funtasticko design

http://funtasticko.net

Soalan & Jawapan mengenai enjin Campro CFE 1.6L

142 Komen

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Proton melalui unit Powertrain & Media yang telah memenuhi permintaan saya supaya ia dapat dikongsikan & disampaikan kepada pembaca blog serta orang ramai, amnya. Ini merupakan inisiatif terbaru dari Funtasticko Design untuk memberi maklumat dengan lebih lanjut mengenai enjin terbaru dari Proton iaitu Campro CFE 1.6L. Saya telah mengajukan beberapa soalan kepada pihak Powertrain Proton & ini adalah soalan serta jawapan yang diberikan :

1.      Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan CFE? Ceritakan secara ringkas.

CFE ialah ringkasan kepada Charged Fuel Efficiency. Secara ringkasnya, enjin CFE ini memberikan tenaga seperti sebuah enjin 2.0 liter ketika diperlukan tetapi memberikan pulangan penggunaan minyak yang baik di dalam keadaan pemanduan santai, seperti memandu di lebuhraya, ketika melahu atau ketika memandu di dalam kesesakan lalulintas.

 2.      Adakah CFE ini enjin baru sepenuhnya ataupun masih lagi berasaskan enjin Campro tetapi dengan beberapa pengubahsuaian?

Enjin 1.6 liter Campro CFE dibina berdasarkan enjin Campro tetapi dengan peratusan besar pembaharuan yang terdiri dari komponen unik kepada enjin CFE sahaja.

3.      Boleh ceritakan apa yang telah diubahsuai untuk enjin CFE ini? Ceritakan secara ringkas bahagian yang telah diubahsuai dan sebab-sebab pengubahsuaian.

Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah komponen-komponen utama seperti aci engkol, aci sesondol, rod penyambung, blok silinder dan kepala silinder enjin telah ditukar kepada rekabentuk baru.

4.      Bagaimana cara CFE berfungsi?

CFE sebenarnya berfungsi di atas dasar mampatan paksaan (forced induction). Ia menggunakan daya gas ekzos berkelajuan tinggi untuk memusingkan pemampat yang akan kemudian memaksa lebih banyak udara luar masuk ke dalam kebuk pembakaran.

Udara tambahan itu akan dibekalkan dengan bahan api yang secukupnya untuk menjana lebih banyak tenaga. Hasilnya,  enjin  1.6 liter Campro CFE mampu memberikan kuasa kuda seperti sebuah enjin 2.0 liter tanpa sistem mampatan paksaan.

Kelebihan enjin 1.6 liter Campro CFE ini ialah sistem pemampat hanya beroperasi selepas 2,000 RPM. Bila enjin bergerak di bawah paras tersebut, penggunaan bahan bakar akan menjadi lebih rendah dari enjin 2.0 liter.

5.      Apa perbezaan antara Low Pressure Turbo (lazimnya dikenali sebagai Low Inertia Turbo) dan High Pressure Turbo (atau High Inertia Turbo)?

Low Pressure Turbo atau LPT menggunakan turbin yang kecil dan mampu beroperasi dengan halaju gas ekzos yang rendah (RPM enjin rendah). Oleh kerana itu, ia menghasilkan pemampatan (boost) yang rendah.

High Pressure Turbo pula memerlukan halaju gas ekzos yang lebih tinggi kerana turbin yang lebih besar. Hasilnya, mampatan yang lebih tinggi.

Enjin CFE menggunakan LPT kerana fokus lebih kepada daya kilas yang tinggi pada RPM yang rendah (low end torque). Ini akan membantu dari segi pecutan yang lebih mantap dan penggunaan minyak yang lebih rendah.

 6.      Kenapa Proton memilih unit turbin dari Borg Warner? Apakah kelebihannya?

Pilihan dilakukan berdasarkan rekacipta, kualiti dan harga yang berpatutan.

7.      Apakah ada tambahan CVVT atau VVT pada CFE? Jika ada, apakah fungsinya?

Enjin 1.6 liter Campro CFE menggunakan teknologi injap VVT untuk mengoptimakan laluan udara segar ke dalam enjin pada RPM rendah dan tinggi. VVT juga membantu mengurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan pencemaran udara kerana pembakaran adalah lebih lengkap.

8.      Bagaimana untuk mendapatkan kuasa maksimum CFE dan cara untuk mendapatkan penjimatan minyak yang optimum semasa memandu?

Cara terbaik ialah mengekalkan kelajuan putaran enjin di bawah paras 2,000 RPM agar sistem mampatan paksaan tidak beroperasi.

Namun dalam keadaan di mana tenaga diperlukan, pendikit perlu ditekan rapat ke lantai supaya sistem transmisi CVT boleh menurunkan nisbahnya agar enjin beroperasi pada 5,500 RPM untuk kuasa maksimum.

9.      Adakan CFE mempunyai “turbo lag” sepertimana enjin-enjin turbo yang lain dan bagaimana Proton mengatasinya jika ada?

Penggunaan LPT membantu enjin 1.6 liter Campro CFE ini untuk beroperasi selancar enjin N/A (tanpa sistem mampatan paksaan).

10. Apakah kelebihan CFE berbanding dengan enjin VVTI, VTEC, MIVEC, DVVT dan turbo yang lain? Ini akan membantu memperbetulkan “mindset” rakyat Malaysia yang selama ini terlalu teruja dengan teknolgi Jepun ini.

Sistem VVTI, VTEC, MIVEC dan DVVT adalah sistem-sistem teknlogi injap yang membantu pernafasan enjin pada RPM rendah atau tinggi. Enjin 1.6 liter Campro CFE menggabungkan teknologi injap VVT dan sistem mampatan paksaan untuk prestasi enjin yang baik pada sebarang kelajuan enjin.

11. Adakah kos penyelenggaraan CFE tinggi jika berlaku sebarang kerosakan?

Seperti enjin lain, enjin 1.6 liter Campro CFE memerlukan penyelenggaraan seperti yang disarankan di dalam Buku Panduan Pemilik (Owner’s Manual) dan Buku Servis Berkala (Periodic Maintenance Book). Dengan penjagaan rapi, enjin CFE ini tidak akan mendatangkan sebarang masalah dan kos penyelenggaran direka agar tidak begitu berbeza dengan enjin Campro biasa.

12. Apakah perancangan unit powertrain Proton pada masa depan? Adakah akan ada teknologi baru akan diperkenalkan?

PROTON mempunyai perancangan untuk memperkenalkan teknologi terbaru dan akan mengumumkannya bila tiba masa yang sesuai.

13. Berikan tips/petua untuk penjagaan enjin CFE supaya sentiasa dalam keadaan terbaik.

Seperti yang dinyatakan di dalam jawapan kepada soalan No. 11, pengguna disarankan mengikut jadual penyelenggaraan berkala yang ditetapkan.

