funtasticko design

http://funtasticko.net

Preview Proton Prevé

157 Komen

BANGGA.
Itulah yang mampu diperkatakan bila pertama kali melihat rupa model Proton terbaru, Proton Prevé. Ia lebih cantik dilihat dengan mata sendiri dari di dalam gambar atau skrin komputer. Lampu posisi LED (bukan DRL, hanya dibuka bila lampu utama dibuka), profil bamper ala Eropah dan lampu belakang LED yang tirus dan moden, Prevé jauh nampak lebih kemas dari model Jepun dalam kategori yang sama.

Para media dijemput untuk menghadiri satu sesi preview untuk Proton terbaru ini di Putrajaya, dan pihak Funtastickodesign dan Auto Anda dijemput untuk menyaksikan sendiri hasil usaha proton selama 2 tahun ini. Konsep produk ialah ke arah sebuah sedan keluarga yang elegan dan selesa. Sasaran pasaran pula ialah keluarga kecil (suami berusia hujung 20-an hingga 40-an) dan untuk mereka yang mencari kereta kedua atau menggantikan kereta pertama. Sasaran kedua ialah profesional muda dalam umur pertengahan 20-an yang mahukan sebuah sedan yang sporty.

Bagi yang tertanya tentang nama Prevé, ia sebenarnya berasal dari perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud “to prove” atau untuk membuktikan. Cara sebutan asal ialah “preev” tetapi Proton telah mengubahnya agar nampak lebih komersil. Cara sebutan Prevé ialah “prae-vae”. Pasti ada yang akan merungut akan konsep nama ini kerana ramai yang berjiwa Hang Tuah (nasib baik juga Hyundai dan Kia tidak ada pahlawan kampung di Korea kerana model kenderaan mereka lebih ke arah barat, contohnya Hyundai Santa Fe (nama tempat di US), atau Kia Cee’d).

Prevé pada asalnya direka untuk menggantikan model Persona. Namun permintaan pasaran yang masih kuat untuk Persona menyebabkan Proton terpaksa menjual model Persona lagi selepas ini, walaupun speknya akan diturunkan. Bagi pasaran luar, Prevé akan menggantikan Persona dan juga Waja.

Objektif Proton Prevé ialah untuk membawa Proton keluar dari kepompong pasaran tempatan. Oleh itu, kesemua ciri-ciri Prevé lebih ke arah sebuah kenderaan global. Di sini, ia merangkumi rekabentuk, keselesaan, keselamatan, pengendalian, kualiti dan prestasi enjin. Dari segi keselesaaan, Prevé mempunyai kabin yang cukup besar untuk kelasnya (segmen C, sama dengan Toyota Altis, Ford Focus, Honda Civic dan Kia Forte). Ruang kaki belakang ialah yang terbesar di dalam kelasnya (815mm) dan ini terbukti di dalam sesi panduji kami di mana penumpang belakang cukup selesa. Malah, terasa seperti menaiki sebuah limosin pula.

Ruang letak barang juga antara yang terluas, 508-liter. Ini mungkin kerana pilihan Proton untuk menggunakan tayar simpanan yang kecil (space saver) bagi memaksimumkan ruang but. Kami berpendapat ini ialah satu pilihan bijak kerana tayar space saver lebih ringan dan ini membantu untuk menjimatkan minyak. Perlu diingatkan juga bahawa Prevé menggunakan sistem suspensi multilink di belakang, dan bukannya torsion beam. Namun, ruang but tetap besar dan rata, menjadikan kami hairan kenapa sesetengah jenama kereta menggunakan alasan menggunakan suspensi torsion beam yang murah dan kurang efektif itu bagi mendapatkan ruang but yang besar.

Nampaknya Proton berjaya melakukan satu packaging yang baik di sini. Ruang lega kepala dan ruang kaki penumpang depan, kesemuanya luas dan menambahkan lagi ciri keselesaan sedan ini. Malah, Prevé juga mempunyai banyak konsol tempat letak barang dan ini cukup membantu bagi mereka yang berkeluarga. Prevé juga ialah model Proton pertama yang datang dengan coat-hanger, diletakkan di setiap B-pillar. Namun bagi penduduk Malaysia yang jarang memakai kot, mungkin ia bakal jadi tempat gantung Milo-ais atau roti canai tapaw.

Papan pemuka nampak lebih konservatif, dan trim line untuk model CFE nampak lebih menawan dari model IAFM+. Baru untuk Proton ialah sistem audio Double DIN yang datang dengan skrin sentuh dan sistem navigasi. Menggunakan hardware dari Bosch dengan empat speaker, sistem audio ini mudah digunakan dan skrinnya menghasilkan imej yang cantik. Ia juga mempunyai sistem Bluetooth untuk telefon.

Proton akhirnya menambahkan fungsi BCM (Body Control Module) yang diperkenalkan dalam Exora. Diberikan skrin LCD yang besar di antara tolok tachometer dan speedometer, sistem ini dipanggil SID atau Smart Info Display. Ia mirip kepada sistem Multi Info Display di dalam kereta Kia atau Hyundai, namun tidak terdapat di dalam model Honda Civic atau Toyota Altis.

Informasi yang diberikan ialah trip meter, penggunaan minyak, distance to empty (berapa km sebelum tangki kering),bateri kereta dan kunci lemah, amaran mentol terbakar dan sebagainya. Untuk menukar info, cuma tekan butang pada stalk lampu (batang suis di sebelah kanan steering). Selain dari itu, kabin dalam menawarkan ciri-ciri:

- Push/start button (kunci masih perlu dicucuk ke dalam lubangnya, namun kunci Prevé sekarang mirip kepada kunci Kia Forte atau Volkswagen,dengan flip blade dan buatan yang kemas).
– Paddle shifters untuk menggunakan mod transmisi manual 7-kelajuan
– Kerusi dengan fabrik kalis air (seperti pada Honda Jazz atau Accord 2-liter).
– Tingkap Kuasa dengan funsgi anti-trap
– Fungsi auto-fold untuk cermin sisi
– Sensor hujan untuk wiper
– But boleh dibuka ala remote menggunakan kunci.
– Fungsi auto untuk lampu besar dan fungsi Follow-me-Home
– Ruang tempat letak barang yang banyak dan empat tempat menggantung barang (dua coat hanger, satu curry hook di tepi glovebox depan dan satu cangkuk pada batang headrest kerusi penumpang di hadapan)

Pengendalian Prevé memang mantap, malah jauh meninggalkan pesaingnya dan mirip kepada sistem suspensi Eropah. Prevé pada dasarnya menggunakan platfor Exora, namun bahagian depan diubah agar suspensinya lebih compliant dan lebih mantap. Untuk memberikan steering response yang lebih baik, anti-roll bar telah ditukar saiznya agar ia “lembut”. Ini perlu supaya steering angle boleh ditingkatkan dan feedback dapat dirasakan oleh pemandu.

