funtasticko design

http://funtasticko.net

Gerard Lopez (Bos Genii Capital) nak beli saham majoriti Lotus???

53 Komen

Desas-desus semakin kuat kedengaran mengenai Gerard Lopez (Bos Genii Capital) yang ingin membeli saham majoriti dalam kumpulan Lotus. Ini ditambah lagi dengan kenyataan Dany Bahar yang berkata, semenjak mereka melibatkan diri dalam pasukan Lotus Renault GP, ini adalah permulaan kepada hubungan yang lebih rapat antara 2 entiti tersebut.

Mendalam juga kata-kata Encik Bahar ni ye.. Adakah benar berita ini? Sanggupkah Proton nak jual saham majoriti kat Gerard Lopez? (saya nak panggil dia G-Lo lepas ni) . Adakah Proton dah cukup hebat dari segi kepakaran & teknologi kalau betul-betul nak lepaskan pegangan saham utama Lotus?

Dari dulu lagi Encik Bahar ni suka buat spekulasi… tak habis-habis lagi dengan perancangan nak jual Lotus. Buat kerja ko tu dulu bagi berjaya, jangan nak sibuk2 nak buat benda lain la Bahar, lol… hahahaha…🙂

sumber : www.autocar.co.uk

53 thoughts on “Gerard Lopez (Bos Genii Capital) nak beli saham majoriti Lotus???

  1. rasanya khazanah nasional nk kurangkan pegangan saham dlm glc utk kurangkan kos serta membuka pasaran

    • tu salah 1 kemungkinan, tp lotus ni ibarat lubuk emas kalau proton lepas… ramai yg teringin nak beli, rugi sgt kalau jual.. kalau bg dia saham sikit ok la, jgn sampai dia control…

      • Yep. Jual sikti boleh tapi nak take over.. mcm tu bungkus P1. Giler la Management P1 kalau jual lotus.

      • kalau proton takde lotus ada teknologi best takpe la, mmg nk bunuh proton la kalau btul2 jd…

      • harap2 nh berita sebelah pihak je la. Die nak beli .. jadi bagi tahu press. X per la. Harap sangat P1 kata balik time KLIMS yg “LOTUS BUKAN UNTUK DIJUAL”..

      • jual je…payah ke????

    • As i said before..

      Buat la Syarikat Sdn. Bhd..cth:
      -Lotus Engineering Sdn. Bhd.
      -Lotus Ride & Handling Sdn. Bhd.

      Pastu semua teknologi pindah kat situ…yang G-Lo dapat tu tin kosong je…

      • tak silap kat sini ada 1 cabang Lotus Engineering Malaysia, kat Cyberjaya rasanya… tapi tak psti apa fungsinya kat sini, sebab segala r&d dibuat kat hethel…

      • Bro,

        Masa Arwah yahya beli Lotus, dulu, dengar cerita, ramai mat salleh yg bagus-bagus keluar…. yang tinggal dokumen yg nak kena baca dan ramai engineer proton masa tu tak reti sangat.. apa yang perlu, bukan teknologi je.. orang nya sekali yang penting… rasanya sekarang okay dah sikit kot kalau dapat dokument je…

    • Lotus adalah “goodwill” Proton, kalau Proton jual Lotus yang rugi adalah Proton, walaupun tidak banyak teknologi yang dapat dari Lotus, Lotus adalah satu brand name yang paling hebat dalam sejarah dunia permotoran dunia. Sedar atau tidak, sebenarnya Proton terkenal diluar Malaysia kerana Proton memiliki Lotus, & ramai kagum macam mana Proton able to sustain Lotus. Walaubagaimanapun, keputusan untuk menjual saham2 Lotus adalah terletak ditangan Khazanah

  2. tgk la orang2 kerajaan urus macam mana.
    kebanyakan org politik dan penumpang politik ni diorang nk duit ja.
    bukan nk berkhidmat pun. mcm ECM Libra dulu punya cara, tak mustahil saham lotus akan dijual.
    bawah pak lah dulu, saham comp motosikal MV Agusta dulu di bawah proton dijual rm1 euro sahaja. lepas beberapa minggu, saham MV agusta dijual dengan harga berjuta juta pulak oleh pembeli baru itu.

