funtasticko design

http://funtasticko.net

Gambar ALZA accident!!

69 Komen

Gambar ni saya ambil dari prodas.wordpress.com…dari info yg saya dapat kat forum.lowyat.net, kejadian ni berlaku berhampiran Exit Jelutong NKVE & kemungkinan Alza ni dilanggar oleh lori/truck..tak dapat dipastikan macam mana keadaan pemandu & penumpang Alza ni..memang kuat impak pelanggaran ni sampai habis terperosok 3rd row dia.. Berhati-hatilah di jalan raya…

69 thoughts on “Gambar ALZA accident!!

  1. uihhh…
    sian owner kete nih…
    dah aa baru beli..
    sian2..
    +_+

  2. Aku rase mungkin ade driver je masa tu, tengok bahagian belakang pun takde kesan potongan nak keluarkan mangsa, tapi aku rase body alza ni lembut sangat lah

    • memang driver jeh yg involve(pompuan melayu tak salah aku)waktu pagi nak pegi keje…kebetulan lalu masa nak pegi cyberjaya rabu minggu lepas..memang bahaya dok blakang camni..serammmmm

    • harap driver je la sorg, kalau la full load..xtau la camne nasib yg 3rd row tu..

  3. tengok body belakang die..
    melengkung!!!!!
    om perodua…..
    dulu tayar kat third row..
    skrg second row..
    mmg toptal lost nh..
    tapi mesti owner dpt kete baru…

  4. macam pakai full fiber je…
    bar besi tak de ni..
    harap owner dia dalam perfect condition .. amin

    • dah berlanggar dengan lori memang mcm tu.ape nak pelik.kalo dgn kereta n motor len laa…!!! tu pun xleh pikir..adooyaaii…!!come la kid.matang sikit la pikir

    • kreta makin mahal.. tapi dari segi kselamatannya tidak dititik beratkan

  5. Ada sesiapa yang mempunyai maklumat EuroNCAP utk Passo Sette/Boon Luminas?

  6. huhuh… ini jadikan iktibar kepada pengguna jalan raya supaya berhati2 dijalan raya…..jgn angap kereta baru tak akan exiden..so…berhati2 lh..hahah

  7. kita bukan laa nak pertikaikan ujian yg dijalankan pada Alza.. cuma, kesian kat pemilik Alza ni.. hurmm, biasa ujian buat depan dengan tepi je ke..? belakang ada x..??

    kalau ade penumpang di bahagian belakang.. xdpt saye nk byg keadaan mereka..

  8. Uishhhh Dahsyat nye…. tibai laju ke apa alza tu??

  9. lepas ni sure minah yang pakai Alza ni amik Exora atau Persona..haha

    Dari gambar pun boleh tengok betapa nipisnya besi yang digunakan..nak kurangkan berat la kononnya, tapi keselamatan terabai..

    ni lah dinamakan…

    Handling and Tuned By Perodua.. (downgrade)

    p/s: sedarla malaysian.. perodua jual downgrade car..

  10. rsenyer alza nie kene rempuh dgn lori la..sbb kalo kene rempuh dgn kete bese remuknye xkan smpi ke bumbung..n impak die xkan menyebabkan pintu blakang tu bengkok..lgpn exit ke bukit jelutong mmg byk lori..especially lori pasir tuh..berhati2 la di jalan raye yer..

    p/s : hehe..bro campro , entry nie mcm nk kondem alza je en..wakakakakka..body lembut sgt..

  11. alamak! alza dah jadi myvi!

    • iyela alza tapi myzi…….anyway carefull while diving.keta keras cmne pun klau dah accident msti mdatangkan mudarat. ingatlah org trsayang…….

      pic2 mcm ni buat kita sedar skit….

      • tu la tujuan sy sebenar, kalau kereta ada 5-6 star EuroNCAP pun bila accident pada kelajuan tinggi ataupun dirempuh kenderaan berat impak dia mesti maksima punya.. berhati-hati di jalan raya kepada semua.. 😉

    • tapi airbag biasanya untuk head on collision kan…
      sbb x d pun tanda2 airbag die terkeluar…
      tapi biasanya kereta yang ada 2 airbang hanya akan kuar airbag die kalau head on collision. lain la volvo ke, bmw ke, merc ke sbb deorg ad side airbang. kalau volvo kene hentam mcm nh sah2 side airbag terbukak….

  12. berlaku adillah … gambar ini tak membuktikan apa2 pun sehinggalah diketahui apa sebenarnya yg telah berlaku.. full stop.