142 thoughts on “Soalan & Jawapan mengenai enjin Campro CFE 1.6L

  1. terbaek bro..
    mohon share dalam blog saya..

  2. terbaik.. 🙂

  3. 8. Bagaimana untuk mendapatkan kuasa maksimum CFE dan cara untuk mendapatkan penjimatan minyak yang optimum semasa memandu?

    Cara terbaik ialah mengekalkan kelajuan putaran enjin di bawah paras 2,000 RPM agar sistem mampatan paksaan tidak beroperasi.

    pada 2000rpm berapa kelajuan /km. tapi susah la kalau nak manitain bawah 2000rpm selalu untuk mendapatkan penjimatan sekali sekala kene la jugak test power 🙂

    • klu x salah aku dlm range 110km/h bro… ada tbaca somewhere… mamat 2 ambik vid dia test exo bold… ke kat blogpt ek…. sesiapa yg tau tepat leh betulkn…

    • klu waja aku bwh 2,000 rpm masa lalulintas sesak la. so klu agak2 exo turbo mesti dlm linkungan antara slow dlm sesak hingga 110km/h. ala mmg range tu pun yg selalu guna. tp sekali sekala mmg la nak pakai gak range tinggi 120-140-150km/h kan. tp sekali sekala la bagi aku.

      • em, bukan ke torque dia maksimum dan linear antara 2,000 – 4,000 rpm. jd bkn ke range ni yg jimat minyak?

      • dkt range tu dia constant… dlm kaedah engineering biasanya penjimatan dikira jika tiada loss or rendah yg mana kebiasaannya berlaku pd optimum point… kenapa dkt optimum point… ini dsbbkan pd point berkenaan semua benda seimbang org kata secukup rasa… air dia minyak dia… torque dia… power dia… klu dr graph kte tengok dia nya cross section….

      • cross section torque dan hp ke?
        setakat ni aku prnh tgk graf torque cfe je
        klu ada graf hp pun ok jugak

  4. Still timing belt bukan timing chain…bukan ape, cume timbul perasaan gundah gulana apabila dah dekat2 time kene tukar, takut-takut putus di tengah alan….kalau timing chain takdelah risau sangat….=)

    • timing chain sampai masa pun kena tukar, rantai pun boleh putus gak bro… lagi 1 enjin timing chain ni bila dah lama bunyi dia agak kasar skit…

      • Setuju bro, timing chain akan jdkan enjin bising….ramai yang masih trauma dengan engine timing belt, kebarangkalian untuk belt putus lagi tinggi dari timing chain..

        Anyhow, CFE enjin yang bagus dan patutnye untuk kereta2 mahal je..Caiy0k Proton…

    • sama je bro… tu ada salah satu penjagaan dia kena jaga PM (selenggaraan berkala) klu belt tu nk kena tukar 80K so bro nk lg jaga tukar la 70K cam 2… insyallah ok… plus timing belt skarang bkn mcm dulu2… bla putus dia akn stop… kebiasaannya setiap mechanical design ada soft stop n hard stop…

      soft stop nie cnthnya diia guna sensor… sensor send signal to ecu n ecu stop engine… hard stop lak… dia stop base on design maksudnya dari segi design physically bla putus je engine akn stop trus bila pulley tsangkut dgn ujung akhir or ujung awal belting tu….

      apa2 pn bro nak jaga keta mesti PM… keta baru ke lama ke mesti PM… setiap technology ada baik n buruk ….

    • tp secara ikhlas saya mengharapkan proton keluar gak enjin timing chain..

  5. bagus2… baru semua org tau… dia x tlalu detail n x tlalu simple…

  6. hope proton wont stop here engineering development is always on the go, another area that PROTON must be really careful is ergonomics, like seat , driving position, steering , does contribute to the like for the car, like i insisted MANY times proton must have height as well as reach adjustment ( TELESCOPIC) so that it suits everybody’s built. there are tall people with long legs, people with longer hand, medium, short what ever, not to mention when sending cars overseas,

    this is one ares where KIA effort trying to put their car all over the world will suits many just by having multi adjustment of the steeering wheel. looks a small issue but it makes a great impact.

    so this is my longing SUGGESTION for proton towards PERFECTION.
    (sorry for having too many times talking about telescopic, telescopic, telescopic,)

  7. and the, VVT should be integrated in iafm.
    i think its a must. further cut in fuel consumption if VVT came in.

    so impossible the P3 with 1.6 iafm+,,no way. big car P3 lower range at least with VVT.

    • kalau tak silap saya dlm video hyundai elantra antara tech engine dia tak silap VIS agak serupa macam iafm sebab dia ada short runner, long runner. cuma enjin elantra lagi canggih banyak pekej

    • if im not mistaken in the previous posts there was an explanation on why IAFM+ is used instead of VVT. This is due to the fact that the engineers tested both systems and both produced similar results i.e better fuel economy and torque so they went for the cheaper route which is IAFM+. yela..why used more expensive tech when u can get the smane ruslts cheaper.

      • tp IAFM selalu rosak.. proton saga blm aku dh tukar x sampai 3 tahun.. huhu.. IAFM tu pulak plastik.. huhu.. -_-

  8. maaf,off topic,skdr sharing.

    :-),aku xkisahpun,cume sedih ngan mentaliti org malaysia, sanggup kena tipu asalkan dpt pertahankan keegoan mereka.

    Mcm aku ckp,islam meletakkan adil itu pada tempatnya. Mcm juga kita komen kereta proton,kena bagi justifikasi n kritikan membina.

    Contoh, saga n myvi. Adakah adil nak banding,kete yg kompak dgn rega premium, dgn kereta sedan ngan rega lagi murah. Kalu ikut logik akal, saga sepatutnya dijual ngan rega lagi mahal dr myvi. Mmg org ckp interior myvi cantik n sbgainya. Cubelah pikir,kalu saga flx se tuh,bukan rega 49k, rega 62k mcm myvi extreme@sbb sedan, sepatutnya lg mahal,klu ada myvi sedan extreme, rega dah cecah dkt 70k,contoh terdekat myvi sedan@wagon yg org xsedari ialah alza, brp rega alza advance@premium? Dkt 70k kan,saga flx se klu reganya 70k, apa agaknya proton bleh buat kat saga klu jual rega premium mcm alza?maka terhasillah p321a versi iafm+.

    Skrg cube banding alza dgn p321a, mana yg lebih baik,tentulah tiada lg jawapan coz belum launch, tp bg mereka yg dah tgk baru2 nih, mereka tahu mana satu jawapan mereka.

    Adakah anda pernah terpikir apa yg aku pikirkan?