    tarak guna betui…

    korang semua ni aku faham, excited nak tgk proton maju…
    tapi korang jgn seronk sgt sebab kuasa veto ada kat tgn org lain..huhu…
    kalau tidak, takkan 26 tahun dah wujud, baru boleh buat kereta b segment yg sama taraf kereta china…

    proton kalau jual lotus, mmg bodoh. sia2 usaha Datuk Yahya Ahmad beli cash saham lotus dulu. proton kalau tiada lotus, macam pasukan bola kita sekarang ni la.
    nk cari rakan sparring pun orang tk mau sebab lekeh sgt…hahaha….

    aku bashing bukan sebab benci proton, tapi sebab management proton dari dulu yg buat kerja sebab nk kaut duit, tetapi tidak ada nilai patriotik pun…cuma masa jual kereta ja sebut kereta nasional sebab nk duit….hahahaha…

    • Sokong. Dah dekat ngan election. Gov need money. Duit petronas dah tinggal syilling jek. Sime tgh rugi. Mas dah jual. So yg tinggal. Yg high value. Yezza anak proton. lotus. Tapi quit difficult gak. Pasal bank mesia byk kasik pinjam duit kat lotus itu hari. Impian anak bangsa nak guna lotus as platform nak move forward is too small compare to greediness of some umno. Dalam latest budget hari tu ader sentuh pasal hybrid jek. Nep is taboo for gov. Hope dsz strong jek . Haish. God please save p1

      • kalau kita change gov pun kita masih lagi blur pe yg akan terjadi kat proton… paling selamat keluarkan proton dari glc, jadi syarikat persendirian.. tapi pemegang saham utama mesti anak Malaysia, tak kira la bangsa pe pun… yang penting proton mesti bebas dari ahli politik… diorg ni tak kira la kerajaan ke pembangkang sama je lanun dia… kalau takde kroni tak sah

    • aah betul2.. It;s a shameless true. I hate when talk about politic.

  3. Jual hak jenama je la haha hak kepada teknologi lotus simpan.

  4. better sell the stakes rather than get burden with the liability…

  5. senang je kalau pasal gomen ni…. aku bagi tips kat gerard lopez.. kalau betul nak take over lotus, jgn pergi direct dkt proton mngt, confirm tak dapat. ko pergi kat khazanah, or consultant yg advise khazanah, macam …bina lu fikir la sendiri, ec* lib ke… lepas tu ko approach laa sorang mamak yg jaga hal hal ekonomi tu… sure boleh dapat.. maybe ko boleh dpt dgn 1 euro je.

    lepas ko beli lotus… ko joli je laa duit 6 billion yg lotus pinjam dari bank bank kat mesia ni. lepas tu ko tak payah byr balik, ckp je europe sekarang tgh krisis ekonomi.

    konfirm aku pangkah pas kalau najib berani jual lotus.

    • Bro kalau nak cerita politik, pi la tempat lain. Sini kita cerita automotif.

      • Unfortunately that’s the truth….hopefully selling lotus only rumours…

      • yep…

      • lor. i think mesia nih free country. bukan nak ceriter pasal politik. tapi we are trying to talk what is moulding our automotive la bro.
        maybe dalam blog nih… biler spy shot ader…ramai komen ini cantik la. tak cantik la…tapi jarang yang nak dig up total automotive industries condition kat mesia nih ek.
        pasal bagi saya. the most important thing you should change if you want to move forward. the environment kat sekeliling you loh.
        bagi saya. admin pon kena main peranan. try research lebih sket. beraper orang yang duk struggle design kereta kat proton. cukup ke derang nih…beraper orang lak manager yang duk menangguk di air keroh. dsz nih full power ker tak. ker geng khazanah nyer orang lagih power kat management…proton nih ader team yang analysis input yang flow out kat page nih tak…kalo kiter tak tahu total situation. tetiap hari duk ceriter pasal kete nih cantik la power la…tapi root cause tak improve. ceriter pasal water pump tetiba rosak la…design dah tepu la…still berulang…and kiter pon rancak ceriter lagih sket nak jadi cam hyundai. taruh harapan lagih….lagi dan lagi..LOL.