Pada bahagian belakang, sistem suspensi torsion beam Exora dibuang dan digantikan dengan suspensi multilink hasil rekaan Proton 100 peratus. Ini ialah kali pertama Proton menghasilkan suspensi belakangnya sendiri (sebelum ini, ia direka oleh Mitsubishi untuk model Waja dan Lotus Engineering untuk model selainnya). Sistem multilink rekaan Proton ini lengkap dengan trailing arm dan coilovers.

Pemanduan sejauh 160km di atas lebuhraya dan jalan berliku menyaksikan kehebatan Prevé yang sebenarnya. Dengan stereng yang lebih memberikan maklumbalas, ia mengambil selekoh dengan bersahaja. Pemanduan di atas lebuhraya tertutup membolehkan kami memandu selaju 205km/j (mengikut GPS), dan Prevé terasa sungguh solid dan mantap. Tiada membuai walaupun jalannya berombak dan side-wind juga tidak begitu menggangu Prevé ini.

Di jalan berliku, menggunakan mod S pada transmisi CVT ProTronic lebih mengujakan dari menggunakan paddle shifters. Mungkin kerana terlalu banyak “gear” menjadikan pemandu penat menarik paddle. Letak pada mod S dan sudah cukup untuk bersilat dengan Prevé. Turning-in cukup tajam bagi sebuah sedan keluarga dan ekornya stabil mengikut gerak stereng. Brek ketika sedang mengambil sekeloh juga tidak menggangu keseimbangan Prevé.

Untuk yang memandu kenderaan dengan torsion beam, mesti pernah mengalami kejadian di mana ekor “melompat-lompat” ketika melanggar bonggol di dalam selekoh. Inilah kelebihan penggunaan suspensi multilink kerana ia tidak menghasilkan sebarang drama langsung bila mengambil selekoh yang tidak rata.Cukup untuk kita katakan bahawa dari segi pengendalian atau ride and handling, sukar bagi jenama lain dari Jepun dan Korea untuk menandinginya. Proton sudah boleh diletakkan sama tinggi dengan Ford di dalam aspek ini.

Untuk pemandu berpengalaman, sistem brek sama pentingnya dengan kebolehan ride and handling. Sistem brek Prevé menggunakan hardware TRW, tetapi sensor dan software untuk ABS dan ESP datang dari Bosch. Hasilnya ialah sistem brek yang linear dan progresif, yang mampu kami gunakan dalam situasi trail braking.

Untuk pengetahuan pembaca, Prevé mempunyai stopping distance (100-0kmh) yang paling dekat – 36.8m berbanding dengan model Kia Forte, Toyota Altis 2.0L, Honda Civic 1.8L dan Ford Focus. Kami cuba membuat brek mengejut di atas garisan lurus dari kelajuan 140km/j dan Prevé mampu berhenti tanpa drama dan dalam keadaan yang sangat stabil. Seperti yang dikatakan, Prevé datang dengan sistem ESP atau Electronic Stability Control. Sebenarnya, Australia telah mewajibkan kesemua kenderaan baru perlu dilengkapi dengan sistem ESP dan oleh kerana Proton memang sudah bertapak di Australia, model Prevé perlu datang dengan ESP.

ESP ialah sistem elektronik yang mengawal stabiliti kenderaan ketika brek mengejut atau ketika tayar hilang cengkaman. Ia seperti pemandu mempunyai empat pedal brek kerana ESP mampu mengawal fungsi setiap brek dengan sendirinya. Cukup penting untuk keselamatan, ESP tidak terdapat dalam banyak model Jepun atau tempatan di bawah harga RM100,000.

Selaind ari ESP, sistem keselamatan lain yang terdapat pada Prevé ialah penggunaan teknology HotPress Forming dalam struktur kenderaan RESS (Reinforced Safety Structure), sistem ABS dengan ESP, brek belakang disk, empat beg udara (depan dan sisi), pre tensioner, active headrest, ISOFIX mounting (untuk kerusi bayi), lampu hazard auto (jika berhenti mengejut dalam kelajuan melebihi 96km/j) dan fungsi auto unlock (pintu akan unlock selepas berlaku pelanggaran).

Prevé direka untuk mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Australian NCAP, namun ujian rasmi oleh Australia NCAP belum dilakukan (khabarnya akan dilakukan dalam masa terdekat ini). Prevé juga sebenarnya boleh memuatkan enam beg udara, namun kos menjadi masalah untuk pasaran tempatan. Untuk bakal pemilik, perlu diingatkan dengan adanya beg udara sisi, kemasan kulit pada kerusi perlu dilakukan oleh mereka yang mahir sahaja. Jika tidak, beg udara tidak keluar dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan.

Enjin yang digunakan ialah Campro CFE turbo dan Campro IAFM+. Untuk CFE, ia menghasilkan 103kW, sama seperti enjin 2.0L n/a tetapi CFe menghasilkan kadar tork yang lebih tinggi – 205Nm.Kami pada mulanya berharap agar prestasi Prevé lebih baik dari Exora Bold dengan enjin yang sama. Tetapi, dengan kadar refinement Prevé yang lebih tinggi, kami langsung tidak merasa “lonjakan tork” pada Prevé. Terasa perlahan tetapi bila speedometer dijeling, kelajuan sudah mencecah 140km/j dalam sekelip mata.

Menurut Proton, Prevé mencapai 100km/h dari pegun dalam masa 9.6 saat, jauh lebih pantas dari Civic, Altis, Forte dan Focus. Kelajuan maksimum ialah pada 205km/j dan penggunaan minyak pula ialah 8.2L/100km.

Model IAFM+ lebih sesuai untuk pemanduan santai. Bila ditekan, sistem CVT ProTronic membuatkan enjin meraung bising namun pada pendapat kami, prestasi enjin IAFm memadai. Malah, ia rasa lebih selesa dari model Saga FLX SE dengan enjin yang sama.Model IAFM+ juga datang dengan transmisi 5-kelajuan Getrag, dan ini akan menjadi model asas untuk Prevé. Kelajuan untuk model ini ialah dalam lingkungan 175km/j.

Prevé mungkin belum boleh lagi mengubah persepsi dunia terhadap Proton. Ia memerlukan lebih dari sebuah model untuk mula bertukar imej. Tetapi Prevé memberikan permulaan yang sangat baik untuk Proton. Proton juga membuka lembaran baru dengan model Prevé ini. Malah, ciri-ciri pemasaran global turut digunakan, contohnya penamaan sistem transmisi ke ProTronic, pembinaan struktur keselamatan dalam badan RESS dan SiD untuk paparan meter. Ini ialah antara gimik yang digunakan oleh syarikat kenderaan dunia lain dan kini Proton turut melangkah ke arah itu. - AutoAnda

About these ads

157 thoughts on “Preview Proton Prevé

  1. pertama hahaha :)

    • review terbaik. suka part ” Pemanduan sejauh 160km di atas lebuhraya dan jalan berliku menyaksikan kehebatan Prevé yang sebenarnya. Dengan stereng yang lebih memberikan maklumbalas, ia mengambil selekoh dengan bersahaja. Pemanduan di atas lebuhraya tertutup membolehkan kami memandu selaju 205km/j (mengikut GPS), dan Prevé terasa sungguh solid dan mantap. Tiada membuai walaupun jalannya berombak dan side-wind juga tidak begitu menggangu Prevé ini.