    • btul tu.. nak lagi besh kalu kita ada gamba kenderaan yg lagi satu tgk camana tahap kerosakan kenderaan die plak..

      • gambar ni memang xmembuktikan apa2..cuma nak ingatkan kepada semua supaya menjadi pemandu yg berhemah..malang xberbau, kadang2 org lain salah kita yg kena..

    • dan kite kene selalu berhati2 di lebuh raya..
      p/s : kalau berenti kat lebuh raya pasal jem atau ape2 la tapi asalkan berenti, jarakkan kereta anda dengan kereta depan dlm anggaran 2 meter..
      ini bukan ape. in case tetibe ada kenderaan x pay attension on the road dan lepas 2 terus hentam kite.
      dengan adanya jarak 2, sempat la kite nak pulas stereng. maksud lain ialah kite x akan jadi sandwish…
      tengok alza nh teringat kisah satu family yang meninggal dunia pasal kereta deorang kene sandwish.. x silap proton saga lmst warna merah… takziah kepada ahli keluarga..

  13. rasanya kenderaan besar yang hentam belakang tu.. impak nye teruk betul.. harap2 orang yang di dalam selamat.. tu yang penting.. nyawa wooooo~ xbleh dijual beli..

  14. tgk kan pic tu, 3rd row hncur trus,harap la takde passenger duduk kat 3rd row tu,klau tak ngeri rasa nak crite……

  15. Kcian owner nie… Keta baru tue… X sampai setahun guna…
    Nampak sangat 3rd row xder ruang… Kalau langgar belakang, sah2 bleh tersepit org yg duk belakang tu…

    Gambar nie yg langgar belakang teruk punya, maybe lori ker…
    Kalu ade pnumpang… comfirm penyek nie…

    Kepada pemilik alza, PASANGLAH STRUT BAR kat belakang plak pas nie… Utk keselamatan penumpang anda…

    Berhati2 lah di jalan raya…

  16. ni ada gambar honda city baru kena sondol belakang

  17. aku rase alza ni brek mengejut sebab terkejut. pastu kena hentam dari belakang. kalau beli alza jgn bg sesapa duduk belakang. ngeri jerk.

    • mmm… pastu, 3rd row design tempat duduk Alza bukan utk org dewasa…tapi kanak2!… Berhati2…ingat la org yg tersayang…

  18. pergh..skali tgk pn da nmpk sgt yg besi alza ni jenis yg x kukuh..jenis lmbt..,tp nape ke2-2 belah bumper dpn tkopek..mcm kene himpit jer..

  19. kemalangan ni kalau ada passanger kat 3rd row memang boleh menyebabkan fatal casualties…

    ehmm… ntah2 drebar ni termasuk gear Reverse dari Parking.. terus tekan minyak… gedebum… langgar dinding batu kat belakang…

  20. hmm.. aku rasa tak fair kalo kita blame Alza 100%.. dari sudut engineering, bhg belakang MPV mmg kurang selamat banding belakang.. sbb takde crumple zone.. aku rasa exora pun kalo kena sondol dari belakang, damage akan jadi mcm ni jugak..

    tapi, yg membezakan alza dgn exora pada aku, proton bersungguh2 tunjuk kemahuan nak improve, siap buat rollover test lagi.. so bab ni, two thumbs up to proton!!

    p/s: kita kena igt, lagi kukuh structure kereta, tak semestinya lagi selamat.. kalaupun kita tak mati kena penyet, kita akan mati pendarahan dalam kepala (internal haemorrhaging) sbb body kereta tak dissipate collision energy..

  21. Pada saya, malang memang xberbau. Tawakkal dan Usaha adalah 2perkara yg berlainan. Cthnya: Bila kita memandu kereta:
    a) Safety kereta tip-top, well function, reliable. Kita drive dgn berhati2 tetapi org lain pulak langgar kita.
    b) Safety kereta ZERO, dan kita drive dgn berhati2 tapi dilanggar jgk.

    Disini ada 3pembolehubah, Safety Kereta, Cara kita Drive dan Kereta org lain..satu2nya pembolehubah yang kita xboleh tentukan ialah Kereta Org Lain..