      • this is what I am trying to do in this blog.
        most of the readers here condemn me bcs I bashed proton.
        but, i want to put attention from mywords that the real is, we are nothing including the manegement team.

        Hyundai sekarang dan masuk europe market dah terpaksa bukak kilang baru di russia sebab permintaan meningkat.

        proton? apa ada? semua harap politik je nk hidup.

        26 tahun, proton sepatutnya dah sama taraf dgn hyundai. dah boleg produce own C segment car.

        kita dah rugi bnyk masa dan wang serta tenaga.

      • @ makcik beruang
        Admin pernah buat. Tapi nak tahu aper akibatnyer. Huru hara blog nh dibuatnyer. X silap tahun biler ntah. kira masa tu blog nh baru lagi la. Sebenarnyer, Blog nh lebih kepada nak bincang aper perlu P1 buat/x untuk maju kehadapan da aper perlu imporve. Kitorang/admin boleh jer nak bincang2 pasal dalam P1 tapi biler masuk bahagian management, banyak perkara yang akan terjadi nanti. Saya sebenarnya x suke bila politik diselitkan sekali dalam perbualan blog pasal politik kotor @ WSE nh merosakkan semua org yg kurang pandai @ Bodoh dlm perkara berkenaan.
        Saya bukanla reti sangat bab2 automotif nh. Sikit2 boleh la.
        FYI, mmg ada team P1 pantau blog nh. Cume x tahu biler . Tapi mmg ada.

        @ akupunya..
        Bro tahu x hyundai tu syarikat macam mana. tahu x besar mana syarikat tu, tahu x aper syarikat tu ada. tahu x mcm mana situasi syarikat tu, tahu x sejarah syarikat tu. Kalau Bro tahu semua pasal tu, x kan x tahu mcm mana P1 lak. Dah berulang kali cakap. X kan x tahu asas penubuhan P1, X kan x tahu ape P1 terpaksa deal dgn MMC semata2 nak jadi satu syarikat Permotoran. X kan x tahu kot. Saya bukan nak salahkan bro tapi kene la paham situasi P1 mcm mana dan situasi H mcm mana.

        mmm.. biler kite pikir banyak kali, semua ada salah silap, tapi seperti biasa, silap org akan dipandang lebih lama dari baik. Seperti yg saya nyatakan diatas, saya x tahu banyak, tapi maklumat yg sikit dan “googled” dapat banyak membantu saya memahami sesebuat perkara. Cheers..

  6. Between Hyundai i10, Perodua Myvi & Proton Saga FLX Executive
    Overall winner: Proton Saga FLX Executive

    http://cbt.com.my/111009/proton-saga-hyundai-i10-and-perodua-myvi-2011-making-sense-and-strength

  7. quoted from somewhere…

    ”After driving the new Myvi, our collective decision is that it sounds and feels the same as the previous model, like driving a refrigerator”…

  8. proton mencatat kerugian disebabkan lotus. dan bank sini pun dh bg pinjaman kat dorang kerana lotus sndiri tidak mndapat jaminan kewangan dari ngara sndiri.

    proton tak ptut jual majoriti share. kalau nak kurangkan pegangan tu takpelah. lgpun tun mahathir pasti tidak bersetuju kalo nk jual lotys ni.

    • Since Tun Mahathir masih penasihat Proton, tentu Tun ada pengaruh utk menidakkan apa sahaja cadangan Khazanah Nasional.

      • he is not in power anymore, try google conspiracy geng geng previous management nak takeover saham proton. yasmin holding lah, kisai rahmat lah, tuh belom conspiracy geng DRB tak puas hati proton JV ngan Mitsubishi lagih…rasanyer dalam bab jual lotus nih pon…somebody memang plan. jual lotus, proton jadi lemah. saham jatuh…senang nak beli..conquer automotive malaysia. everybody is aiming to make fast buck nowdays, LOL. just my 2 cent lah…

      • @ makcik beruang
        konspirasi2 mcm nh mmg banyak terhadap P1. Allah saja yg tahu sapa yg buat. Mmg ada org berniat nak takeover P1..