      Di jalan berliku, menggunakan mod S pada transmisi CVT ProTronic lebih mengujakan dari menggunakan paddle shifters. Mungkin kerana terlalu banyak “gear” menjadikan pemandu penat menarik paddle. Letak pada mod S dan sudah cukup untuk bersilat dengan Prevé. Turning-in cukup tajam bagi sebuah sedan keluarga dan ekornya stabil mengikut gerak stereng. Brek ketika sedang mengambil sekeloh juga tidak menggangu keseimbangan Prevé.

      fuh. macam pengarang novel

  2. Betul kata Autoanda. Tambah Curtain airbag, bertambah la angka selepas RM7x,xxx tu.. semakin tambah la komen org.

    • makin ramai yg xlepas loan.

      • betul,
        tapi banyak je vios J yg harga 75K plat2 baru. nak kata ramai x lepas, banyak jer org pakai kereta baru harga lebih 70K.

      • saya setuju, btol jgk ckp bro tu, banyak je dugong naik darat..cume probability loan approved tu makin kurang kot..

      • mungkin la yer..

      • Prolever

        Bergantung pada kekuatan Slip gaji korg..hihihi

        klu mantop…nk bli hummer pon xda hal laah pnye…hihih

      • itupun kalau mampu bayar roadtax die..

      • Patutnye org beli kereta ikut kemampuan. if gaji br 2k ade hati nk pkai kereta yg harga diluar kemampuan (70++), mmg la xlepas loan. the spec is good enaf for malaysian yg nak comfy that comes with affordable price. masih ade alternatif jika masih mahu pkai kereta yg diluar kemampuan – kumpul downpayment byk2, baru la loan lepas. bank kira monthly 1/3 dr gaji.

  3. “Prevé juga ialah model Proton pertama yang datang dengan coat-hanger, diletakkan di setiap B-pillar. Namun bagi penduduk Malaysia yang jarang memakai kot, mungkin ia bakal jadi tempat gantung Milo-ais atau roti canai tapaw.”

    Rasanya Gen 2 yang saya guna sekarang dah ada coat-hanger tu, dah sangkut pun milo ais ngan ro ti canai tapaw :)

    Overall nampak menarik Preve ni. Adalah dua tiga benda yg boleh di’upgrade’. Apa pun, nak kena tgk sendiri & test drive dulu, baru puas hati.

    • bagi saya yg selalu pakai sweater, ini mmg convenient bagi saya. X larat nak gantung belakang seat. corner sama corner sini, terus jatuh..

      • benda2 mcm ni mmg bonus, klu takde kena la tambah sendiri kat batang headrest

    • coat hanger tu kat trim centre pillar uper
      atas sikit dari seat beltnye hangar
      dia terjuntai sikit
      tapi kalo ade anak tgn gatal, mmg patahla jap lg tu
      hahahaha

  4. makin tak sabar nk test drive nie….

  5. Speaking of noise, this is one area that Proton has made great strides with the Prevé. The CFE variant was pleasingly quiet at high speeds, although the IAFM versions threw up quite a racket when the engines were worked. Nevertheless, it was impressive to note that other sources of noise, namely the tyres and wind were impressively muted.

    ni buat aku tak tahan nk sambar nih..aku pantang betul la kat kete2 yg ada kabin senyap nih..

  6. terbaik laa proton!

  7. Teknologi makin canggih, SC Proton pun kena improve utk solve masalah2 canggih yang bakal mendatang. Kalau masih dgn perangai lama mmg sukar la.

  8. Fuel consumption 8.2L/100KM? Rasanya dulu estimated around 6.5-7.0L/100KM kan, it should be better compared to normal 1.6 CPS engine of FC ranging from 6.9 – 7.5L/100KM. hermmm…

  9. X sabar nk tunggu spec yg dengan leather seat kluar. Berapa lama pulak nk tunggu ni?

    • kenapa penting sangat leather seat ni?
      water repellent seat Preve ni cantik tau..leather seat panass aaaa… :P

      • betul…sblm ni mmg frust gk psl x dpt leather seat utk model premium..tp pas tgk smlm..water repellent ni pn dh ok..

      • Penting ker leather seat?

        a)Kalau kereta tuh ada limit bawah 15 tak leh masuk = Tak penting
        b)Kalau ada anak kecik dok makan dalam kereta, melompat sana sini = Penting

      • leather yg betul2 hi-premium quality tak la panas..plus lagi if seat tu ada inner aircond..huhu

    • aku dulu memuler igt pakai leather ni lagi senang jaga..tapi haraammmmm…makin susah aderla..senang stretched..biler da stretched tu klu koyak sikit jer mmg abesla..

  10. proton patut wujukkan COSE untuk setiap negeri beserta dengan pekerja yang terlatih.

  11. coat hanger tu penting juga di sini tertutamanya salesman yg sentiasa outstation atau lelaki yg banyak rumah..

  12. proud u PROTON…
    good luck cos dare to change…

  13. Preve CFE bakal menjadi seekor Raksasa yang bermarahajalela atas highway nanti.. semua orang GERUN..

    p/s: artikel tu sangat mantop, penuh bahasa yang buat pembaca tercabar..muahehehe

    bila sebut laju2 still bunyi cam priii-vii…

    sebut betul2.. pray(buka mulut, gigi bawah ke depan sambil hembus nafas) vae (muncungkan mulut, tarik muncung ke belakang dan hembus udara bunyi vae)..

  14. brek belakang disk – brek cakera belakang

    lampu hazard auto – lampu kecemasan automatik

    Admin!..sila ambil perhatian..hehehe

  15. karangan yang baik.. terasa macam test drive dah.. he3

  16. Every new Proton is always something to rejoice and to hope. Sometimes also can be a tad frustrating.

    To rejoice: Safety is a big boost in this model. Finally ESP in a Proton, more airbags, and hot press forming certainly makes it on par, if not just slightly behind The Continental cars’ safety standard.

    1.6 CFE in a saloon, such a desirable powertrain to have. Certainly a delight for those who don’t need an MPV, but want that power and torque.

    To hope: that the quality is as good as it can be.

    To frustrate: Why the hell call it DAYLIGHT running light aka DRL if it’s only gonna be switched on at night (when main headlamps are likely to be switched on)?!!?!?!?!??! Just what kinda monkey engineers Proton have to not THINK about that. It’s called DAYLIGHT running light so that pedestrians can notice the car at DAYTIME. Don’t include the feature if they don’t know how its meant to be used!!

    First, we have the automatic folding side mirrors that only automatically reopens at 5km/h. Have they ever thought that’s completely useless when someone side parks or other scenarios that require immediate access to side mirrors?!?!?! It should automatically unfold the moment engine is switched on. Sure, one can argue one can manually unfold it, but that completely kills the purpose of automating it. Then now we have ah beng DRL that’s not doing what it’s supposed to do.

    Proton, Proton, how can you let two such blunders to happen? Already, the name is challenging enough to convince people. You have a lot of homeworks to be done.