    Maksud disini, Safety Kereta adalah ditangan ‘kita’. ‘Kita’ yang tentukan kereta itu selamat atau tidak. dan ‘Kita’ yg saya maksudkan ialah Car Manufacturer.Car Manufacturer perlu menyediakan kereta yg selamat kpd pembeli. Sekurang2nya biarlah hanya tinggal satu pembolehubah/faktor yang boleh menyebabkan kemalangan yg teruk. Saya amat berharap agar Perodua mengadakan satu penyelidikan terhadap alza ini. Sbg model yg diiktiraf dgn nama MPV, sepatutnya kerosakan ngeri seperti ini tidak boleh berlaku.apatah lagi ia membabitkan ruang penumpang barisan ketiga total lost.

    Saya Setuju jika orang berkata kemalangan disebabkan oleh pemandu atau pemandu kereta lain. Tapi sampai bila nak minta kita bertawakkal sedangkan kita xberusaha utk meningkatkan keselamatan kereta itu sendiri?Usaha dahulu baru Tawakkal..

    • sy setuju sangat bro, biasanya ramai yg bertawakkal & serah bulat2 pada nasib/takdir tapi tidak cuba berusaha untuk mengatasi masalah tersebut..” Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum/bangsa, melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka “..bermakna kita boleh mengubah nasib hidup kita dengan cara berusaha..contoh yg paling simple ialah bab rezeki, kalau kita rajin kita dapat lebih..kalau malas & mengharapkan org je memang la xkan ke mana2..

    • betul—betul…betul…..

  22. Transformasi Alza ke Myvi……:-)

    apa2 pn bsabr la pmilik ni ye…..ujian allah…dpt claim insuran buat dpayment Exora ke…Rondo ke…

  23. dari link rear impact test tu… ujian 50kmh? dan gambar tu pertengahan impact atau impact lagi teruk dari tu?… kalau benar, Van yang langgar Alza tu mesti lebih 50km/h..

    • Yang menyebabkan belakang tu remuk teruk, bukannya 100% speed.. Ia bergantung pada tenaga kinetic objek yg melanggar..

      E=0.5mv^2

      So walaupun kelajuan tak tinggi, tapi kalau yang melanggar tu berat (ie. lorry), badan akan remuk teruk jugak.. basikal@50km/h dengan lori@50km/h tak sama impak dia..

      Tapi proton mmg berani.. saya nampak skarang diorang komited nak tunjukkan yang product diorang lebih selamat dari kompetitor.. Saya harap proton continue dgn momentum skarang! Goodjob proton!

      • tapi kelajuan main peranan penting gak..
        tapi kan ada top gear test opel zafira dengan lori….
        kelajuan x pasti tp x la seteruk nh..
        tapi sebab van la jd teruk.
        kalau lori rasenye mesti flat kat belakang mcm gambar exora dalam rear crash test…

  24. untuk dikongsikan dengan pengunjung blog funtastickodesign.. mengenai SEBAHAGIAN problem pada Alza & langkah penyelesaiannye..

    http://kereta.info/perodua-alza-problem-checklist-and-solution/

    • fuh..panjang umur dia..kancil memang langsung xde safety feature kecuali ada seatbelt je..tapi kalau nak tau kancil la kereta paling laju & kuat menyelit dalam bandar..dah banyak kali sy jumpa..hahaha.. 😉

  25. ini pengalaman aku bawa viva yang pernah kena sondol belakang dek lori satu tan. tak laju maner pun – tengah queue slow2 kat federal hiway nih. tiba2 lori belakang x sempat brek terus hantam bontot viva aku. inilah yanng dikatakan dengan viva atau alza lebih kurang adik beradik la tu – body lembut. berlipat2 body keta aku kat belakang tu. that’s all my experience with viva. aku dah serik skrg nk pakai viva ke kancil ke. skrg aku tukar pakai kia picanto plak. body dia mantap sikit.

  26. hah? kerusi alza boleh lipat dari 2 jadi 3, jadi 3 boleh jadi 2.. yang best skali.. body pun boleh lipat jadi pendek!!! hua hua hua..

  27. ish ish sian tul kn keta br jer pakai dh jd camtu

  28. wajar tak kalau saya trade in avanza 1.3 manual saya, amik alza 1.5 auto…?? komen sikit..

  29. for MPV mcm Alza,dinasihatkan agar anda lipatkan terus seat 3rd row dan jadikan bonet kereta lebih luas.Selain dpt memuatkan byk barang,ia lebih praktikal dan mengelakkan terjadinya ‘mangsa lepek mcm burger’-3rd seat row passengers kurang selamat jika perlanggaran berlaku dari arah belakang

Tinggalkan komen