  9. jual jela teratai layu beban tu..xyah nk bela2 lg..bukan dpt untung pom…wat rugi adela…kalu ade nk beli jual la…nk dpt loan pom payah…bank2 cni je murah ati..kate nk kua keta power…xde pom..jgn harap la…

  10. kita fikir balik,orang akan percaya lagi ke dengan PROTON kalau tech yang orang nampak dari mata kasar”ride and handling” bukan lagi hak milik kita.lain lah kalau tech tu semua ada kat sini atau dah pun kita miliki/teroka semuanya.

  11. Jual aje lotus, duit billion2 yang dapat proton boleh JV dengan Auto firm dari China dan boleh focus untuk capture market sana. Daripada tanggung berok2 mat saleh teruk2 buat apa, sakit hati dengar proton sebenarnya tak dapat fully utilised kemahiran lotus akibat karenah berok2 tersebut.

    Saya cadang Proton let go Lotus pada Dato Tony Fernandes . Harga 1billion Pound ok x? Tahulah TF ngajar berok2 tu.

  12. Mmm,,,, even khazanah ada kuasa, jgn lupa BOD dlm prootn pun ada kuasa n suara2 mereka juga kena consider dlm membuat keputusan penjualan lotus. Saya percaya, prootn xkn jual lotus setelah perancangan 5 tahun pemulihan syarikat lotus berlangsung. Setelah berbilion2 RM pelaburan dibuat, nak senang2 jual n org lain cuci tangan? Cuma bagusnya spekulasi begini adalah saham/reputasi lotus/proton semakin melonjak dan menjadi perhatian kepada pemain industri. Ini menjadikan nilai brand diperingkat gobal semakin tinggi dan berbaloi2 utk dimiliki;)

    Kehebatan lotus bukan setakat teknologi kereta sport ringan/ride n handling atau kepakaran lain, tapi sejarah prestij dan brandnya merupakan simbol ikonik industri yg begitu berharga utk dilepaskan oleh proton. Org dlm industri begitu kagum dgn brand lotus nie, tak tau lah plak org kat m’sia nie. Sama ada diorg tahu menilai atau tidak atau diorg nie dlm kategori jauhari yg mengenal manikam. Kalau saya ada kuasa dlm proton (ceh…berangan:) lotus akan terus mendapat tempat sebagai ‘khazanah harta ekslusif’ dan perlu dipelihara dan dijaga. Maju lotus majulah proton, bukan sekadar maju, proton pun mendapat tempias prestij kehebatan yg dikagumi bagaimana sebuah company bekas penjajah menjajah kembali penjajahnya. Melalui ikatan GLC nya, ia sebagai satu penghormatan M’sia menjalin hubungan baik negara bekas penjajah dgn penjajah. Mmg diorg cuba secara diam2 kalau bleh ikatan seperti ini tak perlu sebb penjajah nie ada ego mereka sendiri. Sebagai contoh, bank2 british sendiri sepakat xnk beri pinjaman utk pemulihan lotus sekali gus menggagalkan rancangan proton utk memajukan lotus yg mmg dah rugi teruk sebelumnya dan menjangkakan projek nie gagal. Bila gagal dan tekanan dari pemain industri, diorg nie mengharapkan proton under khazanah melepaskan lotus. Hehe… jangkaan mereka meleset, bila proton pun x bodoh dgn plan contigensi mereka dan diterima/disokong baik oleh kerajaan dan bank2 di M’sia. ( Diorg ingat kita x de duit utk bantu proton..). Sedarlah, mmg banyak jerung2 pemain industri sedang memerhati dgn penuh iri hati perkembangan lotus/proton nie. Andai tersilap langkah. … nauzubillah.

    my 2 cents.

    Cheers!

    • bro, kalau semua rakyat malaysia nh pemikiran mcm bro x per, tapi sebab politik dan bermacam lagi sebabkan org x akan berfikir mcm nh. Bagi management p1 baru. Bukan kerja mudah nak handle perkara2/masalah masa silam. Hanya masa dapat mengubahnya. Harap2 Lotus adalah aset P1 sampai bila2.

    • Ulasan Fauzan memang make sense..Bekas negara dijajah hendak menjajah entiti negara bekas penjajah. Memang sesuatu yang mencalar ego.