    • betul tokmoh, aku sokong pts ko tu.

      1. no drl
      2. auto unfold @ 5km/h

      hehe..agak2 nnt boleh alter BCM x utk improve benda2 nih?

    • Well DRL is compulsary feature for European market lah..

    • dia manual switch to open both side mirror.

    • bab led bukan drl tuh saya setuju…. apa point buka headlamp baru boleh buka skali…. kalu ada mesti orang nak show off .. haha

      tp bab 5km side mirrors tu…. 50/50… kekadang sekadar start enjin warmup tak kemana2… jadi manual unfold lebih sesuai… 5km tuh untuk yg pelupa terlupa trus jalan bagus jugak ……..

    • bang side mirror tu bleh buka manual..
      bab DRL but not really DRL tu aku setuju

      • Sebab tu saya kata buatpe ada feature auto unfold bila gerak 5km/h instead of bila engine on?

        Instead of DRL, patut panggil NRL = nighttime running light.

        Sigh, mengingatkan saya kisah Steve Jobs masa nak introducekan software untuk burn DVD. Programmers dia semua bertungkus-lumus sediakan demo unit, buku manual teknikal etc untuk present kat Steve Jobs. Tapi bila meeting berlangsung, Steve Jobs pertama sekali lukis diagram dan suruh programmers dia buat software tu supaya mudah pengguna biasa nak pakai.

        You see that Proton? Apple is successful cuz they think from customer’s point of view. They think how to make things simpler for people to consume their product.

        Proton should’ve think like that, and know it’ll make more sense to auto unfold from the moment the engine is switched on.

        As for DRL blunder, it’s as if no one knew why DRL was invented, but rather “hey, people like to put those LED thingy to look cool. We should have it too.” Seriously Proton?!?!

        Nonetheless, kudos to some good points:

        – 1.6 CFE in a lighter body than Exora Bold. Nak drive memang syiok!!!
        – Improved ride and handling
        – Safety (ESP, 4 airbags, hot press etc)

    • sblm ni pung pang pung pang dok sembang psl DRL..last2 x de DRL plak..
      ak ttp akn beli kete ni walaupn x de DRL, tp jauh d lubuk hati rs sdkt kecewa..

    • aku pun setuju point hang terutamanya pasal DRL tu..kalau gitu, dalam brochure nanti, jangan gatal2 bubuh DRL dalam spec..kalau DRL, led tu boleh menyala tanpa memerlukan lampu utama dihidupkan.

    • Betapa ramainya pengguna US dan Europe kalau boleh nak ‘off’ DRL mereka, tetapi tak boleh sebab itu requirement.

      Dekat malaysia, memang tak ditetapkan DRL, jadi kalau boleh tutup lampu tu kan lebih bagus?

      Mungkin bila dipasarkan di Europe nanti, DRL itu akan menjadi DRL yang sepatutnya.

      Bab side mirror tu, mungkin betul.. patutnya die auto unfold bila enjin start. Bukan lepas 5 kilometer bergerak. Tapi point terlalu kecil. Bukan isu besar.

      Jangan fikir negatif sangat.

      • bukan 5 km tapi kelajuan kereta itu 5km/h.alaa kalau kasi permpuan tolak kereta tu je dah 10km/h .tiada masalah rasanya.

      • Tapi bang, ada masanya kita kita kena fold side mirror mass parking utk elak dinding/ting, terutama sebelah penumbang. Kalau terus unfold bila engine start, barailah side mirror.

      • dia wat lepas 5kilometer sbb takut nt ade keta kat sebelah yang rapt sagt parking

    • belum apa2 lagi dah palu habis habisan.. tunggu la dulu tokmoh oii.. dan lagi satu.. komen hang dalam bahasa inggeris dengan memonyetkan proton engineer yg konon taktau apa dia DRL … tak membuatkan diri hang best pun.. nampak sangatg syiok sendiri dan over. tak nak komen pasal quality cat jugak ka? kalau nak palu dan nak monyetkan org lain pun tunggulah dulu pelancaran penuh dan rasmi dan juga kepastian dari Proton.. huh. jangan kata aku kasar dan takleh terima proton dikritik pulak.. tapi cara hang mmg tak kena.

      • aku tak nampak apa pon tokmoh monyetkan sapa2…. cuit gitu pon nak hot ker…? itu adalah pendapat orang ramai… bila tengok apa yg dia tengok… takde apa2 salah…. dan memang anda kasar….. cool bro

      • aku tak pasti la keta apa tp ms aku bc tu drl mmg ada suis manual , maksudnya bole pakai ikut ms kita nak, preve ni mcm tu ke? hmmmm

      • tak nak komen quality cat ka? hehe

      • jangan terlalu negatif
        dan yg penting, jangan terlalu TAKSUB…

        kite sokong P1
        tp mane yg salah, kite highlight
        mane2 yg kondem ntah hape2, kite belasah
        pakai akal, jgn pakai nafsu
        cheers…

      • kalu komen cat pon saya bukan engineer cat, tak layak… haha

        secara serius tak perlulah kita cari musuh kalu setakat benda cenggini…. FD adalah tempat yg baik untuk untuk kita terima feedback org ramai… apa pendapat orang, itu adalah dari hati dan pengamatan dia…. kalu tak betul buktikan ianya tak betul…..

      • Contoh pekerja proton yang tak leh terima teguran. setiap komen adalah komplen.

    • totally agreed. when the headlamp is on, no effect from the LED anymore.

    • I love your language. It shows what kind of family you are from.

      By the way, do share with us where Proton states the LEDs as DRLs. If i am not mistaken, Proton calls its position lights. Obviously they are more for cosmetics.

      I wonder, are you really as dumb as you sound. And oh yeah, you are not the only one who can speak English here. Do work a bit on your grammar. It’s horrendously weak!

      Cakap Melayu aje la, tak la nampak bodoh sangat.

  17. “Lampu posisi LED (bukan DRL, hanya dibuka bila lampu utama dibuka)”…

    mksdnya x de DRL ke?…biaq betoi…

  18. off topic.

    Seringkali kalau nak beli kereta model baru, bakal pembeli akan bertanya salesman, atau membaca artikel di akhbar atau internet.

    Tapi, keputusan untuk membeli atau tidak hanya diperoleh dari cerita cerita mereka yang telah beli dan merasai sendiri.

    Pelanggan yang awal inilah yang akan bercerita kepada rakan rakan, saudara mara, jiran tetangga tentang kehebatan atau kekurangan kereta yang telah dibelinya secara jujur dan dari pengalaman mereka sendiri.

    Proton perlu melihat pelanggan awal mereka ini sebagai duta atau mungkin bakal perosak masa depan sesuatu model tersebut.

    Percayalah! Orang ramai lebih yakin ayat yang diungkapkan oleh pembeli awal ini lebih dari ulasan yang hebat dari pelbagai media, salesman atau iklan media cetak dan elektronik.

    CADANGAN SAYA:

    100 hingga 500 Pelanggan baru dijemput menjadi VVIP Proton dimajlis khas.