    Mmg aku supporter@pro proton,tp dlm bab buat perbandingan,bio ler kena dgn segmen n price. Sbb tuh xpenah aku banding head to head saga ngan vios@city coz saingan dia adalah persona n p321a. Xpernah aku banding head to head exora 1.6 cps ngan wish,stream,pug 3008 n 5008,vw touran, ford galaxy n etc coz bukan tandingan dia.

    Aku bandingkan exo dgn kompetitor dia cam glivina,avanza,suzuki apx,freed, eastar,rondo,carens aka citra n innova.

    Negara jiran kita thailand n indonesia n singapore xpernah banding exora ngan wish,stream,tp dgn kompetitor yg aku maksudkan.

    Pernah aku banding vios akak aku ngan saga blm bapak aku,skdr nak bgtau,saga tuh,xdalah seteruk mana, dgn rega 42k bpk aku beli,berbaloilah dgn rega dia, berbanding akak aku beli vios 86k. Lainlah rega sag bpk aku tuh 86k mcm vios,mmg bengonglah proton,xpandai n teruk buat kete,jual mahal2.

    Xpayah citelah vios mahal coz cukai. Checklah dulu ngan kastam n maa, baru crite pasal cukai coz kes xtau pasal cukailah,ramai yg teraniaya.
    On topic mode pas nih

  9. bgus nie bro…menambah ilmu pngatahuan psl enjin Cfe nie..
    terbaiiiklah bro campromania…….

  10. on topic, saya secara peribadi telahpun bertanya pada para engineer powertrain termasuk powertrain bahagian cvt, engineer homogolation n testing(hnt), senior manager hnt, project manager n etc mengenai perkara ini utk dpt kepastian.

    Mmg iafm+ tanpa vvt dan seperti yg di terangkan sebelum nih, penggunaan cvvt sahaja tanpa vim@vis@iafm, sama sahaja dgn guna iafm@vim@vis tanpa cvvt kerana iafm+ derived drpd cfe punya engine.

    Utk kacukkan cvvt dgn iafm@vim@vis,akan menimbulkan satu kos yg lain, bukan sahaja dr segi pembuatan, tp juga dr segi rnd. Sbb cfe dihasilkan tanpa iafm. Cvvt diuji hanya pada turbo unit,kerana mengabungkan iafm,turbo n cvvt amatlah komplikated n meninggikan lagi kos.

    Semua dah maklum,prtn ada budget terhad utk projek phoenix,bukan sahaja enjin,tetapi gearbox. Iafm+ mmg xpernah wujud dlm projek pheonix krn projek pheonix utk cfe ajek sehinggalah projek pheonix berjalan,mereka mengambil kesempatan atas penghasilan cfe nih, hasilkan iafm+. So,dr pilih sistem vvt saje,power sama dgn iafm,mereka pilih iafm coz cost effective berbanding vvt

    Tetapi,mcm saya ckp,saya tabik spring engineer2 nih,walupun ramai gak yg muda,sbb diaorg dah pikirkan semua ini,sebab itulah dtgnya pemilihan cvt n manual getrag sebab flexibility n powerloss yg cukup minima.

    Walupun saga ringan dr p321a, tp perbezaan iafm+ pada saga n p321a adalah minimum kerana penggunaan cvt. Oleh kerana infinite ratio n flexibility cvt, ia akan mengubah ratio secara berterusan mengikut demand (cntoh pedal to metal,half pedal n etc), load, road condition,uphill,downhill n etc, berbanding dgn conventional auto, fixed, so fc pun xdalah jauh beza ngan saga.

    Cume,manala tau,kot2 ada projek rahsia diaorg xbgitau,diaorg test cvvt+iafm khas utk p321a,xtaulah. wallahua’lam.

    • mungkin dari segi performance adlh sama bg kedua2 jenis teknologi tu tapi dari segi market dan penilaian pengguna, mereka akan lebih tertarik pd teknologi spt vvti, vtec, mivec malah cps. kita kene akui kebanyakkan pengguna tak tau sgt psl kereta. apa yg mereka tau ialah akronim mcm ebd,abs,vsc, dvvt,vvti,vtec dll. bg mereka akronim tu melambangkan teknologi. dan akronim pd enjin spt vvti dan vtec adlh menunjukkan kehebatan enjin tersebut.

      conth cps je la. rata2 rakyat malaysia akan kagum dgn cps krn mereka anggap cps spt vtec walaupun sbrnye hanya separuh je yg sama. dari segi output kuasa pun tak byk beza antara campro dgn cps. cuma infamous campro torque deep dah hilang. dari segi top speed pun cps klh dgn vanilla campro (ini mmg diakui ramai org). tapi knp ramai masih kagum dgn cps dan head cps malah enjin cps sekali pun mcm goreng pisang panas. hari ni turun enjin esok dah ada org beli. sbb akronim tiga huruf tu.

      dan iafm plak org akan kaitkan dgn mslh iafm yg cepat kong. walaupun diakui iafm ni mmg save minyak. tapi pembeli biasa (average joe) mesti akan pandang pada akronim ni. pendapat aku proton patut mskkan teknologi mcm ni pd enjin diorang. lagi baik cipta nama sndri. mcm cps dah ok bg aku. ia akan secara automatik menaikkan taraf enjin tu.

      pendapat aku je:)

      • mungkin proton silap dari segi pemilihan nama2 product dia mcm IAFM. tapi selepas aku kaji apa itu AIFM+ ia adalah teknologi yg terbaru seperti mana Hyundai telah applikasi kan pada kereta meraka yang di panggil VIS Variable Induction System di mana low RPM guna long runner dan hi-rpm pakai short+long runner.

        Pastu plak the same method akan digunakan kat CPS yg dipanggil CPS+. so cuba bayangkan variable cam + variable inteke. pergh….sure makin lazat keta proton pasnih.

  11. one thing ,satria neo, yes tha car has been long on the road since 2006. its not hot selling like the saga or persona, its cramped in the rear, but its a car with its own character it has its beauty, its always has its fan. if we look at the latest audi a 1 its still a simple straight foward design making satria neo is no out of date. all it need is a new door panel and renew dash, a bit of facial maybe dodge dart like front. and lastly CFE in. even Hazeri Samsuri wonders if any of the satria model could be in with CFE.

    (am i beating around the bush)

  12. tak guna enjin cfe, tapi nanti interior finishing cam hampeh.
    cth meter, nvh, air cond vent yglastik keropok ikan, bla bla….
    pastikan prpton jgn fokus kt enjin n desighn, tapi kat perherals ni…hampas..

    • tak guna pun ko cerita coz aku tahu org mcm ko tak mampu beli kereta mcm nie.. pandu jer lah kelisa ko tu.. tu pun kalu mampu beli kelisa..entah entah boon siew jer

    • Mamat troll ni haritu bila dia kena cucuk, tau pulak nasihat orang supaya ‘jangan emosi’ tapi kita semua tahu kan siapa yg mula2 emo dlm posting. Posting tahap budak tadika emo macam tak dapat duit belanja pi sekolah then expect orang to respect.