      Bila desas desus begini diutarakan, saya kira perbincangan topik kali ini perlu menyentuh soal politik, kroni dan kepentingan. Ini bukan masa untuk kita berbincang mengenai design Persona R ataupun enjin CFE lagi.

      Masalah pokok perlu diselesaikan dahulu. Bila haluan Proton ditentukan oleh orang/badan berkepentingan yang sengaja menangguk di Ayer Keroh, kita akan lihat akhirnya produk Proton sama saja macam produk-produk terdahulu. Kesudahannya, Proton rugi, produk tak elok dan kena kutuk lagi. Sampai bila nak jadi begini?

      Dah meluat dengar isu kroni dan politik di Malaysia. Semua ini membuatkan Proton dan Malaysia terbantut untuk membangun.

  13. khabar angin tetap khabar angin.. ini lah malaysia skepulasi or imiginasi tinggi sangat….tu yg ada pepatah “angan2 mat jenin”.
    Kalu PROTON jual Lotus pun kita masih tak percaya pada kepakaran sendiri ke? anak2 kita yg belajar jadi enggineer tu mana mereka semua pergi… jangan lah risau sangat.. kita banyak lagi talent kat mesia nie.. tgk jer yg desgn bumper perodua lagi pwr lagi best…kebanyakkan dari PROTON…. dashboard asal Lancer-Wira tu.. malaysia design.. jepun tiru… dorang ubah jer balik.. skang nie keter neo dah famous kat JEPUN…

    TU lah kita tak percaya pada diri sendiri…..statement “ala barang local” masih kuat lagi.. selagi tu lah susah… lg pn org mesia nie… dont only talk the talk but didnt walk the talk… renung2kan lah yer….
    (ps: jgn salahkan politik jika kita sendiri tak melakukan perubahan)

    • Bukan tak percaya dgn local talent bro, saya percaya, tagline ‘Lotus Ride & Handling’ tu sekadar ayat penyedap je. ‘Budak-budak’ Proton juga yang design ‘Ride & Handling’ tu. Yelah, kalau nama Proton, siapalah yg nak percaya kan? Mentaliti begini masih tebal. Tak percaya kebolehan diri..

      Kenapa saya gunakan wording ‘Budak-budak’? Sebab cara pemikiran budak-budak selalunya tak boleh diterima oleh ‘Orang Tua-tua’.

  14. lagi rumours pasal Group Lotus
    kali ni still Genii, tapi tambah Syed Mokhtar dll
    http://joesaward.wordpress.com/2011/10/10/meanwhile-in-lotus-land/

  15. http://www.cbt.com.my/111009/proton-saga-hyundai-i10-and-perodua-myvi-2011-making-sense-and-strength

    While we do agree with Perodua that the new Myvi features more improvements over the old one, it isnĂ­t that much better than the old one.

    The Saga proves to be better than both the Myvi and i10, practicality wise, and it is the better ìbalik kampungî car with its refined ride and supportive seats.

    The Saga FLX’s case is further strengthened with its price tag, and its excellent ride and handling characteristics, making it the winner. – Gokul Kandiah

  16. ni sbnrnya pmainan proton je sbb nak naikan nama n nak bg org2 eropah bckp2 ttg, dont wory, everything is same as usual, mmglaah kalau xdok angin pokok xkan bgoyang bt org proton sndiri yg p goyang2 pokok tu sndiri, saje2 nk bg orang makin alert ttg proton

  17. Mungkin isu ini timbul hasil minat Gerald Lopez selepas beliau joint dgn Lotus untuk tubuhkan Team Lotus Renault F1. So, tak pelik kalau dia berminat nak beli Lotus.

    Cuma sekarang ni, Khazanah pemegang share terbesar Proton. Kiranya Proton ni GLC. Dan tak pelik juga kalau Lotus dijual atau dikurangkan pegangan share kerana kerajaan mmg tgh cuba mengurangkan pegangan dalam company GLC.

    Kalau Khazanah rasa proton boleh berdaya maju tanpa lotus, mungkin dia bg jual Lotus tu.