    Mereka diberi penerangan tentang kenderaan mereka, (kelebihan dan fungsi alat alat canggih yang ada), melawat kilang di Proton Tanjung Malim, test drive untuk menguji esp, ride and handling di litar uji Proton.

    Aku percaya, mereka akan lebih bangga dengan Preve walaupun ketika mereka booking kenderaan tersebut mereka tak tengok pun rupanya!

    Mereka harus dijaga seperti “anak emas” Proton. Dengan penjagaan VVIP oleh Pusat pusat servis proton.

    Jagalah pembeli pembeli awal ini. Merekalah yang akan mengubah presepsi negetif orang ramai tentang produk terbaru Proton ini. Merekalah yang sebenarnya pengiklan yang paling hebat!

    • kalo boleh..suatu hari nanti proton should invite the owner sign off their car in the plant..macam nissan buat for Fair Lady Z. that cool.

    • Proton ada annual event ‘My Proton Journey’ yg menjemput pembeli2 baru kereta Proton yg dipilih secara rawak ke satu majlis pengenalan syarikat Proton dan lawatan ke kilang & fasiliti2 proton termasuk R&D.
      Aku sendiri pun antara yg terpilih haritu, utk edisi ke 9 (dpt tgk R&D Preve ni).

      Tapi event tu masih ada byk ruang utk improvement.
      Contohnya masa briefing, depa x sebut pun Proton ada kilang lagi BESAR dan CANGGIH kat tanjung malim. Utk org2 kebanyakan yg x layan blog permotoran camni, depa tak tahu pun, bila melawat kilang kat Shah Alam ni, almaklum la kilang dah ‘lama’ tak nmpk canggih, mungkin ada yg terfikir ‘ishh, kilang kecik camni je ke buat kereta? dah la malap je lampu, dinding pun dah kusam2 mcm dlm wokshop je’

      Byk juga point2 yg ko letak tu boleh dimasukkan sekali dlm event tu oleh Proton, make it a 1 full day event, bukan half-day lagi, sbb terkejar2 dan rushing. Participants pun boleh ditambah lagi, at least 50 orang dlm 1 event (ramai sgt pun susah).

      Benda ni mcm MLM la, ‘cari downline’ hehe. Marketing dr mulut ke mulut (bukan bercium mulut). Dari 50 orang yg happy ni, depa akan bercerita lagi kat sedara mara kawan girlfriend boyfriend secret admire dan mcm2 lagi…

  19. variant manual iafm+ mcam mana prestasi dia?…..tak rasa underpower ke dengan body Preve ni yang lebih besar + berat dari waja?…..

  20. Best giler kete ni. Tapi apa hardware TRW tu ? The Red Warrior ke….

  21. “Ruang kaki belakang ialah yang terbesar di dalam kelasnya (815mm) dan ini terbukti di dalam sesi panduji kami di mana penumpang belakang cukup selesa. Malah, terasa seperti menaiki sebuah limosin pula.”

    mungkin proton ingin memenuhi kehendak pasaran global terutama dari china..kebanyakan pembeli kereta di China mementingkan keselesaan dan ruang kaki bagi penumpang belakang. kebanyakan pengimport kereta ke pasaran china sanggup mengubahsuai wheelbase kereta asal menjadi semakin panjang.

  22. errr… kalau aku yang jenis katik ni seswai ker tak ngan kete ni… just curious… aduhai

  23. aku harap proton jual kat luar negara mahal-mahal banyak dari kat Malaysia..baru la balik modal..jual lebih 30-50% dari harga sini…baru la boley R&D SUV ke..trak pickup pulak ke..aku memang bangga dengan proton..sebab dia lahir tahun aku lahir..hahahha…we are same b’day…hihihihi..

  24. untung la pembeli buah tangam terbaru proton ini. umpama kereta import dari segi spesifikasinya, lengkap dengan semua unsur yang diperlukan bagi sebuah sedan, kuasa, selamat, penjimatan minyak dan lain-lain. kita rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan lebih boleh memilikinya. kalau bukan kita sapa lagi yang mahu memajukan industri pemotoran kita. persepsi tidak baik pada proton perlu diubah. proton jauh telah berbeza daripada model-model sebelum ini.

  25. ulasan yg baik….

    sebutan bunyi “prae vae” tak best lah… mcm bunyi prebet..
    lebih sedap disebut bunyi “preev”…

    apapon yg terbaik dr proton setakat ini…

    • Haha, itu mungkin menjadi sebutan slang ‘manja’ oleh pakcik2 dan makcik2 yg susah nak menyebut Preve ni.
      Mcm cerita Volkswagen jadi ‘Wak Segan’ la.

      “Anak ko beli kereta apa Haji?”
      “Si Man tu beli kereta Prebet yg baru tu le” (kena pulak kalau wak jawa mcm bapak mertua aku yg sebut, mmg pekat)

    • ‘Prebet Sapu’ ialah sejenis teksi tiada meter atau teksi takde permit.

  26. syok jg aku baca …penerangan cukup jelas…puas hati….Adakah Preve lebih baik drp inspira…..

    • preve dalam segmen b+ , inspira dalam c, tak sama segmen
      klu nak bndg jugak cfe (turbo) 1.6 @ 2.0 dgn enjin n/a 1.8 / 2.0 inspira , aku pilih cfe sbb torque flat pada 2,000 – 4,000 rpm. maks torque 205nm, tk payah rev kuat2 utk dapat power. insuran pun byr lbh murah untuk enjin 1.6. mmg value for money.

      • yup..
        bg aku pula Preve@Prae Wa ni ade kelas tersendiri dimana terletaknya ditengah2 antara Inspira & Persona-E..

        note: Prae Wa = nama heroin dlm drama thailand yg ku tonton dahulu =)

      • bro bukan dalam segmen C+ Preve’ ni tp dlm segmen C sama cam Inspira. Lebar, tinggi, wheelbase Preve’ lagi besar panjang banding Inspira just Preve’ kalah panjang je banding Inspira. Itupun <4 cm.

        lg 1 Preve dibangunkan dengan meletakkan 3 kereta sebagai penanda aras dlm pembikinan (menurut Pengarah Operasi Proton org German tu) iaitu Ford Focus, Honda Civic dan Toyota Altis. Ford Focus dan Honda Civic dari segi ride and handling (lebih kepada kepuasan pemanduan dan teknologi2) manakala Toyota Altis pula lebih kepada penerimaan model tu pd masyarakat dunia. So terhasillah Preve' yg bg saya sy setuju cakap2 DSZ "terbaik dlm C segmen"

        uji pandu yg dimuat di Autoworld, Auto Anda dan Paultan semuaya memberi feeedback yg amat baik pada baby Proton ni terutama dari segi ride and handling, NVH, kualiti, spec dan tak lupa perfomance. Yg sy ckp ni spec premium

  27. kt box tgh tu ada airkon ke?

  28. level nvh seperti kereta euro.handling superb.harga pula bawah 75k.memang pakej terbaik untuk rakyat Malaysia. harap tiada lagi komen negatif yang memperlekeh proton dan mengagungkan jenama lain tanpa sebarang fakta kukuh.