      • takper biarkan.. dia masih kecewa tak mampu nak beli….. tu lah org kita… cakap jer lebih.. hasilnyer takde…. aku menunggu inspirasi ku.. hahaha

    • Kasi comment kosong lagi,ko ni emotional sangat kenape? Ko ni sape,engineer ke? Tak guna punya orang,nak je aku sumbat ekzos dalam mulut ko supaye boleh tapis ayat2 jahanam ko tu,cube bayangkan macam mane rupe ko kene sumbat ekzos dalam mulut LOL…wei cube la bagi response yang positive,jangan bagi ayat tahpape,lepas ni jangan nak pandai2 nasihat orang,sedar la diri tu…

  13. kalo bleh tanya psl sistem dlman enjin cfe. bore, stroke, head, crankshaft, camshaft profile, vvt timing (if not cvvt). knp mengurangkan nilai cc dr asal cps/campro. mungkin agak teknikal sket tapi menarik g aku la. 🙂

    • ada di mention kat atas maybe bro x parasan kot..
      internal engine part x sama dgn campro biasa dan material yg di gunakan jugak lain..pasal cc yg d kurangkan utk rendahkan compression ratio..turbo engine characteristic mmg low compression ration supaya dapat volume AFR yg tinggi dan menghasilkan powey yg lebih..nk bt high compression ratio turbo pon boleh tapi bayak hal nk kena bt lain takut ada masalah heat and materail reaction..pendapat 5sen aku..klau salah tlg tegur2..peace 😀

  14. yeah mat its not possible to have variable intake with vvt , if im not mistaken toyo camry does have both.

    • if this implicates cost, proton could take only vvt without iafm. for me i think vvt works more efficient than variable intake.

      (but i agree vvt could be more expensive than iafm)

  15. said that exora R3 is supercharged,

  16. alang2 dah ada low pressure turbo, apa kata proton develop egr (Exhaust gas recirculation) pulak…

  17. terbabas dari topik:

    Ada styling cues kereta konsep Lotus kat Chevy ni .

    http://www.autoblog.com/photos/chevrolet-tru-140s-concept/#photo-4727067/

  18. Info yang bagus… kalau boleh lepas nih buat post pasal maintenance pulak, based on Periodic maintenance book proton tuh.
    maklum lah.. ini part yg kritikal bila nk beli kete.. crita pasal kos sekali kalau boleh..
    Apa2 pun nak tanya nih, betul ke engine Turbo perlu special engine oil bila servis? dia tak boleh ke pakai minyak biasa2 kereta NA pakai?

    • betul aku sokong… kalau boleh boleh bagi anggaran kos setiap kali nak servis, supaya pengguna tahu range dia nak kena bayar…apa yang nak kena tukar etc takde la kena kelentong ngan SA lagi…

  19. enjin CFE ni guna direct injection ke? tahniah kpd proton kerana menjadikan campro sbg enjin yg lebih berkuasa dan praktikal.

    • Yea..nak tau sgt2 samada enjin CFE nie guna direct injection atau x? Mohon pencerahan….

    • sedikit info mgenai Campro CFE

      http://en.wikipedia.org/wiki/Proton_Exora

      dia guna MPI… DI nie complicated n kos tinggi skit nk develop

    • klau xsalah saya CFE x guna direct injection..
      MPI maksudnya multi point injection, simple explanation macam injection biasa cuma injector nya multi point. bila injection berlaku bahan api tersebut lebih halus dan mudah meruap. ini akan membantu combustion utk hasilkan emmission dan power yg lbh baik dari normal injection system..klau ada salah tlg betul..peace 😀

  20. Campro CFE

    – charged fuel efficiency CFE
    – variable valve timing, VVT
    – light preasure intercooled turbocharged (light preasue turbo, LPT)
    – 0.75bar(75kPa, 10.9PSI) – forced induction
    – CVT
    – 140PS (138hp; 103kW) @ 5000 rpm
    – 205Nm (151 ftlbf) @ 2000-4000 rpm
    – compression ratio 8.9:1
    – 7.8l/100km @ 91km/h
    – 1561cc
    – MPI
    – bore 76mm
    – stroke 86mm
    – based on DOHC
    – straight-4 engine (inline four engine)

  21. em,knp minyak kuat pada 2k rpm walupun torque maximum kat situ?

    Pada pengetahuan aku yg ceteklah, dah pun diterang kat atas oleh artikel, apabila turbine berfungsi,mmg akan mkn minyak kuat ckit coz air fuel ratio akan berubah. So, byk fuel akan diinject ke combustion chamber utk imbangi perubahan pada combustion chamber kerana air ratio dah berubah.

    Sama jugak, dengan enjin n/a, kebanyakan torque max pada rpm tinggi, klu rpm torque max melambangkan disitu efficientnya penggunaan minyak,byklah kete kena rev tinggi.

    Biasanya kita tgk pada power graph, dimana hp cross dgn nm torque, itu adalah spot yg paling efficient. Biasanya antara 80-90% torque,bkn 100%.

    Btl bro awak, saya xpenah kata impossible utk kacukkan sistem, tp masalah kos n budget. Proton masih xmampu nak kuar budget yg beso mcm toyota pada masa sekarang,akan dtg,klu prtn berjaya secara global,i.allah, prtn bleh buat.

    • if we see the exora cfe capable of 100km/h at 2100rpm.
      means it covers more distance at less engine revolution. in retutn it still translate to economy.

      and for the vvt, since cfe availabled with its good to expand to other NA campro engine. anyway there are limitation for maybe contract with supplier or cost , re-engineering or what ever are beyond the desired decision by proton itself……. so,,

    • t kasih atas penjelasan

  22. kalau tgk trend, kereta dari eropah skrg lebih suka menggunakan enjin turbocharge. Peugeot, citroen, VW,volvo (sekadar menyebut beberapa nama) byk menggunakan teknologi ini berbanding kereta jepun dan korea, mereka masih setia dgn penggunaan enjin NA.

    Agak2 kenapa trend ini berlaku? ada sape2 boleh bagi analisis sikit tak?

    • Di Europe, kereta ada cukai emission rate. Ini kemudian menyebabkan pengeluar kereta menghasilkan kereta yang low emission tetapi berkuasa.

      Doctrine engine downsizing sekarang berlaku di Eropah. Sbb itu Ford pun dah mula introduce enjin 1000cc dengan Ecoboost. Peugeot pun akan perkenalkan enjin 3pot.

