funtasticko design

http://funtasticko.net

Power window Proton bakal dapat jaminan seumur hidup!!!

24 Komen

Berapa agaknya umur sesebuah kereta ye jika Proton bagi jaminan power window tu seumur hidup? Hahaha.. Adakah 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun? Atau selagi kereta tu tak dihantar ke “junkyard” untuk dilupuskan jadi scrap metal.. Macam mana la nak tau jawapannya ye.. Datuk Seri Syed Zainal Abidin cakap Proton akan bagi jaminan seumur hidup bagi power window kereta-kereta Proton untuk mengatasi masalah yang sebelum ini menjadi isu hangat… tapi dah nampak banyak perubahan ketara sejak kebelakangan ni, produk Proton semakin meningkat baik kualitinya.. 😉

sumber : paultan.org

24 thoughts on “Power window Proton bakal dapat jaminan seumur hidup!!!

  1. outside door handles should be in the list too.

  2. Bravo Proton!

    Satu langkah kearah yang lebih baik.

  3. yeah, agree..door handle too should be covered by lifetime warranty…

  4. This is just a marketing gimmick. If you stop servicing at proton service center, there is no jaminan seumur hidup for your power window.

  5. Bile proton nak wat 5 year warranty tanpa mengira mileage plak? macam vw. very the like. So sape yang suka travel by car pun dapat warranty tersebut..

  6. dsz dh kate mcm 2 mmg terbaik. . gud luck proton. .

  7. Term and Condition Apply..Kita lihat dulu terma dan syarat daripada Proton.

    Saya berpendapat Proton perlu beri jaminan 5tahun tanpa mengira mileage. Tapi dengan syarat yang agak ketat sedikit contoh seperti 1) void warranty terhadap kereta yang dihantar servis selain daripada Proton SC dan 2) Void warranty kereta yang menjalani pengubahsuaian spt menukar rim, menambah gadget dalam enjin dan sebagainya..

    Ini bagi menjaga kredibiliti pusat servis supaya tidak membaiki kerosakan yang disebabkan oleh pengubahsuaian oleh pengguna sendiri disamping untuk menjaga imej kereta Proton.

    • Sudah tentu fridzmax .. sekarang pun warrantynya macam tu.. even upgrade sendiri radio, auto lock, rim, semua akan dikira void warranty.. tu semua mmg T&C untuk dapatkan warranty. Macam aku ngan bro Matt contohnya.. Kereta tak masuk tiga tahun.. dan 120,000km. Kalau diberi 5 tahun ok la. at least part2 tu mmg terjamin. Nampak VW tu sangat percaya keretanya leh bertahan lama.

      Bagi saya, saya akan service di proton edar, sebab boleh complaint apa2 direct terus ke proton. Kalau diluar dari bengkel, hanya boleh bising2 dengan kawan2, tapi lambat sampai ke pengetahuan Proton.

      Just my 2 cents.

      • mmm… mmg VW sangat percaya keretanya bleh tahan lama n berkualiti gak… semahal keretanya;)

        cheers!

  8. Sebenarnya apa jenis kereta pun kalau bagi warranty lama-lama ni maknanya kita terikat lah nak kena servis di tempatnya. Seolah-olah beli printer yang murah, tapi dakwatnya sangatlah mahal. Lagipun kalau warranty seumur hidup pun tapi 2-3 kali nak kena tukar pun sakitkan kepala juga. Ambik masa kita lagi. Kena pergi balik SC elalu. Kalau barang tak ada lagi kena tunggu. Jalan terbaik adalah tingkatkan kualiti vendor.

  9. Seumur hidup mean, until first owner of the car died? :p

  10. saga cvt ada ABS ?

    saya dengar kawan saya cakap proton sekarang order savvy ABS sensor

  11. Cakap pasal warranty ni, aku konfius sikitlah…kalau extended warranty yg 5 tahun tu dia cover ape je? sbb aku tanya SC, kete proton ni warranty sebenarnya 2 tahun je…tu pun cover enjin dgn gear box..lain2 tak cover.then yg extended 3 tahun lg tu, cover benda yg sama jugak ke? Ada sape2 yg leh terangkan..

    terima kasih.

Tinggalkan komen