  29. Mcm baca BH Auto pulak, style artikel bro hezeri mmg mcm ni, ok juga dpt kerjasama dgn funtasticko
    Bg sy yg penting asas kereta ni dh cukup baik, setanding dgn kereta eropah yg sekelas dgn Preve, cuma beza pada aksesori shj, model yg exec pun dh cukup bagus

  30. bagus la, tp harga xboleh bla..huhu.. average gaji rakyat m’sia rm2k-3.5k tp jual kreta Rm60-80k, compare dgn jual kat luar (australia) less than $50k,

    http://www.proton.com.au/

    sedangkan gaji diorang sebulan min $12.5k sebulan ($150 000 a year) http://mattcowgill.wordpress.com/2011/05/11/what-is-the-typical-australians-income/

    knp nak jual dgn harga tinggi utk rakyat sendiri sedangkan dekat luar jauh lebih murah….

    • soalan sepatutnya kenapa kerajaan letak cukai tinggi pada kenderaan tempatan.

      • kebanyakkan org malaysia ni kurang membaca/mengkaji pasal cukai ni bro, diaorang lebih suka pakat tembak, yg salah proton je..

    • harga basic sama je, tapi cukai Malaysia dan Australia berbeza. sebab tu la harga jadi lain.
      import duty + GST = 20% di Australia
      tapi 75% excise duty + 10% sales tax = 85% di Malaysia.
      nampak tak betapa jauh bezanya??

      adding more features will increase the price. it won’t affect price in Australia so much, ie; add RM1k base price will only cost another RM200 tax in Australia. but in Malaysia, add RM1k in base price will increase another RM850 for tax. that’s why some of the expensive features like 2 additional curtain airbags will only be available as ‘optional’ items in Malaysia.

    • ohh.. one more thing. jangan mimpi la kalau kerja biasa-biasa je tapi nak dapat gaji $12.5k sebulan kat Australia tu! ko sendiri yang bagi link tapi ko baca tak habis!..
      “only 4.5 per cent of Australian adults have an income that exceeds $100,000 per year, and only 1.5 per cent have an income that exceeds $150,000 per year”
      paham tak apa maksudnya? kat malaysia pun ramai yang dapat RM100,000 setahun gak, tapi lagi ramai yang dapat gaji level biasa RM3k sebulan. sama la kat Australia jugak.
      sebagai 3D graphic artist / designer, aku penah cecah gaji lebih RM6k sebulan kat KL, aku pindah keje kat singapore dapat gaji S$4k, kalau kat Australia, average is A$3.5k. tak semestinya gaji ko 6k kat Malaysia ko akan dapat $6k jugak kalo ko berhijrah. sewa rumah plak mahal nak mampos.. sewa apartment biasa kat SG pun sampai $3k sebulan. kalau golongan professional macam doktor memang dapat banyak la.
      kat malaysia memang tax kereta tinggi, tapi minyak murah dan siap ada subsidi plak. kalau kat Australia, Singapore, & UK, minyak mereka siap ada tax. tax minyak kat UK = 170% walaupon mereka menghasilkan minyak 2 kali ganda lagi banyak dari Malaysia!.. ok, katakan tax kereta kat Malaysia macam australia, 20%. tax minyak pun sama macam australia = RM1.20/litre. memang ko akan dapat Preve Premium ni dalam lingkungan RM50-60k, tapi sanggup tak isi minyak dengan harga lebih RM4 seliter macam Australia? bayangkan sekali isi penuh cecah RM200… kalau sebulan isi penuh 2 kali dah RM400. kalau 10 tahun guna kereta = RM48k untuk minyak. kalau ikut harga bersubsidi Malaysia, 10 tahun = RM24k je.
      tak semua benda lebih baik di negara lain. bak kata omputih, grass always looks greener on the other side. jangan la asyik nak iri hati dengan kelebihan org lain, cuba la belek sebelah lagi utk tau apa yang dia kurang.

      • Masalahnya org suka compare rege kereta buta-buta camtu je tanpa memikirkan the overall cost of ownership. Semua negara kat dunia ni pun ada yg lebih ada yg kurang, kurang tang ni dia lebihkan tang tu, pi mai pi mai tang tu juga.
        Kakak aku dok US mmg dia beli Ford Focus murah around USD12k tapi gasoline dia kata mahal, dan nak hantar anak ke nursery & daycare kat sana mmg la super mahal, so pusing2 sama je lebih kurang katanya.
        Tunggu la Malaysia jadi lebih maju sikit lagi, hopefully senario akan datang lebih cerah.
        Bak kata2 hikmah, x silap aku, dr segi amalan, comparekan diri kita ngan org lain yg lebih tinggi amalannya, so kita akan berusaha utk lebihkan amalan kita. Bab harta kekayaan dunia, comparekan dgn org yg lebih susah dr kita, baru la kita tahu bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan.
        Aku bukan fanboy kerajaan ke apa2, tp sometimes kita kena rileks dan rasional.

      • Ko lupa nak kabor kat Singapore, COE kena bayar sebelum beli kereta. Harga tu turun naik. Sekarang kalau below 2.0l ada dlm rege S$40-50k. Tendering siapa mahal dapat ler. Tu belum harga kereta tu. Parking lagi. Masuk bandar kena toll. Tak pikir diaorg nih.

        Lepas sepuluh tahun dah harga scrap S$10K aje. Harga apartment melambung tinggi menambah pendapatan bank. Orang dia tak boleh meniaga. Hidup berhutang aje. Sebab tu pengerak ekonomi Singapore tu sebenarnya Bank dan Finance aje. Setakat National Semicon berapa sangat ler hasilnya. Kalau Keppel tu pakai jugak Bangladeshi merata. Sekarang judi jadi hasil pendapatan negara. Bagus sangatlah tu.

        Orang kita yg berhempas pulas pergi kerja dari JB 5 pagi. Balik 8 mlm naik motor.

      • kat singapore aku x rasa sgt keperluan kereta sbb pengangkutan awam mmg cekap, dlm 10-15 minit je bas seterusnya dah sampai, tu belum masuk mrt…australia pulak jln tak sesak , pandai je diorg atur bndr, kwsn kediaman dlll supaya tak sesak mcm kl.

        klu takat bangkok mmg la sesak , mlm pun jem huhu

  31. tapi dalam official video preve seigt aku lampu LED tu menyala tp headlight tak?
    mcmmna tu?….

    • betul2..
      Saya rase mcm tu. Ingat tak bro chor pernah nampak kereta nh tahun lepas berbungkus dengan DRL terbukak. Lampu x bukak pun. Resenyer die jenis LED dan boleh on of. Bukan nyer DRL… emmmm. ntah la..

      • isk..bukan DRL tu memang pakai LED ker??cuma cara nak bukak dia jer..kalau bole bukak time siang..jadi la Daytime Running Lamp (DRL)…kalau bole bukak time malam jer..jadi Nighttime Running Lamp (NRL) jer la..hoho

      • Drl mmg led, tapi tunggu la aper DSZ kata nanti.