      Harapan mereka ialah menghasilkan enjin pembakaran yang hampir2 efisyen. (Nak fully efficient macam susah. Dalam engineering, Ideal State hanya dapat diterjemahkan dalam kiraan)

    • bmw pun dah ikut trend tu, daripada 6 cylinder n/a kepada 4 cylinder turbocharged

  23. Cayalah funtasticko for d info! btw im suspected my nickname in PT kena ban sebab pernah promote blog funtasticko di ruang komen sana regarding Proton’s post. Biasalah org dia mana boleh tengok orang kita lebih hehe, anyway keep up d good work! 😀

    • Bro kena juga ke kat PT!!!heheheh.tapi kat wall FB xde hal klau kita letak picture yang ada funtasticko logo.

      • saya dah lama kena. Naseb bek email ada 2. Leh la selit2 sikit.

      • yes bro, i just suspected coz this evening i tried again but not published. yup i notice bro prolever in PT before this. if i not mistaken some commenter in Funtasticko are also from PT like Mat and other name (if i not mistaken lah).
        good job Funtasticko! 😀

      • PT blog da mcm blog pembangkang da..asal post proton jer mulala politik budak2 keluar..kiter nk diskas psl kereta dia dok msk agenda politik cetek dia..menyampah da aku nk msk saner..aku prefer msk funtastiko or cbt lg best..

  24. Bro campromania…sapa ek orang powertrain yang bro iview tu (mana la tau kenal)…dia x bagitau ek yang project phoenix asalnya nak produce 3 enjin 1.3 nfe, 1.6 nfe, 1.6cfe…tp dengar2 nya 1.3 nfe and 1.6 nfe scrap sbb x capai emission target and cost…tu yang keluar iafm+ jer….basically 1.6 cfe ni bukan stakat nak fuel efficient and torque tinggi at low RPM jer… tp nk achieve target emission euro 4@5 kat europe. sbb tu exora MC x launch sampai skang kat UK ( CPS x silap euro 3 banding iafm kat Persona elegance skarang euro 4)…sory kalau silap info…

    • Enjin yang proton ada dan pernah guna:-

      1.6 campro
      1.6 campro iafm
      1.6 campro cvt 6speed
      1.6 campro cfe turbo

      1.3 campro
      1.3 campro iafm
      1.3 campro cvt 6speed

      Ada sesiapa punya info enjin2 baru yang akan keluar dari stable proton selain diatas?

    • bro chap_de_x, biarlah rahsia, tapi ramai yg terlibat utuk berikan jawapan utk soalan2 saya ni

    • 1.3nfe dan 1.6nfe tu n/a atau turbo?

  25. Ada 2 soalan nak tanya :

    1) Enjin CFE ni lepas tak EURO 4 & 5 ?
    2) Apa jadi yang CFE 151hp tu ?

  26. 1 soalan pd pengurusan proton…

    blh make over kereta sy GEN2 CPS masukan engine CFE ??? xksh la ade sticker promo CFE inside ke @ apa2 sticker promo.. ^___^

    • kalau proton bolh buat, nanti mesti team r3 offer buat kat semua gen2 tapi kena bayar la hahahaha

    • aku pon nak gak la buh cfe hehe em klu boleh cvt sekali, amacam?

      • aku rasa kalau semua keta proton boleh, memang susah nak jual kereta baru proton macam nih…silap haribulan, ada owner perodua myvi dgn alza minta buh cfe ngan cvt jugak hahahaha

  27. Tq. Bro Info yang bagus untuk para pemilik EB..

  28. jd kena pandai-pandai la guna kuasa yg ada, klu nak power mcm enjin 2.0 kena tekan pedal sampai atas 2,000 rpm, petrol lebih sikit la dari enjin 1.6 klu pakai >2,000 rpm berpanjangan sbb power pun dah mcm 2.0. klu tak, kekalkan bwh 2,000, dkt2 2,000 pun dah ok . kuasa torque dh hampir mcm 2.0. klu dpt power mcm 1.8 atau 1.9 pun dah ok. jimat pun jimat. petrol masih mcm 1.6 kan?

    • mungkin lebih praktikal untuk memotong kalau nak penjimatan minyak sebab boleh produce fast acceleeration at high torque…

  29. soalan saya masih belum terjawab.

    1) 140PS dan 205NM untuk RON 97. RON 95 macam mana pula?
    2) 7.8l/km untuk RON 97. RON 95 berapa pula?

    p/s: Harganya menarik, tapi kalau total up dengan kos penggunaan RON 97, rasanya lebih berbaloi beli UK spec imported toyota estima dalam jangka masa panjang.

    • rasanya semua spec dalam brochure proton untuk ron95…cuba tengok brochure Exora Bold…kalau salah tolong betulkan…

    • mmg cfe nih testing n dituning utk trime minimum ron 95 dimarket malaysia. Figure tuh sume mmg dpt dr guna ron 95, pkai ron97,sama jek figure dia,tp dr segi efficiency combustion chamber, of course ron 97 lebih bgs. Dah lama dah prtn test kete pkai ron95 kat malaysia. Selain kos, mgkin sbb tuh xpkai direct injection coz direct injection kena pkai minyak premium,atleast 97, ada jugak yg xbleh terus coz ron97 kita euro2.
      Klu tgk elantra md,versi luar dia pkai engine gdi, tp versi malaysia pkai mpi lg.

      Cer tgk compression ratio cfe rendah, klu ikut yg aku phm ckit2lah, kenapa prtn buat comp ratio rendah,mgkin sbb performance, mgkin sebab supaya cfe bleh trime ron rendah coz secara umumnya,bika comp ratio tingg cam vtec type r, swift sport n etc,diaorg kena pkai minyak premium.

      Prtn ada market exora kat indonesia, kat indonesia masih ada pkai ron88, cps bleh pkai ron88,tp power figure masih sama.

      Kat singapore,ada ron 92,95,97. 98 n 99 xpasti coz kbanyakan pkai ron 92 n 95 coz minyak sana agak mahal,ikut kata sepupu akulah.

      Em,xpenah plak cfe @ mana2 enjin prtn yg ditune utk trime 97 ajek. Dr segi power figure,klu dia bleh pkai minimum ron95, klu buh ron97,xda perubahan. Cume yg aku phm, ignition timing n af ratio akan berubah utk elak knocking,itupun secara otomatik coz kete zaman skrg dah canggih,pkai ecu. Klu zaman karburator dulu,leceh ckit.

      Kat fifth gear dl ada test minyak premium, tp xingat,ron98@ron99@ron100. Xsilap aku ada 4 sample minyak. Hanya satu jek ada penambahan hp dr pkai minyak yg bkn premium,itupun xsilap,1@2hp ajer, yg lain,pkai minyak ron rendahpun,sama jek output dia.

      Kesimpulan fifth gear, pkailah minyak biasa ajer. Tp klu nak tambah pwr ckit,pkailah minyak yg 1 jenis tuh. Xingat plak minyak aper coz dah lame,season berapa pun aku xingat. Yg aku pasti,zaman bila shell kuar vpower racing,minyak biru coz diaorg test gak minyak tuh. Cume xingat verdict dia.

