funtasticko design

http://funtasticko.net


10 Komen

Najib melawat kilang Lotus


Ejin CFE ke ni???

Baru-baru ini Perdana Menteri kita telah membuat lawatan rasmi ke kilang Lotus untuk melihat perkembangan terkini anak syarikat Proton yang sedang melakukan pelan 5 tahun bagi menjadikan Lotus sebagai pengeluar kereta sports terkemuka dunia. Dalam ucapannya PM pada mulanya ada sedikit keraguan & skeptikal mengenai pelan 5 tahun tersebut kerana ia melibatkan pinjaman modal yang besar untuk melaksanakannya. Namun setelah melihat sendiri perkembangan tersebut beliau merasakan yang Lotus bakal mencapai impian tersebut kerana sikap professional & moral yang tinggi kakitangan Lotus. Selain menjadi anak syarikat Proton, Lotus juga mendapat sokongan penuh Kerajaan Malaysia & Khazanah Nasional. Esrit bakal menjadi model pertama hasil pelan 5 tahun Lotus yang bakal dijanakan dengan enjin Lotus sendiri pada 2013 nanti.

sumber : paultan.org


34 Komen

MESTI TONTON : Al-Kisah mengenai transmisi CVT!!!

Ni adalah video dari protoncvt mengenai transmisi CVT yang ada pada kereta Proton. Hezeri Samsuri dari CBT telah ditugaskan untuk menerangkan kepada kita mengenai apa itu CVT. Tapi yang paling menarik ialah kereta misteri yang ditunjukkan semasa video tersebut, adakah itu Persona R??? Saya rasa ada kemungkinan jika dibandingkan dengan model Proton sedia ada..wheel arch dia nampak lebih lebar.. Adakah tepat tekaan saya tu? Mungkin ada yang boleh bagi “hint” skit2, hehehe.. 🙂