      • iye,,,lampu die mmg l.e.d….bukan drl….boleh bukak n tutup…

  32. so DRL ke@regular led je?….

    • depa baru sekali pi test drive tak mungkin dapat tau segala galanya dengan tepat… samaada itu drl atau tidak.. kena dapat kepastian dari proton.. bukan terus palu je macam tok moh.. mana tahu mungkin si tester taktau nak fungsikan DRL sebenar? maklumlah baru test pretama kali. jadi segalanya masih berkemungkinan

    • tapi dalam teaser advert dia memang nampak LED tu bukak dulu sebelum headlight…bukan aper..takut nanti ada orang claim misleading..pastu proton kene saman (macam honda kene saman sebab civic hybrid x seperti aper yg di claim fc dia)…hopefully proton hati2 dalam bab ni..

  33. naper aku rasa review ni mcm puji melambung2 je? siap ckp ruang belakang mcm limosin. mcm x logik pn ada. ker perli?

  34. Kereta proton pertama yg ada coat hanger?? Kereta persona saya pn ada coat hanger. Cmner prevè blh jadi yg pertama ? Reviewer, please do some research

      • coat hanger ni lain
        coat hangar ni adalah tunggul dekat trim pillar B, atas sikit dari hangar seat belt
        dia tak blok view cermin jike digantungkan coat
        just hanging dekat trim B tu je

        just imagine trim B tu ade tunggul, mengarah ke belakang
        then gantung coat kat situ

        tak faham jugak, g usha bile dh launch nnti…

  35. http://cdn2.paultan.org/image/preve-engine-performance.jpg

    Saya predict daripada perbandingan ini, model kereta tersebut ialah:

    Model 1 ; Ford Focus 2.0 Ghia/Sport
    Model 2 ; Toyota Altis 1.8 Dual VVTi
    Model 3 ; Honda Civic 1.8 S-L
    Model 4 ; Kia Forte 2.0 SX

    • xperlu predict rasenye, dlm review tu pon dh cakap benchmark dengan kereta apa w/pn xtulis secara direct..

    • Sebab dia tak tulis tu yg saya predict. Lagipun, dalam review penulis tak cakap varian model yang dibandingkan.

      • Kalau ikut spec HP dgn Torque, ada betulnya tekaan tu, ikut model kat atas tu semua mmg sesuai dijadikan benchmark

  36. kete dah bagus..harap SC pun upgrade…lagi satu macam mana dgn harga sparepart bagi kete nie…adekah semahal T n H yela qualiti pun dah bagus…sape2 dari team SC boleh bagi figure service cost and sparepart price..

  37. kalau tempah sekarang, berapa lama biasanya tempoh menunggu selepas pelancaran?

    • x silap p1 prepare lebih kurang 2500 – 3000 unit. Tapi x tahu la kalau tetibe stock habis ker..

      • betul ke info tu? so berapa unit peruntuk untuk CFE model@ premium model. terutama colour putih

      • TQ prolever…

        tadi sy baru call proton kangar, depa habaq kalau tempah sekarang maybe bulan mei baru dapat sebab dah ramai yang tempah…

      • berapa unit saya x pasti tapi mmg deorg standby sehingga 3k stock,

        pemerhati,
        mmg biasanya mcm tu. Kalau nak cepat, ambil colour yg jarang org nak.

  38. Nice review…tp aku rasa cara penulisan kene improve sket…sbb bila baca makin kebawah rasa mcm mls dh nk bc…x timbulkkan excited nk bc sampai habis….cite pasal kete plak…tahniah la team proton…lots of improvement…yang paling penting aku rasa bila cerita pasal kereta proton org akan relate dengan ride & handling (branding tu)…mcm toyota org relate pasal reliability…Komen sket pasal DRL….DRL ni yg plg famous dekat kereta aude…kalau x silap audi ni la trend setter for DRL…tp kalau perasan la kalau jumpa kereta audi kat jalan…walaupun equip with DRL tp x hidop…so my guess owner audi tu turn off DRL dia…default setting hidup tp bleh manual switch off. hopefully it will be the same on preve…aku jangka rakyat Malaysia ni akan sebut nama preve ni “preeve” (lg sedap kot) dan bukan ” Prea vae” tp oversea market mungkin sebaliknya…Lidah lain2 ma….x sabar nk tgk in flesh…congratz again to team Proton

  39. Artikel Mantap…Syabas

  40. Untuk pengetahuan pembaca, Prevé mempunyai stopping distance (100-0kmh) yang paling dekat – 36.8m berbanding dengan model Kia Forte, Toyota Altis 2.0L, Honda Civic 1.8L dan Ford Focus.

    betul ke nie 36.8 m atau 3.68m… ke aku yg tak faham maksudnya cecita cecita

    • Apa la.. bende asas pun x paham…
      Tuh maksud dia…
      Ko bawak sampai laju dia cecah 100kmh.
      Pastuh ko emergency brek.
      so dia akan berenti sepenuhnya dalam jarak 36.8 METER
      (bukan 3.68 minit – ya ampun.. lori pun tak lambat camtuh nak benti).

      jadi yang 40++ meter baru benti sepenuhnya tuh aku konpom keta bodo mahal nak mampus tapi tak power lansung – toyota altis takpun forte.

    • Kalau 3.68 m, itu langgar finding bukan guna break. 36.8 m maknanya kenderaan bergerak 100kmh kemudian tekan break sampai fully stop

    • Maknanya jarak berhenti adalah 36.8meter apabila brek pada kelajuan 100km/h sampai kereta tu berhenti sepenuhnya, jarak tu dikira bermula pada kelajuan 100km/h sampai 0km/h, kat Topgear 18 pun ada buat perbandingan ini, lagi pendek jarak lagi bagus

  41. xsalah akulah,xda plak prtn umum secara rasmi ada drl. Yg spec sheet dr salesman pun tulis projector headlamp with led position lamp.
    Mgkin utk pasaran yg wajibkan drl, dia jadikan sbgai drl, yg x, tuko jd led position lamp. Led position lamp pun bkn skdr kosmetik. Ssh nk cite, google jelah.
    Yg aritu hanya info dr insiders, bkn rasmi. Sbb tuh kdg2 info itu bgs, tp klu ramai yg anggap official, itu yg diorg bimbang info leak. Aku rase sume clan blog nih, sumenye matang.

    Pasal review, aku rasa fair, coz xsilap, yg review nih perempuan. Bgs juga, dpt tgk pompuan punya point of view. Klu seat blakng, mmg rasa cam limo kot klu perempuan naik, tp klu lelaki, masih lg beso, cume xdalah rasa mcm limo. Bleh tgk review2 lain.

    Yg laki review pemanduan ok, perempuan review pun ok, maksudnye, samada lelaki@perempuan, xdala masalah ngat kan bila beli kete nih.

    Bro yuri, bknker berat kete nih 1.3 tan? Yg iafm+ plg beratpun 1325 kg, yg manual 1305 kg, premium pun 1340 kg.