  30. bro campromania.. bila proton akan masukan cvt 6 speed pada pesona…?

    • persona elegance ke? tak pasti la..

      • Sebenarnya saya pun nak bertanyakan soalan ni kepada bro campro jugak. Apabila P3-21A ni dikeluarkan kelak, adakah production Persona akan dihentikan? Adakah benar P3-21A ni akan totally menggantikkan Persona? Kalau betul Persona diteruskan, mungkin kita dapat melihat IAFM+ dan CVT pada Persona elegance?

      • kalau ikutkan p3-21a ni dulu dipanggil persona r, tapi proton ckap ni bukan pengganti persona… mungkin persona masih lagi dijual sebab harga p3-21a akan lebih tinggi sedikit… tapi kalau ikut logik, persona dah cukup tempoh 5 tahun dlm pasaran, jadi proton akan phased out juga model ni secara perlahan2… tengok apa jadi pada waja bila inspira keluar, terus stop production, begitu juga la nasib persona nanti… tapi disebabkan faktor business diorang kena la cover2 line… 🙂

      • lagipun kalau sumbar cvt kat persona, banyak lagi kerja perlu buat. Saya x rasa persona akan dpt cvt.

      • bro campro,

        alang2 tengah cerita pasal replacement ni. nak tanya sikit. perdana dah stop production kan? x de berita ke pasal perdana replacement?

    • Hmm…kalo tak silap Proton memang ada perancangan nak sumbat Punch CVT kat Persona Elegance TETAPI untuk market Australia aja,mungkin dilakukan utk nak clear stok Persona Elegance dan memberi laluan pada P3-21A (kalo salah sila betulkan)

      • harap proton boleh segera masuk kan cvt pada pesona elegance … sebab saga sudah pakai cvt….
        rasa pesona tetap ada sebab P3-21A bukan penganti pesona…
        kalu untuk nak habiskan stok auto lama tu boleh saja jual saja pada china atau mongolia…
        satu lg cadangan… dashboard saga dan pesona…boleh ka redesign semula… supaya lebih kemas n tegap …ini cover atas meter pon terjengoi-jengoi… tentang material tu lantak la nak pakai hard plastic ka soft ka kayu ka hampas nyok ka… tp rekaan tu mau kemas dan memberi lebih ruang pada pemandu dan penumpang…
        saga dah cantik dah tang ruang tp dashboard nampak boyot macm kosong dan gelebeh…
        pesona pula dashboard rendah sgat dan berlapis lapis… tak memberi lebih ruang p pemandu… sepatut nya pesona lebih ruang utk pemandu dan penumpang dr saga sebab jarak tayar lebih panjang tp….entah harap …kerusi pesona pon perlu lebih tinggi mcm saga…..(aku banding dgn saga la nanti banding dgn myvi..enginear myvi tak cibok pulo):) dah tinggi kerusi nanti kepala sgkut atap pulo…nak kena tinggi atap pula…. ya atap pon perlu tinggi kalo perlu… dan lg aku dok tengok… saga dgn pesona ni buntut , tak mcm jeniper lopaz… itu yg tak mengancam.. ini aku rasa memang perlu la proton tebalkan bumper… buat la apa yg patut ..contoh kalu tgk Exora dan inspira kan lebih kemas bumper mcm jeniper lopaz tu… kalu tak cukup duit .. sendiri mau ingat la..

      • leman,

        saga persona mungkin x kan ada revise dashboard dah. Lagipun persona dah nak EOL, so kalau LE kan boleh la.
        Saga mungkin ada Final Fl before eol 2013.

      • prolever, saga flx ada facelift lg ke? adakah saga R3 yg saudara maksudkan?

      • Saya x berani nak kata, tapi kalau proton bijak, mesti deorg akan buat something untuk sell last of their product. Mungkin bukan FL tapi MC. Memadai sebelum eol. Baru la org lagi banyak beli.

  31. Bro Campro, bila saya fikir balik, tak perasan yang usia Persona sudah pun masuk tahun ke-5. Haha.. cepatnya masa berjalan! Betul jugak apa yg bro katakan, Bila Inspira launch je, Waja terus stop. Mungkin sebab itu lah Proton keluarkan IAFM+ bagi versi P3-21A yang lebih “affordable” untuk mereka yg ingin memiliki model baru ni.

    Tahun hadapan pulak, Saga dah masuk tahun yg ke-5 ia berada di pasaran. Agak2 macamana ye bentuk Saga yang seterusnya? hehe… Mesti “spyshots” bakal menyusul di tahun2 yang akan dtg.

    • saya c boleh nak kata, tapi ini yg boleh saya ramal.

      1. pertengahan tahun kite boleh dapat tengok p321a Hatcback tengah test
      2. kalau x d aral, mungkin full revise INspira pun on d test.
      3. Emas pun mesti tahun nh test.

      yg lain x ingat

      • Saya mmg amat berminat dgn info mengenai P3-21A versi hatchback yang IAFM+ ini kerana ramai jugak disini yang mengatakan bahawa ia mempunyai transmissi manual 6-kelajuan. Kenapa IAFM+? Sbb mungkin saya belum mampu miliki versi CFE setakat ni disebabkan harganya mungkin mahal dari versi sedan.

        Yang Inspira “full revision” ni mcmana pulak ye? Adakah proton tidak akan mengekalkan design asalnya iaitu berdasarkan model asal Mitsu Lancer, dan menukar sepenuhnya kepada design sendiri?

      • 1. p322a mmg ada 6 speed manual. Maybe iafm+ dan juga cfe. Tapi maklumat sbenar x d lagi la.
        2. Full revise exterior. X d mcm lancer. totally new look.

      • inspira Jebat mmg mengancam!

      • rasanya reskin inspira. klu mcm tu mmg takde rupa lancer, totally new look

  32. info yg cukup menarik dan saya mohon dikongsikan di blog saya.

  33. P3-21A – part prototype dh jln.
    P3-22A – bln mac jln.

  34. Dah masuk 3 hari sejak masuk SC. Masih tak tahu perkhabaran Exo kawan. Pakai baru 2 tahun lebih dah meragam macam-macam. BOLD pun dah mula recall ada pasang satu part kat enjin CFE. Ishk3.

    ___________________________________________

    utk bath yg dah keluar kat jalan mmg kena recall…
    ada satu benda tu yg terlebih….

    ___________________________________________

    betul ke info kat atas tu exora bold kena recall. aku ambik kat forum EOCM.

    • cerita jer.. bkn kan diri sendiri kan.. bold bila pulak keluar… jan baru start jual…. cerita mana nie bro

    • Bro tepet,

      EB OTR rasenyer baru minggu nh kot. x pun minggu depan. Yg FLX mmg ada tukar paip host. Tapi x banyak la. Bold x d pulak dengar.

