funtasticko design

http://funtasticko.net


38 Komen

Sketch asal TUAH yang telah dirender!!!

Sketch asal TUAH

Perbandingan dengan TUAH

Cuba bandingkan TUAH dengan sketch asalnya lakaran Zaf dari Proton dengan clay model yang sebenar? Memang jauh la bezanya, nampak sketch yang dirender tu lagi menarik & garang. Jelas muka harimau mengaum kelihatan, yang menjadi persoalannya mengapa tidak dibuat clay model berdasarkan lakaran asal ni? Kenapa perlu ubah sehingga dia menjadi terlalu safe sebagai showcar, pelik tapi benar… sila bagi pendapat anda ye, 😉

* gambar rendering tu saya dapat dari bro Mat tadi, dia bluetooth kat saya masa dok sembang kat kafe…dia pun dah lupa mana dia ambil gambar ni..kredit kepada yang telah membuatnya, anda telah buktikan lakaran asal lebih baik dari clay model sebenar, tahniah diucapkan..


2 Komen

MG5 Concept

Memang mantap rekaan MG5 Concept ni, rasanya nampak macam claymodel je.. boleh dikatakan hatchback yg mempunyai styling yang sharp, radical & aggresif.. berkenan sungguh dengan design macam ni, kalau toned down pun tak la ketara sangat bezanya.. 🙂


12 Komen

DENA kereta terbaru dari Iran

Adakah ini Persona R versi Iran? Hahaha…ia tiada kaitan langsung dengan Proton, 😀 . Ini merupakan model kedua & terkini dari Iran Khodro Corporation (IKCO) yang diberi nama DENA. Bakal diproduksikan pada 2012 berasaskan platform  Samand. Kereta ini menepati piawaian Euro 4 dan juga boleh dinaik taraf kepada Euro 5.

sumber : www.payvand.com


1 Komen

Volvo Universe

Volvo Universe ini menampilkan “design language” baru untuk model-model masa depan Volvo. Secara keseluruhannya menarik cuma rupanya agak pelik sedikit. Tapi jika diperhatikan, trend family face sekarang semakin lama semakin simple. Tak hairanlah model ini juga mengikut jejak yang sama, cuma hood depan dia macam penutup mangkuk tandas duduk , hahaha… 😉


11 Komen

KIA K2

UPDATE :

Adik kepada KIA Optima & Forte telah muncul! Bakal menyaingi Vios & City dalam segment B.. rupa depan dia seolah-olah versi KIA Optima yang dikecilkan, belakang pula lampu dia lebih kurang macam lampu Sportage baru.. rupa depan dia “single graphic” face tu.. macam ada hint something je, 😉