    Rasanya,klu yg biasa bwk 1.6 na, xda masalah, tp klu yg biasa bwk 1.8@2.0 na, yg bwk bold cfe, mmg akan rasa underpower.

    Kete2 lain pun sama,cume kite kat malaysia xjumpe. civic fd ada 1.6, yg latest pun ada 1.6, elantra ada 1.6, vios ada 1.3, jazz ada 1.4. City lama pkai idsi, lg teruk poweroutput dia, myvi ada 1.3,flx ada 1.3.

    Mcm kes flx n myvi 1.3, bg aku power dia adequate. Xda kes underpower flx 1.3 sekalipun. Kcuali dh besa bwk kete cc yg beso, akan rasa underpwr.

    Org cume aspect kete harus powernye kaw2, atleast mcm cfe. Tp kat luar, pug 5008, berat 1600kg ++, pkai enjin prince na jek 1.6. Dkt 400kg berat dr preve, ok aper.

    Xkan nk kata engineer pug xtau aper2kan.

    Ada kete yg adequate pwr, ade yg above average, ada yg powerful. Pilihan ditangan anda. Klu rasa iafm+ xpower, amiklah cfe. Klu rasa myvi 1.3 underpower, amik 1.5. Klu rasa avanza 1.3 underpower, amik 1.5 n etc.

    Klu preve nih pkai iafm+ 1.3, itu mmg akan jd underpower sgt2. Barulah kata pilihan xberapa tepat. Tp,realitinya, pug 5008 dgn enjin na 1.6 prince, umpama letak enjin 1.3 iafm+ kat preve, tp xdaler plak kena kutuk kaw kaw kan.

    Renung2kan

    • reviewer yang naik CFE dulu baru IAFM+ memang akan terasa underpower…patut bawak IAFM+ dulu baru bawak CFE..mereka akan dapat merasai penambahan performance instead of penurunan performance..dari saikologi aspect, ayat2 review akan lebih byk yang positif dari yang negatif..

    • kalau bawak kereta power dulu baru bawak yg standard mmgla rasa underpower… aku pakai kancil turbo, istri pakai civic 1.6… tp aku lg suka kancil turbo aku sbb power terasa bila memecut… samalah kalau test cfe dulu pastu test iafm+… mmgla rasa tak best iafm+ tu…

    • yg best sekali bila ada yang tanya bold cfe bole lawan tak estima 3.5L V6, nak murah tapi laju mcm ferrari, jimat cam hybrid dan bole bwk 10 org huhu

      • malaysia minded memang gitu… bayangkan nak kereta murah, spec gila2… aiyyooo yo..

  42. Pingback: blog@HAII » Blog Archive » Proton Prevé

  43. siapa2 ada tak simpan spyshot yg clear area dekat2 meter cluster / steering? dari koleksi gambar2 yg aku penah save dari web, aku notice wiper switch di sebelah kanan steering tu, kita bleh enable/disable auto wiper (mist, off, auto, lo, hi, etc)… sama mcm forte kalau tak silap… kemungkinan DRL juga boleh on/off feature tu dgn activate kat switch lampu??? harap siapa2 ada gambar tu mohon share… tq…

  44. adakah yg review ni dibuat awek yg selalu possing depan keta tuh bila buat review oleh autoanda… hehe

  45. kenapa gambar over-saturated lg? bukan ke proton bg gambar yg natural mcm kt PT tu?

  46. Masalah kecik dgn preview ni, xde bende negative, smuanye pasal kete ni baik. Dlm dunia ni, xkan xde baik buruk pasal semua bende. Nothing is perfect.

  47. Wow! Yang warna gold tu Cun giller. Boleh bawak ke mimpi ni! Tu tak buh rim !7 dgn skirting lg!

  48. InsyaAllah…. nak booking n beli……..!!!!

  49. peratusan untuk saya turut serta jadi pembeli semakin tinggi.. lepas lancar nanti kemungkinan besar cecah 100% nie.. hehe

  50. tak tau nak cakap mcmn… ada 1 member boleh kata… kalau harga preve macam tu (62 k -75k) baik dia angkat vios.. atau myvi… preve bukan nak banding dengan kete vios atau city.. tapi tanda arasnya civic..

  51. kalau xsilap,smalam kt buletin utama tv3 segmen auto ade cite psl preve ni…
    ak xsempat tngok smalam….
    ade sape2 leh tlg bg link x???

  52. Nk tanya satu soalan , adakah kabin kereta ni snyap bukan bising sperti saga FLX ?. ada sumber mngatakan , kabin kereta ni snyap . so , ada sape2 tau psal mende ni ?.

    * Drive It to Believe It .

  53. Majoriti orang-orang yang menghentam kereta ini bukan pembeli kereta yang berpotensi. Sebahagian besar daripada mereka, remaja atau mereka yang tidak mempunyai kuasa membeli, datang saja untuk menghentam proton untuk suka-suka tanpa melihat usaha-usaha yang telah dilakukan oleh proton . Untuk saya, kereta ini dan Exora berani telah benar-benar mengubah tanggapan saya terhadap proton. Sebagai rakyat Malaysia, saya berharap proton boleh menjadi pengeluar kereta bertaraf dunia. Terima kasih.

  54. Huaargh…. Inimkereta tak ada DRL la. Sudah tanya and big biss sudah confirmed. Itu lampu LED tak cukp terang untuk masuk kategori DRL, dan cuma hidup bila lampu headlight hidup. Ini spesifikasi terakhir. Tak tau la 16hb nanti dia tukar spek. Anyway, DRL Ni tak wajib lagi kat Malaysia. Dan kalau anda dah pandai sangat, apa kertea yang dijual di Malaysia yang ada DRL tapi DRL dia pakai lampu bulb biasa sahaja? Hint – asal dari German.

    Untuk sesetengah kereta, DRL memang boleh dipadamkan.

  55. Korang yang hantam PROTON / PREVE ni x tau apa2 hal tentang teknologi enjin / sistem.
    Brand tak pening mana baa..yang penting prestasi , selesa , value for money , sasaran dah ditetapkan.korang yang mampu beli keta >RM100K , angkat jela..yang nak kondem PREVE tu pe hal..
    nak tau power tak PREVE tu try TEST .. tengok sape kene tinggal..setakat 1.5 / 1.8 BRAND luar tu makan asap la jawabnya..aku dah try VIOS / PREVE..Preve lebih stabil / smooth..pemilik VIOS kat luar sana, gi la TEST tengok..mahal mcm DUGONG wat pe..UGLY..KECIK..harap BRAND jela..serius baa..Korang angkat sangat si VIOS tu mcm la power sgt..MAHAL TAPI KOSONG..

  56. preve adalah kereta kelima saya selapas menggunakan 2 jenama Honda dan 2 jenama proton,honda 1.6 dan 1.8,proton 1.6xli dan waja 1.6,setakat ini sy rasa proton okey je…x tau lah,lain orang lain pulak cara dan ragamnya,proton perve 1.6ex yg sy guna sekarang ok je mantap..tip top.

  57. harap harap preve sy boleh guna sampai 10th.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,459 other followers