      • mungkin jugak tu bro. sebab SA saya kata smalam kalau ada terserempak exora bold yang kat atas jalan, itu adalah yang display unit, sebab dia bagitau proton dah benarkan untuk jual yang display unit

    • mungkin ade org yg dah beli pre-production a.k.a display unit punyer.. mmg ade recall drpada branch untuk buat retrofitting. tp ingat, ia utk model test-drive n display unit sahaja! tula, sape suruh org tu beli yg display unit..

      • silap reply plak

        mungkin jugak tu bro. sebab SA saya kata smalam kalau ada terserempak exora bold yang kat atas jalan, itu adalah yang display unit, sebab dia bagitau proton dah benarkan untuk jual yang display unit

      • dah x sabar nak test power la tu.

      • patut la dah nmpk tadi kat senai time nak pegi keje.
        eb warne putih. mengancam betul la…

  35. harap tuan tanah boleh lak buat technical explanation for other proton tech. macam detail of hot induction bend ker. etc ker…bravo .
    and kalo boleh. lebarkan sumber info dari vendor vendor or service center lak. mungkin derang pon ader benda nak kongsi. maybe la.

  36. bro tepet,aku suspect kesilapan kat sc coz klu baca kronologi masalah dia, mana ada cps tukar coolant masa 20k, sepatutnya tukar coolant 40k. Pasal tukar coolant nih,jgn memain coz dia effect beso pada enjin, klu tukar coolant,kena flush abis, pastu bila dah siap refill, kena tunggu enjin beroperasi pada suhu optimum, n tunggu n tgk cooalant dia flow x ke radiator n flow back ke reserve(bleh check guna padt), pastu check leaking. Pas seminggu@2 minggu, kena check,klu xda kurang,kira oklah.

    Tabik sc kuantan, tp bukan eon,prtn sc,tp jenuh gak tuggu diaorg buat coz lama gak flush coolant. Mmebr aku sa sana ckp,mmg masa tukar coolant,kena ati2,klu salah,abis. Tp kekadang budak2 newbie yg keje sc,malas,diaorg buat cpt2,tp sebenarnya kena tuggu lama br siap.

    • asal en mat komen jer ade lar org2 yg rajin thumb down yek…
      anti btl tul diaorg en mat…
      bkn niat nk laga2kan sape2…
      tp tpikir gak, kalo bg maklumat atau pendapat yg btl pn org xsuka?

      bfikirlah secara positif dan jgn tlalu bias/anti…
      sbb yg btl kita kene akui kebenarannya dan sebaliknya juga…:-)

  37. Sebut pasal SC staff terutama bahagian servis kenderaan…mereka ni ade komisen jika dapat servis banyak kenderaan tp jgn la buat kerja cincai pula semata2 nak cari komisen lebih.
    Info drpd bebudak servis depan rumah aku yg keje SC.

  38. masih guna timing belt!..arghhhh!!..spoil betul!

  39. Good Job Proton…

  40. Pingback: Smartnya Exora BOLD | AkuFizzi

  41. aku ada soalan:

    [enjin cfe ni ada vvt+turbo.
    2000rpm turbo activated.]

    1. so adakah betul pd <2000rpm, pikap cfe ni bergantung pd vvt?
    (pd aku, pikapnye mmg ok. gen2 campro0 vs. ExoBold cfe)

    [1.6iafm+ ni xde vvt, terhasil drp projek phoenix.]

    2. adakah pikap 1.6 iafm+ ok? (cfe @ <2000rpm vs. 1.6iafm+)
    3. mgkn kah pikap 1.6iafm+ = 1.6vvt (w/o turbo) sekiranya enjin ini ada?

    tqvm atas jawapan2 yg akan diberi 🙂

  42. Bolehkah enjin COMPRO di gantikan dengan enjin CFE. Berapa kosnya

  43. salam…nak tanya…betol ke enjin campro x boleh skin head…kalau dah heating mcm mane?nak kena tukat head y baru ke? tQ…

  44. kan sekarang banyak kita dengar masalah one way valve kat enjin cfe ni.. nak repair kena tunggu sparepart lagi, nak bukak enjin lagi. kalau belum repair owv tu, masih boleh pakai kereta? kalau x repair terus ada effect kat enjin x?

  45. saya ada masalah dengan dengan kereta pesona saya. temperature selalu naik dan semua saya dah buat , tukar water pump, bliding, tukar termostart, cuci radiator, tukar water sensor tapi temperature masih naik. saya dah buntu. jadi tolonglah bagi idea utk saya selesaikan masalah ini. terimakasih

  46. sofian
    dh check water hose?
    dh check kipas radiator?

  47. Salam semua.Saya ada satu soalan nak tanya.Kat mana lepaknya blow off valve exora bold.Saya nak buat experiment nak cabut outlet hose dari blow off valve yg pergi ke intake air filter.Nak buat experiment nak bagi dia punya bunyi kepisss…kuat sikit..ada sapa sapa tau tak..huhu..
    btw exora bold saya stkat ni mantopp..takde apa2 problem stkat ni..pickup dan topspeed memang superb..boleh jejak 220kmj kalau berani..huhu..

  48. Saya baru menggunakan persona elegence 1.6 manual baru 3minggu…masalah pd kereta saya ketika pasang air-cond..terase berat sangat..memang terase menyentap engine…minyak pon mcm kene sedut..persona saya kalau tidak menggunakan air-cond mmg power..pickup ok mmg nk speed jer…xtau laa sbb mase beli saya xmanjakan engine tu bg saya engine kasar sket xper..asalkn prestasi power..adakah sume engine campro mmg mcm tu

  49. proton patut bertanggungjawab terhadap model exora lama, yg x de pickup, cukup merbahaya nak potong lori, naik bukit terhegeh2, kuat minyak. Ini design failure, patut buat ‘ call back’ semua exora lama, tukau turbo.

    • weii mok…ko memang gumok ke?…ko penah bawak ke exora cps ni yang ko cakap tak pickup sampai nak potong lori pun susah…n naik bukit terhegeh2???…ko tak penah bawak pun ko cakap bukan2… Aku pernah ada exora cps sebelum tukar cfe. sapa kata cps under power???…cps dah cukup power utk body exora la bodoh…kalau setakat nak overtake lori tu any time jerr…naik bukit steady jer…keta aku 1k dah naik bukit wang kelian dgn full 7 org dan barang2 lain…lain kali kalau x tahu jangan cakap, jadi macam org bodoh jer…ko ni pakai moto gaknya, tayar keta pun x mampu nak beli!!!!!

      exora cps kalau setakat persona / neo campro iafm bebila je boleh tapauu… pickup lebih p[ower dari iafm…that all ulasan aku yang pernah pakai cps dan skrg cfe…sebab aku banyak duit, tak macam ko mok,,,motor pun cap ayam!

