shirt dia jual paw design rm5 each.. so brg dia abis jual, tshirt bro pn abis jual.. win-win situation.. huhu..

    btw baju dah smpai jumaat tadi, ada sikit melekat kt dye muke harimau tu.. pelan2 aku tarik dan berjaya gak akhirnya tanpa mencacatkan baju.. huhu

    fadzil: sebenarnye saya sokong kata nazri,kalau design ni betul2 camproman yg punye saya setuju bagi royalti RM2.00 satu baju sebab saya bukan jenis org yang suka senang atas kesusahan org lain.designer asal dulu tak mintak royalti so saya tak bagi lah.saya pun ada buat baju ni yg spesel utk saya pakai.kualiti tinggi dan kalau org nak tiru comferm mahal gile.
    lagi satu,utk pengetahuan design melekat sebab masa packing dye dia belum betul2 kering bahagian dalam.

    yas: Hmm…biasa bro mende2 cam ni..Baju Double Trouble (gua crew merchandise) pun kene ciplak design..Jual baju berdepan je bro. Official lawan ngan piracy….siap ikut pusing satu Malaya lagi..
    Member gua maleh nak layan jerr…

    fadzil: betul tu…dah perpuluh design saya org tiru tapi takleh nak buat apa biar jelah.nak patern kan pun tak berbaloi sebab baju memang senang org tiru.
    kilang kami pernah print baju original salah satu kartoon top kat malaysia ni tapi cara dia kemas.susah org nak tiru.lepas printing siap semua blok,filem asal kena musnahkan.yg penting dia org patern design tu.

    camproman: kalau sy banyak duit memang nak buat tour 1 Malaya promote brand Funtasticko Design ni..

    fadzil: bagus cadangan tu,yang penting paternkan design yang dikeluarkan baru ada bukti.lagi satu,tak perlu jatuhkan org lain sebelum siasat betul2…
    kalau ikutkan undang2 saya boleh saman fantasticko sebab burukkan nama syarikat saya.dan ada byk bukti dalam dalam website fantastiko.tapi saya bukan jenis org yang cepat melenting sebab dah biasa masalah mcm ni dan saya tak suka jatuhkan sesama islam dan melayu.

    kalau ada terkasar bahasa harap dimaafkan.saya menjawab semua persoalan sebab saya rase saya tak salah.berani kerana benar.

  22. cm ne ex nk dpt tshirt nie??

  23. alah bukannya lawa sangat design pun…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s