  18. membazirlah duit proton nanti.hmm

  19. pada pendapat sye…P1 x prlu nk jual proton..sbb skang kita dpt lihat DSZ dah pndi nk gnakan lotus utk bg kita product yg berqualiti compared to the tngku mahaleel era…dlu time mula2 bli lotus….gah dgn nme je…tp skang kita dpt lihat..para engineer P1 dah mula nk jd cm engineer lotus….kita bley manfaatkn lg teknologi lotus utk produk2 kita…at least kita buat kereta kita dar A-Z brbnding dgn “adik yg satu lg”….yg hanya tau design bumper……klu khazanah jual P1…sgala pnat lelah anak2 watan kita kt P1 akan musnah…..khazanah bley kira mmbunuh anak sndri demi kpentingan peribadi….come on la…dah elok P1 dpt momentum nk naik balik..jgn la d’sbbkn dwet…mata jd glap….think about it…(^_^)

    • setuju.selagi politik tidak dicampur adukkan dalam dunia automotif sudah kira baik tapi masalahnya pilitik mendominasi sekarang,sampai agama pun dipolitikkan.ini yang akan membantutkan automotif malaysia nowday.

      • Bro Narakka..
        Sekarang nh Politik tu perlu diagamakan. Zaman Rasulullah dari dulu dah ada. Tapi sekarang politik tanpa agama, tu yang saya perhati mcm2 perkara ada.
        Tapi betul2 setuju kalau politik asingkan dengan automotif. lagipun banyak dah jurutera Proton dah pergi study kat Lotus UK. Ingat lagi x majalah tiga yg deorg pergi Lotus UK. Berapa org anak malaysia ada kat sana. lagipun input Lotus dah semakin banyak kat kereta proton. Cume kene pelan2 sebab kalau masuk semua, harga jadi mahal org bising lak.

  20. Lotus adalah satu nama besar di Eropah dan China. Tak heranlah kalau Lotus sentiasa menjadi intipan dan rasa irihati pihak negara maju bila sebuah negara yang pernah di’takluki’ mereka mula menunjukkan penguasaan dalam teknologi automotif. Lotus menjadi pemangkin kepada penguasaan kejuruteraan automotif kepada anak Melayu. Kalau ade Melayu yang nak jual..nampaknya beliau tidak sayang akan bangsa dan negara.

  21. Management Lotus ni leh tahan lembab gak…Boleh baca kisahnya dgn paultan hari ni. Brand power, tapi produknya tidak. hanya mengharapkan penjualan model2 sedia ada. Cth lain, semua org tahu model Esprit adalah merupakan model lagenda yg disebut2 pada masa dahulu. baca majalah Autocar, dah bertahun2 dorang planning nak buat replacement modelnya, tapi tak jadi2. La ni tahun 2013 baru nak kuarkan replacement Esprit.

    Plan nak kuarkan rangkaian kereta sport mmg dah nampak, tapi lambat lg nak berada di pasaran. Dalam hal ini, Lotus sgt lemah dan tak mengambil peluang ke atas jenamanya. Selagi company buat kereta, tapi tak boleh jual kereta kat pasaran, takde ertinya. Mana nak datang modal/untung kalau kuantiti yg dijual tidak mencapai target. Sape yg tanggung bahananya? Of course syarikat Proton yg mencatat kerugian gara2 Lotus. Proton dah still struggle nak produce kereta, ditambah lagi dgn karenah Lotus ni.

    Kalau boleh tak payah jual, tapi tukar je CEO Lotus ni. bagi kt org msia..ke ada polisi sana yg menghalang msian pegang company dorang?

    • Mmm… lotus dah rugi masa zaman kejatuhan bawah company bugati automobile spA lagi Bugati pun skarang dah bawah VW kalau tak silap. Bukannya tak nak kuar dgn kereta2 lotus baru. Tahu2 jer ar company dah muflis. Nie sekarang tengah dlm proses pemulihan dibawah prootn.
      Pengenalan 5+1 model2 nya amat mengujakan dan kini lotus mengembangkan prospek company nya yg berteraskan kejuruteraan kereta sport ringan kepada segmen kereta2 super car sama seperti model perniagaan ferrari, lamboghini dll.

      Tunggu jer penampilan awal model2 baru bermula 2013 nanti:)

      cheers!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s