  50. EXORA Sepatutnya semua kena guna engine CFE. Proton nampak sangat mcm nak ambil kesesmpatan kat pembeli Malaysia… Sepatutnya kalau dah tahu enjin CFE lebih sesuai untuk Exora tunggu lah dulu, bila siap enjin CFE baru launch Exora, ni tidak, Semuanya membuat pembeli Exora yg guna Enjin CPS rugi puluhan ribu,nk trade in umor exora HLine 2 tahun dari 76K jatuh sampai 45K je…. Sakit Hati ooo….

  51. Amat bagus sekali di atas perkongsian tentang hal seperti untuk umum. Walaupun saya kurang mahir hal2 enjin seperti ini, sekurang-kurangnya saya dapat juga sedikit info yang amat berkesan sekali untuk menambahkan lagi pengentahuan. Terima kasih buat anda. Mohon kebenaran dari pihak admin untuk saya meletakkan info ini di blog saya, untuk dikongsi bersama2 rakan.

  52. Mencelah sikit. Saya dah pakai EB CFE ni. Buat masa sekarang x nampak cacat celanya lagi. Kuasa, mmg bagus sekali. FC, bergantung cara pemanduan. Kalo speed, mmg sedut minyak. Kalau below 120km/h, anggaran 16 – 18 sen.Memang berbaloi. Tahniah Proton kerana berjaya mengubah persepsi saya pada produk proton.

  53. xde sapa yang nak buat animation pasal engine cfe ke ?
    macam link nih http://www.youtube.com/watch?v=zA_19bHxEYg

  54. Memang caya lah.. aku ni duk ulang alik KL Jertih tetiap bulan..masa aku pakai Astina,astina kan kereta top tahun awal 90an dah tiga kali kena toink mula2 malam dlm pkul 10 gitu traver gi Jertih sangkut dkat genting, tarik la kl kena rm300, lpas tu bulan kedua nak gi Teganu gak sangkut dkat temerloh gasket tebakar kata cina bengkel tu.. tarik ke bengkel, apa lagi kena kerat abis rm1700. Aduii geram punya pasal bulan depan nya gi Proton Edar..sebelum tu dah usha gak kat tnet..kereta2 ni..produa,vios bekenan jugak pada almera tapi jenguk dari belakang tak bkenan pulak, usha jenis hybrid insight dan prius tapi dah lebih budget 80k keatas tak mampu rasanya sebab aku ni mmg tak boleh buat loan pasal jadi penjamin kawan, nama dah black list..last2 nekad jer gi proton bok jer preve premium..bayar tunai 3 hari kluar kereta..padan muka abis duit aku.. apa lagi 1 minggu lpas tu jalan jauh la ke teganu dgn preve baru..kesimpulan ceritanya ” buat masa ni aku cukup puas hati …

  55. Salam..saja tambah perisa..baru angkat eb minggu lepas…. untuk saiz body dan power rasanya berbaloi la dengan harganya… bule layan wish model 2009 potong memotong atas plus highway otw ke ipoh… bule tahan juga power eb ni.. aircond sejuk pulak tu…

  56. Sy da try lenjan… 197km/h bserta 3 saman speed trap… hehehe….

  57. Baru AUTO-BOT aku punya S4PE. 1.3! Puas hati… myk jimat gle… 1 ja aku bleh ckp kt sini. Mentality Malaysian buatan Malaysia suma loser. Tp aku sapot barangan buatan malaysia. sbb klu bukan org kita sendiri sapot sapa nk sapot bro? PROTON mmg dh outrun PERODUA kot… teknologi PROTON dh improve byk… cuma rakyat kita sendiri pandang lekeh…kamon la.. setakat VIOS ngan CITY tu leh mkn asap ja kot dgn NEO CPS. PROTON skarang spec suma dan Conti. Japan spec top end semput. cuba amek CPS lenjan leh smp REDLINE x? Sampai kot!! p amek VIOS sebijik aku nk tgk lenjan smp redline, klu x mengerang amek video letak… lancer GT pon sempot top end.. aku ckp result based test. Inspira mmg mitsu pny based.. cuba lenjan.. mana smp redline… aku tekan sampai rapat pedal smp mamat test car tu pon ckp.. “eh abg.. ermm slow skit jgn smp redline.. keta auto..” mak ai!… keta aku 1.3 hari2 aku lenjan redline x hingaq pon… aku test drive Japan Spec dh bising… hahaha… apa ni.. buruk2 Campro pon leh redline… huk aloo… STOCK… bukan MOD.. aku mmg sapot gila Campro Enthusiast. Sebab yg maju pon Malaysia. tgk jepun juai keta kancil kecik nk mampoih tu pon rakyat depa bli sapot. kita? klu gaji rm3k ke atas konfem xmau pakai keta mesia punya.. malu kt kwn2.. at least pakai toyota atau honda baru ada standard. lunch la stended!!! keta mesia pon hebat la… sapot Malaysia!!! <–tibe..

  58. betul tu bro Campro .. dulu aku termakan gak dgn kata org yg proton ni x bagus lah bila aku buat perbandingan dan pernilaian sebenarnya bukan seperti yg diperkatakan .. vios handling out almera lagilah out .. dgn harga yg mahal macam x berbaloi.. kita bawak kreta ni nak feel keselesaan… x perlu rasa ragu bila nampak corner jea mcm nak bergegar lutut .. aku nasihatkan korang semua test drive semua kereta ni dulu baru buat perbandingan dengan kemampuan korang .. aku pernah test satria neo handling mmg superb .. aku x kata proton tu baik sgt ada kelemahan juga… ada beberapa pekara yg perlu diperbaiki.. sebelum ni aku pakai myvi jea bang.. handling ya allah teruk bebenor.. maklumlah fist car mmg kosong ilmu otomobil .. sekarang ni aku guna preve dah 6 bulan millage dah 40k alhamdulilah ok .. feel rs bwk mcm kereta conti .. kwn2 sepejabat semua angkat vios almera.. aku x heran pon .. sbb aku tau ape yg kurang kat kereta tu .. mmg xde feel… aku pernah pergi bandung indonesia .. aku jumpe seseorg yg dikenali pak aji dia ada kereta persona .. aku tanya dia pasal kereta proton … dia mengatakan proton sgt bagus pak x ragu lagi , proton sgt hebat handlingnya.. aku tanya dia x risau ke kalau nak jual kereta tu nanti kang rugi .. .. dia menjawab kamu pake kereta mau dipake atau mau dijual … erkk tersentak hati aku.. sejak balik dr bandung aku terus book preve kalau org luar boleh puji proton mengapa kita mesti merasa ragu dgn proton … itu sj utk berkongsi pendapat ..

Tinggalkan komen