funtasticko design

http://funtasticko.net

Unit turbo charger Proton dari Borg Warner!!!

42 Komen

Setelah semalam Proton mengesahkan akan melancarkan enjin turbonya pada tahun depan, kini kita berpeluang buat pertama kalinya melihat unit turbo charger yang dipasang pada enjin tersebut. Unit turbo charger ini dibekalkan oleh Borg Warner & dihasilkan di China. Terima kasih kepada autoinsidermalaysia.blogspot.com kerana berkongsi gambar & info ini. Menurut sumber info dalamannya dengan adanya unit ini enjin 1.6 liter tersebut bakal mempunyai kuasa yang menyamai enjin 2.0 liter. Sumber dalamannya juga berkata enjin ini bakal menjana 150hp & 200Nm tork, tapi masih lagi belum disahkan kerana enjin ini masih lagi dalam peringkat ujian akhir ketahanan & kemampuannya. Difahamkan juga enjin ini dilengkapi sistem VVT untuk menaikkan kuasa enjin & pada masa yang sama menjimatkan penggunaan minyak. Diharapkan kita bakal menyaksikan enjin ini buat pertama kalinya di KLIMS bulan Disember nanti.

sumber :  autoinsidermalaysia.blogspot.com

42 thoughts on “Unit turbo charger Proton dari Borg Warner!!!

  1. untuk 1.3 punya turbo camne lak?

  2. Made in China?

  3. banyak parts sekarang made in China..diorang set up kilang kat sana utk kurangkan kos

  4. mcm sample unit je..

  5. Turbo ni kepish kepish juga tak.

  6. bila dah ada gambar ni korang agak kebarangkalian turbo proton ni jenis lpt ke atau turbo siap dgn intercooler skali?

    • kalau ikut dulu nye info memang ni lpt, tapi still ada intercooler gak..tp xla macam intercooler evo tu..mungkin kecik je n kat belah tepi kot..

      • intercooler kat bawah bumper kot…cube check design bumper dlm spyshot sebelum ni…

  7. Bro campro,selain proton,company mana lagi yang guna unit turbocharge borgwarner ni,atau design ni sebenarnya untuk campro turbo sahaja.

  8. Betulke Waja lancer tu nama dia Proton Inspira? Tak menarik pun nama ni. Nak sebut pun susah.

  9. i m in china now hihihihihihihihihi

  10. Borg warner ni company mane ek. nak kena belajar pasal turbo lak lepas ni.

  11. Ni link Borg Warner, syarikat international tu..

    http://www.borgwarner.com/

  12. turbo charged ngan turboo lain2 la..

  13. looks small, of course because its soft turbo meant for no instant kick in. this exora is going to be delicious.
    if a neo a turbo, its going to a very successful sports car.

  14. Torque 200Nm untuk enjin 1.6 Turbo yang boleh menjana 150HP adalah agak rendah berbanding pesaing yang lain. Aku rasa torque figure dia sepatutnya well over 200Nm. Kita tunggu dan lihat. Tapi aku rasa sepatutnya memang well over 200Nm.

  15. this is a Peugeot 308 thp spec

    Engine: 4 cylinder 1.6 Turbocharged
    Power: 140 bhp (down 10bhp from the manual)
    Torque: 240 Nm

    • Aku tengah cerita pasal torque. Orang lain enjin yang 140HP turbo boleh 240Nm, so secara ayat layman nya, aku rasa tak mungkin Proton punya yang 150HP hanya dapat torque 200Nm jer.

  16. people here, i really need a help. Somebody asking me from my fb/protonlotusiast about this turbocharged. It sound like this:

    “Why not a supercharger instead?”

    u all can help me answer it via funtastickodesign or drect thru my http://www.facebook.com/protonlotusiast

    TQ

    • actually supercharger is bigger and heavier consume space more. might be more expensive than a simpler turbo unit. load is more to run the SC. still it needs intercooler for batter operation. soft turbo might overtake the advantage of SC since soft TC produce almost no lag.
      although both of them are limited to the higher HP. definitely the torque is fat.

      so if want instant torque of the SC and higher HP from a slight bigger turbo. – its the TSI technology from VW is the answer.

  17. bole bawak masuk dlm wira 1.3 aku x????menarik nie….ekekekek

  18. Wah ramai yang berminat dengan enjin turbo ni, buat masa skang diorang tengah test enjin tue lagi, dengar latest info dari informer, most probabbly ujung tahun ni Proton akan start production trail untuk enjin ni, so ada kemungkinan kita dapat tengok enjin ni masa KLIMS. Hopefully by then I can get the last info what would be the real power output of this engine.

  19. off topic jap : Bro campro,sy ada cadangan apa kata bro buat satu design T-shirt campro cfe gambar turbine Borg Warner ni,pas2 jual so org akan tahu sapa pakai shirt ni mesti geng blog bro mcm shirt Emas 2…

  20. pastu tulis “funtasticko clan”… huahahha.. bes3

  21. bro buat sebelum klims la….nanti pakat ramai2 paki g klims…bleh la kenal2 ngak clan blog ni…huhuhu

  22. mmg confirm la ni Proton punya turbine sbb Part No hose tu PW312985…Protonnya punya part no ni..

  23. kalo ikot kan exora prestige die ade 270 hp and 350Nm..
    tp paultan kate myb akn dikurangkan 150 hp je..
    caldina gtfour pon 260 hp..2.0 lak tu..

    http://paultan.org/2009/07/16/proton-exora-turbo-based-on-the-exora-prestige/

Tinggalkan komen